Iklan

29 October 2010

Lambaian Kaabah

 
Oleh: Nasron Sira Rahim
Sumber: Berita Harian 
Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia
"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.

"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.

"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.

"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.

Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat. Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.

Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.

Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air.

Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.

Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.

Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.

Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.

28 October 2010

Ketulusan Hati


Ketulusan Hati


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
 
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau benarkan kasihku
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati

MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

25 October 2010

Tetamu Allah

KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...
Pergilah tetamu Allah
Pergilah menuju Allah…
Pergilah membawa hatimu yang pasrah
Tiada lain yang kau cari
Kecuali kasih-sayang Ilahi
Haji ertinya menuju…
menuju Allah yang satu

Namun jalan cinta itu penuh sembilu
Kan bertandang ujian beribu liku
Merintang diri dan hati
Kerna setiap cinta itu pasti diuji…
Apakah sejati atau ilusi.
Sebelum melangkah mulakan muhasabah
Bagaimana belanja kita ke sana?
Apakah keringat sendiri yang mengalir?
Apakah dari sumber yang bersih?
Apakah dari pekerjaan yang baik?
Tanpa penipuan, tanpa penzaliman
Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya
 

Leburkan mazmumah semampunya
Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya
Mensucikan hati di pohon keampunan
Minta kemaafan dari manusia
 

Mohon taubat segala dosa…
Barulah nanti terlerai rantai di hati
Terasa ringan melangkah kaki!
Pakaikan kain ihram di tubuh
 

Serah diri seluruh…
Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh
Kini kita hanya seorang hamba
Yang benar-benar hina di hadapan-Nya
Datanglah bagaikan hamba tawanan
Yang bertelut gementar… menanti hukuman
 
Labaiklallah humma labaik!
Hambamu datang ya Allah…
Dengan hias rohani
Di cermin matahati katakan pada diri:
Aku tidak punya apa-apa
Harta, keluarga dan milik Mu jua
Asalku hanya dari titisan air yang hina …
Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya…
Namun Hambamu datang jua ya Allah…

Labaikallah humma labaik
Aku datang wahai Tuhan
Aku datang… menyahut panggilan
Tuluskan niat kita ketika memulakan
 

Haji ini, ibadah ini…
Bukan untuk ihsan manusia
Bukan lanjutan urus niaga
Pun bukan kerana riak dan bangga
Tetapi benar-benar kerana kita hamba
Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi
Ikhlas itu sangat maknawi
Namun kesannya zahir pada diri
Ikhlas melahirkan sabar…
Sabar kita dengan karenah insan
Demi mengharapkan rahmat Tuhan
Ikhlas melahirkan syukur…
Syukur dengan ruang yang sempit
Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah
Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar
Tiada bezanya derjat dan pangkat
Yang kaya atau melarat
Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah
Talbiah, tasbih dan selawat
Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin
Segalanya sama seputih kain
Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan
Hanya taqwa… nilaian Tuhan
Tuhan tidak menilai rupa
Tuhan tidakmenilai harta
Tuhan hanya menilai hati
… hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah…
bermalam di Mina melontar 3 Jamrah
Genggam butiran batu itu dengan tangan kita
Tapi lontarkan ia dengan satu rasa
Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah
Simbolik satu kebencian
Metafora sebuah peperangan
Melawan syaitan dalam kehidupan
Nyahkan ia jauh-jauh…
Perangi ia sungguh-sungguh…
 

Usah berpaling lagi
Pada pujukannya… kita tak sudi!
Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa
Rindu tiba-tiba semakin membara
Hati hiba tanpa diminta
Tanda disedari mengalir air mata kita

Oh! situ pernah melutut Ibrahim
 

Di situ pernah sujud Ismail
 

Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW
 

Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah
 

Di hitam warnanya ada nur kesucian
Langkah kian cepat… kian mendekat
Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan
Tiga pertama bagaikan lari dari dosa…
menuju pahala
 

Empat yang kedua lepas dari kesalahan…
menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan
Dikucup tangan tanda kecintaan
Tuhan cintaku hanya pada-Mu…
Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah
Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera
Cemas bila dirasuk azab…
Tenang seketika dibujuk harap…
Ke sana khauf…
ke sini raja’…
Bimbang tenang berulang datang
Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku
pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur
Helaian rambutmu pun gugur
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu
 

Kini bangun dirimu yang baru
Bukan sekadar membuang setipis rambut…
tetapi mengungkai fikiran yang berkabut
Bukan sekadar membersih kepala…
tetapi hakikatnya menjernih minda
Itulah rahsia tahallul
Meninggalkan diri yang kotor
Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi
Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya
Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian
Terbayang gembala kecil di padang pasir
Luka kakinya di Taif
Hilang kesayangannya di Badar
Gugur giginya di Uhud
Atap rumahnya dicecah jari
alas tidurnya berbekas di badan
Sujudlah, bertelekulah di situ
Tunduk malu di makam nabi
Di sana tersimpan jasadnya yang mulia
Rasul yang tak pernah jera berkorban…
 

Demi umatnya
Tega baginda pada semua derita
Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain
Ingin merayu tapi lidahnya kelu
Qiblat itu hak Tuhan…
tak layak dirinya memohon pertukaran
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah
Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah
 

Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah
Di Badar kita diajar bertawakkal
Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai
Tetapi bila disiplin robek godaan harta
 

Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa
Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie
Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit
Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini
Jika segalanya dilihat dengan matahati
Jiwa akan kukuh disepuh iman
Akal akan bersih disuluh iktibar
Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam
Haji kemuncak mehnah dan ujian
Padanya tersimpan rahsia kekuatan
Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu… 
Berpisah tak gelisah…
 

Kenangan di Makkah dan Madinah
Adalah bekal safar abadimu…
bertemu Allah!


Sumber: http://genta-rasa.com/2009/10/30/kembara-cinta-sudah-bermula/#more-636

20 October 2010

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

On 01/06/2010, in Khutbah, by Abu Saif | http://saifulislam.com/?p=4447

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini. 
Firman Allah SWT:
“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]
Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ‘sumbangan’ Yahudi. Kerosakan demi kerosakan. Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.
Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk. Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]
Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua. Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Menjawab soalan ini, teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita  murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

19 October 2010

Fadhilat Haji

Sumber ; http://pbtaajaya.blogspot.com/2009/10/fadhilat-haji.html

Kami mendoakan agar semua urusan Haji Opah dan Tok Wan di permudahkan....kami menanti 13/12/2010......


Allah berfirman:
جَعَلَ اللّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَاماً لِّلنَّاس
Hassan Basri r.alaih tatkala membaca ayat ini berkata: "Bahawa agama ini akan tegak dengan gagahnya selagi haji dilakukan diBaitullah dan selagi manusia mengadap muka mereka di dalam sembahyang ke arah Kaabah. (Durre Manthur)

"Allah menjadikan Kaabah, rumah suci tempat pelindung untuk keselamatan manusia." (Al-Maaidah ayat 100)

Ibn Abbas r.a berkata bahawa tempat perlindungan dan keselamatan yang di sebutkan disini sebenarnya menggambarkan pemeliharaan agama mereka dan pengerjaan haji. Maksud yang lain ialah bahawa mereka yang memasuki Kaabah akan terselamat daripada serangan.

Kaabah telah dua kali binasa, (dan di bangunkan semula) tetapi pada kali ketiganya jikalau ianya musnah, ia akan di angkat daripada dunia ini.

Imam Ghazali r.alaih menukilkan daripada Ali r.anhu berkata: "Apabila Allah Taala ingin untuk membinasakan dunia, Dia akan mula-mula sekali menyebabkan Kaabah runtuh. Kemudian dunia akan di musnahkan (Ithaaf)

Hadis 1.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seratus dua puluh rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, enam puluh untuk mereka yang melakukan tawaf, empat puluh bagi mereka yang mendirikan solat dan dua puluh untuk mereka yang melihat Kaabah." (Baihaqi)

Hadis 2.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa tatkala membicangi batu hitam Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkannya di hari qiyamat, Ia akan mempunyai dua biji mata yang mana dia dapat melihat dan dan lidah di mana dia akan bercakap, menjadi saksi bagi pihak setiap orang yang telah menciumnya dengan kebenaran dan keimanan." (Tirmizi, Ibn Majah dan Darimi) Menciumnya dengan kebenaran dan keimanan bermaksud melakukannya dengan penuh kepercayaan(yakin) mendapat ganjaran.

Hadis 3.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Hajarul Aswad di turunkan daripada syurga, mempunyai warna yang terlebih putih daripada susu. Dosa-dosa manusia menyebabkan menjadi hitam." (Ahmad dan Tirmizi)

Hadis ini memberitahu kita bahawa disebabkan manusia menyentuhnya dengan tangan-tangan yang penuh dengan dosa, kesan daripada dosa-dosa mereka menyebabkan batu itu menjadi hitam.

Hadis 4.
Ibn Abbas r.anhu berkata: "Daku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Multazam adalah sebuah tempat di mana doa-doa di terima. Barangsiapa berdoa kepada Allah pada tempat ini, Allah mengkabuli doanya." (Al-Musalsilaati Li Shah Waliullah)

Hadis 5.
Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Solat yang di kerjakan oleh seseorang di dalam rumahnya ialah satu solat, dan solat di dalam masjid tempatan( di tempatnya) ialah bersamaan 25 kali solat, dan solatnya yang di lakukan di dalam masjid Jamek di ganjarkan sehingga 500 solat,dan solat di dalam Masjid Al-Aqsa di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di masjidku (Masjid Nabawi) di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di Masjid Al- Haram di ganjarkan 100,000 solat." (Ibn Majah)

Hadis 6.
Umar r.anhu berkata: "Lebih baik bagiku melakukan 70 dosa di Rukiya (di luar Mekah-daripada melakukan satu dosa di dalam Mekah."Sebagaimana amalan-amalan kesalihan di lipatgandakan dengan banyaknya dari segi ganjarannya, begitulah juga dosa-dosa di lipatgandakan dengan banyaknya.

17 October 2010

Perjalanan Masih Jauh, Bekalan Masih Sedikit

Sumber: http://razipothman.blogspot.com/2009/11/ibadah-haji-lambang-tauhid.html

Alhamdulillah...tahun ni Tok Wan ngan Opah terpilih untuk menjadi tetamu Allah...Aku? entah la..Entah muncul peluang aku atau tak untuk menjadi tetamu Allah....tapi bagi Tok Wan dan Opah...kami anak2 mendoakan agar selamat menjadi tetamu Allah dan sampaikan salam kami buat Junjungan Rasullullah...Wassalam.
Ibadah haji lambang tauhid paling unggul. Zulhujjah bermaksud bulan haji. Pada bulan ini umat Islam menunaikan ibadah haji, rukun Islam yang kelima. Berbahagialah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada bulan ini.Banyak kelebihan disediakan untuk mereka yang membelanjakan harta, meninggalkan keluarga dan keselesaan di tanah air semata-mata menyahut seruan Allah menuju ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Justeru, haji dikatakan sebagai puncak pengabdian dan lambang ketauhidan yang paling unggul.

Kelebihan paling utama ibadah haji adalah terhapusnya segala dosa. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan haji di rumah ini (Baitullah), ketika mengerjakan haji itu dia tidak mencarut dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang, dia terkeluar daripada dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Di samping itu, ada kelebihan lain ketika berada di Tanah Suci seperti solat di Masjidil Haram yang ganjarannya 100,000 kali ganda dan solat di Masjid Nabawi pula 10,000 kali.Bagi umat Islam yang tidak terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini, tetap berpeluang untuk menikmati kelebihan Zulhijah.

Allah berfirman maksudnya: “Demi waktu fajar. Demi 10 malam. Demi hari yang genap dan hari yang ganjil... (Surah al-Fajr, ayat 1-3)
     Menurut Ibn ‘Abbas, Ibn az-Zubayr, Mujahid dan ramai dari kalangan mufassirin salaf dan khalaf, 10 malam yang disebut di dalam ayat itu ialah 10 malam pertama Zulhijah.Pendapat itu diperkuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Amal salih yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan pada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikit pun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah).”
Hari yang ganjil adalah hari Arafah iaitu hari ke-9. Hari yang genap adalah Hari Nahar (Aidiladha) yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijah.Demikian pendapat Ibn ‘Abbas, ‘Ikrimah dan adh-Dhahhak.Ayat al-Quran dan hadis di atas menjelaskan betapa mulianya bulan ini di sisi Allah, khususnya 10 hari pertamanya sehingga dikatakan amalan hamba yang paling Allah suka adalah amalan yang dilakukan pada hari itu.Apakah amalan yang sebaiknya dilakukan? Terlalu banyak kebaikan yang boleh difikir dan di senaraikan.

Antaranya ialah berpuasa sunat, lebih-lebih lagi pada hari Arafah (hari ke 9). Dalam hal ini Nabi bersabda maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)
Kedua, ibadat korban yang disunatkan pada hari ke-10, 11, 12 dan 13.Korban adalah sunnah muakkadah. Ada ulama yang menyebut sebagai sunnah wajibah bagi mereka yang mampu. Cukup satu korban bagi satu keluarga.Antara dalil berkaitan dengan korban adalah firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)
Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Apa-apa yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imranm, ayat 92)

Dalil hadis: “Barang siapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan korban), lalu tidak melakukannya (tidak berkorban), maka janganlah mendekati tempat solatku.” (Hadis riwayat Ahmad)Daripada Ummu Salamah, Rasulullah bersabda: "Apabila kalian telah melihat hilal bulan Zulhijah dan ada di antara kalian yang akan berkorban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kukunya." (Hadis riwayat Muslim)

Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar adalah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka, laksanakanlah korban dengan sepenuh hatimu.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Sahabat bertanya Nabi: “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita peroleh daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.”
(Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Amalan adalah solat sunat, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat.Yang penting tanamkan azam di dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana juga dan pada bila-bila masa. Apabila tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.


Oleh Prof Madya Maznah Daud .PENULIS ialah pensyarah syariah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com

15 October 2010

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

Pada 31 May 2010 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

 
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.


2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.






  

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.






4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata






5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.









6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.






7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.









8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.







9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.

14 October 2010

Umat Islam Menanti Saat Keruntuhan Masjid Al Aqsa?

Posted on Abu Ridhwan on February 4, 2010

08 October 2010

Palestin: Antara Realti Dan Tindakan Kita Bersama

Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia.

Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran.

Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan; meracuni tanah dan airnya dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan tentera pada 2008-2009. Penduduk Palestin terperangkap di Gaza dan beratus orang lagi mati kerana mereka tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Kita jangan lupa peranan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam tragedi ini apabila mereka mengenakan sekatan ekonomi yang menyokong kepungan Israel untuk menghukum penduduk Gaza kerana memilih Hamas pada Januari 2006 dalam pilihan raya yang bebas dan adil.

Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi apabila AS mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas di Gaza pada 2007. Dengan kerjasama rapat dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.5 juta penghuninya. Mesir kini menguatkan lagi penjara itu dengan menutup terowong bawah tanah yang digunakan untuk membawa makanan dan kemudahan lain ke Gaza.

Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan. Isu utama ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin. Kini hampir empat juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden.

Di bawah pendudukan ini rakyat Palestin mengalami keganasan, pembunuhan, dan kekejaman di tangan tentera Israel pada setiap hari. Lebih 40 tahun Israel mengepung seluruh penduduk di sebalik halangan dan pusat pemeriksaan; merampas tanah dan air mereka; memusnahkan rumah, perniagaan dan tanaman mereka; memindahkan penduduk; membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya melalui serangan bersenjata untuk membunuh mereka yang disyaki militan; menjalankan penculikan, membunuh, menyiksa dan menghukum secara kolektif.

Pembunuhan dan jenazah golongan muda dan bayi yang terbunuh oleh serangan bom dan peluru senjata Israel menjadi satu pemandangan biasa pada setiap hari. Kanak-kanak dibunuh di pusat pemeriksaan, di jalan raya, dalam perjalanan ke sekolah dan di rumah mereka. Perangkaan ini kurang menarik berbanding pengeboman bunuh diri. Itulah ketidakadilan, penghinaan, penderitaan, dan keganasan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin di tangan tentera Israel.

Malangnya kita tidak dapat membaca kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia ini di dalam media korporat Barat kerana laporan mereka yang berat sebelah.

Israel terus mengembangkan penempatan haram di wilayah yang diduduki yang melanggar undang-undang antarabangsa. Ia telah membina tembok pemisah di dalam tanah Palestin yang jelas melanggar undang-undang dan sesuatu yang tidak bermoral menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keganasan sistematik terhadap penduduk dan tanah mereka jelas merupakan strategi untuk menafikan rakyat Palestin terhadap tanah mereka dan menghapuskan budaya, geografi, identiti, masyarakat dan sejarah kewujudan mereka.

Pencerobohan Israel selama tiga minggu ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009 membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, di mana lebih 80% daripadanya merupakan orang awam. Enam ribu empat ratus buah rumah musnah dan kira-kira 75% bangunan musnah sehingga hari ini akibat kepungan yang berterusan.

Sepanjang pembunuhan ini tiada satu pun kuasa Barat yang mengutuk kekejaman itu. Presiden AS Barack Obama yang baru dilantik tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah rencana bekas Presiden Bush.

Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan AS: F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom kluster, dan senjata baru seperti dense inert material explosives (DIME) yang menyebabkan kecederaan yang tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini. Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini.

Pada September 2009, Misi Mencari Fakta diketuai oleh Hakim Richard Goldstone mendapati terdapat beberapa bukti menunjukkan pencabulan serius oleh Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di Gaza dan Israel telah melakukan satu jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.

AS mengutuk Laporan Goldstone dan menganggapnya ‘cacat’ dan ‘tidak seimbang’. Sekutu Eropah juga gagal untuk mengesahkannya. Pentadbiran Obama juga telah menyekat sebarang pertimbangan Majlis Keselamatan berhubung laporan itu bagi memastikan Israel dilindungi daripada siasatan terhadap jenayah perang.

Dalam episod terbaru, di mana Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam, sokongan AS yang berterusan kepada Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa sekali lagi dapat dilihat. Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mengemukakan resolusi terhadap Israel malah AS hanya mengeluarkan ‘kenyataan presiden’ yang mengkritik dengan lemah sepertimana yang dianggap oleh Menteri Luar Turki sebagai ‘perompak dan lanun’ dan ‘pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah negara’.

Amat jelas sekali sikap dwistandard yang diamalkan oleh kuasa Barat menunjukkan kepada kita bahawa undang-undang antarabangsa tidak tertakluk kepada mereka dan rakan-rakan. Oleh sebab itu, Israel terus menikmati perlindungan AS dan sekutu Eropah dan tidak tertakluk kepada sekatan atau resolusi Majlis Keselamatan.

Tetapi terdapat berita baik untuk kita semua. Warga dunia kini dapat melihat dasar hipokrit dan pengecut kerajaan mereka terhadap Palestin dan kegagalan PBB dalam mendukung undang-undang antarabangsa berhubung Israel.

Tidak lagi sekadar sokongan kemanusiaan, kini pergerakan perpaduan global semakin berkembang untuk memulakan kempen boikot terhadap Israel. Rakyat biasa dan pengguna menggesa supaya tindakan diambil terhadap Israel sepertimana yang dilakukan terhadap rejim apartheid Afrika Selatan dengan ‘boikot, menarik pelaburan dan sekatan’ (BDS).

BDS yang dimulakan oleh pertubuhan awam Palestin pada 2005 untuk mengakhiri sikap Israel yang bebas daripada hukuman dan mendukung hak asasi manusia sejagat kini mendapat sokongan komuniti dunia melibatkan kesatuan sekerja, ahli akademik, pihak gereja, individu dan NGO.

Sudah pun terdapat banyak kejayaan terhadap boikot pengguna seperti penolakan produk makanan di Eropah: Di Britain pihak Sainsbury dan Tesco menerima tekanan untuk mengenal pasti produk ‘petempatan’ yang mana penjualannya melanggar klausa hak asasi manusia dalam perjanjian perdagangan EU dengan Israel.

Kempen terhadap produk kecantikan Ahava buatan petempatan haram Tebing Barat memaksa syarikat itu menggugurkan duta selebriti Kristin Davis bintang dalam Sex in the City. Produk Ahava kini sedang diboikot di Eropah.

Kempen BDS lain ialah mensasarkan Caterpillar yang mana jentera beratnya digunakan oleh tentera Israel untuk memusnahkan rumah rakyat Palestin.

Di Ireland, bantahan terhadap Veolia (dikenali di UK kerana menjalankan kereta api Connex dan kontrak sanitasi) kepada Dewan Bandar Raya Dublin meminta supaya majlis bandar raya itu tidak memperbaharui atau menandatangani sebarang kontrak dengan syarikat itu. Di Australia, Veolia kehilangan bidaannya untuk loji penyahmasinan bernilai berbilion dolar. Kontrak Veolia untuk mengendalikan sistem metro di Stockholm juga tidak diperbaharui. Veolia adalah syarikat Perancis yang merancang untuk membina sistem keretapi di Baitulmuqadis dan membina secara haram kawasan pembuangan sampah Tovlan di Tebing Barat.

Menarik pelaburan daripada syarikat yang melakukan perniagaan di Israel dan syarikat Israel sudah pun berlaku. Gereja Presbyterian AS mengundi untuk ‘proses memilih menarik balik pelaburan dalam perbadanan multinasional yang menjalankan perniagaan dengan Israel’. Pelajar Berkeley, Universiti California meluluskan usul dalam senat universiti menggesa ditarik pelaburan daripada syarikat yang membekalkan Israel dengan bahan yang digunakan oleh tenteranya.

Norway mengeluarkan syarikat Elbit Systems Ltd., Israel yang membina tembok pemisah di wilayah yang diduduki daripada portfolio dana pencen global negara itu. Elbit Systems membina sistem elektronik bagi pengawasan, perisikan dan komunikasi. Gereja England juga telah memutuskan untuk menarik pelaburan £2.2 juta daripada Caterpillar.

Kempen BDS telah memberikan momentum sejak 22 hari Israel melakukan pembunuhan di Gaza.

Seminggu selepas pembunuhan Israel di Gaza, South African Transport dan Allied Workers Union enggan untuk memunggah muatan daripada kapal Israel di Durban.

The Scottish Trade Union Congress turut mengikut langkah South African Trade Union Federation COSATU dan Irish Congress of Trade Union untuk melaksanakan BDS terhadap Israel. The British Trade Union Congress mewakili lebih 6.5 juta pekerja juga turut melakukan boikot.

Pergerakan BDS turut menggesa artis di mana sahaja tidak ke Israel. Santana telah membatalkan jelajahnya dan U2 juga turut memutuskan untuk ke sana. Kumpulan rock AS Pixies turut membatalkan konsert di Tel Aviv minggu ini akibat desakan daripada hasil kempen di dalam Israel.

Jenayah perang Israel yang didedahkan di Gaza bermakna pemimpin politik dan tentera Israel kini terpaksa memeriksa dengan peguam dan ejen pelancongan mereka sebelum membuat perjalanan ke negara yang mempunyai undang-undang universal jurisdiction. Pada Disember 2009, majistret London mengeluarkan waran tangkap terhadap Tzipi Livni, bekas Menteri Luar Israel kerana jenayah perang di Gaza. Pada September, ‘imuniti diplomatik’ telah menyelamatkan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel ketika pencerobohan Gaza daripada ditahan oleh Scotland Yard.

Kempen terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza untuk dibawa ke muka pengadilan merupakan bahagian penting daripada kempen keadilan untuk Palestin.

Kini Malaysia telah menyaksikan dan mengalami sendiri keganasan Israel, apa yang diperlukan ialah menguatkan perpaduan kita dengan rakyat Palestin dan menyokong kempen BDS. Dengan turut menyertai penentangan tanpa keganasan global, kita turut menyuarakan kekejaman kuasa Barat dalam dasar penghapusan etnik Israel di Palestin. BDS hanya satu-satunya harapan untuk memaksa Israel mengakhiri pendudukan mereka.

Sehubungan itu, kami menggesa Menteri Pengangkutan mempertimbangkan dengan serius dasarnya memandangkan terdapat pendedahan yang menyatakan pelabuhan Malaysia turut memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal Israel. Dasar kerajaan Malaysia dan sokongan kepada Palestin mestilah padu dan boleh dipercayai.

SM Mohamed Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

06 October 2010

Kemusnahan Bangsa Yahudi Sebanyak Dua Kali: Bila dan Bagaimana?


Posted on Abu Ridhwan on December 3, 2009 // Comments Off
sumber:http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3345

Telah berfirman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’ ayat 4-8:

وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي ٱلْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي ٱلأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً * فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَاداً لَّنَآ أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلاَلَ ٱلدِّيَارِ وَكَانَ وَعْداً مَّفْعُولاً * ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيراً * إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلآخِرَةِ لِيَسُوءُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ ٱلْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيراً * عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً
Terjemahan ayat 4-8
Ayat 4
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Ayat 5
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Ayat 6Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Ayat 7Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Ayat 8Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).

Petikan ayat-ayat di atas merupakan satu kisah penting mengenai bangsa Yahudi. Anda perlu mengulang kembali sekurang-kurangnya kisah Nabi Ibrahim, Ishaq, Musa, Ya’qub, Yusuf, Sulaiman dan Daud yang memimpin bani Israel untuk mengetahui sejarah mereka. Allah memilih bani Israel untuk menguasai Palestin beberapa kali di bawah pimpinan nabi-nabi tadi. Ayat-ayat di atas agak mudah difahami, seperti berikut:

1. Setelah berkuasa, bangsa Yahudi akan membuat kerosakan besar di muka bumi sebanyak dua kali.

2. Setiap kali mereka membuat kerosakan, maka Allah akan menimpakan balasan kepada mereka dengan implikasi yang berbeza.

3. Balasan untuk kerosakan kali pertama, ialah mereka akan diserang oleh kaum lain yang gagah perkasa, lantas dikalahkan. Akan tetapi sebahagian mereka bertaubat, dan Allah beri mereka peluang kembali untuk berkuasa di bumi, khususnya di Jerusalem. Allah mengurniakan mereka zuriat yang banyak dan harta yang melimpah ruah untuk menguasai kembali muka bumi.

4. Setelah mendapat kuasa kembali, sekali lagi untuk kali kedua mereka akan melakukan kerosakan.

5. Balasan untuk kerosakan kali kedua ini ialah mereka akan dikalahkan dengan sehancur-hancurnya.

Saya akan cuba berkongsi tafsiran ulamak terhadap ayat-ayat di atas menerusi soal-jawab di bawah:

S: Adakah maksud kerosakan di dalam ayat di atas?
J: Allah menggunakan perkataan fasad sebagai merujuk kepada kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi ke atas muka bumi. Di dalam bahasa Arab, fasad membawa maksud kerosakan yang dilakukan oleh seseorang yang asalnya baik, lalu bertukar menjadi jahat dan membuat kerosakan. Orang Yahudi dahulu adalah terdiri daripada bangsa terpilih, kerana mereka dipimpin oleh ramai Nabi. Mereka juga diberikan beberapa kitab dan suhuf, seperti kitab Taurat yang diwayhukan kepada Nabi Musa. Antara contoh kitab-kitab kecil lain atau suhuf yang dikurniakan Allah kepada mereka ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Ash’iya’, Armiya’, Kharqiyal, Daniyal dan Malakhi. Akan tetapi sejarah membuktikan yang ramai mereka, sama ada ketika nabi masih hidup, atau terutamanya selepas kewafatan nabi pemimpin mereka, menukar ajaran agama seperti di dalam kitab suci tersebut. Bahkan ada yang bertindak menyembah berhala dan lembu. Ini adalah antara kerosakan yang mereka lakukan. Setelah mereka mengubah ayat Allah, maka banyaklah lagi kerosakan-kerosakan lain yang mereka lakukan di dunia ini.

S: Di manakah kerosakan yang mereka lakukan di dalam ayat di atas? Adakah semata-mata di Jerusalem sahaja?
J: Walaupun banyak terjemahan al-Quran menyebut maksud al-ardh di dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada Jerusalem, akan tetapi para ulamak turut berpendapat yang ianya adalah bermaksud mana-mana tempat di dunia ini secara amnya. Justeru, yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang Yahudi akan membuat kerosakan di mana-mana tempat di muka bumi sebanyak dua kali. Sebagai contoh, dalam sejarah, mereka pernah membuat kerosakan di Mesir semasa zaman nabi Musa dan di Yathrib/Madinah al-Munawwarah semasa zaman nabi Muhammad SAW. Cuma kebetulan sejarah telah menyaksikan yang mereka kerap menguasai Jerusalem berbanding tempat-tempat lain, justeru banyak kerosakan yang mereka lakukan di kota suci tersebut.

S: Merujuk ayat di atas, bilakah berlakunya kedua-dua kerosakan yang mereka lakukan di bumi ini , serta bilakah mereka dihancurkan?
J: Ulamak tidak bersepakat terhadap bilakah mereka membuat kerosakan dan dihancurkan.

Antara pandangan yang masyhur ialah seperti yang dilaporkan oleh Ibn ‘Asyur di dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir. Bani Israel berada di kemuncak penguasaan mereka terutamanya di kota Sham yang turut meliputi Jerusalem semasa pemerintahan nabi Daud dan nabi Sulaiman. Orang Yahudi tidak menganggap Sulaiman dan Daud sebagai nabi, tetapi hanyalah sebagai raja sahaja. Nabi Sulaiman wafat sekitar 900 SM. Setelah kewafatan baginda, orang Yahudi kembali kufur dengan ajaran Allah. Mereka kembali menyekutukan Allah dan membuat zalim terhadap bangsa lain. Ini adalah kerosakan kali pertama.

Kesannya, mereka dihukum oleh Allah dengan dikalahkan oleh kerajaan Babylon di bawah pimpinan Nebuchadnezzar (dalam Arab disebut sebagai Bukhtansar) dalam beberapa siri peperangan, yang besarnya berlaku pada tahun 606 SM, 589 SM (sehingga banyak binaan emas Haikal Nabi Sulaiman dirampas oleh Babylon) dan kemuncak kejatuhannya ialah pada tahun 588 SM. Ketika itu, Jerusalem hancur musnah sama sekali, dan Haikal Sulaiman telah dibakar oleh Babylon.

Orang Yahudi telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Babylon sebagai hamba abdi mereka. Mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah. Akhirnya, Allah kurniakan kepada mereka dengan zuriat yang ramai serta harta yang banyak di Babylon. Kebetulan, setelah kematian Nebuchadnezzar, kerajaan Babylon semakin lemah. Dan akhirnya kerajaan Babylon telah dikalahkan oleh kerajaan Parsi. Raja Parsi memberikan keizinan kepada orang-orang Yahudi untuk kembali ke Jerusalem. Sekembalinya mereka ke Jerusalem, mereka pun membina kembali Haikal Sulaiman. Setelah beberapa kali pertukaran pemerintahan di wilayah itu, akhirnya mereka membina kerajaan sendiri di sana.

Akan tetapi, orang Yahudi tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Mereka kembali kufur, dan membuat kerosakan kali kedua di Jerusalem. Ini termasuklah tindakan mereka membunuh nabi mereka sendiri iaitu Yahya dan Zakariya, serta membuat perancangan cuba membunuh nabi Isa.

Sebagai hukumannya, Allah mentaqdirkan yang mereka dikalahkan oleh Kerajaan Rom sekitar tahun 40 M. Orang Yahudi dikalahkan sehina-hinanya. Mereka telah dihalau keluar orang pemerintah Rom, lalu merempat di seluruh tempat di muka bumi ini. Ada yang merempat ke semenanjung Tanah Arab, seperti Yahudi Bani Nadhir dan Qainuqa’ di Yathrib, ada yang merempat ke benua Eropah dan ada juga yang merempat sehingga ke Asia jauh. Di Malaysia sendiri, terdapat perkampungan dan perkuburan orang Yahudi di Pulau Pinang.

Kerajaan Rom berkuasa di Jerusalem sehinggalah ianya dibebaskan oleh Saidina Umar al-Khattab pada tahun 16 Hijrah.

Ini adalah pandangan yang paling masyhur di kalangan para ulamak. Menurut Ibn ‘Asyur, dua kisah turut disebut di dalam kitab kecil orang Yahudi yang diturunkan kepada nabi Ash’iya’ dan Armiya’.

Di sana, ada lagi beberapa pandangan lain terhadap bilakah dua kali kerosakan. yang dilakukan oleh orang Yahudi serta dua kali hukuman kebinasaan yang Allah timpakan mereka akibat kerosakan yang mereka lakukan. Saya lebih cenderung untuk menerima pandangan al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi, yang akan saya sentuh di dalam soal-jawab di bawah.

S: Adakah kedua-dua kerosakan itu merujuk kepada kisah silam, atau merujuk kepada kisah yang belum berlaku lagi pada masa hadapan?
J: Khilaf ulamak mengenai tafsiran ayat di atas, khususnya mengenai bilakah kerosakan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi dan hukuman kebinasaan yang Allah timpakan kepada mereka, turut menyebabkan berlakunya khilaf ulamak terhadap persoalan adakah kedua-dua kerosakan dan kebinasaan itu telah berlaku. Atau dengan erti kata lain, adakah ayat-ayat di atas merujuk kepada kisah yang telah berlaku, atau merujuk kepada kisah yang bakal berlaku.

Saya cenderung untuk menerima pandangan Syeikh Mutawalli Sha’rawi dalam persoalan ini. Menurut beliau, sekiranya dilihat di dalam sejarah Bani Israel, sebenarnya mereka membuat kerosakan dan kemudian dibinasakan lebih daripada dua kali. Contohnya, kerosakan dan kebinasaan semasa mereka di Mesir di zaman Musa, ketika mereka berhijrah bersama Musa ke Palestin, selepas kewafatan nabi Daud dan Sulaiman, dan macam-macam lagi. Persoalannya, mengapa di dalam al-Quran disebut dua kali sahaja?

Menjawab persoalan tersebut, Syeikh Sha’rawi berkata ayat keempat di atas tidak dapat dipisahkan dengan ayat pertama surah al-Isra’ mengenai peristiwa perjalanan nabi Muhammad memasuki al-Masjid al-Aqsa. Umum mengetahui yang orang Yahudi semasa zaman awal Islam banyak membuat kerosakan khususnya di semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup secara asabiyyah, menekan pedagang-pedagang Arab dengan riba bunga pinjaman yang tinggi serta memandang rendah orang Arab kerana kononnya merekalah bangsa yang mulia kerana mempunyai banyak nabi. Mereka juga amat mengharapkan nabi akhir zaman turun daripada bangsa Yahudi daripada keturunan Ishaq, tetapi Allah mentaqdirkan yang nabi terakhir itu ialah Muhammad daripada keturunan Ismail. Kedatangan Muhammad, bersama dengan sahabat-sahabat hamba Allah yang gagah perkasa, akhirnya mengalahkan mereka. Mereka keluar dari Semenanjung Tanah Arab selama-lamanya sehingga sekarang, dengan merujuk kepada peristiwa perang Khaibar. Ianya telah dimulakan dengan kemasukan nabi Muhammad di dalam al-Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Isra’. Semua peristiwa ini selari dengan firman Allah mengenai peristiwa Isra’, serta ayat-ayat pilihan di atas seperti “Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah” merujuk kepada tentera Muhammad, dan “untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama” merujuk kepada peristiwa Isra’ nabi Muhammad, dan sebahagian ulamak mentafsirkannya sebagai peristiwa pembebasan al-Aqsa di tangan Saidina Umar.

Menurut Sha’rawi lagi, kerosakan kali kedua seperti dalam ayat keenam di atas sedang dilakukan oleh Yahudi sekarang. Kita lihatlah bagaimana mereka menguasai dunia dengan proksi, mempunyai talibarut yang ramai walaupun bukan berbangsa Yahudi, dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin.

Dan sekarang, kita sedang menanti bilakah hamba-hamba Allah yang gagah perkasa akan mengalahkan mereka dengan sehina-hinanya, sehingga kita semua boleh masuk kembali ke al-Aqsa dengan selamat seperti di zaman Saidina Umar. Ini semua selari dengan firman Allah “apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya”.

Selain itu, kita juga boleh memahami bahawa pengkisahan kerosakan serta hukuman ke atas Bani Israel itu sebenarnya adalah sunnatullah kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berulang kali. Sesuatu kaum mungkin melakukan kesilapan besar di dalam kehidupan mereka. Apabila mereka dihukum di bumi lagi, maka biasanya akan ada yang bertaubat. Akan tetapi sekiranya mereka mengulangi kesilapan besar tersebut, maka sunnatullah telah menetapkan kaum ini secara umumnya akan dikalahkan sehina-hinanya. Teliti firman Allah ini:

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia).

Kesimpulan dan Pengajaran

1. Orang Yahudi dihukum Allah bukan kerana taqdir semata-mata, akan tetapi kerana keengganan, keegoan serta kedegilan mereka patuh kepada Allah secara konsisten.

2. Menurut pandangan Sha’rawi serta ramai lagi ulamak moden, kita sedang menantikan saat kehancuran bangsa Yahudi untuk kali kedua. Sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada hamba Allah yang gagah perkasa untuk mengalahkan orang Yahudi yang melakukan kerosakan di muka bumi sekarang.

3. Adalah menjadi sunnatullah bahawa orang yang beriman tidak boleh melakukan kerosakan besar berulang kali. Kali pertama, mungkin ada ruang kemaafan. Akan tetapi sejarah membuktikan yang kalau orang beriman itu mengulangi kesilapan besar kali kedua, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket kebinasaan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails