Iklan

Showing posts with label Lembah Beringin. Show all posts
Showing posts with label Lembah Beringin. Show all posts

25 August 2016

Teguran terhadap Rasullullah SAW

24.08.2016 Dapat dengar separuh je sebab datang pun dah agak lewat ke Surau. Penceramah : Ustaz Maliki dari Kolej Yayasan UEM. Memang slot hari Rabu adalah khusus bersama Ustaz Maliki yang membincangkan buku FIQH AL-SIRAH.
    Banyak perkara yang telah dibincangkan selama beliau mengajar di surau ni dan antara yang dibincangkan semalam ialah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Rasullullah semasa menyebarkan Islam. 
   Cuma dapat dengar 1 je....iaitu antara halangan yang ditempuh oleh baginda Rasullullah ialah TAWARAN YANG DI TAWARKAN OLEH PIHAK QURAISY kepada Baginda Rasullullah. Suatu tawaran yang hebat dan lumayan agar Baginda Rasullullah meninggalkan apa yang beliau lakukan pada masa itu. 
Semasa membincangnkan mengenai tawaran yang ditawarkan oleh pihak quraisy, suatu peristiwa yang agak menarik perhatian aku ialah mengenai diceritakan ialah berlaku semasa perundingan Rasullullah denagn Quraisy ialaitu kisah mengenai :
Kisah Abdullah bin Ummi Maktum ketika minta diajari oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Islam juga diabdikan dalam ayat Al qur’an iaitu surah Abasa ayat 1-16. Di ayat tersebut Allah memberikan teguran kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana lebih mementingkan pembesar Quraisy dari pada Abdullah yang datang kepadanya minta diajari tentang Islam.

 

Abdullah bin Ummi Maktum

Di zaman permulaan tersebut, Rasulullah ﷺ kerap mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy kerana mengharapkan mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah,’ Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid). Rasulullah ﷺ berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat teringin agar mereka semua menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Ketika Rasulullah ﷺ sedang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah, tiba-tiba Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Abdullah bukan tidak tahu dan melihat bahawa adanya tetamu besar bersama baginda Nabi tetapi jiwanya yang setiap hari merindui ayat-ayat al-Quran menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
Rasulullah ﷺ mengelak dan tidak mempedulikan permintaan Abdullah kerana sangat sibuk bercakap malah berpaling lalu meneruskan pebicaraannya bersama para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, kedudukan Islam bertambah kuat dan syiar dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah ﷺ cuba hendak berlalu pulang, tetapi secara tiba-tiba penglihatan baginda gelap dan kepala baginda terasa sakit seperti terkena pukulan.
Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:
Peristiwa ini juga membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan dari Baginda Rasullullah. TQ
 
surah abasa; 1-2 SQ

 

 

24 August 2016

MUS'AB BIN UMAIR


Alhamdulillah, 23/08/2016 telah diberi keizinan dari Allah untuk diri ini untuk menghadiri majlis ilmu yang diadakan di Surau Annur Lembah Beringin.

Penceramahnya ialah Ustaz Annahari yang juga merupakan penvceramah tetap di surau ini pada setiap hari selasa. Anatara topik yang dibincangkan ialah PUNCA KELEMAHAN UMAT-UMAT TERDAHULU. Antara perkara yang menarik dan yang dapat dikongsikan ialah kisah Mus'ab bin Umair r.a. yang berkaitan dengan kemewahan. Cerita Mus'ab bin Umair r.a. ini dikisahkan oleh beliau ialah kerana KEMEWAHAN itu MELEMAHKAN dan kemewahan adalah antara punca lemahnya umat-umat sebelum ini


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".


H.R. Termizi 


Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. 

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". 

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap ketamakan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


Siapakah Mus'ab bin Umair?


Tak ada satu gadis pun di Makkah yang tidak mengenal Mus’ab bin Umair. Wajahnya yang tampan, pakaiannya yang mahal dan badannya yang wangi membuat Mus’ab selalu menjadi perbincangan. Banyak gadis yang bermimpi menjadi isterinya. Terlahir dari keluarga yang kaya, Mus’ab sudah biasa hidup dalam kemewahan. Segala kehidupan dalam kemewahan ini dilaluinya sebelum Mus’ab mengenal Islam. 


Berita tentang Nabi Muhammad dan Islam di Makkah sampai juga di telinga Mus’ab.Mus’ab menemui nabi Muhammad di rumah seorang lelaki bernama Arqam. Disana, Mus’ab banyak bertanya tentang Islam. Ia mulai tersentuh dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad ini. Akhirnya beliau telah memeluk islam tetapi keislaman Mus’ab mendapatkan pertentangan dari keluarganya, terutama dari ibunya. 

Ibunya mengurung Mus’ab dan menyiksanya. Mus’ab tidak takut. Ia bahkan selalu memujuk ibunya untuk ikut masuk Islam. Suatu hari, Mus’ab melihat ibunya sakit. Ternyata, sang ibu melakukan mogok makan. Hal itu dilakukannya agar Mus’ab meninggalkan Islam. Tapi, Mus’ab tidak gentar. “Saya tidak akan meninggalkan Islam sama sekali,” kata Mus’ab. Mendengar jawaban Mus’ab, sang ibu akhirnya mengusir Mus’ab. Sejak saat itu, tak ada lagi Mus’ab yang memakai baju mahal dan wangi. 

Untuk tetap hidup, Mus’ab menjual kayu bakar. Ia menjadi pengikut Rasullullah. Suatu hari, di masa perang Uhud (perang antara umat Islam dan kaum kafir), Mus’ab berdiri dengan gagah sebagai salah seorang perajurit. Mus’ab bertugas memegang bendera Islam. Pasukan musuh berulang kali menyerangnya. Mus’ab tetap berjuang dan dengan keras mempertahankan bendera Islam. Pertarungan berlangsung sengit. Seorang perajurit kafir Quraisy menikamnya dengan tombak. Mus’ab syahid dalam peperangan Uhud. 

Beberapa kali mengikuti perang, Mus’ab merupakan seorang perajurit yang tak pernah mendapatkan harta rampasan perang. Saat terbunuh di perang Uhud, ia hanya mempunyai sehelai baju lusuh. kain itu tidak begitu lebar. Apabila kain itu ditutupkan ke kepalanya, maka terlihatlah kedua kakinya. Jika kedua kakinya ditutup, maka nampaklah sebagian kepalanya. Akhirnya, Rasulullah menyarankan agar kain lusuh itu digunakan untuk menutup kepala Mus’ab. Di bahagian kaki yang masih terbuka, Rasullah meminta agar ditutupi dengan tumbuh-tumbuhan idzkhir, iaitu tumbuh-tumbuhan yang berbau wangi. 

Kisah tentang Mus’ab bin Umair begitu menyentuh hati para sahabat. Suatu hari sahabat Abdur Rahman bin 'Auf r.a. diberi hidangan makanan. Nabi Muhammad bercerita tentang Mus’ab. "Mus'ab bin Umair itu terbunuh - fi-sabilillah. Jikalau kepalanya ditutup, maka tampaklah kedua kakinya dan jikalau kedua kakinya ditutup. Maka tampaklah kepalanya.” Mendengar cerita ini, Abdur Rahman bin 'Auf menangis lalu meninggalkan hidangannya. 

25 July 2015

Kadang-kadang...

Entah kat mana la silap aku aku...? Kadang-kadang hati ni terasa la jugak...tapi setiap kali benda terjadi aku akan kata aku akan cuba atasi dimasa akan datang.
Ada 2 benda yang selalu aku terlepas tiap tahun.Yang pertama cium tangan mak ngan apak dipagi raya...dan yang kedua ambik gamba keluarga.
Aku tak pernah nak salahkan.sape-sape dalam hal ni...bagi aku kelemahan yang datang kebanyakkan adalah dari aku...sebab itulah APAK...kalau dia kata pukul 8.00 am...maknanya 08.00 am.. Awal..bagus tapi lewat maknanya, minta maaf!..memang itu la yang di amalkan sejak dari kecik dulu, itu sebab aku tak pernah marah atau nak salahkan sesiapa...sebab kalau aku terlepas salah satu dari dua perkara ni adalah kerana aku LEWAT!
Tapi Alhamdullilah tahun ni tercapai jugak hajat nak cium tangan mak ngan apak dipagi raya. Puas rasanye selepas tak berkesempatan dalam beberapa tahun sebelum ni. Cuma yang masih miss ialah gambar keluarga. Masih terlepas lagi...aduh sedih gak rasa. Ye la ajal maut hanya tuhan je yang tahu...
Tapi aku mintak agar dipanjangkan umur mak ngan apak agar berpeluang lagi pada tahun depan. INSYAALLAH.....







14 July 2015

Makin Mengecil Nilainya...

Ramadhan 1436 dah pun hampir ke penghujung. Bahang hari raya dah pun kuat dirasai. Segala persediaan perlu dilakukan terutama bagi anak-anak. Macam biasa bajet aku sediakan...tapi jumlahnya tak lah banyak memandangkan aku pun bukan ada berduit sangat. Jumlah yang hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya...tapi tahun ni keupayaan untuk membeli rupanya dah semakin mengecil. Kalau dulu lebih banyak barangan dapat di beli dengan jumlah wang yang sama tetapi tidak pada tahun ini. Nak marah pun tak boleh...nak mengeluh tak bagus...so carry on dan terpaksalah potong sikit pembelian barangan. GST dan kenaikan harga petrol memang jelas telah melonjakkan harga barangan dan seterusnya mengecilkan nilai gaji aku yang ciput ni. Dalam satu resit pembelian baru ni apabila disemak nilai GSTnya...Fuhhh RM25...kalau nak kira dah boleh dapat dah baju T sehelai. Putih biji mata aku tengok nilai GST yang perlu aku tanggung...Kalau dulu cuma orang kaya dan mampu je yang wajib bayar culai...tapi bila GST menggantikan SST hampir semua rakyat sekarang adalah pembayar cukai scara langsung.Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada. Pandai dak pemerintah kita ....bunuh dalam diam. Bagi BR1M lepas tu rampas balik...
 
MAKLUMAT Tokok Tambah

Apakah GST
GST is a consumption tax that is based on the value-added concept which will replace the current sales tax and services tax. Put in differently or explained in simple terms, with GST, consumers will only need to pay tax once and the price of the goods should either remain the same or in fact be more affordable.

 
Kenaikan harga petrol

Berikut adalah senarai harga runcit bulanan bagi petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di pasaran Malaysia untuk tahun 2015
Senarai yang disertakan ini dapat membantu pengguna mengikuti harga terkini (bahan api) minyak di pasaran sedia ada.
Fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1MDB banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD.
Jika menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, DSN bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang RM. Di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.
Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Akhir kata...."SENYUMMMMMMM!!!!!!"


Bulan RON95 (Seliter) RON97 (Seliter) Diesel (Seliter)
Januari RM1.91 RM2.11 RM1.93
Februari RM1.70 RM2.00 RM1.70
Mac RM1.95 RM2.25 RM1.95
April RM1.95 RM2.25 RM1.95
Mei RM1.95 RM2.25 RM1.95
Jun RM2.05 RM2.35 RM2.05
JulaiterkiniPetunjuk RM2.15 RM2.55 RM2.05








06 April 2015

Boleh Kata Isu Besar la Jugak

Sabtu 4.3.2015...Mesyuarat Tergempar PIBG Smk KKB telah diadakan. Kebetulan hari tu free so ambik peluang pi jap jengok-jengok sebab perkara ni melibatkan Kakak Na. Perkara yang tergempar ti ialah berkenaan dengan 'Penutupan Arus Perdana di SMK KKB' Waa...serius ni..maknanya sekolah kakak na akan ditutup sepenuhnya untuk memberi laluan kepada Kolej Pra Universiti untuk Tingkatan 6. Prosedur perlaksanaan akan dibuat secara soft landing atau pun secara berperingkat-peringkat. Bermula sesi tahun 2017 tiada pengambilan pelajar tingkatan 1 dan seterusnya pada 2019 yang tinggal hanyalah Tingkatan 6.
Itu senario perkara yang akan berlaku...malah tempat mesyuarat juga yang pada mulanya adalah di Dewan Sekolah terpaksa berpindah venue sebab tak mendapat kebenaran daripada Pihak Kementerian. Tuan Pengetua akan dikenakan tindakan disiplin kalau mesyuarat diadakan dikawasan sekolah. Guru juga akan dipindahkan dalam tempoh 24 jam sekiranya hadir dalam mesyuarat tergempar yang dianjurkan oleh PIBG kali ni. Selepas perbincangan diadakan maka venue meayuarat dipindahkan ke Bangunan UMNO atas ikhsan.
Maka mulalah mesyuarat....antara jemputan yang hadir ialah ALUMNI SMK KkB

Bila ALUMNI ni diberi peluang mula lah depa bukak berita sejarah depa....!!! Kenangan...nostalgia....macam2 lagi la...cerita pasai pengalaman depa...Start dari Burhamudin Talib sampai la ke Penyata Razak. ..semuanya depa cerita...meleleh2 nanah kuar dari telinga..kut idung ...kut mata ...semua keluaq...penat la weiiii kalau semua nak cerita....lepas sorang..sorang lagi naik cerita..macam passing batton pulak dah...aduih!!!! Penat la weiiii....
Hasil perbincangan....Memorendum akan dibuat dan akan dihantar oleh wakil PIBG dan Persatuan ALUMNI kepada mana-mana pihak agar suara ibubapa ini dapat didengari dan dapat di beri perhatian. Memorendumnya ialah..." Kami dari persatuan PIBG yang mewakili ibubapa SMK KKB dengan ini meminta agar Arus Perdana dikekalkan dan Tingkatan 6 juga dikekalkan dengan menggunakan infrastruktur baru yang dibina khas bagi tingkatan 6." Yezzaaaaaa.....semoga berjaya!


INFORMASI:



Pada April 1959, tertubuhlah sebuah sekolah untuk anak² melayu di sekitar daerah Hulu Selangor iaitu skolah yang pada hari ini di kenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB).Dalam serba kekurang,Sekolah yang hanya bermula pada awal penggal kedua pada tahun itu hanya mempunyai 36 orang murid.Sejarah menunjukkan nama asal sekolah ini bukanlah seperti nama yang ada sekarang.SMKKKB dahulunya dikenali sebagai Darjah Menengah Melayu Kebangsaan dan juga tapak bangunan sekolah ini bukanlah seperti mana di Kuala Kubu sekarang tetapi menumpang di Bangunan Umum Kalumpang, iaitu Sekolah Kebangsaan Kalumpang.Apabila berpindah ke Kuala Kubu Bharu, Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Anika Jurusan dan kemudian bertukar ke nama SMKKKB.Penduduk setempat menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Melayu untuk membezakan antara SMKKKB dan sekolah inggeris iaitu Sekolah Menengah Dato Haji Kamaruddin SMD. Dalam usia 4o tahun sekolah ini ditubuhkan, ramai anak² didik yang menimba ilmu pengetahuan didisini telah berjaya dalam hidup dan tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang kembali bertugas di SMKKKB sebagai pentadbir dan pengajar di SMKKKB.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails