Keluarga Tercinta......Adek Safiyyah, kakak Alifah , Zafran dan Umie |
Kepada masyarakat Melayu, duit raya adalah satu agihan atau hadiah yang dihalalkan sewaktu menyambut Aidilfitri. Saya melihat duit raya sebagai satu contoh penerimaan ganjaran tanpa usaha. Sejak kecil mereka terdidik menerima wang tanpa usaha apabila datang Ramadan atau Syawal. Sesiapa yang memberi layak dihormati dan dikunjungi. Sesiapa yang tidak memberi pelokek. Lebih buruk lagi jika dipanggil siBakhil, walaupun secara gurauan.
Sang pemberi kononnya bersedekah. Ada yang mengatakan hikmahnya mengalakkan anak-anak kunjung mengunjung. Memang benar ada unsur sedekah tetapi kesan buruk kepada sistem nilai dan budaya masyarakat amat buruk sekali . Pada pendapat saya ada kaedah yang lebih berkesan. Berfitrah teruslah kepada yang memerlukan seperti yang dituntut. Sedekah dan fitrah diaidilfitri tidak terhad kepada zakat peribadi RM 7 sekepala. Segala pengurangan dan penjimatan didalam proses”abstinanace” dirayakan deng an penuh kegembiraan melalaui zakat dan sedekah Syawal.
Budaya ini menular kepada amalan ditempat kerja. Dihujung Ramadan saolah-olah pemberian rasuah dan penerimaannya dihalalkan dibawah panggilan duit raya. Malahan kakitangan samada kerajaan atau swasta ada yang meminta duit raya tanpa segan silu.
Seterusnya diluar Ramadan dan Syawal, pemberian wang bersampul berleluasa semasa pilihanraya sama ada peringkat parti atau umum. Titik permulaan politik wang pada pendapat saya adalah duit raya dan jika amalan ini dipanjangkan di bulan bulan lain, ia adalah rasuah. Budaya Penaungan, Patronizing culture yang tidak banyak beza dengan budaya feudal.
Dibulan Syawal atau Ramadan, kita akan melihat pemimpin negara bermula dari Perdana Menteri sendiri menjaga pintu rezeki, melayan barisan penerima duit raya.
Kita juga melihat amalan yang serupa didalam mentadbir negara dan negeri. Apabila Terengganau diberi peruntukan Duit Ihsan, nama gantian royalti petroleum, mereka ketandusan ide. Rakyat Terengganu kecil dan besar menerima wang runtuh tanpa bekerja. Walhal adalah lebih berkesan sekiranya, biasiswa, atau latihan atau banyak bentuk lagi program “mengajar menangkap ikan dan bukan diberi ikan” yang boleh dilaksanakan.
love this moment...... |
Pokoknya, saya percaya amalan rasuah, tidak dipandang negatif oleh bangsa Melayu kerana telah menerima nilai “wang tanpa kerja” hasil pendidikan berterusan setiap Ramadan dan Syawal bermula daripada pemimpin sehinggalah ke sianak kecil.
Di bulan syawal yang mulia ini, berfikirlah sejenak sebelum menyediakan sampul hijau. Benih pemikiran wang tanpa usaha dan rasuah mula saudara tanam disanubari anak-anak. Didalam realiti hidup, rezeki perlu dituntut melalui usaha. Duit raya, ang pao, duit kopi, rasuah bertali kait dan tidak banyak perbezaannya.
No comments:
Post a Comment