Iklan

28 May 2007

Hamster



Hamster ni baru baik dari demam....selepas dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang agak ganjil yang dibawa oleh opah kerumah di Lembah. .....Abih diketuk-ketuk ni sangkar diusong-usong nya....tetamu tu adalah Wafi and Is....PEH punyelah kagum depa tengok hamster tu....sampai pucat le hamster tu.... anyway keadaan dah kembali tenang....sangkar dah servis dengan dettol PEEEh disembur dengan Feebrezz baru le nampak ceria sikit. Dah mula main dia punye roller balik.

Cuti Sekolah 2007


Hari Jumaat ari tu 25/05/2007 tiba-tiba KYUEM dikejutkan oleh suatu kejadian yang menarik perhatian hampir keseluruhan warga kolej....kecuali student sebab depa tu control pandai....SEBUAH HELIKOPTER TUDM MENDARAT CEMAS.
Menurut agen Alifah yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja sampai dari sekolah agama mengatakan bahawa helikopter tersebut mengalami kerosakan kipas..... kipas dia senget sebab tu la dia turun. Laporan yang sama juga telah disampaikan kat Opah masa balik ke Trolak keesokan harinya (sebelum opah berangkat ke Pahang Darul Patin).
Adek yang baru balik dari Rumah Itta juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan peristiwa tergempar setakat ini yang berlaku di Lembah Beringin pada 25/05/2007. Adek punye la kagum....
Menurut Agen Alifah lagi kesengetan kipas telah berjaya diperbaiki oleh orang baju hijau, sebab itu selepas 20 minit helikopter tersebut boleh start dan terobang semule...

25 May 2007







Gambar-gambar ni masa birthday kakak...lepak kat Rawang je Pizza Hut.... Tu adek dengan pose seksinya..... kakak cuba buat muka innocent.... steady kakak.... love kakak and adek forever.

KERILLA: 1st semester Last day of School.

KERILLA: 1st semester Last day of School.

1st semester Last day of School.




So.. hari ni last day sekolah bagi semester ni...Peh huru rara sekolah rasenya.Macam-macam perangai kuar... tapi ade lagi yang masih ada exam.Yang dah abih cikgunye ape lagi dok pulun periksa kertas la.....


Harini ummi pulak tak sihat...demam. Dia pi klinik sorang-sorang.Adek alhamdullilah sihat dah semalam. Habis dah huru hara rumah. Adek....Adek.....


Kakak semalam dapat Bahasa Inggeris 96% je....salah 2 itu pun sebab tak tau beza man and boy....alahai ruginya kalau tak anak ayah ayah mesti dapat perfect score...PEH Bangganya.....


Semalam jugak dapat SMS dari Kak Zah.....Dia mintak buat sumbangan untuk renovate rumah Apak.....Ingatkan sikit je....tapi sampai RM45,000.00 Mak aiiii mana aku nak cari duit? Dia kata lagi Kak Yatie bagi RM 15,000 dan dia bagi RM25,000 so...bakinya hanya RM5,000. Banyaknya duit depa....aku nak kasi berapa ni?? Dah la nak Bayar rumah bulan Julai ni...Poning...Kerja dah 6 tahun tapi duit simpan cuma ade RM5,000 je...itupun dalam akaun kakakyang hanya boleh guna sekiranya emergency je...Tak tau la so just wait and see. Harap ade lah rezeki nanti. Dapat gak tolong diaorang. Kalau ikut aku renovate sikit je dah la dalam RM20,000. Cuma Tukar bumbung baru....(Kasik pakai genting ka...) lepas tu repair dapur dengan bilik mandi kasik kemas dah la. Ni rasenya kalau dah RM45,000 tu rasenya comfirm buat rumah baru ni...tapi okey gak depa dah bagi RM40,000 aku carilah nanti bakinya.Mintak-mintak murah rezeki ke ade duit tersepak ke... mana tahukan.

24 May 2007

kakak periksa kali pertama


Minggu ni kakak dah start periksa. Muladengan subjek bahasa Melayu.Hari Khamis banyak le pulak subjeknya-B.ing, Matematik dan Science......Tak tau La anak ayah harap-harap cemerlang le hendaknya....

Adek demam la pulak sian die... tapi pagi tadi dah okey kot.... kelamkelibut je... mandi cebok!
Kakak dah cukup 7 tahun dah.... tu ha gambar dia....jadi la kek kecik. adek pulak bulan depan 7/6/07 ckup dua tahun. dah besar dah cayang ayah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails