Iklan

Showing posts with label apak. Show all posts
Showing posts with label apak. Show all posts

14 May 2019

Ku mohon Kasih ....

Tetap tak kan sama seperti biasa!....Itulah yang bakal dihadapi tahun demi tahun yang mendatang...Kehilangan dan kerinduan yang semakin dirasai dan semakin bertambah kuat di setiap hari meniti bulan Ramadan ke Syawal...Menjelang Isnin setiap minggu pasti terkenang semula perkara yang sama pada 25/2/2019...Hrmmmm
Kalau dulu ada 2 pasang tangan yang dikejar untuk dicium dipagi 1Syawal .tapi sekarang hanya tinggal sepasang.....kalau dulu ada sepasang doa yang sentiasa mengiringi kehidupan...tapi kini hanya 1 ....
Rindu....sangat!


Pesan Untuk Apak....
Langit sepi bila kehilangan bintang
Seperti hatiku yang sepi
Angin bertiup kencang di telinga
Seperti bisikan kata semangat dari apak...

Aku berdoa dalam sebak mengingat apak
Aku teringat cerita dan nasihat dari apak
Aku teringat kenangan-kenangan bersama apak
Dalam doa kutitip pesan khusus untuk apak

Rinduku, cintaku, dan kasihku untuk apak
Kusebut dalam doa agar segera malaikat menyampaikannya

kisah hari-hariku selama ini
Seolah tak lengkap bila tiada apak yang setia mendengar....


Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)








23 March 2019

Indahnya Pelangi

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Ada sebab kenapa pelangi itu hadirnya hanya seketika. Kenapa ia pergi dan menghilang dengan sekelip mata....

Kerana jika ia selalu mempersembahkan dirinya selepas hujan, keindahannya akan hilang. Ia akan kurang dihargai. Ia tidak akan menjadi suatu yang dinanti-nantikan. Sekiranya ia kekal, maka akan luput keistimewaannya. Akan lenyaplah keunikannya.

Ramadhan 1440H..pasti tak akan sama...😢

Di sebalik hujan ada kecantikan pelangi.

Di sebalik musibah akan ada hikmah.

Di sebalik celaan akan ada pujian.

Di sebalik cacian akan ada peningkatan penghormatan.

Di sebalik dugaan akan ada kenikmatan.

Di sebalik segala sesuatu ada DIA & hanya DIA.


Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya. “Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.…

Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…

 An-Najm: 42-44

Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.









16 March 2019

REDHAlah wahai HATI....

Dah hampir sebulan apak meninggalkan kami...Ujian yang ditempuhi bermula daripada bulan Ogos 2018 telah pun menemui titk nokhtahnya...Namun masih segar sangat setiap detik yang dilalui...Setiap kali mengaji ...masih terasa kehangatan tubuh arwah apak yang berada disebelah ketika itu...daripada tubuh arwah yang panas hingga tubuhnya berasa sejuk dan diuruskan sehingga selesai...Allahhuakbar....Setiap kali menempuh hari ahad mesti terlintas dikepala detik akhir ketika memandikan arwah pada paginya...😪 

Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    

(Al-Baqarah: 286)


ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


BAE6614
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.


Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 
Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.



13 March 2019

Sabarlah hati .....


20/1/2019 11:53 am
Lalu, kesunyian yang melanda itu membuatkan fikiranku menyelak kembali lembaran-lembaran lama yang berlaku dalam kehidupanku.
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

SABARLAH wahai HATI...kerana
yang sebenarnya... kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.  

10 March 2019

Hati yang Merindu

‎Monday, ‎29 ‎October, ‎2018, ‏‎5:50:38 PM
Hati mula merindu...
Dalam hidup memang tidak ada yang abadi, setiap orang pasti pernah merasakan yang namanya kehilangan...

Sebuah kematian yang sudah di takdirkan, tidak akan kembali dengan sebuah kesedihan dan air mata. 
Bila mana tarikh terakhir sebagai musafir di dunia maka, Allah boleh mengambil apa yang dipinjamkanNya semula pada bila-bila masa.
Kehilangan ibarat dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Ia perit. Peritnya bagai dihiris-hiris hanya yang mengalaminya amat merasai.
Memang mengikhlaskan  seorang yang sangat di sayangi adalah hal yang paling sulit yang di ajarkan dari Tuhan untuk kita. Saat ini, hanya doa yang bisa kita jadikan sebagai jalan untuk mendekatkan diri dan memohon kemudahan darinya atas segala musibah yang sedang kita alami saat ini.

Dia memang  sudah meninggalkan kita semua disini selamanya. Namun, semua kenangan yang indah tentangnya akan selalu abadi di dalam ingatan kita
Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amin.

25 February 2019

Adakah akan kutemui NOKTAHnya?

16/2/2019 Apak mengalami sesak nafas Dan terpaksa dihantar  ke Hospital Slim River. PASRAH...semua bantuan dihulurkan kepada apak oleh pihak hospital berlandaskan pesakit Paliatif. 
Besarnya Kuasa Allah Yang Maha Esa, dan betapa kerdilnya manusia yang langsung tidak bermaya.
Itu sudah janji Tuhan: ajal itu ialah sesuatu yang pasti dan bila sudah tiba masanya tiada siapa dan tiada apa pun yang dapat menghalangnya. Kehidupan kita ialah anugerah Allah, dan bila Allah menariknya kembali, tamatlah sebuah kehidupan itu dan manusia menemui ajalnya. Apa-apa juga penyakit atau alasan hanyalah buat dijadikan penyebabnya saja.
Alhamdulillah apak kuat semangat dan atas kehendakNya...Apak kelihatan kembali stabil...Apak discharge dari wad 9 pada Isnin 18/2/2019...

Mengapa Rasulullah menyuruh kita mengingati mati?

Kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, tidak kira di gua mana sekalipun kita bersembunyi.

“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”

Usaha ku teruskan lagi sehingga kutemui Noktahnya......Terima Kasih

11 February 2019

Klinik Paliatif ......usaha hingga kutemui titik NOKTAH


11/2/2019 Apak ada temujanji di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh. Temujanji yang telah lama diaturkan untuk apak semenjak 15/1/2019 iaitu selepas pembedahan di batalkan atas sebab keadaan pesakit dan penyakit yang dihidapi.Apak di serahkan rawatan selanjutnya ke Klinik Paliatif.  Pada mulanya memang ternganga dengar perkataan ' Paliatif' ....Memang tak pernah dengar...nak sebut pun tak reti...Rupa-rupanya  klinik ni adalah untuk rawatan sokongan yang diberikan kepada pesakit yang mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Ia merangkumi rawatan holistik kepada pesakit  serta keluarganya bukan sahaja memfokus pada masalah perubatan, tetapi psikologi, sosial, emosi dan spiritual.
Fungsi utama rawatan paliatif adalah untuk memberi keselesaan serta kualiti kehidupan yang terbaik semasa rawatan diljalankan, bukan hanya semasa hari-hari terakhirnya sahaja. Rawatan paliatif boleh dimulakan pada bila- bila masa  atau semasa penyakit di diagnosis (dibuat semasa rawatan dimulakan kepada pesakit).

Itulah ....memang tak pernah tahu ....

Melalui klinik paliatif hari ni apak dibekalkan dengan ubat tahan sakit - morfin 1ml yang diharapkan dapat membantu apak mengurangkan rasa sakit...menurut Doktor apabila apak demam atau tidak mahu makan barangkali otaknya sedang membengkak. Oleh itu untuk mengurangkan rasa sakit dan memberi rasa selesa untuk apak ...hospital bekalkan ubat tahan sakit....

Nak apak bangun macam dulu....memang tak kan mungkin...tapi.....Rindu nak dengar suara apak....rindu nak sembang dengan apak...rindu nak apak senyum...rindu zaman apak sihat dan ambil berat tentang kita....

Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”

“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Surah Al Isra 17:24

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku.       Surah Nuh 71:28

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku.    Surah Ibrahim 14:41


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails