Iklan

19 September 2010

Hidupkan amalan ziarah suburkan kasih sayang



Kulaan....
SETIAP kali musim perayaan terutamanya Aidilfitri, amalan kunjung-mengunjung ke rumah sudah sekian lama diamalkan masyarakat di negara ini.
Itulah kelebihan dan hikmah berziarah di mana Islam menggalakkan amalan berziarah bagi memberi peluang kepada sesiapa saja sama ada keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga untuk bertemu, bertanya khabar serta merapatkan hubungan persaudaraan.
Namun agak sedih, ada di kalangan masyarakat kita yang mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat seperti sepupu tetapi tidak mengenali antara satu dan lain lantaran jarang berjumpa.
Fenomena pelik juga berlaku di kawasan perumahan di bandar sehinggakan ada yang tidak mengenali jiran yang tinggal sebelah rumah. Mereka tidak pernah mengambil peluang untuk berkenalan meskipun sudah bertahun hidup berjiran.
WFE3450

Masing-masing dengan hal sendiri yang menganggap ‘engkau dengan hal engkau, aku dengan hal aku’.

Daripada Abdullah bin Mas’ud daripada Nabi bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong.”

Sikap mementingkan diri sendiri itu tidak boleh dijadikan amalan kerana Islam mahu umatnya hidup dalam keadaan harmoni, bersatu serta menuntut kita hidup berkenal-kenalan.

Anak zaman sekarang juga sudah berubah. Pada musim perayaan seperti Aidilfitri ini mereka dilihat lebih senang duduk di rumah sambil ‘menghadap’ televisyen.

Sikap seumpama itu perlu dihindarkan kerana ia menggambarkan sikap pentingkan diri sendiri, sombong dan gagal menepati galakan ziarah yang amat dituntut agama.

Amalan ziarah tidak hanya ditakrifkan sebagai bertandang ke rumah saudara-mara kita saja malah boleh diperluaskan dengan menziarahi golongan kurang bernasib baik seperti orang sakit, anak yatim, saudara yang miskin dan jiran tetangga kita.

Perayaan yang disambut seluruh umat Islam itu perlu dinikmati bersama dan bukannya bersikap bersendirian. Aidilfitri sebenarnya menyatukan hati insan yang berjiwa besar untuk merayakan hari kemenangan dengan kembali ke fitrah manusia.

Memohon maaf dan sifat memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi nilainya. Ia meleburkan perasaan angkuh yang merasakan diri tidak pernah melakukan kesalahan.

Pian dan Abe melawat Teweng di Manjung....
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa kita terhadap manusia sehingga kita sendiri memohon maaf daripada mereka.

Umat Islam dilarang memutuskan persaudaraan dan hidup dalam keadaan berpecah belah kerana ia pasti melemahkan institusi serta kesatuan yang dibina.

Selepas faham dan menginsafi keadaan itu maka sudah tentu kita akan menjaga kesucian dan kemurnian Aidilfitri. Lakukan ziarah ke rumah saudara-mara, jiran, orang miskin, anak yatim dan orang tua dengan mohon maaf, bertanya khabar serta hadiah kepada mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails