BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd.
Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi. Menjelang Syawal yang mulia di tahun ini, aku ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Malah aku sentiasa percaya kita semua telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan keluarga yang lain. Insya Allah di atas sokongan semua, aku berharap Syawal yang menjelang tiba bakal menjadi garis permulaan kepada kejayaan yang lebih besar. Aku percaya hari yang mulia ini memberi ruang kepada kita semua untuk merapatkan lagi jalinan ukhuwah sesama kita yang menjadi asas kepada pembentukan organisasi kekeluargaan yang lebih utuh dan dinamik
Akhir kata dari aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijriah. Maaf zahir dan batin.
Indahnya Silaturrahim...
Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu.
Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu
KONSEP AMALAN BERZIARAH
Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim dan ukhud sesama insan, apatah lagi sesama Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat ayat 10:
Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi memberi manfaat yang amat besar. Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan hubungan silaturahim ini kita akan dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama dan faham-memahami sesama kita
RENUNGAN
*Hikmah Rumah Didatangi Tetamu*
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.
Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w..
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:
*"Siapakah tetamu itu?"*
Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w..
Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.
Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.
Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:
*"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."*
Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.
Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت ". فيااحبتي " الضيف دليل الجنة ". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ...
صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..
ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.
No comments:
Post a Comment