Iklan

23 June 2017

PERJALANAN AKU ANAK P.E.N.E.R.O.K.A FELDA

masa kenduri kat rumah...
Aku memang anak jadi FELDA TROLAK....Apak ngan MAk pindah masuk tanah rancangan FELDA pada tahun 1973 dan aku lahir setahun lepas tu....Alhamdulillah ...membesar dalam suasana yang aman dan damai...Dari zaman pakai lampu gasolin sampai ke zaman LLN(Lembaga Letrik Negara).....bergelap bila lampu gasolin dipadamkan...Lampu ayam menjadi penerang disepanjang malam...tidur berkelambu....Semua aku merasa...masa kita lalui memang rasa perit tapi HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA KALAU KITA LEBIH MENGHARGAI...Kenangan zaman kanak -kanak yang aku lalui ni memang cukup hebat sebab aku  rasa sebahagian besar kanak-kank zaman sekarang dah tak empunyai peluang untuk melaluinya....tu sebab sapa yang lahir tahun 70-an memang tak akan melupai setiap detik zaman kanak-kanak mereka....tak tercerita....malah kalau diceritakan kat anak-anak  zaman sekarang memang tak akan habis sampai bila-bila. 
kali pertama jejak kaki kat Juala Lumpur 1984 . rombongan sekolah.. time ni darjah 4 
Memancing....berkebun...mmandi sungai...tangkap ikan sepat dalam lumpur...main sorok-sorok..main jengket-jengket...main konda kondi...main getah...main buah getah...lastik burung...panjat pokok kekabu...pokok rambutan..pokok jambu..pokok pelam....memang puas..hidup zaman kank-kank aku...
walaupun hidup serba kekurangan...makan nasi dengan lauk telur itik (ternak sendiri) bercicah air garam...berulamkan jering, bawang dan sebagainya...aku tetap dikurniakan kesihatan yang baik ..Alhamdulillah.
Apak yang kerja sebagai peneroka terpaksa menampung perbelanjaan dengan buat pelbagai kerja  lain seperti kerja kontrak/buruh binaan namun dengan 6 orang adik beradik...manakan cukup untuk menampung semua perbelanjaan. Walaupun susah dan perbelanjaan harian sering tak mencukupi...tapi bab pelajaran apak tetap memberikan keutamaan. Semua anak diberikan peluang secukupnya untuk belajar...setiap pahit dan getir dalam menempuh kehidupan memberikan seribu pengajaran dalam kehidupan yang mendatang....jadi betulah kata orang....walau seperit mana pun sejarah dan perjalanan hidup kita...ia akan menjadi lebih bermakna kalau kita pandai menghargainya...Tq

20 June 2017

Kerilla 4

Meyertai Kawad Kaki mewakili TAIKO PLANTATION ketika HARI KEMERDEKAAN
SELAMAT TINGGAL KERILLA
Pemuafakatan baik pasti membuahkan hasil yang baik.. Tahun tersebut Boss luluskan permohonan untuk ambil advance belanja raya sehingga RM800...setiap seorang. Huhuhu...Terpancar kepuasan kat muka setiap pekerja...hutang pun hutang la...sebab semua tu boleh bayar kalau semua pemuafakatan yang baik diteruskan....
   Hari tu masa bayar advance (istilah yang selalu digelar ialah 'duit pinje') sampai waktu berbuka tak siap lagi...maklumlah RM800 sorang...jenuh mengira ...
   Masa waktu berbuka kami berenti kejap...yang menunggu giliran pun balik kerumah jap bungkus lauk pauk dan nasi...masing-masing bawa tikar dan bersedia untuk berbuka puasa kat depan PEJABAT....Kami berbuka Puasa bersama-sama ....macam kerkelah kat tepi laut Ooooo...Sejauh mana pun hati aku seronok dan semakin tenang di sini ... Rasa nak sambung belajar tetap ada. Semua diatur dengan baik....selepas persediaan siap...hati pun nekad ...so....selamat tinggal KERILLA..... WELCOME UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.....Cabaran baru menanti.........tq
 


Kerilla 3

Cabaran Kerilla
enduro 125....

Aku rasa kerjaya yang aku ambil sekarang ni ramai yang tak tahu....malah bidang diploma Pengurusan Ladang pun dah berbunyi janggal bagi kebanyakkan orang...tapi sebenarnya kerjaya ni menawarkan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji dan benefit yang baik.

antara yang di tawarkan ialah tempat penginapan yang lengkap dengan perabot2 dan keperluan asas macam gas, dapur dan perti ais....kan senang. Tu sebab masa aku lapor diri untuk bekerja kat kat sini aku berani bawa 1 beg je....Selain dari itu kenderaan untuk bekerja di Ladang juga di sediakan oleh kebanyakkan syarikat Perladangan....hahaha dan tu sebab aku datang sini 'naik bas je'.....motorsikal yang disediakan untuk aku masa ialah dari jenis Yamaha Enduro 125...HEBAT....!
   Sebagai eksekutif muda....semangat pun berkobar-kobar jadi semua benda aku nak pastikan sempurna...semua dikerah...sampai ada yang berlaku dalam suasana yang agak tegang dan kasar. hasilnya hubungan dengan pekerja dan kakitangan sendiri menjadi tidak berapa jernih...tapi hasilnya tak sebagaimana yang dijangkakan ...
   Bila masa berlalu dan aku mula memahami adat dan suasana semasa di kawasan Kerilla ..ketegasan dah mula kendur...mula selesa dengan suasana persekitaran...Tak boleh rupanya diubah dengan kekerasan dan secara terbuka....kebanyakan pekerja akan mula membantah STRATEGI baru perlu di susun.
Strategi nak Mengubah...
daripada pendekatan yang g drastik dan kasar...aku mula berlembut...strateginya ialah ....entah aku pun tak tau...yang aku tau..bila
  • tau depa nak buat kenduri....aku bagi la sikit....datang setiap kenduri yang dijemput
  • mula datang berjemaah di surau dan masjid
  • ziarah ke rumah atau hospital kalau mereka atau ada ahli keluarga yang sakit
  • mula duduk semeja bila minum kat kedai dan bersembang...
  • mula main wau sesama
  • mula memancing sesama
  • mula bersama-sama mengurus jenazah ketika berlaku kematian...
Hasilnya...Allahu akhbar.....semua berjalan dengan lancar...pekerja yang dulu memang keras kepala sekarang dah mula menerima arahan dan dah mula menawarkan diri kalau ada kesempatan untuk membantu...keadaan menjadi semakin tenang di Kerilla. Aku menjadi semakin SELESA..

We brake the record...Yield melebihi estimate....
Hasil pemuafakatan dan hubungan yang baik...aku dikejutkan dengan permintaan PELIK dari Mandur....
  • Depa nak buat kutipan susu getah sebanyak 2 kali sehari.! Memang masa tu tengah susu tengah banyak...aku memang tak sangka...sebab kalau buat memang latex akan banyak...tapi risiko beku tu akan tinggi...kecuali susu latex dihamtar dengan cepat kekilang. Alhamdulillah rancangan Mandur diterima baik dan semua yang terlibat memberikan kerjasama....aku nampak PEMUAFAKATAN mula membuahkan hasil....
  • Rubber tapper mula test pokok2 lama yang dulunya kering.....kalau dah mula ada susu semula pokok tu depa kan buatkan jalan dan ditoreh seperti biasa pada pusingan seterusnya...banyak pokok yang dulu dikatakan mati kulit telah di buka jalan dan mengeluarkan hasil....aku time tu cuma mampu senyum...dan bersyukur...moga kami semua diberkati ....
bersambung..........

18 June 2017

KENAPA KERILLA? Part 2

Orang Perak Cakap Kelantan

1987-1989 Waktu tu aku berada di tingkatan 1 hingga 3 dan pada waktu tu jugak aku bersekolah di MRSM Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. jadi dialek Kelantan memang dah ada duk hujung lidah aku....jadi bila aku diperkenalkan di depan staff yang lain dan pekerja yang lain depa agak terkejut bila aku fasih dalam dialek Kelantan tapi berasal dari SUNGKAI PERAK. Hehehe...depa ingat depa kutuk aku dalam loghat depa aku tk paham...chaiiittt....sorry le abe weiii ,,,kawe oghe kelate gak dulu....

Kerilla dan Ramadhan.....
Sg. Kelantan ...betul2 tepi ofis je..view memang excellent!
Masa aku sampai kat bumi bertuah ni....adalah semasa Ramadhan....tu sebab time tiba je Ramadhan aku akan teringat balik tempat ni...manakan idaknya...aku datang tempat ni sebatang kara...naik bas ekspres RASIMA dari Ipoh kul 10 pagi dengan di poket hanya ada RM250 (Apak pesan kalau tak cukup bagi tau kemudian. Nanti apak poskan duitnya....tapi aku paham je...kalau dia cakap "kemudian" tu maknanya tak ada la tu...kami memang susah masa tu...tak pe Apak ...paham je ..anak ni yang kita ni orang susah.
    Sebenarnya sebelum terima tawaran kerja ni... aku dah pun ditawarkan untuk DIPLOMA Lanjutan Perakaunan di UITM Shah Alam (sekarang dah dinaik taraf kepada Ijazah Sarjana Muda)...yang dapat tawaran tu hanya aku ngan Amin (kawan satu kursus dulu di ITM Cawangan Pahang)....oleh sebab kesempitan duit ...aku dengan berat hati terpaksa tolak tawaran tu...dan terima tawaran dari TAIKO Plantations. Tapi NIAT untuk melanjutkan pelajaran masih aku simpan dalam hati ini.....
   Dalam pukul 4 petang aku sampai di pekan TANAH MERAH, Kelantan....Tercangak-cangak aku dibuatnya...surat tawaran kerja aku genggam kemas di tangan sebab nak tunjukkan ALAMATNYA pada orang dan nak tanya macamana boleh pi ke tempat bertuah ni LADANG KERILLA, Beg Berkunci 69, 17500 Tanah Merah, Kelantan.Aku mula merayau pelan-pelan menyusun langkah...dalam kepala punya la serabut...macam2 pikir...tapi matlamat utama...ada 2 je..Yang Pertama mesti sampai ke tempat yang aku tuju sebelum waktu Maghrib...yang kedua ...apa aku nak makan untuk berbuka nanti?....macamana nak pergi kerja esok...aku cuma ada kaki je...langsung tak ada kenderaan bermotor nak bergerak...aduihhh letih pikir semua benda....Jalan punya jalan sampai le aku kat tepi sebuah kedai...KEDAI JAM! Tak pikir panjang terus masuk....Beli Jam Loceng...warna Merah....hahahaha....ni la harta aku yang pertama. lepas beli baru pikir....ALAMAK...duit dah habis sikit dah ni....masa ni jugak aku kenal benda palng basic sekali kat Kelantan....iaitu NASIK KERABU.... bila ditanya harga...RM 2.80 je dengan lauk sekali....kira ok la tu... beli sebungkus...tapi masa ni kuantiti nasik kerabu yang dibungkus aku rasa boleh makan 2 orang ooo...banyak betul..
OK nasik settled...carik air plak ...kalau air senang skit...air paling murah hahahaha....air Mineral jela...
Ok misi yang pertama settled..ada satu lagi ni...kena cari kereta sewa...Bila di cakapkan destinasi...semua dok geleng kepala...Berat nih...cuma ada sorang Pak Cik ni je nak antar...tapi dia cakap terus terang ...mahal la skit bayaran...aku cuba tanya kenderaan awam yang lain...depa ghoyak tak dok...mampuih...Nak tak nak ...terpaksa la...
Pekan Tanah Merah...ermmm aku rasa macam Tanjung Malim jugak sebab ada  gate keretapi ...hahaha.....bersambung....

12 June 2017

Kenapa KERILLA?

Ramai yang tanya kenapa banyak benda aku kaitkan dengan satu perkataan ni iaitu "KERILLA". Kerilla yang sering aku gunakan sebenarnya adalah nama sebuah Ladang/Estate di Tanah Merah Kelantan.
Kerana di sinilah tempat aku mula-mula mengenal erti kehidupan yang sebenar sebaik sahaja aku menamatkan alam sebagai pelajar dan memegang segulung diploma.  Ya ...sebaik sahaja aku menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Ladang (Diploma In Planting Industry Management) dari ITM Cawangan Pahang dan berjaya dalam sesi temuduga dari KL Kepong Bhd..aku ditempatkan di sebuah ladang/estate Taiko Plantation yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah KELANTAN.
Sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan selepas 3 tahun bersama MRSM Pasir Tumboh. Bumi yang tak asing bagi aku...Dialek yang yang tak asing bagi aku....cuma dalam situasi yang berbeza...Dulu budak tapi sekarang dah menempuh alam pekerjaan.

Rumah ni adalah rumah pertama di ladang kerilla diberikan kepada aku sebagai tempat penginapan...tak percaya aku...gambar ni diambil pada tahun 1968....hasil carian di Internet.....
Anak Peneroka FELDA dengan situasi diladang memang tak menjadi masalah untuk aku....FELDA Trolak Utara dengan situasi di Ladang Kerilla tak jauh beza...cuma yang kekoknya ialah untuk menguruskan Ladang yang berasaskan kepada Getah....itu memang suatu benda yang amat baru bagi aku sebab Trolak Utara adalah berasaskan kepada kelapa sawit. Ermmmm ...cabaran...sepanjang aku praktikal dulu tanaman getah ni aku jumpa ketika di Ladang ESPEK di Ulu Cheka, Pahang.
Berbekalkan Pengalaman yang ciput aku mula mengorak langkah untuk menempuh cabaran...Hehe...Cuak woi! Tengok suasana estate ni buat kali pertama....sebab suasana di New Camp Division ....punya la..
  1. Pekerja masih lagi tinggal di rumah papan kaler hijau...
  2. Bekalan air masih bergantung kepada kolam takungan air dan pam air...
  3. Air dirawat sendiri....
  4. Pekerja mandi dikolah besar yang disediakan secara beramai2.
  5. Bekalan tenaga elektrik masih bergantung kepada sumber diesel...
Walaupun aku ni anak peneroka...keadaan macam ni memang agak asing gak buat aku...memang di FELDA dulu pernah hidup tanpa bekalan elektrik...tapi sekurang-kurangnya keadaan tempat tinggal dan sumber air berada dalm keadaan sempurna.
Penginapan aku adalah di HOME Division...selepas melapor diri di Pejabat Ladang Kerilla....aku diserahkan kunci dan ditunjukkan rumah yang disediakan untuk aku...tak jauh dari pejabat....hanya seberang jalan je...dari Pejabat pun boleh nampak...dan diatas bukit yang jugak tak jauh dari pejabat ialah BANGLO Tuan Besar...tersergam indah.
Dengan penyerahan kunci rumah tu bermakna bermulalah perjalanan aku sebagai Assistant Manager di Ladang Kerilla....bersambung....
Antara keluarga Kakitangan Estate yang pernah tinggal di rumah ini. Rekabentuk rumah Inggeris lama...sebab ruang memasak dipisahkan dari rumah Utama...

Suasana yang tak jauh berbeza ketika aku menjejakkan kaki disini pada tahun 1995....Pokok kelapa tu masih ada lagi ...haha...rumah kena tutup sentiasa sebab habuk dari jalan tanah merah....

Gambar ni berlatar belakangkan Pejabat Ladang Kerilla. Situasi yang sama jugak pada tahun 1995. Pejabat ni terletak ditebing sungai Kelantan...Pergghhh menang terbaik!

01 April 2017

Terjah di Penghujung of 2016


pahang, cherating

Kami terjah apa yang ada je berdasarkan apa yang termampu je....mana2 yang boleh sampai kami terjah. Untuk ke pantai memang Cherating le yang kami tuju. Rasanya ni kali ke 2 kami ke sana cuma bila dah berada kat sana cadang nak lajak ke Terengganu buat kali pertama bersam W5863Y ni...(kete kecil Warna Silver) sebab kali ni stay kat Cherating sampai 3 hari so boleh rancang trip lebih skit untuk isi masa lapang kat sana. 
Tapi kali ni faktor cuaca banyak mempengaruhi perjalanan sebab dah nak mula musim tengkujuh. tak pe lah kami terjah je...Ins Sha Allah ada la hikmah nye nanti 
Penginapan kali ni sama je macam dulu kat the The Legend Cherating Beach Resort. sebabnya ialah dia punya swimmming pool best dan pantai yang cantik dan bersih.....The Legend Resort Cherating in Pahang, Malaysia, is a 4-star hotel with a stunning white sandy beach located at one of Malaysia’s premier holiday spots, Cherating Beach. On a 6.5-acre site at Cherating in the State of Pahang, the Legend Resort Cherating is a popular coastal resort area that boasts the finest white sandy beaches in the Peninsular Malaysia. With its pristine beach front and azure waters, the Legend Resort Cherating promises a comeback for most tourists.
Located 45 km north of Kuantan in the east coast of Peninsular Malaysia, the Legend Resort Cherating is an idyllic retreat for the weary urbanite and ideal for both business and pleasure. The resort is surrounded by lush tropical greenery with a sound of crashing waves providing natural background music. Situated on 6.5 hectares of lush greenery, this 248-room Resort offers the contentment of a tropical paradise.

the Legend Resort Cherating allows a picturesque view of the ocean from every room with a unique blend of casual beachside lifestyle and traditional luxury.
Feeling tired after a day filled with activities, you can bask on the idyllic beach of Cherating and sync to the sounds of waves crashing upon the white sandy beaches and later give in to the inviting water and bathe in the sun rays.
2nd Day....Trip ke Kuala Terengganu pulak...plan gerak pagi dalam kul 8.00 am tapi ting tong pung pang kat 12.00 baru jalan... biasa la tu...ni kali pertama kami akan pergi melalui LPT untuk ke Terengganu

Destinasi di tuju :
1.Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu
“PSKT dibina di kawasan seluas hampir 25 hektar dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden bertaraf antarabangsa bakal menjadi pusat sains terbesar di negara ini.
Menempatkan sembilan galeri pelbagai tema, antaranya galeri maya, galeri berkaitan alam dinosaur, dewan teater dan sebuah auditorium.  
PSKT mampu memberi pendedahan lebih mendalam kepada orang ramai terutama pelajar berkaitan alam sains, teknologi dan inovasi.

Terengganu Science & Creativity Centre (PSKT) was established on 22 March 2005 and launched by YAB Menteri Besar Terengganu. PSKT is one of the state subsidiaries under The State Executive Council of Education, Science Technology and Special Task Committee. Currently, we are now operating our service at the new building of Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu. In conclusion PSKT is a platform to encourage the informal education on Science & Technology including gallery and activities through our Science & Technology enrichment program.

PSKT have developed the first phase which is Spark Your Creativity gallery, Nature Disaster gallery, STEMEC gallery and Science Stage gallery. Portable Dome is also our main attraction which show case the 3D of our galaxy aerospace.

2.Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar ... Kuala Terengganu

Masjid Kristal rasanya tak perlu lagi FF perkenalkan pasal masjid ni tersangatlah popular kat Malaysia ni, Terengganu apatah lagi kan. tapi bagi yang tak tahu tu kami nak  bagitau macam mana nak datang sini. Masjid ni terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam(TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini, walaupun terletak di pulau korang tak perlu naik bot untuk pergi ke sini ye....dah ada jalan penghubung melalui darat. Kalo nak datang tu kena ikut arah ke Losong(ala kawasan yang terkenal dengan keropok tu), kalo nak senang lagi ikut arah ke Muzium Losong pun takpe sebab memang akan lalu ikut muzium dulu, nanti jumpa simpang ke kanan tu....terus je sampai jumpa Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal ni terletak di hujung pulau di persisiran sungai yang berkeluasan 2,146 meter persegi. Di pulau ini memang tidak ada penghuni atau perkampungan, cuma memang khas dibina Taman Tamadun Islam untuk pelancongan sahaja, dan jalan ditambak di pinggir yang akhirnya dihubungkan dengan perkampungan Losong. 
3. Pasar Payang....tempat wajib orang luar untuk datang ke sini
Pasar Payang nie ada 2 tingkat....bahagian atas ada menjual songket, kain batik dan kain sutera yang terbukti terbaik dan memang banyak pilihan..rambang mata dibuatnya cuma poket kami tak berapa nak berisi selain kain, bahagian atas ada jugak alatan tembaga macam nak beli tapi macam mahai jugak takperlah lain kali kita datang kita beli ye...

Apa Yang Menarik Di Pasar Payang

  1. Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai pengunjung luar Terengganu datang ke sini kerana mahu membeli beberapa jenis barang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding negeri lain. Anda juga masih boleh tawar menawar harga.
  2. Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam, terdapat kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar.
  3. Di sini terdapat ruangan bakat. Anda boleh mencuba aktiviti mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran.
  4. Adanya keropok lekor istimewa. Tidak sah berkunjung ke sini jika anda tidak menikmati keropok lekor yang diperbuat daripada tepung sagu dan campuran ikan. Jika itu bukan yang anda cari, ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.
Tempat terakhir yang menjadi destinasi kami ialah KUALA GANDAH....Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Hujan lebat meyambut kami semasa tiba dikawasan tapi lepas tu ok je...Mentari mula menyinar....
Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.
Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah






06 October 2016

Pergimu Tiada Pengganti.....

1/10/2016 digerakkan hati untuk pergi menziarah ke Sg. Besar, Selangor. dengan takdir Ilahi itu adalah antara detik terakhir dapat membelai opah. Keadaan menjadi seperti dah tak terkawal...keadaan kesihatan opah semakin merosot....hati memang berat melihat keadaan opah yang macam tu...dalam hati tak berhenti-henti berdoa agar dipermudahkan semua ketentuan yang telah ditakdirkan olehNya untuk opah.

2/10/2016 pagi...dapat panggilan dari Sg.Besar...Opah dah tak sedarkan diri...hanya tuhan yang tahu masa tu...hati ni...baru mula terasa debaran bagaimana nak menghadapi situasi yang melibatkan orang yang tersayang. Allah mempermudahkan perjalanan kami semua yang bergegas ke Hospital Sabak Bernam. Bila melangkah menuju kebilik rawatan...hati, kaki dan perasaan memang rasa berat sangat...tak tau macamana nak menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal akan berlaku dan kemungkinan yang akan ditempuhi oleh setiap insan iaitu" kematian" dan pemergian orang yang tersayang...tapi hati kecil ini masih ada juga menaruh harapan agar di limpahkan rezeki kepada opah agar dipanjangkan umur....Allahuakhbar....hanya terdiam...sebak menahan tangisan...bila setiap kali melafazkan zikrullah dihadapan Opah....
Mak tenang dan redha dengan keadaan semasa. Mak memang tabah....menghadapi kesemuanya...masih boleh membaca Surah Yassin dengan tenang sekali...Alhamdulillah...kuat sungguh hati mak menghadapi suasana macam ni...kagum aku. Tapi aku hanya dapat mengeluarkan beberapa ayat je dari surah Yassin...tak dapat melawan sebak yang datang...aku tak sekuat dan setenang Mak...
3/10/2016 hari Isnin bersamaan 2 Muharram 1438H...pada pukul 11.08 am dihospital Sg. Besar...seperti yang telah ditetapkan olenNya...ajal datng menjemput. Perginya opah dari kami semua menghadap ilahi...Tapi kami bersyukur pemergian opah di permudahkan dari segi untuk menziarah dari kalangan saudara mara kerana ia merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Semoga opah tenang disana...Ins Sha Allah kami anak cucu dan cicit akan sentiasa diberi kemudahan dan diberi kekuatan olehNya untuk menyempurnakan tanggungjawab kami kepada opah sebagai waris untuk menghadiahkan opah cahaya dan pahala....disana...Al-Fatihah...KAMI SAYANG OPAH.....






17 September 2016

LEMBAH BERINGIN ....Biarkan saja ia begini

Mula masuk ke Lembah Beringin pada tahun 1999.... Masa tu Allah berikan kami rezeki untuk tinggal di kediaman Kakitangan yang disediakan untuk pekerja KYUEM. Terkejut juga melihat keadaan persekitaran di sini. Pada mulanya memang gah dipromosikan dimerata media masa...siap ada iklan di TV yang
menunjukkan kehebatan Lembah Beringin berupa sebuah bandar baru dengan berlatarbelakangkan kehijauan dan penonton juga dibuai lagu yang menarik....
Tetapi semenjak 1999 Lembah Beringin terus terbiar dan  terbiar hingga kini (2016). Tiada apa2 perubahan yang berlaku di sini.....terus kaku dan bangunan batu yang terbiar terus memakan diri dan tenggelam dengan sendirinya disebalik semak samun yang telah pun bertukar menjadi belantara.
Terfikir juga bila melihat kemusnahan bangunan-bangunan yang separuh siap..."Siapa la pemiliknya..." "Macamana la nasib mereka?" tapi satu je yang pasti....LEMBAH BERINGIN DEVELOPER  dah pun disenarai hitamkan...dan projek ini telah dikelaskan sebagai projek terbengkalai....Habis cerita....tutup buku...Alasan: Kegawatan Ekonomi. SENANG je kan. Agak2 tak boleh buat....stop kerja...tunggu disenarai hitamkan....pas tu lepas tangan dan cuci tangan...yang menangggung beban adalah pembeli....kejam betul....
LEMBAH BERINGIN DEVELOPER ni hanyalah anak Syarikat daripada LAND AND GENERAL (LNG)... yang gulung tikar cuma anak syarikat je...Bapak syarikatnya masih utuh meniaga dan masih beroperasi sebagai salah satu pemaju yang mempunyai nama yang besar diantara pemain hartanah di Malaysia. LNG tak terjejas teruk pun semasa kegawatan ekonomi...tapi untuk menyelamatkan ekonomi dan poket ... Mereka ambil langkah mudah...berhentikan projek LEMBAH BERINGIN.....
Yang teruk menanggung kudis dan tokak ialah PEMBELI....bila pemaju di senarai hitamkan dan projek dihentikan dan dibiarkan terbengkalai.
Undang-undang langsung tak usik pun bapak syarikat yang telah diisytiharkan miflis dan disenarai hitam.... Mereka terus bebas menjalankan aktiviti perniagaan mereka walaupun ternyata salah satu anak syarikat telah pun gagal dan disenarai hitamkan.
Langsung tidak menyebelahi pengguna...sepatutnya bila salah satu anak syarikat disenarai hitamkan Bapak syarikat harus menerima kesan dan menerima hukuman yang sama. Jangan dibiarkan sewenang-wenangnya bersenang lenang dengan menoropong peluang lain yang akan membawa keuntungan semata-mata.  Bapak sepatutnya harus dipertanggungjawabkan sekiranya anaknya membuat tahi. .... Itulah undang-undang disini....masa nak beli sibuk peguam ...sur7h tandatangan sana...tandatangan sini...bila dah kantoi...pakat senyap...bila aduan dibuat ternyata syarat perjanjian kebanyakan tidak melindungi pembeli ...tetapi sebaliknya lebih cenderung melindungi Pemaju...memang JILAKE!

TAPI disebalik kejadian ada hikmahnya....bila pemaju di senarai hitam dan di umum sebagai projek terbengkalai harga rumah merudum dengan teruk....maka secara tak langsung ia memberi peluang kepada golongan yang pada mulanya tak mampu memiliki rumah untuk membeli rumah kerana Kebanyakan daripada pemilik rumah yang telah disiapkan oleh pemaju mula melepaskan hak milik mereka dengan harga yang murah kerana tidak mahu menanggung beban.
Alhamdulillah....dari situlah kami berjaya memiliki sebuah kediaman yang agak selesa kerana kami merupakan dari golongan sederhana yang mempunyai kemampuan yang agak terhad jika dibandingkan dengan harga hartanah yang melambung tinggi pada waktu sekarang.

Asalnya hanya menyewa...akhirnya dimurahkan rezeki olehNya...kami membeli rumah yang disewa dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai asal.
Bukan kami sahaja ... Malah ramai lagi yang mengambil peluang ini. Maka secara tak langsung bermastautinlah kami disebuah kawasan perumahan terbengkalai yang kalau namanya disebut memang ramai  yang tidak mengetahui akan kewujudannya.
Dari situ wujudlah sebuah komuniti yang kecil dan tinggal didalam suasana yang saling bergantung antara satu sama lain dan hasilnya ialah sebuah hubungan yang erat dikalangan ahli. Suasana yang sunyi dan jauh dari kesibukan menjadi suatu faktor yang kuat untuk kami terus berada disini.KAMI AMAN DAN TENANG DISINI....biarkanlah kami menikmati semuanya disini....Biarlah LEMBAH BERINGIN terus menyepi dan biarlah ia terus begini....kerana ia merupakan satu anugerah yang tak terhingga dan kami bahagia disini.TQ senyummmmm






25 August 2016

Teguran terhadap Rasullullah SAW

24.08.2016 Dapat dengar separuh je sebab datang pun dah agak lewat ke Surau. Penceramah : Ustaz Maliki dari Kolej Yayasan UEM. Memang slot hari Rabu adalah khusus bersama Ustaz Maliki yang membincangkan buku FIQH AL-SIRAH.
    Banyak perkara yang telah dibincangkan selama beliau mengajar di surau ni dan antara yang dibincangkan semalam ialah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Rasullullah semasa menyebarkan Islam. 
   Cuma dapat dengar 1 je....iaitu antara halangan yang ditempuh oleh baginda Rasullullah ialah TAWARAN YANG DI TAWARKAN OLEH PIHAK QURAISY kepada Baginda Rasullullah. Suatu tawaran yang hebat dan lumayan agar Baginda Rasullullah meninggalkan apa yang beliau lakukan pada masa itu. 
Semasa membincangnkan mengenai tawaran yang ditawarkan oleh pihak quraisy, suatu peristiwa yang agak menarik perhatian aku ialah mengenai diceritakan ialah berlaku semasa perundingan Rasullullah denagn Quraisy ialaitu kisah mengenai :
Kisah Abdullah bin Ummi Maktum ketika minta diajari oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Islam juga diabdikan dalam ayat Al qur’an iaitu surah Abasa ayat 1-16. Di ayat tersebut Allah memberikan teguran kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana lebih mementingkan pembesar Quraisy dari pada Abdullah yang datang kepadanya minta diajari tentang Islam.

 

Abdullah bin Ummi Maktum

Di zaman permulaan tersebut, Rasulullah ﷺ kerap mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy kerana mengharapkan mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah,’ Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid). Rasulullah ﷺ berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat teringin agar mereka semua menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Ketika Rasulullah ﷺ sedang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah, tiba-tiba Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Abdullah bukan tidak tahu dan melihat bahawa adanya tetamu besar bersama baginda Nabi tetapi jiwanya yang setiap hari merindui ayat-ayat al-Quran menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
Rasulullah ﷺ mengelak dan tidak mempedulikan permintaan Abdullah kerana sangat sibuk bercakap malah berpaling lalu meneruskan pebicaraannya bersama para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, kedudukan Islam bertambah kuat dan syiar dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah ﷺ cuba hendak berlalu pulang, tetapi secara tiba-tiba penglihatan baginda gelap dan kepala baginda terasa sakit seperti terkena pukulan.
Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:
Peristiwa ini juga membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan dari Baginda Rasullullah. TQ
 
surah abasa; 1-2 SQ

 

 

24 August 2016

MUS'AB BIN UMAIR


Alhamdulillah, 23/08/2016 telah diberi keizinan dari Allah untuk diri ini untuk menghadiri majlis ilmu yang diadakan di Surau Annur Lembah Beringin.

Penceramahnya ialah Ustaz Annahari yang juga merupakan penvceramah tetap di surau ini pada setiap hari selasa. Anatara topik yang dibincangkan ialah PUNCA KELEMAHAN UMAT-UMAT TERDAHULU. Antara perkara yang menarik dan yang dapat dikongsikan ialah kisah Mus'ab bin Umair r.a. yang berkaitan dengan kemewahan. Cerita Mus'ab bin Umair r.a. ini dikisahkan oleh beliau ialah kerana KEMEWAHAN itu MELEMAHKAN dan kemewahan adalah antara punca lemahnya umat-umat sebelum ini


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".


H.R. Termizi 


Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. 

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". 

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap ketamakan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


Siapakah Mus'ab bin Umair?


Tak ada satu gadis pun di Makkah yang tidak mengenal Mus’ab bin Umair. Wajahnya yang tampan, pakaiannya yang mahal dan badannya yang wangi membuat Mus’ab selalu menjadi perbincangan. Banyak gadis yang bermimpi menjadi isterinya. Terlahir dari keluarga yang kaya, Mus’ab sudah biasa hidup dalam kemewahan. Segala kehidupan dalam kemewahan ini dilaluinya sebelum Mus’ab mengenal Islam. 


Berita tentang Nabi Muhammad dan Islam di Makkah sampai juga di telinga Mus’ab.Mus’ab menemui nabi Muhammad di rumah seorang lelaki bernama Arqam. Disana, Mus’ab banyak bertanya tentang Islam. Ia mulai tersentuh dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad ini. Akhirnya beliau telah memeluk islam tetapi keislaman Mus’ab mendapatkan pertentangan dari keluarganya, terutama dari ibunya. 

Ibunya mengurung Mus’ab dan menyiksanya. Mus’ab tidak takut. Ia bahkan selalu memujuk ibunya untuk ikut masuk Islam. Suatu hari, Mus’ab melihat ibunya sakit. Ternyata, sang ibu melakukan mogok makan. Hal itu dilakukannya agar Mus’ab meninggalkan Islam. Tapi, Mus’ab tidak gentar. “Saya tidak akan meninggalkan Islam sama sekali,” kata Mus’ab. Mendengar jawaban Mus’ab, sang ibu akhirnya mengusir Mus’ab. Sejak saat itu, tak ada lagi Mus’ab yang memakai baju mahal dan wangi. 

Untuk tetap hidup, Mus’ab menjual kayu bakar. Ia menjadi pengikut Rasullullah. Suatu hari, di masa perang Uhud (perang antara umat Islam dan kaum kafir), Mus’ab berdiri dengan gagah sebagai salah seorang perajurit. Mus’ab bertugas memegang bendera Islam. Pasukan musuh berulang kali menyerangnya. Mus’ab tetap berjuang dan dengan keras mempertahankan bendera Islam. Pertarungan berlangsung sengit. Seorang perajurit kafir Quraisy menikamnya dengan tombak. Mus’ab syahid dalam peperangan Uhud. 

Beberapa kali mengikuti perang, Mus’ab merupakan seorang perajurit yang tak pernah mendapatkan harta rampasan perang. Saat terbunuh di perang Uhud, ia hanya mempunyai sehelai baju lusuh. kain itu tidak begitu lebar. Apabila kain itu ditutupkan ke kepalanya, maka terlihatlah kedua kakinya. Jika kedua kakinya ditutup, maka nampaklah sebagian kepalanya. Akhirnya, Rasulullah menyarankan agar kain lusuh itu digunakan untuk menutup kepala Mus’ab. Di bahagian kaki yang masih terbuka, Rasullah meminta agar ditutupi dengan tumbuh-tumbuhan idzkhir, iaitu tumbuh-tumbuhan yang berbau wangi. 

Kisah tentang Mus’ab bin Umair begitu menyentuh hati para sahabat. Suatu hari sahabat Abdur Rahman bin 'Auf r.a. diberi hidangan makanan. Nabi Muhammad bercerita tentang Mus’ab. "Mus'ab bin Umair itu terbunuh - fi-sabilillah. Jikalau kepalanya ditutup, maka tampaklah kedua kakinya dan jikalau kedua kakinya ditutup. Maka tampaklah kepalanya.” Mendengar cerita ini, Abdur Rahman bin 'Auf menangis lalu meninggalkan hidangannya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails