Iklan

30 May 2008

Takut Mati tak mati



Baru-baru nia ku saje carik pasai....tukar kereta la pulak.
Dari Kenari kami upgrade sikit ke Perdana V6.
Bukannya berani sangat tapi nekad je la....Kenari aku dengan murah hati tolak kat abang RM15,000.00.sebab kebetulan yang dia pun tengah cari kereta...
tapi tu dia lah sekarang ni PERDANA V6-2001 BGA7709...Alhamdulillah...syukur.
Dari RXz ke Mitsubishi Lancer BBS 8475 (baru ni aku jumpa kereta ni....okey la mamat je jaga maintain lagi...cat baru, bumper baru...bergaya dengan spot rim lagi...steady BBS!)lepas tu Kenari...lepas datang satu lagi E-go...pas let go RXZ...datang kancil WFE450...pastu let go kenari datang V6.

BIRHDAY KAKAK KE-8


17 APRIL 1008 Genap le umur kakak yang ke-8. umumnya semua orang kat sini dah tau sebab kakak dah siap canang kat semua orang yang dia nak buat birthday party.
Petang tu ramai yang datang...jamuannya ade la sikit...Opah pun datang ...tu yang best tu. Jamuannye cume mee rebus umie je.
Nak jadik cerita masa Tok Wan dalam perjalanan pulang ke Villa di 391 satu kejadian aneh telah berlaku....Tok wan ACCIDENT le pulak...nasib baik dan alhamdullillah le semua dalam kereta tu selamat termasuk le Tina, Mak Mah (Co-pilot), Opah (kehilangan suara kerana terkejut).

Jadik kalau sesiapa yang terjumpa dengan lembaga hitam yang ade no. plate WLQ 9573 pada waktu malam ...maka percayalah itu bukan lembu tapi HANTU Lembu.....sebab masa kejadian tu menurut Mak Mah (tidak mengalami kecederaan kerana memakai tali pinggang keledar...sejak itu Mak Mah dah jadi semacam sebsb bila naik kereta je tak kira le kereta siapa selalu mengingatkan kepentingan tali pinggang keledar yang telah menyelamatkannya dari mengalami kecederaan pada malam kejadian.)lembu yang dilanggar berkemungkinan mengalami kecederaan parah kerana memandangkan kereta Tok Wan yang kemek teruk dan barang yang ditinggalkan melekat-lekat kat kereta Tok Wan.
Pengajarannya....kepada Tuan punya lembu tolong ikat lembu jangan bagi depa merayau pada waktu malam kerana boleh membahayakan orang lain. kalau nak biarkan juga lengkapkan lembu dengan lampu headlamp dan signal lamp supaya mudah dikesan oleh orang ramai.
SEKIAN TERIMA KASIH .....HAPPY BIRTHDAY KAKAK

Bukit Merah the revisited

Lepas pilihanraya selesai aku pergi Bukit Merah...saje bawak budak-budak ni berjalan. kesian kat kakak bising nak berjalan sebab cuti sekolah. Pergi ni pun sebab Mak Anjang Noriah yang kasik baucer bilik...dah FREE ape lagi...check in je la.
Keputusan pilihanraya masih bermain kat kepala aku....tapi ape la yang aku boleh buat dah suara orang ramai macam tu...terima je la.
Pergi dengan KENARI...rindu betoi aku kat keta ni ...walaupun mase aku beli dulu peh...macam-macam orang kutuk...macam roti Ban la...macam mesin basuh la...macam peti ais la...macam kotak mancis la...aku tak kesah...sebab bagi aku kenari ni is my best car...tak pernah mengecewakan aku...cuma bila kena potong dan kena tinggai je...terasa dan tersentuh le jugak.

Sebelum pergi bukit Merah kami singgah kat Ipoh untuk urusan di JPJ dan KWSP. Lewat jugak kami sampai sebab urusan di JPJ mengambil mase lajugak...sebab tak faham prosedur je kalau tak gerenti cepat.
Sebab cuma dapat baucer bilik je maka jadiknya tiket masuk kena le bayor...mahal la..tak pe bukan nye hari-hari.Tapikan yang bestnye...bayar mahal2 pas tu mandi kat tempat cetek paras ibu jari...dari mula sampai habis.....
Masa balik kami ikut jalan lama dari Zoo Taiping sampai Ipoh Umie kata "jalan-jalan la....tengok jalan lama mesti best" Haah kejap je pas tu dia yang paling kuat berdengkur ....
Masa lalu kat Sungai Siput terkejut aku...dia punya jalanraya macam highway tu....tapi Samy Vellu kalah jugak....tak tau la....JUST WAIT AND SEE!!!!!!!

Transformation of No. 34 FELDA Trolak Utara.


Ni rumah tok Mekah...kerja pembaik pulih rumah ni semuanya rancangan Kak Zah dan Kak Yatie..Aku tak masuk campur sangat sebab aku tak ade modal. Alhamdulillah semua selesai...kosnya cecah juga RM30,ooo lebih...tu la sekarang ni semuanya mahal. Tapi aku tumpang puas hati....thank you Kak Zah & Kak Yatie.

General Election 2008


Kali ni kalau tak silap aku dah 3 kali aku mengundi...bangganya aku...Aku mengundi kat FELDA Trolak Utara.
Kira aku ni okey gak la....tak macam sesetengah orang tu ...kalau bercakap pasai politik PEH! dahsyat rase macam semua dia cakap tu betoi je...aku ni pun dah rase apa yang dia cakap tu betoi angguk je la....kira okey gak mamat ni ...luas pengetahuan dia pasai politik ni...tak macam aku...elegik le pasai politik ni..entah hapa2...Tapi bila tiba masa mengundi.... tak pi pun mengundi (La tak daftar dengan SPR rupenye mamat ni....) Kalau macam tu buat ape sembang pasai pilihanraya....kalau tak mengundi , MANGKUK HANGIT betoi rase respect pun hilang...ingat kan mamat ni dahsyat la .... rupenye adalah antara orang paling mangkuk bin pinggan dan berdatukkan periuk yang hanya layak tolak kat toke besi buruk je.Hampeh!hamster!hamstring betoi...Jadi kalau korang tak mengundi Jangan cakap pasai politik dengan aku...biar le pengetahuan aku pasai politik hanya setakat sedalam teh tarik dalam gelas tapi aku MENGUNDI......
Keputusan pilihanraya dah keluar...mase keputusan diumumkan meremang bulu hidung aku yang dah sebulan 3/4 tak potong ni...sebab sibuk nak pilihanraya le katakan....BN tumbang kat Kedah,Perak,Selangor, Pulau Pinang dan tentunya Kelantan...Penyokong pembangkang bersorak gembira sebab BN kalah....Hoorey...BN tumbang , BN kalah tanpa berfikir bahawa secara tidak langsung menunjukkan tumbangnya parti dan pecahnya perpaduan dikalangan orang melayu yang mendedahkan kelemahan orang melayu dan menunjukkan perpaduan kaum lain dalam menjatuhkan melayu...
Mungkin ade benarnye semasa pemerintahan BN terdapat penyelewengan dan ketidakadilan berlaku tapi tidak bermakna kita perlu menolak parti UMNO yang menjadi tunjang dalam memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan dan maruah orang melayu. Sepatutnya kita menyangkal dan mengambil tindakan terhadap individu yang mengambil kesempatan dalam UMNO sahaja dengan cara memilih pemimpim baru dikalangan UMNO bagi menggantikan mereka yang khianat...
Natijahnye ....Pulau Pinang tergadai kepada parti DAP yang sememangnya amat angkuh dan menentang keistimewaan orang melayu....perlukah kita di perintah oleh bangsa yang dulunya datang kenegara kita hanya sebagai buruh di lombing bijih timah yang mana kita orang melayu sebagai tuannya...Tak boleh disalahkan jugak DAP...sebab orang melayu jugak yang bodoh. Ade pati yang boleh mewakili mereka dan telah terbukti selama 50 tahun berjaya mempertahankan ketuanan melayu pergi pangkah parti KEADILAN yang dipimpin oleh Anwar Bin Ibrahim. Bagi aku Anwar adelah punca kepada perpecahan orang melayu dan penggadai hak melayu demi kepentingan individu...Kalu kita fikirkan balik semasa anwar menjadi Menteri Kewangan...dan semasa Malysia megalami kegawatan ekonomi....beliau mengesyorkan kita menerima tawaran IMF...nasib menyebelahi kita ....kepimpinan mase tu menolak...kalau tak kita akan jadi macam Indonesia yang telah dijajah secara tidak langsung apabila menerima tawaran IMF. Yang sebenarnye Anwar dah malu....Kalau betoi nak memerintah tunggulah giliran...orang tua yang kat atas tu bukannya lama lagi....
Entah la kadang-kadang mals la nak pikir pasai benda ni apa kata korang pikir la sendiri!

Hari Raya Haji...Rumah Tok Mekah 2007



Raya Pose hari tu kami sambut kat rumah Tok Wan bunyi je kat tempat yang lain tapi pada dasarnya tetap kat Trolak jugak....buat penat je!
Raya Haji ni kami sambut dengan siti khodijah serta papa dan mamanya....siti sit! Sit!..siti eat...eat.... dont want...
kalau nama je Raye Haji ni....gerenti yang aktivitinye....tak de la lain selain dok rumah tengok Tv ...tu je la...kalau lebih-lebih pulak nanti orang kata bengong ka apa mamat ni...susah le pulak nanti nak jawab.
Raya haji jugak kalau nak makan laksa ke...mee sup ke...ketiak goreng ke...macam-macam lagi le hidangan segera ni maka ni le masenye....tapi pagi tu kami bermaafan dengan opah dan Tok....seronok sikit sebab tak sama rasenye mase mak dan apak kat mekah dulu...sedih rase kat hati...Ya Allah Ya tuhanku murahkanlah rezeki kedua ibubapa ku....panjang kanlah umur mereka dan rahmatilah mereka....Amin.

2008

Dah lama menulis...rase rindu le pulak. Sekarang dah bulan Mei nak masukbulan June dah pun tapi aku rase tak terlambat lagi kot untuk buat report pasai yang dah berlaku....bukannye malas nak tulis cuma internet kat sekoalh sekarang ni depa pasang websense yang tak membenarkan aku untuk membuka dan membaca blog...HAK KERA JAAN le katakan.Akur je la....lagi pun aku ni kan a good citizens (betoi ke ni....rase macam ejaan jam je....)
Jadi mulai saat, minit dan waktu ini aku akan cuba untuk update kan blog ni...(dada rase berombak2 dah ni....tentu semangat tengah naik ni....)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails