Cabaran Kerilla
enduro 125.... |
Aku rasa kerjaya yang aku ambil sekarang ni ramai yang tak tahu....malah bidang diploma Pengurusan Ladang pun dah berbunyi janggal bagi kebanyakkan orang...tapi sebenarnya kerjaya ni menawarkan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji dan benefit yang baik.
antara yang di tawarkan ialah tempat penginapan yang lengkap dengan perabot2 dan keperluan asas macam gas, dapur dan perti ais....kan senang. Tu sebab masa aku lapor diri untuk bekerja kat kat sini aku berani bawa 1 beg je....Selain dari itu kenderaan untuk bekerja di Ladang juga di sediakan oleh kebanyakkan syarikat Perladangan....hahaha dan tu sebab aku datang sini 'naik bas je'.....motorsikal yang disediakan untuk aku masa ialah dari jenis Yamaha Enduro 125...HEBAT....!
Sebagai eksekutif muda....semangat pun berkobar-kobar jadi semua benda aku nak pastikan sempurna...semua dikerah...sampai ada yang berlaku dalam suasana yang agak tegang dan kasar. hasilnya hubungan dengan pekerja dan kakitangan sendiri menjadi tidak berapa jernih...tapi hasilnya tak sebagaimana yang dijangkakan ...
Bila masa berlalu dan aku mula memahami adat dan suasana semasa di kawasan Kerilla ..ketegasan dah mula kendur...mula selesa dengan suasana persekitaran...Tak boleh rupanya diubah dengan kekerasan dan secara terbuka....kebanyakan pekerja akan mula membantah STRATEGI baru perlu di susun.
Strategi nak Mengubah...
daripada pendekatan yang g drastik dan kasar...aku mula berlembut...strateginya ialah ....entah aku pun tak tau...yang aku tau..bila
- tau depa nak buat kenduri....aku bagi la sikit....datang setiap kenduri yang dijemput
- mula datang berjemaah di surau dan masjid
- ziarah ke rumah atau hospital kalau mereka atau ada ahli keluarga yang sakit
- mula duduk semeja bila minum kat kedai dan bersembang...
- mula main wau sesama
- mula memancing sesama
- mula bersama-sama mengurus jenazah ketika berlaku kematian...
We brake the record...Yield melebihi estimate....
Hasil pemuafakatan dan hubungan yang baik...aku dikejutkan dengan permintaan PELIK dari Mandur....
- Depa nak buat kutipan susu getah sebanyak 2 kali sehari.! Memang masa tu tengah susu tengah banyak...aku memang tak sangka...sebab kalau buat memang latex akan banyak...tapi risiko beku tu akan tinggi...kecuali susu latex dihamtar dengan cepat kekilang. Alhamdulillah rancangan Mandur diterima baik dan semua yang terlibat memberikan kerjasama....aku nampak PEMUAFAKATAN mula membuahkan hasil....
- Rubber tapper mula test pokok2 lama yang dulunya kering.....kalau dah mula ada susu semula pokok tu depa kan buatkan jalan dan ditoreh seperti biasa pada pusingan seterusnya...banyak pokok yang dulu dikatakan mati kulit telah di buka jalan dan mengeluarkan hasil....aku time tu cuma mampu senyum...dan bersyukur...moga kami semua diberkati ....
No comments:
Post a Comment