Kemeriahan Aidilfitri begitu dirasai. Bersyukur kerana diri dan keluarga masih diberi kesempatan meraikan hari yang cukup berbahagia ini.
Sudah tentu anak-anak kecil antara insan yang paling gembira menyambut hari raya. Berpakaian serba baru, mendapat duit raya hadiah ayah dan ibu kerana berpuasa penuh, berkunjung ke rumah jiran sambil kumpul duit raya, semua ini begitu menggembirakan mereka. Tidak salah semua itu tetapi sebagai ibu bapa kita harus sentiasa mengingatkan kepada anak-anak bahawa wang bukan perkara utama. Jelaskan kepada mereka banyak perkara lain yang perlu mereka tahu tentang adab sambutan hari raya ini. Bukan sahaja pada anak yang masih kecil, tetapi anak-anak remaja juga.
Selepas sembahyang Raya di Trolak Utara |
“ Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).
Adab selaku tuan rumah
Rombongan dari Lorong 1 FTU sempena Raya 1431H |
2. Cara ini dapat mengingatkan anak-anak bahawa mereka punya ramai saudara-mara dan mendidik mereka agar menghormati sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah, juga pada waktu-waktu lain.
3. Jika anak anda masih kecil dan belum memahami, mungkin tidak mengapa membiarkan mereka menonton rancangan kesukaan, kartun misalnya. Tetapi jika sudah berumur belasan tahun, tidak manis kiranya membiarkan mereka berbuat demikian tanpa mempedulikan tetamu yang ada. Seelok-eloknya ajak anak-anak duduk bersama sambil berbual dengan tetamu terutamanya saudara mara. Adab ini perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya”- (Hamka).
4. Jika anak gadis, didik mereka agar ringan tulang, sekurang-kurangnya membantu menghidangkan minuman atau makanan kepada tetamu. Elakkan anak-anak terperap di dalam bilik dan membuat hal sendiri.
5. Sentiasa mengingatkan anak-anak gadis ini agar menjaga aurat walaupun berada dalam rumah sendiri tatkala ada tetamu yang bukan muhrim.
6. Sentiasa berpesan kepada anak-anak, jika ada tamu yang datang, jaga perilaku diri misalnya cara bercakap, tidak berlari ke sana sini dan jangan berbuat bising. Pesan kepada anak-anak (yang agak besar) supaya meminta diri secara sopan daripada tetamu jika ada hal lain yang perlu dilakukan.
7. Minta anak-anak utamakan tetamu, lebih-lebih lagi ketika waktu makan. Memang agak kebiasaan anak-anak kita yang masih kecil sentiasa kelihatan ‘sibuk’ untuk minum atau makan makanan yang dihidangkan untuk tetamu. Malah mereka kelihatan begitu berselera sekali jika makan bersama orang lain. Tidak mengapa, asalkan mereka tidak mengganggu tetamu.
8. Sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mereka dapat membantu menunjukkan tetamu tempat untuk bersolat dan arah kiblat. Walaupun anak kita masih kecil, mereka akan faham jika itu sudah menjadi kebiasaan (solat).
9. Apabila tetamu hendak pulang, minta anak-anak bersalam dan mengiringi tetamu hingga ke muka pintu atau kenderaan mereka. Biarkan tetamu itu merasai bahawa kedatangan mereka begitu diraikan dengan seikhlas hati seluruh ahli keluarga.
10. Apa yang lebih penting ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jika anda ingin anak-anak kecil hormati tetamu, anda sendiri perlu berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment