24.08.2016 Dapat dengar separuh je sebab datang pun dah agak lewat ke Surau. Penceramah : Ustaz Maliki dari Kolej Yayasan UEM. Memang slot hari Rabu adalah khusus bersama Ustaz Maliki yang membincangkan buku FIQH AL-SIRAH.
Banyak perkara yang telah dibincangkan selama beliau mengajar di surau ni dan antara yang dibincangkan semalam ialah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Rasullullah semasa menyebarkan Islam.
Cuma dapat dengar 1 je....iaitu antara halangan yang ditempuh oleh baginda Rasullullah ialah TAWARAN YANG DI TAWARKAN OLEH PIHAK QURAISY kepada Baginda Rasullullah. Suatu tawaran yang hebat dan lumayan agar Baginda Rasullullah meninggalkan apa yang beliau lakukan pada masa itu.
Semasa membincangnkan mengenai tawaran yang ditawarkan oleh pihak quraisy, suatu peristiwa yang agak menarik perhatian aku ialah mengenai diceritakan ialah berlaku semasa perundingan Rasullullah denagn Quraisy ialaitu kisah mengenai :
Kisah Abdullah bin Ummi Maktum ketika minta diajari oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Islam juga diabdikan dalam ayat Al qur’an iaitu surah Abasa ayat 1-16. Di ayat tersebut Allah memberikan teguran kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana lebih mementingkan pembesar Quraisy dari pada Abdullah yang datang kepadanya minta diajari tentang Islam.
Kisah Abdullah bin Ummi Maktum ketika minta diajari oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Islam juga diabdikan dalam ayat Al qur’an iaitu surah Abasa ayat 1-16. Di ayat tersebut Allah memberikan teguran kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana lebih mementingkan pembesar Quraisy dari pada Abdullah yang datang kepadanya minta diajari tentang Islam.
Abdullah bin Ummi Maktum
Di zaman permulaan tersebut, Rasulullah ﷺ
kerap mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy kerana
mengharapkan mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan
dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah,’ Amr bin Hisyam (Abu
Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina
Khalid bin Al Walid). Rasulullah ﷺ berunding dan bertukar fikiran dengan
mereka tentang Islam. Baginda sangat teringin agar mereka semua
menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat
baginda. Ketika Rasulullah ﷺ sedang bersungguh-sungguh menyampaikan
dakwah, tiba-tiba Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta dibacakan
kepadanya ayat-ayat Al-Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Abdullah bukan tidak tahu dan melihat
bahawa adanya tetamu besar bersama baginda Nabi tetapi jiwanya yang
setiap hari merindui ayat-ayat al-Quran menjadikan raganya kehausan
al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
Rasulullah ﷺ mengelak dan tidak
mempedulikan permintaan Abdullah kerana sangat sibuk bercakap malah
berpaling lalu meneruskan pebicaraannya bersama para pemimpin Quraisy
tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, kedudukan Islam
bertambah kuat dan syiar dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara
dengan mereka, Rasulullah ﷺ cuba hendak berlalu pulang, tetapi secara
tiba-tiba penglihatan baginda gelap dan kepala baginda terasa sakit
seperti terkena pukulan.
Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:
Peristiwa ini juga membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan dari Baginda Rasullullah. TQ
No comments:
Post a Comment