Iklan

Showing posts with label SMK SLIM. Show all posts
Showing posts with label SMK SLIM. Show all posts

01 September 2010

Jangan jatuhkan maruah ummah.....Terfikir kah Korang...?

Jangan jatuhkan maruah ummah
IPOH 30 Ogos – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.

Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah.

Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina.

Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri.

“Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

“Ia bermula daripada pencerobohan kecil dan jika ketika itu orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah, mereka sebenarnya memberi petanda yang salah seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam,” titahnya.

Dalam perkembangan sama, baginda meminta umat Islam supaya sedar, insaf serta wajib mengambil pengajaran sebelum “nasi menjadi bubur” kerana tiada pihak lain akan bersimpati jika mereka jatuh dan menjadi lemah.

“Masa depan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan mereka sendiri. Selagi kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak boleh meruntuh atau menjatuhkannya,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, pemimpin wajib mengambil ingatan dan insaf bahawa selagi terdapat kumpulan fakir miskin di dalam negara, mereka masih menghadapi cabaran dan tanggung jawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

Malah tegas baginda, kewujudan fakir miskin harus menginsafkan warga yang hidup senang dan mendapat banyak nikmat serta kemudahan untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan miskin dan susah.

Baginda menyifatkan usaha membantu fakir miskin dan membasmi kemiskinan adalah jihad yang perlu diberi keutamaan pihak terbabit.

Selain itu, baginda menggalakkan badan Islam lain mencontohi langkah Yapeim menyediakan anugerah kecemerlangan untuk warga bukan Islam kerana ia dapat memperlihatkan kemurnian ajaran agama selain memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

23 August 2010

Kau Sahabat kau Teman

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenang
kan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah k
ita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau
bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin
Ku s
ahabatku kau teman sejati

18 August 2010

Semoga dicucuri Rahmat...

" Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya."
(HR Muslim)

Kini, hanya doa-doa yang mampu kita usahakan untuk arwah. Itu sahaja. Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan si mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "
- Surah Ali Imran (3): 185 -




Mati,
Ia Pasti, Ia menghampiri, Ia mengakhiri.

Al Fatihah buat allahyarham Cikgu Halim (daddy Halim) semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. 4:30 am 18/08/2010
8 Ramadhan 1431

10 August 2010

Aku tak terfikir pun....

wuahaahaaa.....kalau dah memang perangai pelik tu...macam2 la benda yang nak dia nampak dan yang dia fikir...sampai "Tak Tercapai dek Akal" aku.....Adakah keupayaan berfikir diluar kotak ni suatu yang perlu? Ermmmm...perlu la kan tapi jangan sampai jauh sangat.....Keh!..Keh! ...benda ni happening tul la....masa perhimpunan rasmi sekolah...ade majlis penutupan minggu budi bahasa anjuran Panitia moral...Pertandingan Pantun dan sajak dari pelajar...ade la yang dilantik jadik hakim...so member ni duduk le kat depan perhimpunan untuk menyaksikan persembahan pelajar... Tugas dia cuma bagik markah je untuk setiap pelajar yang ambik bahagian...Laaaaa rupanye...ade gak benda lain yang dia tengok...dia tengok apa?Sape yang bersila panggung atas kerusi...entah la ...dah memang dasar orang pelik...aku pun tak pernah la terpikir gak benda ni...Makanyeeeee......masa meeting dia pun cakap..."kalau duduk bersila panggung...nanti nampak betis...haram hukumnya".....Toing! toing!...terkejut la Makcik2 yang ade kat bilik tu....laaaaa....dia intai rupanya......tu la...dah elok orang baru nak ok dengan ko..langsung jadik macam lalat....so jadilah macam lebah...jangan jadi macam lalat...erhh...Wak Lan la cakap bukan aku.....

26 July 2010

5 Inovasi

ni semuanya budak kelas aku.....kalau tengok muka pun tau ..semuanya tak sepooh...semuanya 18 orang...banyak ni la yang selalu ade....
  • 2 kena gantung pukul pengawas form 3....
  • 1 bakal digantung sebab pukui orang gak...
  • 2 completely BLURRRRR.......
  • 1 suka tanya yang bukan2....semua mau tanya!
  • 1 confirm tido waktu orang ngaja...
  • 6 India....12 asli.....
Semaga anak murid aku cerah masa depan....walau pun tak berapa tapi depa baik.....hemmmmmhhh ye la tu....

04 July 2010

Sireh Pulang ke gagang

4/7/2010...petang ..AFB3859 pulang ke D-L1-02. Ija antar balik selepas hampir 3 bulan. Wah....seronok tengok motor ni...
Motor ni Ija pinjam hari tu masa dia mula2 mengajar kat MRSM Felda. Masa dia pinjam hari tu aku tak sempat nak baiki ke atau servis motor ni...sian Ija ..macam2 hal motor ni buat hal kat dia...Aku pun rase terkilan gak sebab bagi pinjam barang yang tak elok kat orang tapi memang tak sempat sangat dah hari tu....Sorry to Ija kalau menyusahkan.Tapi good choice...yeyeyeyeyyyeee ALZA...
Petang hari ni jugak Mak Cik daftar kat UPSI...hahahaha good Luck Mak Cik yang jadik student balik....kan lama setahun je...pass tu ok la normal balik. Cuma kena la adjust balik dari 2K sekarang cuma tinggal 1 k...boleh kot....lagipun dekat je Tanjung Malim...ape-ape hal leh contact LB Sdn. Bhd. kalau boleh tolong kami tolong. Tapi satu syarat je TOOOOLOOOOOOONG jagan praktikal kat SMK Slim....hehehehehhhhhheeeeeee.....Boleh?

02 July 2010

PESANAN UNTUK PENTADBIR SIRI 2..the story..

PESANAN UNTUK PENTADBIR SIRI 2



Isnin 24 jun 2010 dikalangan guru sape yang tahu tarikh ni adalah merupakan tarikh persaraan bagi Encik Mohd Rosli (Pembantu Makmal sekolah)? Aku yang jumpa Abang Li hari2 pun tak tau….Tup!Tup! hari tu tengok masa perhimpunan rasmi sekolah aku baru dapat tau hari tu adalah hari persaraan abang Li.

Sedih aku tengok ….majlis yang diadakan..Ye la sebab abang Li ni dah berkhidmat kat sekolah ni selama 11 tahun….bukan setakat dia je yang aku kenal tapi bini dia….anak2 dia jugak semua aku kenal dan bukan setakat aku je yang kenal keluarga abang li ni malah semua guru kat sekolah ni kenal kelurga beliau.

Perhimpunan Rasmi diadakan seperti biasa pagi tu…Pentadbir berucap mengenai beberapa perkara penting dan yang menarik perhatian aku adalah pesanan pentadbir supaya mewar-warkan sesuatu perkara penting kepada semua guru dan pelajar dan seboleh-bolehnya mengambil atau memberi perhatian pada setiap perkara yang diwar-warkan. Pesanan ini disampaikan entah kenapa aku pun tak tau..ade la tu program yang dianjurkan oleh pihak tertentu tidak mendapat perhatian daripada guru. Tapi yang menrik perhatian aku…..adalah kenyataan pentadbir hari itu iaitu ‘GURU HANYA MENGHABISKAN DUIT KERAJAAN!’…Persoalannya kenapa kenyataan itu yang diwar-warkan? Terutama dihadapan pelajar…kalau tak puas hati cakap dalam mesyuarat…ni tak di perhimpunan bersama pelajar ko pi cakap benda tu…dalam hati aku’ bodoh !punya pentadbir…betul orang cakap…yang menjatuhkan maruah guru adalah guru tu sendiri.’…

Setiap perkara penting akan sampai ketangan Pentadbir…pas tu baru pentadbir mengambil tindakan seterusnya. Pentadbir yang GAGAL menjalankan tugas untuk mewar-warkan perkara tu dengan baik….guru yang dipersalahkan!...dah buat silap tak mengaku….sepatutnya PENTADBIR HANYA TAHU MENGHABISKAN DUIT KERAJAAN! Tu la dah buat benda B.O.D.O.H pas tu pi confirmkan sendiri …yang awak tu bodoh. Deyyyyyappada!

Aku kata BODOH ialah kerana Ketua Pentadbir komplen pasai majlis persaraan Abang Li…majlis terlalu ringkas sehingga seolah-olah tak menghargai persaraan beliau. Tu yang aku bengong tu…Tak terfikir ke dalam kepala hotak pentadbir yang kononnya hebat ni…..

1. Sape yang tahu tarikh persaraan ? Jawapan: Pihak Pentadbir

2. Sape yang menghadiri majlis makan2 untuk abang li yang diadakan dalam cuti sekolah hari tu? Jawapan: Pihak Pentadbir dan kakitangan sokongan

3. sape yang menandatangani surat persaraan abang li? Jawapan : Pentadbir

4. sape yang turut memberikan cenderamata ? jawapan : Pentadbir

5. sape sepatutnya yang merancang majlis seperti tu? Jawapan: Pentadbir

6. sape yang sepatutnya MEWAR-WARKAN PERKARA NI? Jawpan: Pentadbir

Guru tak tau…sape tau tarikh persaraan orang lain? kalau diberitahu insyaallah majlis akan jadik lebih baik…itu pun kalau pentadbir bagi kerjasama kalau dok pikir PNP je mampuih gitu je…….macam majlis persaraan Pn. Rajmah..meriah…siap jemput suami dia lagi…macam tu la yang aku bayangkan untuk majlis persaraan Abang Li. Atau ade double standard ?

Pada pendapat aku ini adalah bukti…mengenai perkara yang sepatutnya di WAR-WARKAN….tu la….rase macam nak kuar je perkataan hey you! stupid bustard !….SEpatutnya diaorang para pentadbir ambil berat pasal hal ni…sebab selain dari menunjukkan rasa ambil berat ia jugak dapat menunjukkan sifat pentadbir terhadap kebajikan pekerja disamping dapat menunjukkan rasa terima kasih diatas apa yang telah dicurahkan oleh pekerjanya.

Ambil Berat pasal kebajikan dan tak pernah menghargai…ni la yang lemahnya Para Pentadbir kat sini…tak tau la…bila nak sedar depa ni. Tapi untuk En. Rosli SELAMAT BERSARA…….bila la turn aku ni?

01 July 2010

PESANAN BUAT PENTADBIR SIRI 2

PESANAN BUAT PENTADBIR SIRI 2 is coming.....

Nantikan aku punya ketidakpuashatian hati aku terhadap para pentadbir terhadap suatu peristiwa pada Isnin 24 June 2010.

24 April 2010

Pesanan Untuk Pentadbir

Kajian Ohio State University

Tiga kajian utama patut disebut di bawah teori perilaku kepimpinan. Pertama, kajian di Ohio State University pada tahun 1940. Pengkaji di universiti itu ingin mengenal pasti dimensi perilaku pemimpin. Mereka mendapati dua dimensi utama yang memberi kesan kepada subordinat. Dimensi itu ialah struktur pemula (initiating structure) dan pertimbangan rasa (consideration).
Struktur pemula merujuk bagaimana pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan subordinat untuk mencapai objektif. Pemimpin dikatakan menggunakan perilaku struktur pemula apabila dia mengagihkan tugas kepada ahli, mengharapkan pekerja mencapai piawai prestasi dan menekankan tarikh siap tugas.
Pertimbangan rasa pula merujuk perhubungan di tempat kerja yang bersifat saling percaya mempercayai, hormat menghormati, dan pertimbangan perasaan pekerja. Keselesaan, kesejahteraan, status dan kepuasan pekerja atau pengikut diberi perhatian oleh pemimpin.
Penyelidikan telah mendapati bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur pemula yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut (Stogdill et al. 1974).


Pesanan untuk Pentadbir....JANGAN HANYA TAHU MENGARAH DAN MENEKAN PELAKSANA ARAHAN YANG BERADA DIBAWAH KAMU...Harus diingat tanpa kamu sesebuah organisasi masih boleh berjalan dan tanpa pelaksana.....mampus la korang nak buat semua benda....maka kalau ade masa ...jangan dok membebel je...kadang2 tu tolong pakai otak skit..jangan tau nak komplen sana komplen sini...letih tau nak penuhi semua kehendak korang...bila dah berjaya ....Ayat standart korang " Terima kasih la banyak kerana memberikan kerjasama....bla...bla....!"...tu je la ..sekurang2 nya guna la sikit otak korang yang jarang2 digunakan untuk berfikir tu...sebab aku aku tahu otak korang tu hanya berfungsi untuk menerima arahan dari orang yang lebih atas dari korang je....pikir la macammana nak berterima kasih dalam bentuk lain ..selain dari ayat standard korang tu...dah menanah dah nak dengar..berilah ruang untuk pelaksana ini merasa dan rasa di hargai...Terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails