Posted on Abu Ridhwan on October 23, 2009
Sering kali kita disogokkan bahawa masalah Palestin mesti diselesaikan oleh negara Arab kerana Palestin adalah natijah dari kegagalan dan kemandulan negara Arab menyelesaikan masalah dengan negara haram Yahudi. Palestin diduduki oleh bangsa Arab dan Palestin berperang dengan Yahudi, jadi ia adalah konflik di antara Arab dan Yahudi. Selain itu, perjuangan membebaskan bumi Palestin dilihat sebagai perjuangan bangsa Arab mempertahankan tanah air mereka dari pencerobohan rejim Yahudi.
Premis dan argumen yang mudah tersebut mampu menjadi barah yang cukup berbisa kepada umat Islam. Konsepnya, otak manusia bagaikan komputer, hanya dapat berfungsi dan menganalisis dengan maklumat yang disuapkan kepadanya sahaja. Bayangkan setelah sekian lama umat Islam disuapkan dengan maklumat yang salah, mereka akan mempamerkan tingkah laku yang juga salah. Mereka menjadi umat yang lesu, tidak peduli dan memandang kecil isu perjuangan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Yahudi. Ini realiti yang berlaku. Namun yang sebetulnya tanggapan bahawa perjuangan membebaskan Palestin adalah tanggung jawab penduduk Palestin sendiri atau negara Arab adalah satu kesilapan dan kekeliruan yang besar. Ia sebenarnya tanggungjawab kita, semua umat Islam. Kenapa begitu?
Theodore Herzl telah membuat beberapa tawaran kepada Khalifah Uthmaniah pada ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II bagi membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi yang bertujuan untuk membeli tanah-tanah yang terbiar di sekitar Palestin bagi menjadikan kawasan pertanian dan penempatan bangsa Yahudi. Berikut merupakan tawaran yang dibuat oleh gerakan Zionisme antarabangsa:
“Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki, tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta itu, kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku di cincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (wilayah-wilayah Kerajaan Khilafah Uthmaniah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!”
Lihatlah bagaimana orang yang benar-benar memahami isu Palestin bermati-matian mempertahankan bumi Palestin. Apa yang difahaminya? Terdapat sembilan sebab kenapa bumi Palestin mesti dibebaskan dan dipertahankan:
Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari tipu daya musuh kami. Amin.
Rujukan
Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd.
Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia.
Mohsen Saleh & Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd.
N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources.

- Kesucian Palestin dan hubungan jiwa yang terjalin antara umat dengan tanah suci itu.
- Kebencian yang berakar umbi, sejarah hitam dan ideologi kebencian Yahudi Zionis terhadap Islam dan masyarakat Muslim.
- Perluasan empayar Barat-Yahudi yang menekan umat Islam demi menjadikan umat Islam lemah dan berpecah-belah serta menjadi satu entiti terasing di bawah telunjuk kuas besar.
Theodore Herzl telah membuat beberapa tawaran kepada Khalifah Uthmaniah pada ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II bagi membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi yang bertujuan untuk membeli tanah-tanah yang terbiar di sekitar Palestin bagi menjadikan kawasan pertanian dan penempatan bangsa Yahudi. Berikut merupakan tawaran yang dibuat oleh gerakan Zionisme antarabangsa:
- Menjelaskan semua hutang piutang kerajaan Uthmaniah.
- Membangunkan kerajaan Uthmaniah dengan menggiatkan aktiviti perdagangan dan perindustrian. Sumber kewangan untuk tujuan tersebut akan disalurkan melalui bank Eropah yang dikuasai Yahudi.
- Menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan melalui pembinaan jalan kereta api dan kapal laut.
- Membina sebuah universiti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
- Mengekploitasikan 100% akhbar untuk mempertahankan sultan terutamanya bagi berhadapan dengan kuasa-kuasa barat.
- Menghadiahkan wang kepada sultan bernilai 100 juta nilai emas.
“Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki, tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta itu, kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku di cincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (wilayah-wilayah Kerajaan Khilafah Uthmaniah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!”
Lihatlah bagaimana orang yang benar-benar memahami isu Palestin bermati-matian mempertahankan bumi Palestin. Apa yang difahaminya? Terdapat sembilan sebab kenapa bumi Palestin mesti dibebaskan dan dipertahankan:
- Tanah para ambia. Di antara para anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan dibumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
- Terdapatnya Masjidil Aqsa. Sabda RasululLAH SAW: “Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?” Baginda menjawab “Masjid al-Haram.” Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab “Masjid Al-Aqsa”. [HR Bukhari dan Muslim].
- Kiblat pertama orang Islam.
- Masjid ketiga suci umat Islam. RasululLLAH SAW bersabda: “Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”
- Merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat. Sabda RasuluLAH SAW: “Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan.” [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
- Orang tinggal di sana kerana ALLAH diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH dan dikenali sebagai bumi pertahanan jihad. RasululLAH SAW bersabda: “Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan ALLAH.” [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
- Pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda RasululLAH SAW: “Sekelompok dari umatKu akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari ALLAH dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya RasululLAH?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
- Tanah yang diberkati ALLAH. Firman ALLAH SWT: “Maha suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
- Bumi yang akan didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. RasuluLLAH SAW bersabda: “Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).”
Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari tipu daya musuh kami. Amin.
Rujukan
Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd.
Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia.
Mohsen Saleh & Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd.
N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources.
No comments:
Post a Comment