Sekiranya akan diadakan sesuatu majlis ataupun aturcara tertentu....latihan akan diadakan dan upacara kemuncak dalam setiap latihan adalah rehearsel dan diakhiri dengan full rehearsel....kenapa ya? sedangkan latihan dah dilakukan...kenapa perlu rehearsel?
Dalam rehearsel semua persembahan yang bakal dilakukan akan diperhatikan oleh beberapa individu ....mereka ini akan memerhatikan persembahan tersebut dan akan mengenalpasti sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan serta kekuatan yang terdapat dalam persembahan tersebut...kelemahan tersebut akan disenaraikan dan akan diperbaiki supaya pesembahan yang bakal dilakukan akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
Begitu juga denngan kehidupan kita seharian...kita rase kita dah sempurna tetapi tanpa kita sedari ialah terdapat beberapa kelemahan pada diri kita yang kita sendiri tidak dapat rasai...dan yang dapat mengesan kelemahan yang terdapat pada kita ialah orang yang berada disekeliling kita .......oleh itu sekiranya kita di TEGUR oleh orang lain mengenai kelemahan kita...maka wajar kita terima....kerana menerima kelemahan diri sendiri bukan bererti kita lemah...kalau benar kita akui...dan langkah seterusnya ialah memperbaikinya..agar kehidupan kita akan lebih sempurna dimata kita dan dihati orang lain terutama dihati orang yang mengambil berat tentang diri kita....sekian
No comments:
Post a Comment