Hujung-hujung bulan puasa ni, dah tak tahu nak makan apa time berbuka. Pusing pasar ramadhan sampai lenguh kaki, last sekali singgah di stesen minyak esso beli nasi ayam. Hampir sebulan berpuasa, makan macam-macam. Terawih kadang-kadang tercicir juga. Azamnya memang nak penuhkan sebulan, tapi tak berjaya.
10 malam terakhir ini, insyaallah boleh. Sahur takde hal, makan sikit-sikit cukup ambil berkat. Makan roti & minum kopi pun ok. Tak perlu makan yang berat-berat sangat, sebabnya bukan nak kerja berat pun. Lainlah kalu kerja berat angkat balak ke..ok lah nak makan nasik sepinggan.
Kat surau macam biasa lah time hujung-hujung ni. Jemaah makin kurang. Nak berjemaah terawih pun kadang payah sebab imam dan khatib tak ada. Orang awam macam aku ni, nak kena rujuk buku juga kalu nak berselawat, berdoa terawih ni. Maklum le, setahun sekali buat. Lagu raya dah lama kedengaran di radio tv tempatan. Meriahnya nak sambut raya hingga nampak hampir tenggelam keberkatan ramadhan. Nampak gayanya raya tu lebih penting daripada puasa. Memang tradisi Islam ke macam ni, entahlah.
Tapi yang pasti, kita umat Islam ini dipaksa secara halus mengikut sistem kapitalis.

Daripada Anas r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api".

H.R Tirmizi
"di akhir zaman yang mencabar ini, sesiapa yang mengamalkan ajaran agamanya terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia memunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat maksiat dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidahdan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasikan. Bersungguh kita menjaga iman, banyak cabaran di akhir zaman, iman ibarat api di tangan, setiap masa mahu dilepaskan. ujian berat kita rasakan, datang menimpa menjadi beban, alangkah hebat godaan syaitan, untuk meruntuh istana iman.
petikan buku Sedarkah Kamu Wahai Manusia, Antara Semalam dan Hari Ini. Penulis Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman.
No comments:
Post a Comment