Iklan

29 June 2017

SYAWAL 1438H

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd.

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi. Menjelang Syawal yang mulia di tahun ini, aku ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.
Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Malah aku sentiasa percaya kita semua telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan keluarga yang lain. Insya Allah di atas sokongan semua, aku berharap Syawal yang menjelang tiba bakal menjadi garis permulaan kepada kejayaan yang lebih besar. Aku percaya hari yang mulia ini memberi ruang kepada kita semua untuk merapatkan lagi jalinan ukhuwah sesama kita yang menjadi asas kepada pembentukan organisasi kekeluargaan yang lebih utuh dan dinamik
Akhir kata dari aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijriah. Maaf zahir dan batin.


Indahnya Silaturrahim...


Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu. 


Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu


KONSEP AMALAN BERZIARAH

Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim dan ukhud sesama insan, apatah lagi sesama Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat ayat 10:

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi memberi manfaat yang amat besar. Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan hubungan silaturahim ini kita akan dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama dan faham-memahami sesama kita

RENUNGAN

*Hikmah Rumah Didatangi Tetamu*


Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.
Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 
   
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:


*"Siapakah tetamu itu?"*

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w..
Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.
Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.
Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:
*"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."*
Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.
Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت ". فيااحبتي " الضيف دليل الجنة ". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ...
صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..




ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.

23 June 2017

PERJALANAN AKU ANAK P.E.N.E.R.O.K.A FELDA

masa kenduri kat rumah...
Aku memang anak jadi FELDA TROLAK....Apak ngan MAk pindah masuk tanah rancangan FELDA pada tahun 1973 dan aku lahir setahun lepas tu....Alhamdulillah ...membesar dalam suasana yang aman dan damai...Dari zaman pakai lampu gasolin sampai ke zaman LLN(Lembaga Letrik Negara).....bergelap bila lampu gasolin dipadamkan...Lampu ayam menjadi penerang disepanjang malam...tidur berkelambu....Semua aku merasa...masa kita lalui memang rasa perit tapi HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA KALAU KITA LEBIH MENGHARGAI...Kenangan zaman kanak -kanak yang aku lalui ni memang cukup hebat sebab aku  rasa sebahagian besar kanak-kank zaman sekarang dah tak empunyai peluang untuk melaluinya....tu sebab sapa yang lahir tahun 70-an memang tak akan melupai setiap detik zaman kanak-kanak mereka....tak tercerita....malah kalau diceritakan kat anak-anak  zaman sekarang memang tak akan habis sampai bila-bila. 
kali pertama jejak kaki kat Juala Lumpur 1984 . rombongan sekolah.. time ni darjah 4 
Memancing....berkebun...mmandi sungai...tangkap ikan sepat dalam lumpur...main sorok-sorok..main jengket-jengket...main konda kondi...main getah...main buah getah...lastik burung...panjat pokok kekabu...pokok rambutan..pokok jambu..pokok pelam....memang puas..hidup zaman kank-kank aku...
walaupun hidup serba kekurangan...makan nasi dengan lauk telur itik (ternak sendiri) bercicah air garam...berulamkan jering, bawang dan sebagainya...aku tetap dikurniakan kesihatan yang baik ..Alhamdulillah.
Apak yang kerja sebagai peneroka terpaksa menampung perbelanjaan dengan buat pelbagai kerja  lain seperti kerja kontrak/buruh binaan namun dengan 6 orang adik beradik...manakan cukup untuk menampung semua perbelanjaan. Walaupun susah dan perbelanjaan harian sering tak mencukupi...tapi bab pelajaran apak tetap memberikan keutamaan. Semua anak diberikan peluang secukupnya untuk belajar...setiap pahit dan getir dalam menempuh kehidupan memberikan seribu pengajaran dalam kehidupan yang mendatang....jadi betulah kata orang....walau seperit mana pun sejarah dan perjalanan hidup kita...ia akan menjadi lebih bermakna kalau kita pandai menghargainya...Tq

20 June 2017

Kerilla 4

Meyertai Kawad Kaki mewakili TAIKO PLANTATION ketika HARI KEMERDEKAAN
SELAMAT TINGGAL KERILLA
Pemuafakatan baik pasti membuahkan hasil yang baik.. Tahun tersebut Boss luluskan permohonan untuk ambil advance belanja raya sehingga RM800...setiap seorang. Huhuhu...Terpancar kepuasan kat muka setiap pekerja...hutang pun hutang la...sebab semua tu boleh bayar kalau semua pemuafakatan yang baik diteruskan....
   Hari tu masa bayar advance (istilah yang selalu digelar ialah 'duit pinje') sampai waktu berbuka tak siap lagi...maklumlah RM800 sorang...jenuh mengira ...
   Masa waktu berbuka kami berenti kejap...yang menunggu giliran pun balik kerumah jap bungkus lauk pauk dan nasi...masing-masing bawa tikar dan bersedia untuk berbuka puasa kat depan PEJABAT....Kami berbuka Puasa bersama-sama ....macam kerkelah kat tepi laut Ooooo...Sejauh mana pun hati aku seronok dan semakin tenang di sini ... Rasa nak sambung belajar tetap ada. Semua diatur dengan baik....selepas persediaan siap...hati pun nekad ...so....selamat tinggal KERILLA..... WELCOME UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.....Cabaran baru menanti.........tq
 


Kerilla 3

Cabaran Kerilla
enduro 125....

Aku rasa kerjaya yang aku ambil sekarang ni ramai yang tak tahu....malah bidang diploma Pengurusan Ladang pun dah berbunyi janggal bagi kebanyakkan orang...tapi sebenarnya kerjaya ni menawarkan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji dan benefit yang baik.

antara yang di tawarkan ialah tempat penginapan yang lengkap dengan perabot2 dan keperluan asas macam gas, dapur dan perti ais....kan senang. Tu sebab masa aku lapor diri untuk bekerja kat kat sini aku berani bawa 1 beg je....Selain dari itu kenderaan untuk bekerja di Ladang juga di sediakan oleh kebanyakkan syarikat Perladangan....hahaha dan tu sebab aku datang sini 'naik bas je'.....motorsikal yang disediakan untuk aku masa ialah dari jenis Yamaha Enduro 125...HEBAT....!
   Sebagai eksekutif muda....semangat pun berkobar-kobar jadi semua benda aku nak pastikan sempurna...semua dikerah...sampai ada yang berlaku dalam suasana yang agak tegang dan kasar. hasilnya hubungan dengan pekerja dan kakitangan sendiri menjadi tidak berapa jernih...tapi hasilnya tak sebagaimana yang dijangkakan ...
   Bila masa berlalu dan aku mula memahami adat dan suasana semasa di kawasan Kerilla ..ketegasan dah mula kendur...mula selesa dengan suasana persekitaran...Tak boleh rupanya diubah dengan kekerasan dan secara terbuka....kebanyakan pekerja akan mula membantah STRATEGI baru perlu di susun.
Strategi nak Mengubah...
daripada pendekatan yang g drastik dan kasar...aku mula berlembut...strateginya ialah ....entah aku pun tak tau...yang aku tau..bila
  • tau depa nak buat kenduri....aku bagi la sikit....datang setiap kenduri yang dijemput
  • mula datang berjemaah di surau dan masjid
  • ziarah ke rumah atau hospital kalau mereka atau ada ahli keluarga yang sakit
  • mula duduk semeja bila minum kat kedai dan bersembang...
  • mula main wau sesama
  • mula memancing sesama
  • mula bersama-sama mengurus jenazah ketika berlaku kematian...
Hasilnya...Allahu akhbar.....semua berjalan dengan lancar...pekerja yang dulu memang keras kepala sekarang dah mula menerima arahan dan dah mula menawarkan diri kalau ada kesempatan untuk membantu...keadaan menjadi semakin tenang di Kerilla. Aku menjadi semakin SELESA..

We brake the record...Yield melebihi estimate....
Hasil pemuafakatan dan hubungan yang baik...aku dikejutkan dengan permintaan PELIK dari Mandur....
  • Depa nak buat kutipan susu getah sebanyak 2 kali sehari.! Memang masa tu tengah susu tengah banyak...aku memang tak sangka...sebab kalau buat memang latex akan banyak...tapi risiko beku tu akan tinggi...kecuali susu latex dihamtar dengan cepat kekilang. Alhamdulillah rancangan Mandur diterima baik dan semua yang terlibat memberikan kerjasama....aku nampak PEMUAFAKATAN mula membuahkan hasil....
  • Rubber tapper mula test pokok2 lama yang dulunya kering.....kalau dah mula ada susu semula pokok tu depa kan buatkan jalan dan ditoreh seperti biasa pada pusingan seterusnya...banyak pokok yang dulu dikatakan mati kulit telah di buka jalan dan mengeluarkan hasil....aku time tu cuma mampu senyum...dan bersyukur...moga kami semua diberkati ....
bersambung..........

18 June 2017

KENAPA KERILLA? Part 2

Orang Perak Cakap Kelantan

1987-1989 Waktu tu aku berada di tingkatan 1 hingga 3 dan pada waktu tu jugak aku bersekolah di MRSM Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. jadi dialek Kelantan memang dah ada duk hujung lidah aku....jadi bila aku diperkenalkan di depan staff yang lain dan pekerja yang lain depa agak terkejut bila aku fasih dalam dialek Kelantan tapi berasal dari SUNGKAI PERAK. Hehehe...depa ingat depa kutuk aku dalam loghat depa aku tk paham...chaiiittt....sorry le abe weiii ,,,kawe oghe kelate gak dulu....

Kerilla dan Ramadhan.....
Sg. Kelantan ...betul2 tepi ofis je..view memang excellent!
Masa aku sampai kat bumi bertuah ni....adalah semasa Ramadhan....tu sebab time tiba je Ramadhan aku akan teringat balik tempat ni...manakan idaknya...aku datang tempat ni sebatang kara...naik bas ekspres RASIMA dari Ipoh kul 10 pagi dengan di poket hanya ada RM250 (Apak pesan kalau tak cukup bagi tau kemudian. Nanti apak poskan duitnya....tapi aku paham je...kalau dia cakap "kemudian" tu maknanya tak ada la tu...kami memang susah masa tu...tak pe Apak ...paham je ..anak ni yang kita ni orang susah.
    Sebenarnya sebelum terima tawaran kerja ni... aku dah pun ditawarkan untuk DIPLOMA Lanjutan Perakaunan di UITM Shah Alam (sekarang dah dinaik taraf kepada Ijazah Sarjana Muda)...yang dapat tawaran tu hanya aku ngan Amin (kawan satu kursus dulu di ITM Cawangan Pahang)....oleh sebab kesempitan duit ...aku dengan berat hati terpaksa tolak tawaran tu...dan terima tawaran dari TAIKO Plantations. Tapi NIAT untuk melanjutkan pelajaran masih aku simpan dalam hati ini.....
   Dalam pukul 4 petang aku sampai di pekan TANAH MERAH, Kelantan....Tercangak-cangak aku dibuatnya...surat tawaran kerja aku genggam kemas di tangan sebab nak tunjukkan ALAMATNYA pada orang dan nak tanya macamana boleh pi ke tempat bertuah ni LADANG KERILLA, Beg Berkunci 69, 17500 Tanah Merah, Kelantan.Aku mula merayau pelan-pelan menyusun langkah...dalam kepala punya la serabut...macam2 pikir...tapi matlamat utama...ada 2 je..Yang Pertama mesti sampai ke tempat yang aku tuju sebelum waktu Maghrib...yang kedua ...apa aku nak makan untuk berbuka nanti?....macamana nak pergi kerja esok...aku cuma ada kaki je...langsung tak ada kenderaan bermotor nak bergerak...aduihhh letih pikir semua benda....Jalan punya jalan sampai le aku kat tepi sebuah kedai...KEDAI JAM! Tak pikir panjang terus masuk....Beli Jam Loceng...warna Merah....hahahaha....ni la harta aku yang pertama. lepas beli baru pikir....ALAMAK...duit dah habis sikit dah ni....masa ni jugak aku kenal benda palng basic sekali kat Kelantan....iaitu NASIK KERABU.... bila ditanya harga...RM 2.80 je dengan lauk sekali....kira ok la tu... beli sebungkus...tapi masa ni kuantiti nasik kerabu yang dibungkus aku rasa boleh makan 2 orang ooo...banyak betul..
OK nasik settled...carik air plak ...kalau air senang skit...air paling murah hahahaha....air Mineral jela...
Ok misi yang pertama settled..ada satu lagi ni...kena cari kereta sewa...Bila di cakapkan destinasi...semua dok geleng kepala...Berat nih...cuma ada sorang Pak Cik ni je nak antar...tapi dia cakap terus terang ...mahal la skit bayaran...aku cuba tanya kenderaan awam yang lain...depa ghoyak tak dok...mampuih...Nak tak nak ...terpaksa la...
Pekan Tanah Merah...ermmm aku rasa macam Tanjung Malim jugak sebab ada  gate keretapi ...hahaha.....bersambung....

12 June 2017

Kenapa KERILLA?

Ramai yang tanya kenapa banyak benda aku kaitkan dengan satu perkataan ni iaitu "KERILLA". Kerilla yang sering aku gunakan sebenarnya adalah nama sebuah Ladang/Estate di Tanah Merah Kelantan.
Kerana di sinilah tempat aku mula-mula mengenal erti kehidupan yang sebenar sebaik sahaja aku menamatkan alam sebagai pelajar dan memegang segulung diploma.  Ya ...sebaik sahaja aku menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Ladang (Diploma In Planting Industry Management) dari ITM Cawangan Pahang dan berjaya dalam sesi temuduga dari KL Kepong Bhd..aku ditempatkan di sebuah ladang/estate Taiko Plantation yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah KELANTAN.
Sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan selepas 3 tahun bersama MRSM Pasir Tumboh. Bumi yang tak asing bagi aku...Dialek yang yang tak asing bagi aku....cuma dalam situasi yang berbeza...Dulu budak tapi sekarang dah menempuh alam pekerjaan.

Rumah ni adalah rumah pertama di ladang kerilla diberikan kepada aku sebagai tempat penginapan...tak percaya aku...gambar ni diambil pada tahun 1968....hasil carian di Internet.....
Anak Peneroka FELDA dengan situasi diladang memang tak menjadi masalah untuk aku....FELDA Trolak Utara dengan situasi di Ladang Kerilla tak jauh beza...cuma yang kekoknya ialah untuk menguruskan Ladang yang berasaskan kepada Getah....itu memang suatu benda yang amat baru bagi aku sebab Trolak Utara adalah berasaskan kepada kelapa sawit. Ermmmm ...cabaran...sepanjang aku praktikal dulu tanaman getah ni aku jumpa ketika di Ladang ESPEK di Ulu Cheka, Pahang.
Berbekalkan Pengalaman yang ciput aku mula mengorak langkah untuk menempuh cabaran...Hehe...Cuak woi! Tengok suasana estate ni buat kali pertama....sebab suasana di New Camp Division ....punya la..
  1. Pekerja masih lagi tinggal di rumah papan kaler hijau...
  2. Bekalan air masih bergantung kepada kolam takungan air dan pam air...
  3. Air dirawat sendiri....
  4. Pekerja mandi dikolah besar yang disediakan secara beramai2.
  5. Bekalan tenaga elektrik masih bergantung kepada sumber diesel...
Walaupun aku ni anak peneroka...keadaan macam ni memang agak asing gak buat aku...memang di FELDA dulu pernah hidup tanpa bekalan elektrik...tapi sekurang-kurangnya keadaan tempat tinggal dan sumber air berada dalm keadaan sempurna.
Penginapan aku adalah di HOME Division...selepas melapor diri di Pejabat Ladang Kerilla....aku diserahkan kunci dan ditunjukkan rumah yang disediakan untuk aku...tak jauh dari pejabat....hanya seberang jalan je...dari Pejabat pun boleh nampak...dan diatas bukit yang jugak tak jauh dari pejabat ialah BANGLO Tuan Besar...tersergam indah.
Dengan penyerahan kunci rumah tu bermakna bermulalah perjalanan aku sebagai Assistant Manager di Ladang Kerilla....bersambung....
Antara keluarga Kakitangan Estate yang pernah tinggal di rumah ini. Rekabentuk rumah Inggeris lama...sebab ruang memasak dipisahkan dari rumah Utama...

Suasana yang tak jauh berbeza ketika aku menjejakkan kaki disini pada tahun 1995....Pokok kelapa tu masih ada lagi ...haha...rumah kena tutup sentiasa sebab habuk dari jalan tanah merah....

Gambar ni berlatar belakangkan Pejabat Ladang Kerilla. Situasi yang sama jugak pada tahun 1995. Pejabat ni terletak ditebing sungai Kelantan...Pergghhh menang terbaik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails