Iklan

Showing posts with label Air Kuning Vs Opah Chik. Show all posts
Showing posts with label Air Kuning Vs Opah Chik. Show all posts

03 August 2014

Adab Ziarah Kematian

3 Ogos 2014..Khabar diterima mengatakan Ayah Ngah dah meninggal dunia di Kg. Air Kuning. Setelah hampir setahun sakit akhirnya dijemput juga. Alhamdulillah berkesempatan untuk menziarah dan membantu dalam mengurus jenazah. Kali terakhir ziarah adalah pada 1 syawal 1435. Al Fatihah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“…setiap jiwa itu akan merasai mati..”(Surah ali-Imran, ayat 185).
 
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud,

“Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."(Riwayat Bukhari)  

 
Ziarah Kematian    
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
  "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                  
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

15 July 2014

Macamana le pulak kita nanti.

Ahad 13/7 dapat menziarah Ayah Ngah yang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan...keadaan kesihatan yang amat jauh berbeza daripada dulu..hanya tinggal kulit dan tulang je.
Subhanallah. Macam ni kuasa tuhan ....dari pada sihat hingga sakit macamni..
Itu rezeki kita masing2....macam pulak dengan kita nanti.  ...hanya Allah yang tahu.

03 July 2010

Opah...

3/7/2010....pukul 7.30 am Apak talipon rumah...bagi tau yang opah tak sihat. Apak bagi tau yang dia dengan mak akan pergi dengan kak Zah dalam kul 10.00 am sebab Kak Zah ada training dengan bebudak badminton.
Kami yang kebetulan ade kat Lembah Beringin jadiknya tak dapat nak gi ambil apak dengan mak di Trolak...tak pe la kami pergi je la dulu...nanti apak akan pergi dengan kak Zah.
Sampai kat Kg. Nelayan Lorong 4, dalam kul 11.30 am gak kami pun sebab ye la kena stop dulu...breakfast tu pun dah dekat sejam walaupun kuar awal dari rumah.
Keadaan opah alhamdulillah....masih boleh bangun...tapi dua2 tangan tak leh gerak sangat ...makan pun dah kena suap...sian Wan Chu lepas ni...nasib baik Chu Ahmad cepat bawak gi klinik untuk ambik ubat dan terus urut...aku rase minor stroke ni...sebab opah kata mulut pun macam nak tarik dah hari tu dan badan dah tak leh gerak sebelah...
Achik dari Johor datang awal lagi...sehari sebelum kami sampai rasenye...ramai lagi yang datang hari ni ...Salleh....Kak Yong (Sg. Tengi) pun ade.
Senang hati la skit tengok opah senyum je hari tu...masih boleh sembang cuma dia cakap mata dia dah tek berapa nampak dna telinga dah tak berapa dengar tu je la. Tapi keadaan opah pun dah jauh beza...pergerakan dah semakin perlahan...tapi SENYUMAN TETAP MENAWAN....
Sebab bawak apak kan...so paham2 je la...semua nak kena cepat...nak buat cane dah gitu peel dia sejak dulu gi...kan boleh duduk rumah orang lama2. LUNCH kat rumah Chu ni memang MARVELLOUS...peh licin aku bedal...sambal Wan CHU memang tiada tandingan.....ok lah....sebelum tu aku nak selut kat Wan Chu yang memang you are the Greatest laaa....rajin ..buat kerja rumah dan layan opah dengan sempurna sekali....ok....semoga opah panjang umur dan sihat selalu...Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails