Iklan

21 April 2011

Errr...kali pertama aku cuti sebab Good Friday.

Dataran MES Tanjung Malim
Selama aku kerja tahun ni baru aku cuti sebab Good Friday..... Fuhhh...nasib baik tahu awal kalau tak tentu aku datang hari jumaat ni ketempat kerja...So apa dia Good Friday?


Good Friday (from the now obsolete senses pious, holy of the word "good"),[1][2] also known as Holy Friday, Great Friday, is a religious holiday observed primarily by Christians commemorating the crucifixion of Jesus Christ and his death at Calvary. The holiday is observed during Holy Week as part of the Paschal Triduum on the Friday preceding Easter Sunday, and may coincide with the Jewish observance of Passover.
Based on the details of the Canonical gospels, the Crucifixion of Jesus was most probably on a Friday (John 19:42).[3] The estimated year of Good Friday is AD 33, by two different groups, and originally as AD 34 by Isaac Newton via the differences between the Biblical and Julian calendars and the crescent of the moon.[4][5][6][7][8][9] A third method, using a completely different astronomical approach based on a lunar Crucifixion darkness and eclipse model (consistent with Apostle Peter's reference to a "moon of blood" in Acts 2:20) points to Friday, 3 April AD 33.[10][11]

19 April 2011

My Dr. in the House

Baru sampai tadi...baru sempat dok belek-belek je...ade ke masa nak baca ni...?Total pages 843 huhu tebal tu...Content pulak ade sampai 62 chapter....huhu..cabaran tu..Mula dari Becoming the Prime Minister dalam chapter 1...
   Tadi aku baca gak sikit2...chapter 1 huhu menarik la siot...semangat nak baca sampai habis ...nanti la layan kat sekolah nanti...
Antara benda yang dibincangkan dalam buku ni...The mMalay Dilemma, Ops lalang...Vision 2020 , From the Ideas To Action, Looking East, Putrajaya, 9/11 And The Muslim World, Anwar,s Challenge, Financial Crisis Fallout dan banyak lagi le...Fuhhh semangat ni...Nak Baca buku....!



Kita Sibuk Dengan Apa?

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali


- Artikel iluvislam.com


17 April 2011

Kelembutan Itu Kebaikan

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci    oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

  • Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

  • Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
  • Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)

16 April 2011

Aku tahu tapi.....aku mahu

....................
aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya
aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat
aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan
aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng
aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya
aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga
aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang
aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri
aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah
aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya
aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi
aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa
aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia
aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA
aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk medapatkannya
....................
Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. Kenapa aku jadi begini. Aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi??

13 April 2011

6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar

Utusan Malaysia Online - Politik

KUALA LUMPUR 12 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya.

The Emperors seed

 sumber: http://lutonmuslims.com/index.php?option=com_content&view=article&id=819:emperorseed&catid=32:pearls&Itemid=66
Once there was an emperor in the Far East who was growing old and knew it was coming time to choose his successor. Instead of choosing one of his assistants or one of his own children, he decided to do something different.

He called all the young people in the kingdom together one day. He said, "It has come time for me to step down and to choose the next emperor. I have decided to choose one of you." The kids were shocked! But the emperor continued. "I am going to give each one of you a seed today. One seed. It is a very special seed. I want you to go home, plant the seed, water it and come back here one year from today with what you have grown from this one seed. I will then judge the plants that you bring to me, and the one I choose will be the next emperor of the kingdom!"

There was one boy named Ling who was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly told his mother the whole story. She helped him get a pot and some planting soil, and he planted the seed and watered it carefully. Every day he would water it and watch to see if it had grown.

After about three weeks, some of the other youths began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Ling kept going home and checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by. Still nothing.

By now others were talking about their plants but Ling didn't have a plant, and he felt like a failure. Six months went by, still nothing in Ling's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Ling didn't say anything to his friends, however. He just kept waiting for his seed to grow.

A year finally went by and all the youths of the kingdom brought their plants to the emperor for inspection. Ling told his mother that he wasn't going to take an empty pot. But she encouraged him to go, and to take his pot, and to be honest about what happened. Ling felt sick to his stomach, but he knew his mother was right. He took his empty pot to the palace.

When Ling arrived, he was amazed at the variety of plants grown by all the other youths. They were beautiful, in all shapes and sizes. Ling put his empty pot on the floor and many of the other kinds laughed at him. A few felt sorry for him and just said, "Hey nice try."

When the emperor arrived, he surveyed the room and greeted the young people. Ling just tried to hide in the back. "My, what great plants, trees and flowers you have grown," said the emperor. "Today, one of you will be appointed the next emperor!"

All of a sudden, the emperor spotted Ling at the back of the room with his empty pot. He ordered his guards to bring him to the front. Ling was terrified. "The emperor knows I'm a failure! Maybe he will have me killed!"

When Ling got to the front, the Emperor asked his name. "My name is Ling," he replied. All the kids were laughing and making fun of him. The emperor asked everyone to quiet down. He looked at Ling, and then announced to the crowd, "Behold your new emperor! His name is Ling!" Ling couldn't believe it. Ling couldn't even grow his seed. How could he be the new emperor?

Then the emperor said, "One year ago today, I gave everyone here a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds which would not grow. All of you, except Ling, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grown, you substituted another seed for the one I gave you. Ling was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new emperor!"

12 April 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
 

04 April 2011

Aku pulak yang mereka cerita

Hari ni pass puas kena nak jadik cerita ...aku plak nak buat cerita. Entah le.. dari mula lagi aku memang malas sangat nak pergi kerja....kan ade buat ape pun...melangut kelangit...letih tengkok aku je...
   Yang best tu dah siap pakai baju kerja...dah sarung name tag..."ZULKIFLI" @ Cikgu Zul...tapi makin dekat ngan sekolah je hati ni rase nak marah ...tak puas hati...makin dekat lagi ...makin panas hati aku ni...aduih hai apasal entah...Last2 sampai je klinik kat tepi sekolah berenti jap...pass tu aku ambik keputusan nak cuti je la..Ambik MC...
 Masa tunggu Doktor tu macam2 benda dok masuk dalam kepala aku...mula2 kat Badiuzzaman...aku ingat kalau aku ade masa nanti aku nak pi jumpa dia la ...aku nak mintak izin kat dia nak sekeh kepala dia sampai songkok dia tercabut pass tu aku nak cabut gigi dia pakai angkup vernier (pinjam dari makmal shima) last sekali aku nak koyak telinga dia pakai pisau yang sekupang tu...baru puas hati aku.
   Pass tu aku terbayang plak muka Hajjah Rohani...kesian plak aku rase kalau nak buat macam badiuzzaman..jadik aku ingat aku nak angkat je dia pass tu campak je dari office biar patanh tulang belakang dia...biar dia merangkak..dan tiap kali nak naik office biar dia terpaksa mintak tolong ngan orang lain untuk angkat dia...supaya dia lain kali dia biasa buka mulut untuk bertanya dengan orang...sebelum buat keputusan
   Pass tu aku terbayang plak muka pegawai PPD yang tulih surat arahan perpindahan tu... aku ingat aku nak ikat kaki dan tangan dia pass tu nak bakar je dengan lighter sampai mati...buat sate...baru padan muka dia..sebab dia punya bodoh aku yang susah...Last sekali aku ingat aku nak bakar je bilik guru sekolah baru ni...biar diaorang buat yang baru...paa punya bilik guru 'sempit nak mampus'....macam lagi ni yang datang dalam kepala aku ni...
   Bank pun satu hal...orang nak bawa kuar duit...kantoi...langsung kantoi nelanja bulan ni....AKU PANAS>>>>>>
   Langkah di atur dan strategi dipasang...heheheee...aku tak biasa buat benda ni...nak berlakon pura2 sakit untuk dapat MC. Aikkk menjadik rupanye...hah dapat engkau MC...melompat2 kuar klinik..gi jalan-jalan ngan ummie pass tu balik tidoq....
   Dulu tak rajin aku buat benda ni..sakit2 skit pun tak pe aku pergi gak kerja tapi laaaa ni....memang liat betul la pergi...macam ade batu kat atas bahu aku bila nak pergi kerja tempat baru ni...Esok la plak macamnae aku nak ponteng ni...ingat apply cuti je la.....Mampus la tahun ni...apa2 hal aku jamin petang ni aku bahagia sebab tak perlu lagi aku melangut ke langit....aman damai di Lembah Beringin.
  

03 April 2011

Nak Jadik cerita...

Aku ni dah le poket tak berapa nak berada...dari dulu sampai sekarang dok macam ni selalu tiap-tiap bulan...tapi hamdulillah le cukup makan dan pakai anak bini...
Ni nak jadik cerita petang tadi 2.4.2011 ....dah le penat menadah telinga kat Kursus LADAP...dari kul 8.00 am ke pukul 2.00 pm...entah apa yang depa citer pun aku tak tau...aku dok layan 'khurafat'...dari mula kursus sampai abis...bukan citer je abis dengan bateri h/phone sekali habis....
Sampai je kat Tanjong Malim ...perghhhh...pasar malam...huih best ni...boleh la beli makanan skit...selok poket...alahai tak berapa nak ade la...tapi nasib baik kak Nab dah masukkan duit sewa rumah...fuhh lega! Boleh ambikk skit...tekan punya tekan kat ATM mesin...cantik punya dia tulih...'Permintaan anda sedang diproses....'tunggu punya tunggu...pass tu kuar pulak 'adakah anda ingin meneruskan urusniaga?' Aikkk...aku dah mula pelik...aku tekan la 'Ya'...terus pergi semak baki....lagi sekali Aikkkk! Baki dah kurang? Adehhh...tepuk dahi le aku...transaction ade tapi duit tak kuar...mampus...baki yang tinggal plak aduh sedih gilerrrr... Termenung jap..kantoi...@ terkanje...@ mangkuk. Semua aku rase....
Nak lagi terkanje..telefon khidmat pelanggan....dengan nada yang lembut je dia cakap'Urusan penyemakan akan mengambil masa 14 hari bekerja ye encik!Nahhhh ambik ko. Maknanye sempat le sampa gaji bulan ni....rase nak terjun longkang je...mana nak cekau duit...nak buat belanja bulan ni...hehishhhh tintong bakushimas betoi laaaa....kalau dok kampung boleh la kutip pucuk ubi buat sayo...sini nak daun serai pun kena beli....hishhh...sabo je la bulan ni...muka kelat...poket ketat...la aku bulan ni....dah nak jadik cerita nak macam mana ...terima je laaaa.

02 April 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta


sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2008-pemuda-yang-ikhlas-dengan-cinta.html

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut."Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

31 March 2011

Sampai bila.....?

Rasanye dah kat 3 minggu aku kat sini...tapi tak de pun perkembangan aku rase...ye la dari segi kerja la maksud aku...masih macam mula2 aku lapor diri dulu...masih tak de jadual....masih tak de buku rekod, tak de persatuan...tak de rumah sukan...sampai aku rase aku ni macam tak diperlukan je kat sini...datang je punch card pass tu dok melangut kelangit sampai balik...tak larat dah nak sembang dengan kawan2. Naik malu la...nanti depa cakap apa pulak kat aku! datang kerja tapi tak de langsung kerja yang aku dok buat....
   Kalau setakat minggu pertama tak pe la...dok melangut ...aku boleh terima la tu...mungkin depa dalam proses nak siapkan jadual waktu untuk aku....tapi ni dah masuk 3 minggu ni...aduih hai...sampai bila la aku kena dok melangut macam ni...
Kalau dulu pi sekolah happy je...masa pun tak terasa berlalu...dengan telatah anak murid dan kawan2 dimeja kantin...tapi laaa ni..aduih ...nak pi sekolah ...hanya tuhan yang tahu...dah tak larat nak tayang muka kat sekolah ...sebab dari mula sampai hingga balik aku dok melangut tak boleh nak buat apa...LETIH....tak semangat...tapi ok gak! Kalau tak kira malu aku tak kisah la dok melangut ni...tapi hishhhh pelik plak aku rase...Bila tanya bila nak dapat jadual waktu...depa kata nanti...pass tu nanti...pass tu aku tak tanya dah la...nanti marah plak...tambah pulak dengan suasana sekolah yang sempit ni ..mana la aku anak pusing...dok dalam bilik guru pun dok kena tumpang meja orang....mana meja aku?...mana meja kosong pun tak de....meja tumpang meja orang pagi....sakit kepala SIAAAL!Habis idea aku pi masjid dari zohor sampai asar..pass tu pi minum sat...kul 6.00 pm balik sekolah...ade gak hikmah nye kut...
   Bila masa banyak sangat ni mula aku dok merapu...dok pikir yang bukan2...nak berenti pun ade...joint balik Plantation...join jadi planters balik...Argggghhhhhh! malas aku. Minggu ni dah nak habis dah keadaan masih tak berubah....Insyaaalah tengok la minggu depan macamana.....PASRAH Menanti....

29 March 2011

Mencari Kerdipan Yang Hilang

Kadangkala,
Kita terpaku mencari jawapan kehidupan,
Berlari dan terus berlari,
Mengharapkan penghujung yang sejati,
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki,
Lantas kita berhenti sebentar,
Refleksi diri yang kian gentar,
Bertanya semula kepada kalbu yg keletihan,
Apa yang engkau lari-larikan?
Apabila hakikatnya,
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata,
Kemuliaanmu terpancar hatta di celah-celah kota,
Walau dunia penuh pancaroba,
Dirimu sentiasa menanti masa,
Mencari, dan terus mencari.
...Kerdipan Yang Hilang...

Kilauan kerdipan mereka laksana bulan yang hadir pada malam hari, menerangi seluruh pelosok dunia dengan kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji.Ketika Allah menciptakan mereka, kesemuanya harus menjadi seorang yang istimewa. Dikurniakan dengan bahu yang cukup kuat untuk menampung fatamorgana dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan dan kebahagiaan.Meskipun dilitupi dengan 'selendang islami' dan hijab kemuliaan, mereka dikurniakan Allah dengan kekuatan dalaman yang abadi, cukup kuat untuk melahirkan anak dan menahan mehnah tribulasi yang seringkali datang daripada anak itu..
Allah menguji mereka dengan kekerasan dan kesengsaraan agar dirinya tetap tabah ketika orang lain sudah menyerah. Mengasuh keluarganya meskipun ditemani dengan penat lelah yang tidak pernah henti walau sesaat.Allah memberikan kefahaman dan sifat penyayang yang tinggi kepada mereka, demi menahan kerenah anak-anak yang sering menyakitkan hati mereka, tetapi tetap jua anak itu disayangi tanpa kurang walaupun sedikit.Allah memberinya kekuatan untuk 'mendukung' suaminya yang dilanda kegagalan dan kesusahan. Melengkapi 'tulang rusuk' kebahagiaan yang selama ini dicari.Dikurniakan air mata untuk dititiskan. Namun, ramai yang tidak tahu, titisan-titisan itulah yang telah banyak melahirkan 'lautan ibrah' yang luas terbentang buat tatapan sanubari.Itulah mereka. Insan-insan yang bergelar WANITA.

Kalianlah pencorak masa hadapan dunia. Tidak ada insan selain Nabi Adam yang melihat dunia ini tanpa bermula daripada rahim seorang insan yang bergelar wanita. Keluarkanlah nama-nama yang tersemat di lubuk pemikiran kita, hebat ataupun tidak insan tersebut. Mereka semua melalui alam rahim yang sama seperti kita semua, diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Daripada saat kita merangkak, berjalan sehinggalah mampu berlari, insan-insan ini tidak pernah meninggalkan kita.Maka, adakah sesiapa yang berani merendah-rendahkan kaum ini ?

Ya. Kita yang bergelar ar-rijal (lelaki).Mengakulah betapa kesengsaraan akan menimpa dirimu tanpa belaian kasih dan sayang daripada kaum yang bergelar wanita ini.Mengakulah betapa hati-hatimu sentiasa teruji hatta hanya dengan mendengar bingkisan suara mereka yang penuh kelunakan.Sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa. Apakah agaknya yang tiada di Syurga ?

Masihkah kita tidak ingin mengaku kehebatan mereka yang bisa melentur peribadimu secara total?
Tetapi, Mengapa golongan ini juga yang engkau permain-mainkan maruahnya?Kenapa mereka juga yang engkau siul-siulkan di tengah jalan itu? Kenapa srikandi-srikandi ini juga yang engkau rosakkan akhlak dan peribadinya? Diri kita fitrahnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Untuk membimbing kaum hawa ini satu obligasi, bukan ilusi. Dirimu adalah Qowwamun (Pelindung) kepada wanita, bukannya perosak.Mengajak mereka berdua-duaan di tempat gelap itu bukan 'melindungi' namanya.Bicara manis dan romantis di telefon dan SMS itu pula hanyalah 'insuran' palsumu. Sedangkan sijil nikahmu dengannya pun belum ada, betapa beraninya dirimu mengatakan akan mendaki Gunung Everest dan merentas lautan api demi meraih cintanya.

Cinta? 
Itu sesuatu yang agak panjang untuk kita bincangkan.Apa yang penting, cinta kepada insan itu terletak pada pembentukan Baitul Muslim mu. Bukan pada hubungan-hubungan palsu yang kita 'jaga' dan sanjungi itu.
Cinta itu juga Islam. Maka, keadaannya perlulah Islam, pengakhirannya perlulah Islam, bukannya disaluti dengan nafsu yang bergejolak.Maka, bertanyalah semula kepada diri kita. Adakah kita sedang 'memimpin' cinta kita ke arah syurga? Ataupun ke arah neraka?

Duhai dikau yang bergelar srikandi.
Dirimu pada dasarnya dicipta dengan penuh kemuliaan. Dikurniakan dengan sesuatu yang mustahil dimiliki oleh ayah, adik, dan abangmu.Ketahuilah betapa suara lunakmu bisa menggegarkan dunia.Sedarilah betapa pandangan dan peribadimu melahirkan ibrah yang menggunung.Dirimu begitu berharga sebagai penenang hati-hati yang sedang gundah gulana.Dirimu lebih kuat daripada yang apa engkau sangkakan.Sedangkan sebuah kerajaan pun boleh jatuh disebabkan seorang wanita. Apatah lagi untuk menghancur-luluhkan kehidupan seorang lelaki yang berpenyakit hatinya.

Engkau ibarat mawar yang berduri. Sentiasa berdiri menahan bayu cabaran yang mendatang. Hatta kumbang datang untuk membinasa, duri dahanmu tetap bersedia, tetap tidak pernah hilang harga diri, meski dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri. Melainkan syariat yang memberi.'Facebook' dan blog itu bukan tempat manifestasi kecantikan paras rupamu.Nilai maruahmu begitu tinggi untuk ditayangkan kepada yang bukan hak.Jangan! Jangan digadaikan untuk sesuatu yang tidak setaraf dengan nilai harga dirimu ya ukhti.

Kecantikanmu bukan pada paras rupa, tetapi lebih kepada akhlak dan peribadimu yang suci itu.Seorang wanita solehah dalam kalangan kalian itu hakikatnya lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh. Tidak hairanlah sekiranya dirimu mendapat pengiktirafan 'sebaik-baik perhiasan dunia, adalah wanita yang solehah'.

Wanita solehah itu,
Teguh menjunjung syariat Allah. Dia tidak akan pernah membiarkan dirinya menjadi busur panahan syaitan. Diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam yang kadangkala terlalu gopoh dengan hawa nafsu masing-masing.

Wanita solehah itu,
Sentiasa tenang jiwa sanubarinya. Mengingati Allah di saat suka dan duka.
Ya. Hatta diuji dengan ujian yang boleh sahaja membuatkan insan lain tersungkur jatuh. Tetapi bukan engkau, kerana kelebihanmu terletak pada ketenangan dan kesucian hatimu di sisi Allah SWT.
Betapa tingginya darjatmu di sisi Islam.
Betapa mulianya kedudukanmu di sisi para suami yang mencintaimu kelak.
Maka, mengapa perlu berfikir dua kali apabila Allah arahkan untuk menutup aurat ya ukhti?
Mengapa perlu ditayangkan perhiasan-perhiasan yang tidak berhak dipandang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu ya ukhti?

Bukannya kalian tidak tahu..hati ar-rijal (lelaki) itu mudah sahaja bergetar melihat diri kalian semua. Mencari kesempatan yang kini ada daripada kalian yang memberinya dengan mudah. Kemudian terlahirlah pelbagai kemaksiatan yang bertunjangkan kepada satu masalah keimanan kita kepada Allah SWT.
Pandangan Allah ataupun pandangan manusia. yang mana satukah agaknya prioriti utama yang kita jadikan sebagai pemandu tindak laku kita di dunia ini?

Wahai srikandi-srikandi syurga.
Bukanlah artis-artis dunia yang menjadi idola kalian.
Bukan juga yang terlari daripada landasan matlamat yang hakiki.
Kalian menjadi sayap kiri kepada kebangkitan Islam di dunia ini, bersama-sama berjuang dengan para Muslimin.
Sejarah mencatatkan banyak jejak-jejak srikandi yang begitu tabah lagi halus peribadinya. Mengapa bukan mereka yang menjadi contoh ikutan utama?
Sesetengah orang pernah berkata, sejarah itu ibarat pentas bermain wayang. Dibaca dan kemudian diulang, dan diulang, dan diulang. Berapa kali pengulangankah agaknya yang diperlukan oleh diri kita untuk menyedari kehebatan para mujahidah Islam dahulu kala?
Kesetiaan pengorbanan Siti Khadijah Binti Khuwailid hampir lupus dek zaman 'futuristik' muda-mudi.
Kebijaksanaan Aisyah Binti Abu Bakar seolah-olah sesuatu yang benar-benar luar biasa bagi kita semua.
Ketabahan Fatimah, Mashitah dan Siti Hajar pula nampaknya hanya dipelajari dengan titisan air mata. Kesayuan dan kesedihan yang selalu tidak mempunyai penyusulan.

Ya ukhti.
Sumayyah mengukir sejarah kerana kemantapan akidahnya kepada Allah SWT, meskipun pada saat itu Islam belum lagi melakar dua pertiga dunia. Tetapi kisah dirinya benar-benar membuatkan kita sebak.
Kita pula? Apa sejarah yang ingin kita lukiskan dalam kehidupan kita ini?
Kita tahu dan kita percaya. Tidak mustahil untuk kita membentuk semula peribadi insan-insan yang luar biasa ini. Cuma persoalannya, siapa?
Tidak kira yang lelaki mahupun wanita. Kita wajar mencontohi kehebatan mujahidah-mujahidah islam ini dengan mengambil ibrah daripada lembaran perjuangan mereka yang tidak pernah gentar menghadapi musuh, kerana diri merekalah contoh wanita solehah yang terbaik buat kita semua.
Merekalah...
Kerdipan yang hilang itu.
Ya Rijal dan Nissa.
Janganlah kita biarkan kerdipan itu pergi begitu sahaja. Carilah kilauannya yang terang itu. Kesemuanya sudah tersuluh, cuma menunggu masa untuk kita memakai 'kaca mata' iman dan Islam kita.
Marilah kita sama-sama menukar paradigma kita. Meletakkan sesuatu itu di landasan yang hakiki, lantas mampu membuat keputusan dengan minda yang mustanir (cemerlang). Insya Allah, suatu masa nanti, pasti kerdipan yang hilang itu akan kembali menerangi kegelapan dunia.
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Ar-Rum 30:21)
-Artikel iluvislam.com

26 March 2011

Engkau bukan Datin!

Bila ada je acara yang melibatkan ramai orang maka akan timbul la bermacam2 perangai....ini hanya sekadar pandangan pertama aku yang terlibat dalam aktiviti yang aku rase memerlukan komitmen ramai agar ia dapat di jalankan dengan lancar.
   Antara yang paling aku tak gemo ialah perangai yang ala2 mak datin....golongan ni jenis duduk je ..sambil menambahkan dosa dan berat badan yang dah memang obes dan menunggu masa untuk kencing manis datang melanda bagaikan tsunami....pass tu bila orang dah nak mula mula le menyibuk...bukan menyibuk apa...dok tanya itu , dok tanya ini...tadi masa orang bagi taklimat ko sibuk tambah berat badan....pass tu bila orang terangkan kat ko...bayak plak komplen...rase dah macam pangkat brso sangat...pangkat tak le beso sangat ...aku rase badan depa yela beso...dah sama saiz dengan peti ais ...dok tak sedo diri lagi....komplen kalau sikit tak pe la...ni Dok Pok pek pok pek...semua benda tak kena...
   Golongan yang perasan Mak Datin ni jugak lepas penat komplen baru nak mula kerja....siap je kerja terus hilang batang hidung....apa la tarak akai! bukan nak tolong2 skit ka apa ka...tolong2 le skit orang yang dah berpeluh sejak mula lagi....Dok bising ..Jom! minum kerja kita dah habis....Aduhai...memang le kerja ko selesai ...bukak le mata tu kat orang lain...bak kata pepatah..ringan2 kan le tulang tu...apa la salah nye! sekurang2 boleh le bakar lemak kat badan tu skit..tak le gemok macam b*b*.....dah malas nak tulis lagi tapi TEMPAT LAMA gak yang best.....miss all of U



25 March 2011

A Doctor In The House

Tak sabar nak baca buku ni......Insyaallah bulan depan dapat.......TQ Kak Tohirah from KYUEM Resource Center and umieeeeee.....
At over 800 pages, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad takes readers on a journey known to very few outside Tun Dr Mahathir’s immediate family: from his earliest memories of childhood; through the most important events in the history of Malaya’s struggle through the sunset of British colonialism, World War, and Independence; to his life as a doctor; his constant struggles as a politician to improve the lot of his fellow citizen; his single-minded pursuit of his country’s goals; his greatest fears; and his most cherished hopes.

Briefly, here’s some chapters of what readers can expect to find in the former premier’s book (courtesy of MPH Group Publishing): Becoming Prime Minister, I Am A Malay, The Tunku Makes A Proposal, Expelled, In The Political Wilderness, Anwar Joins Umno, Daim Becomes Finance Minister, Ops Lalang, Vision 2020, Financial Crisis Fallout, Resignation, Problems With Singapore.

An excerpt from the Preface of the book, courtesy of MPH Group Publishing.

This is the story of Malaysia as I see it. This is also my story.
I have written about the wisdom of our founding fathers who crafted a political system that has enabled the country to democratically and peacefully resolve the problems and challenges inherent in a complex society. 

Malaysia may not be styled after the liberal democracies of the West, but it is led by governments elected by the people at the central and state levels. Not many former colonies have been able to make democracy work. We have. In Malaysia, Opposition candidates can win, and be successful enough to gain control of state governments, if not the central government. Although the Alliance Party and its successor, the Barisan Nasional, have won all the national elections since Independence, there have been exhilarating highs and worrying lows. As I write this, the coalition remains vulnerable, having lost five states to the Opposition at the 2008 General Election. To regain its robustness, Barisan Nasional must make an honest assessment of  ts virtues and its failings, and must be prepared to take radical measures if it is to be a relevant and effective leader of Malaysia in the new millennium.

The book will be available from 8 March at all MPH bookstores and other bookstores nationwide, and retails at RM100.

23 March 2011

Ujian Allah....

Sakit adalah ujian
Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang  kita terhadap sesuatu.
“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maha PengasihNya Allah s.w.t.

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Mudahnya Islam
Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan  isyarat mata.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)
“Hidup untuk agenda Allah”

21 March 2011

Doa Solat Dhuha....

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

20 March 2011

Dimana Dia di hatimu....?

Sumber:http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/1861-di-mana-dia-di-hatimu.html
 
Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?""Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.""Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta memujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sinarlah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...

19 March 2011

kerana jari.....

Kerana jari...badan binasa...tu le pepatah yang lebih tepat buat masa sekarang yang kebanyakkan benda sekarang ni dikatakan 'berada dihujung jari'....kelahiran banyak laman2 sosial dan ditambah dengan kaedah untuk mengakses yang mudah seperti dengan hanya menggunakan talifon bimbit menjadikan ramai orang mengambil peluang untuk menulis .....tapi AWAS! apa yang kita tulis dan apabila berada di ruangan maya ini menjadikan apa yang diluahkan terdedah kepada sesiapa sahaja....ditambah dengan dunia digital yang memudahkan bayak perkara seperti gambar untuk dimuat turun oleh sesiapa sahaja tanpa kita ketahui tujuan mereka.
Kalau ada ketidakpuashatian pun boleh le kita tulis tapi dalam kita menulis jangan la sampai menjatuhkan maruah seseorang ...JANGAN.....kerana manusia ni apabila telah diaibkan mereka boleh bertindak diluar dugaan....dan batasan. Jangan ingat kepercayaan karut dan syirik seperti santau dan sebagainya telah ditinggalkan dalam buku sejarah kerana kemodenan sekarang....INGAT masih ade yang mengamalkannya! Kalau dulu nak dapat gambar orang yang nak diinaya sikit punya susah tapi sekarang....terlalu senang....tekan Download je abis citer....jadi dlam setiap langkah dan setiap jari yang memetik dan menekan...berhati2....cermin kan diri kita dulu....renungkan amal kita dulu sebelum menyukat dan memperbetulkan orang lain....Setiap perkara adal batasanya.sekian.

17 March 2011

berdikit-dikit...

Alhamdulillah hari ni settle 1 masalah...tapi nak settle pun kena berdikit-dikit dan berjimat cermat....dan hasilnya...Fuhhh! legaaaaaa ...tak perlu aku menyusahkan orang lain ...semua aku settle sendiri je...bangga gak hati...kembang je hidung masa bayar tadi...Dalam hati dok cakap....Kak...duit tu saya simpan sendiri tu kak...dah setahun lebih dah aku kumpul tu...laju je ko kira ...pass tu bagi balik balance 20 sen ...aku bagi punye le berkaban2...ko pulangkan balik 20 sen je...tapi tak pela..LEGA.....dan yang penting aku tak nyusahkan orang....
   Pass ni ada satu lagi...sekali lagi terpaksa aku korbankan yang berkaban2...dan sah sekali lagi dapat balance sen2 je..tak pe la..pass ni main kutu lagik...mesti boleh nye ...tapi lambat la nak banyak...maklum la aku main kutu sorang2 je...tiap2 bulan turn aku...hehehehe...untung gila...main kutu sorang2 ni...kalau korang tak caya cuba la try!....ade yang aku main sebulan sekali....ade yang aku main tiap2 hari pun ade....sari  singgit....huhuhuhuhu....setahun banyak gak...aku dapat. untung ...tak de rebut turn...rileks je...tiap2 bulan masuk kantung sendiri...
   Next project kutu ni adalah untuk raya plak..fuhhhh ....suntuk tu masa tapi tak pe la cuba je dulu..sikit2 lama2 jadik bukit dan yang paling penting.....AKU TAK NYUSAHKAN ORANG LAIN......

16 March 2011

Hikmah di sebalik musibah





MUTAKHIR ini kita selalu saja mendengar berita tentang musibah (bencana) yang berlaku di serata dunia. Alam seolah-olah begitu murka dengan keserakahan umat manusia yang dengan rakus mengeksploitasinya tanpa henti.
Mengapakah musibah selalu saja menimpa kita? Mungkin kita akan menemukan banyak pendapat mengapa ini terjadi.

Ahli geologi akan mengatakan: "Ini hanya peristiwa alam biasa". Para dukun pula akan mengatakan: "kejadian-kejadian tersebut adalah penanda pergantian zaman".

Namun semua yang demikian adalah pendapat saja. Dalam pandangan al-Quran, musibah-musibah adalah merupakan ketentuan (takdir) yang telah digariskan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang yang beriman harus bertawakal. (at-Taubah: 51). 

Pada ayat ini, Allah menegaskan bahawa setiap peristiwa yang terjadi semuanya telah digariskan Allah. Dan hanya kepada Allah, kita berlindung. 

Mengapakah Allah menimpakan bencana kepada umat-Nya, umat yang mengimani dan menyembah-Nya dalam ajaran yang benar dan hak? Mengapa bukan orang-orang kafir saja ditumpaskan dengan bencana?
Jawabnya adalah kerana di sebalik setiap takdir, pastilah terdapat makna yang tersembunyi. Ini termasuklah dalam beberapa musibah yang melanda kita. Dan bagi yang tertimpa musibah, setidak-tidaknya dapat memetik hikmah atas apa yang menimpa mereka.

Mereka yang lolos dari bencana adalah orang-orang yang beruntung kerana masih sempat ditegur oleh Allah SWT. Mereka yang lolos masih diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki kualiti ketakwaan, keimanan dan hidupnya. 

Mereka masih sempat meminta keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang mereka lakukan serta berbuat kebajikan sepanjang sisa hidupnya untuk menghapuskan dosa.
Sesungguhnya, bencana menjadi teguran bagi mereka yang selamat, demikian pula bagi mereka yang berada jauh dari tempat kejadian. Orang-orang yang tidak terkena bencana, mendapatkan cubaan dari kesan bencana. Mereka yang selamat (senang) berkewajipan menolong yang kepayahan. Mereka yang hidup berkewajipan menyelenggara-kan jenazah bagi yang meninggal.
Mereka yang masih memiliki banyak harta, berkewajipan memberi makanan dan pakaian serta menolong dengan segenap kemampuan kepada mereka yang kehilangan segalanya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya. (riwayat Muslim). 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Hak seorang Muslim atas seorang Muslim yang lain ada enam. Di antara para sahabat ada yang bertanya: Apa saja ya Rasulullah? Baginda menjawab: Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam. Jika ia mengundangmu, penuhilah. Jika ia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah. Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya, dan jika ia sakit jenguklah, dan jika ia mati hantarkanlah jenazahnya…. (riwayat Muslim)

Bencana juga adalah teguran Allah kepada orang-orang beriman yang lalai menjalankan perintah-Nya. Kita selalu saja tidak dapat memperbaiki diri, sikap dan perbuatan. Padahal bencana yang terjadi ini adalah akibat dari perbuatan dan helah kita sendiri sebagai bangsa. 

Jika alam di negeri kita rosak, siapakah yang merosakkannya? Tentu kita sendiri yang menjadi puncanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Telah nampak kerosakan didarat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (ar-Rum: 41). 

Adapun bagi kita semua, rentetan musibah yang terjadi hendaklah menjadi tazkirah (pengingat) bahawa bencana tersebut dapat terjadi ditempat kita jika Allah SWT menghendaki.
Seharusnyalah kita selalu berdoa, bertaqarrub dan beristighfar semoga Allah SWT selalu menganugerahkan keselamatan dan keampunan bagi kita semua.
Peringatan daripada Allah yang berupa bencana menunjukkan Allah masih sayang kepada hamba-hamba-Nya dan menghendaki mereka untuk kembali ke jalan yang diredai-Nya.
Sesungguhnya, kerosakan alam selalu mengakibatkan kerugian bagi warga di sekelilingnya, terutama rakyat kecilnya.

Siapa yang lebih kuat harus melindungi yang lemah. Siapa yang berkemampuan harus menolong yang sedang dalam kesusahan dan siapa yang selamat harus bersedia menolong yang terkena musibah.
Kita semestinya merasa takut jika tidak menolong, padahal kita mampu. Kita semestinya merasa malu kepada Allah jika tidak membantu mereka yang sedang kesusahan, padahal kita sedang banyak memiliki kelonggaran.
Dengan berbuat demikian, maka umat akan bersatu dan kesatuan umat Islam akan semakin kukuh selepas berlalunya bencana. Sedarlah bahawa selalu ada hikmah di balik setiap kejadian yang tampak mengerikan.
Sesungguhnya, bencana merupakan ujian bagi umat Islam.

14 March 2011

Kenapa perlu adakan rehearsel....

Sekiranya akan diadakan sesuatu majlis ataupun aturcara tertentu....latihan akan diadakan dan upacara kemuncak dalam setiap latihan adalah rehearsel dan diakhiri dengan full rehearsel....kenapa ya? sedangkan latihan dah dilakukan...kenapa perlu rehearsel?
   Dalam rehearsel semua persembahan yang bakal dilakukan akan diperhatikan oleh beberapa individu ....mereka ini akan memerhatikan persembahan tersebut dan akan mengenalpasti sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan serta kekuatan yang terdapat dalam persembahan tersebut...kelemahan tersebut akan disenaraikan dan akan diperbaiki supaya pesembahan yang bakal dilakukan akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
   Begitu juga denngan kehidupan kita seharian...kita rase kita dah sempurna tetapi tanpa kita sedari ialah terdapat beberapa kelemahan pada diri kita yang kita sendiri tidak dapat rasai...dan yang dapat mengesan kelemahan yang terdapat pada kita ialah orang yang berada disekeliling kita .......oleh itu sekiranya kita di TEGUR oleh orang lain mengenai kelemahan kita...maka wajar kita terima....kerana menerima kelemahan diri sendiri bukan bererti kita lemah...kalau benar kita akui...dan langkah seterusnya ialah memperbaikinya..agar kehidupan kita akan lebih sempurna dimata kita dan dihati orang lain terutama dihati orang yang mengambil berat tentang diri kita....sekian



12 March 2011

Ruang untuk membina....

Lega....rasenye bila cuti sekolah ni bermula. Sekurang-kurangnya aku dapat lari sejejap dari masalah ni. Mungkin jugak takdir mengizinkan aku untuk mengumpul kekuatan dan membina semangat.
Semalam pi sekolah...aku cuba terima seadanya keadaan sekarang....disekolah baru...alhamdullilah...kekuatan mula datang. Insyaallah lepas ni bersama rakan-rakan seperjuangan baru aku akan terus berjuang bersama mereka....'be humble in everything you do and where ever you are' ni la kata2 dari Wan Rustam dari Ladang Kerilla...masih aku ingat sampai sekarang...banyak betulnya kata-kata dia...
Mungkin jugak aku rasa aku ni masih dalam frasa menerima perubahan...yang menuntut kesabaran yang banyak. Terima kasih pada kawan2 yang tak putus2 memberi semangat!
Ringan sikit rase bebanan kat sekolah baru....boleh la tumpukan perhatian plak kat masalah yang dihadapi oleh pihak keluarga....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails