Iklan

Showing posts with label Pesanan untuk pentadbir. Show all posts
Showing posts with label Pesanan untuk pentadbir. Show all posts

02 July 2010

PESANAN UNTUK PENTADBIR SIRI 2..the story..

PESANAN UNTUK PENTADBIR SIRI 2



Isnin 24 jun 2010 dikalangan guru sape yang tahu tarikh ni adalah merupakan tarikh persaraan bagi Encik Mohd Rosli (Pembantu Makmal sekolah)? Aku yang jumpa Abang Li hari2 pun tak tau….Tup!Tup! hari tu tengok masa perhimpunan rasmi sekolah aku baru dapat tau hari tu adalah hari persaraan abang Li.

Sedih aku tengok ….majlis yang diadakan..Ye la sebab abang Li ni dah berkhidmat kat sekolah ni selama 11 tahun….bukan setakat dia je yang aku kenal tapi bini dia….anak2 dia jugak semua aku kenal dan bukan setakat aku je yang kenal keluarga abang li ni malah semua guru kat sekolah ni kenal kelurga beliau.

Perhimpunan Rasmi diadakan seperti biasa pagi tu…Pentadbir berucap mengenai beberapa perkara penting dan yang menarik perhatian aku adalah pesanan pentadbir supaya mewar-warkan sesuatu perkara penting kepada semua guru dan pelajar dan seboleh-bolehnya mengambil atau memberi perhatian pada setiap perkara yang diwar-warkan. Pesanan ini disampaikan entah kenapa aku pun tak tau..ade la tu program yang dianjurkan oleh pihak tertentu tidak mendapat perhatian daripada guru. Tapi yang menrik perhatian aku…..adalah kenyataan pentadbir hari itu iaitu ‘GURU HANYA MENGHABISKAN DUIT KERAJAAN!’…Persoalannya kenapa kenyataan itu yang diwar-warkan? Terutama dihadapan pelajar…kalau tak puas hati cakap dalam mesyuarat…ni tak di perhimpunan bersama pelajar ko pi cakap benda tu…dalam hati aku’ bodoh !punya pentadbir…betul orang cakap…yang menjatuhkan maruah guru adalah guru tu sendiri.’…

Setiap perkara penting akan sampai ketangan Pentadbir…pas tu baru pentadbir mengambil tindakan seterusnya. Pentadbir yang GAGAL menjalankan tugas untuk mewar-warkan perkara tu dengan baik….guru yang dipersalahkan!...dah buat silap tak mengaku….sepatutnya PENTADBIR HANYA TAHU MENGHABISKAN DUIT KERAJAAN! Tu la dah buat benda B.O.D.O.H pas tu pi confirmkan sendiri …yang awak tu bodoh. Deyyyyyappada!

Aku kata BODOH ialah kerana Ketua Pentadbir komplen pasai majlis persaraan Abang Li…majlis terlalu ringkas sehingga seolah-olah tak menghargai persaraan beliau. Tu yang aku bengong tu…Tak terfikir ke dalam kepala hotak pentadbir yang kononnya hebat ni…..

1. Sape yang tahu tarikh persaraan ? Jawapan: Pihak Pentadbir

2. Sape yang menghadiri majlis makan2 untuk abang li yang diadakan dalam cuti sekolah hari tu? Jawapan: Pihak Pentadbir dan kakitangan sokongan

3. sape yang menandatangani surat persaraan abang li? Jawapan : Pentadbir

4. sape yang turut memberikan cenderamata ? jawapan : Pentadbir

5. sape sepatutnya yang merancang majlis seperti tu? Jawapan: Pentadbir

6. sape yang sepatutnya MEWAR-WARKAN PERKARA NI? Jawpan: Pentadbir

Guru tak tau…sape tau tarikh persaraan orang lain? kalau diberitahu insyaallah majlis akan jadik lebih baik…itu pun kalau pentadbir bagi kerjasama kalau dok pikir PNP je mampuih gitu je…….macam majlis persaraan Pn. Rajmah..meriah…siap jemput suami dia lagi…macam tu la yang aku bayangkan untuk majlis persaraan Abang Li. Atau ade double standard ?

Pada pendapat aku ini adalah bukti…mengenai perkara yang sepatutnya di WAR-WARKAN….tu la….rase macam nak kuar je perkataan hey you! stupid bustard !….SEpatutnya diaorang para pentadbir ambil berat pasal hal ni…sebab selain dari menunjukkan rasa ambil berat ia jugak dapat menunjukkan sifat pentadbir terhadap kebajikan pekerja disamping dapat menunjukkan rasa terima kasih diatas apa yang telah dicurahkan oleh pekerjanya.

Ambil Berat pasal kebajikan dan tak pernah menghargai…ni la yang lemahnya Para Pentadbir kat sini…tak tau la…bila nak sedar depa ni. Tapi untuk En. Rosli SELAMAT BERSARA…….bila la turn aku ni?

01 July 2010

PESANAN BUAT PENTADBIR SIRI 2

PESANAN BUAT PENTADBIR SIRI 2 is coming.....

Nantikan aku punya ketidakpuashatian hati aku terhadap para pentadbir terhadap suatu peristiwa pada Isnin 24 June 2010.

24 April 2010

Pesanan Untuk Pentadbir

Kajian Ohio State University

Tiga kajian utama patut disebut di bawah teori perilaku kepimpinan. Pertama, kajian di Ohio State University pada tahun 1940. Pengkaji di universiti itu ingin mengenal pasti dimensi perilaku pemimpin. Mereka mendapati dua dimensi utama yang memberi kesan kepada subordinat. Dimensi itu ialah struktur pemula (initiating structure) dan pertimbangan rasa (consideration).
Struktur pemula merujuk bagaimana pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan subordinat untuk mencapai objektif. Pemimpin dikatakan menggunakan perilaku struktur pemula apabila dia mengagihkan tugas kepada ahli, mengharapkan pekerja mencapai piawai prestasi dan menekankan tarikh siap tugas.
Pertimbangan rasa pula merujuk perhubungan di tempat kerja yang bersifat saling percaya mempercayai, hormat menghormati, dan pertimbangan perasaan pekerja. Keselesaan, kesejahteraan, status dan kepuasan pekerja atau pengikut diberi perhatian oleh pemimpin.
Penyelidikan telah mendapati bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur pemula yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut (Stogdill et al. 1974).


Pesanan untuk Pentadbir....JANGAN HANYA TAHU MENGARAH DAN MENEKAN PELAKSANA ARAHAN YANG BERADA DIBAWAH KAMU...Harus diingat tanpa kamu sesebuah organisasi masih boleh berjalan dan tanpa pelaksana.....mampus la korang nak buat semua benda....maka kalau ade masa ...jangan dok membebel je...kadang2 tu tolong pakai otak skit..jangan tau nak komplen sana komplen sini...letih tau nak penuhi semua kehendak korang...bila dah berjaya ....Ayat standart korang " Terima kasih la banyak kerana memberikan kerjasama....bla...bla....!"...tu je la ..sekurang2 nya guna la sikit otak korang yang jarang2 digunakan untuk berfikir tu...sebab aku aku tahu otak korang tu hanya berfungsi untuk menerima arahan dari orang yang lebih atas dari korang je....pikir la macammana nak berterima kasih dalam bentuk lain ..selain dari ayat standard korang tu...dah menanah dah nak dengar..berilah ruang untuk pelaksana ini merasa dan rasa di hargai...Terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails