Iklan

04 December 2013

Alhamdulillah...TERATAK ANAK sah kemas dalam genggaman!

TERATAK ANAK
Macam-macam hal yang berlaku sebelum ni sebelum kami ditemukan jodoh dengan "Teratak Anak". Bermula dengan peristiwa pahit...kami ditakdirkan untuk menyewa disini. Pada mula keadaan rumah ni punye le teruk...semak-samun dan dipenuhi dengan pokok belukar. 
Selepas dibersihkan keadaan semakin baik dan ditambah dengan sewa yang amat berpatutan. Banyak perkara yang perlu dibaiki...wiring, plumbing dan sebagainye...
selepas keadaan bertambah baik...rezeki Allah bagi pun ade sikit ...kami mula bertanya kepada tuan rumah untuk mengambil alih TERATAK ANAK ni. Rupa-rupanya untuk membeli rumah 2nd ni lagi susah prosedurnya...Bila kata ok je dah kena bayar 10%. pass buat sale and Purchase...kena lagi bayar...semua settled...tungkus lumus kami kumpul duit untuk deposit...alhamdulillah cukup juga akhirnya.
TERATAK ANAK....BGA7709 DAN WFE3450...
    Langkah kedua adalah untuk membuat pinjaman Bank. Aku layak hanya 80% je...sebab ini adalah rumah ke-2. Aduh! kena lagi .... baru tersedar...tak boleh buat loan 90% sebab rumah ke-2...termenung mana nak cari lagi 10%...Kami teruskan dengan bank loan walau hanya 80% je...lagi masalah timbul....rumah ni masih menggunakan 'master title'...tak layak untuk buat pinjaman selagi tak ditukar kepada individual ...Nah...terkanje kami dibuatnye....hampir nak berputus asa. Bincang dengan lawyer...duit 10%yang dah dibayar tak boleh diambil balik...terserah kepada budibicara penjual...Aduh! pinjaman bank tak boleh....deposit tak boleh ambik balik....ni dah nak kira checkmate ni...
   Nak tanak kami bincang semula dengan owner...bagi tau yang rumah tak layak untuk pinjaman bank...dan kami mintak jasa baik agar harga dikurangkan sikit supaya kami boleh ikhtiar cari jalan lain untuk selesaikan baki 90% tu...."Nanti Kami bincang..." tu le jawapan owner...lama kami tunggu jawapan...akhirnya dia bagi respond ....kurangkan harga rumah...(yang sebenarnye kami masih agak tak mampu kalau tak melalui pinjaman perumahan...walaupun harga telah dikurangkan sebab komitmen lain).....kami kata "terima Kasih...kami akan cuba usahakan...." tu je la yang dapat kami katakan.
BGA7709
Kami pikir lagi.....last sekali..nampaknye terpaksa tutup satu lubang....mangsa ialah BGA7709 sebab dah tinggal sikit je lagi bakinye kat bank. Last choice...ialah personal loan...ambik lebih skit settle kan BGA7709. So boleh le bernafas sikit selepas bayar untuk ansuran bulanan. (monthly tinggi sebab maksimum 10 tahun je la ni untuk personal loan...adoyai...). Harap2 BGA7709 gagah bertahan untuk sekurang-kurangye 5 tahun lagi...Ins sya Allah.
Tapi bila kami pikir balik....sekurang-kurangnye kami dah ade sebuah rumah yang dah habis bayar....dan sebuah kereta yang juga dah habis bayar....dan hidup kami boleh diteruskan dan tetap bahagia dalam kesederhanaan. TQ semoga usaha kami diberkati-Nya.


25 August 2013

Bila Khatib Menangis.... "PERCANGGAHAN FAHAMAN SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH"

"PERCANGGAHAN FAHAMAN SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH"
Khutbah Jumaat - 23 Ogos 2013
Surau al-Saad minggu ni jadi sunyi sepi seketika apabila khatib bertugas mengalirkan air mata ketika membaca khutbah....tiba-tiba berubah suasana...nampak kebanyakan jemaah tunduk memandang ke lantai...mungkin juga kerana turut sebak dengan apa yang terkandung didalam teks ucapan...antara isi penting yang disampaikan ialah ...




Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Penyelewengan akidah dan pengamalan ajaran Syiah jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama       :       
Mendakwa bahawa al-Quran yang ada di tangan umat Islam pada hari ini adalah tidak lengkap. 

Kedua          :       
Mendakwa bahawa Jibril a.s. tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya diturunkan kepada Saidina Ali K.R.W
.
Ketiga          :       
Menolak sebahagian hadis atau riwayat para sahabat besar Rasulullah s.a.w. seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Abu Hurairah dan lain-lain lagi.

Keempat                    :  
Mengkafirkan sebahagian sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidatina Aishah R.A.

Kelima          :     
Menambah lafaz dalam Kalimah Syahadah seperti berikut;

Keenam       :       
Mendakwa para imam mereka bermula daripada Saidina Ali sehinggalah imam-imam yang dilantik selepasnya bersifat maksum daripada dosa kecil dan besar sepertimana para anbiya' yang bezanya hanyalah mereka tidak diturunkan wahyu.

Ketujuh        :       
Mereka mengamalkan nikah Mut'ah yang seolah-olah menghalalkan perbuatan zina.

Kelapan        :     
Mencederakan tubuh badan sebagai memperingati peristiwa Karbala pada 10 Muharrram.

Kesembilan  :     
Menjadikan taqiyyah yang maksudnya ialah berdusta dan berpura-pura sebagai salah satu rukun iman.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Implikasi daripada penyebaran atau penularan fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini. Peristiwa-peristiwa sejarah masa silam memperlihatkan kepada kita bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika fahaman Syiah dibiarkan bertapak di dunia Islam. Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun.
Pada hari ini pendedahan tentang pergolakan di timur tengah melibatkan golongan Nusayriah iaitu satu cabang pelampau aliran Syiah telah mengakibatkan pembunuhan ke atas warga Sunni. Kebencian bersangatan golongan Syiah terhadap umat Islam Sunni dipaparkan dalam bentuk pembunuhan hatta terhadap kanak-kanak tanpa sebarang belas kasihan di mana sejumlah hampir 110,000 nyawa mereka yang tidak berdosa terkorban dalam konflik berdarah hampir dua (2) tahun di Syria. Bahkan mereka menembak menara-menara masjid, memperolok-olokkan solat umat Islam Sunni, membakar al-Qur`an dan mencemarkan masjid. Berdasarkan hakikat ini jugalah, seorang tokoh cendekiawan Islam terkenal Prof. Dr. al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam komentar terbarunya berkaitan Syiah menegaskan bahawa Syiah adalah golongan yang kafir dan menyesatkan.
Berdasarkan pengalaman lalu mahupun perkembangan semasa, Malaysia amnya dan Negeri Selangor khasnya tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan ternyata fahaman Syiah boleh meninggalkan kesan pemikiran negatif, pendustaan berleluasa, kekeliruan dalam pengajaran Islam, menyebar atau menular amalan syirik yang akhirnya mewujudkan perpecahan besar di kalangan umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Langkah mengekang fahaman Syiah atau fahaman lain yang menyeleweng ini digiatkan supaya masyarakat Islam yang belum terkena jangkitannya mengenali bahaya fahaman-fahaman tersebut dan berusaha sedaya-upaya untuk menjauhinya. Justeru, amat diharapkan Muslimin sekalian secara kolektif mendepani isu ini secara serius antaranya :
Pertama       :       
Kita hendaklah berpegang teguh dengan ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan hujjah dan rujukan yang diiktiraf, bukan sekadar ikut-ikutan;

Kedua          :       
Mengukuhkan kefahaman terhadap al-Qur`an dan al-Sunnah dari semua aspek termasuk bacaan, hafazan dan pengajaran yang berkaitan; serta mendalami ilmu-ilmu Islam melalui ulama atau guru-guru bertauliah yang diiktiraf dan diyakini pengajarannya.

Ketiga          :       
Meningkatkan kewaspadaan terhadap propaganda atau eksploitasi dilakukan oleh golongan syiah yang berselindung di sebalik sentimen kasih dan cintakan ahl al-bayt (keluarga Rasulullah s.a.w), memperjuangkan ahl al-bayt dan menentang kezaliman yang dilakukan terhadap ahl al-bayt;

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Khatib pada hari ini juga mahu berkongsi dengan para muslimin sekalian langkah-langkah drastik oleh pihak berkuasa bagi mengekang fahaman Syiah dari menular ke peringkat akar umbi. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pekeliling Am Tahun 2013 menyebut bahawa semua pegawai di agensi-agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan:
  • Dilarang berpegang kepada ajaran dan fahaman Syiah kerana bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau
  • Dilarang sama sekali untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan dan berpegang atau menyebarkan        ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah;
  • Dilarang sama sekali menerbitkan atau membantu menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak, elektronik atau selainnya atau melalui media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
  • Dilarang untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan fahaman Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan Syiah dengan apa jua cara sekalipun.
Bagi Pihak Berkuasa Agama khususnya Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil beberapa pendekatan dalam mendepani isu Syiah di Negeri Selangor antaranya menerusi khutbah Jumaat tentang penyelewengan fahaman Syiah, penjelasan dari semasa ke semasa kepada semua pegawai Masjid, memantau dan mengekang sebarang publisiti aktiviti yang berkaitan dengan syiah.

Tindakan tegas secara perundangan juga boleh diambil di bawah Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 berhubung kesalahan menghina pihak berkuasa agama (Mufti). Tangkapan melibatkan pengikut Syiah telah dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor pada 15 Disember 2010 seramai 125 orang dan pada 15 Oktober 2012 seramai 118 orang.

Dalam usaha membanteras penularan fahaman Syiah ini, Jabatan agama Islam Selangor mendapat kerjasama sepenuhnya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkaitan kawalan bahan penerbitan, pengeluaran cakera padat atau cakera padat digital dan Jabatan Imigresen.

Sebagai penegasan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku ketua agama negeri ini telah menitahkan agar tiada rakyat di Negeri Selangor menganut fahaman Syiah yang telah difatwa dan diwartakan menyeleweng daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi".                                                                                                                   (Al-A'raf : 178)

17 August 2013

Hikmah Aidilfitri

Sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan, meneruskan tradisi ,tarawih, tadarus, tahajud, Qiyamullai, sedekah dan infak. Kita juga perlu bersederhana dalam makanan dan perbuatan. Apabila timbul keinsafan mendalam bahawa kita patut bersyukur kepada Allah dan tanda kesyukuran itu ialah bersifat ihsan kepada yang lain, ia bakal menjadikan kita golongan yang bertakwa dan kembali kepada fitrah.
Ibadat puasa yang mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri dan hadapan Allah s. w. t. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.
Kita tidak melakukannya demi mematuhi perintah Allah. Pengajaran atau mesej di sebaliknya ialah kalau perkara yang asalnya adalah harus pun kita meninggalkannya kepada patuh kepada perintah Allah, maka tentulah perkara yang haram lebih mampu kita meninggalkannya kerana ia adalah arahan dan perintah daripada Allah.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, sekali lagi kita akan menyambut Aidil-Fitri pada tahun ini. Aidil Fitri adalah hari kemenangan dan kejayaan bagi seluruh umat Islam yang bertakwa kepada Allah. Selama sebulan kita umat Islam melaksanakan ibadat puasa, berjuang melawan nafsu, supaya sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Di siang hari kita berpuasa menegah kehendak nafsu. Di malam hari kita mengerjakan pelbagai ibadat fardhu dan sunat seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, iktikaf, zikrullah, qiamullail dan lain-lain lagi. Kesemuanya itu merupakan proses tarbiyah atau pendidikan langsung daripada Allah s. w. t. melalui ibadat puasa bagi melahirkan insan yang bertakwa. Firman Allah s. w. t.  dalam Surah al-Baqarah: ayat 183: 
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
Ibadat puasa ramadhan yang telah kita sempurnakan itu, mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri terhadap Allah s. w. t. dan juga terhadap sesama makhluk. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.
Hari raya yang mulia ini, selain menyambut hari kemenangan dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu, juga merupakan hari melahirkan kesyukuran dan kegembiraan. Kita bersyukur dan bergembira kerana dapat menyambut aidil-fitri - yakni hari kembali kepada fitrah. Setelah melaksanakan ibadat puasa selama sebulan dengan sempurna kita bukan sahaja mendapat rahmat malah mendapat keampunan daripada Allah dan pembebasan daripada api neraka. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu".
Oleh itu, setelah kita mendapat keampunan Allah s. w. t., maka sudah tentulah kita menjadi seperti kembali kepada fitrah, laksana bayi yang baru dilahirkan. Menginsafi keadaan ini, maka tentulah kita akan menjaga kesucian dan kemurniaan hari aidil-fitri ini, supaya tidak menyambutnya dengan melakukan amalan dan acara-acara yang sama sekali bercanggah dengan semangat  dan hakikat aidil-fitri itu sendiri.
Aidil Fitri yang bakal kita rayakan adalah lambang pencapaian diri sepanjang Ramadan dengan tarbiah rohaniah yang dilalui. Ia juga menjadikan kita insan berubah, ada peningkatan dalam amal dan timbul keazaman untuk melakukan kebaikan selepas ini. Inilah lambang kemenangan yang kita rayakan dalam semangat mahabah, ukhuwah dan silaturahim.
Kita lakukan ziarah ke rumah saudara mara, jiran, orang miskin, anak yatim, orang tua dan uzur. Kita mohon kemaafan, bertanya khabar, memberi buah tangan serta sama-sama bertakbir dan bertahmid menyebut dan merasakan kebesaran Allah.

Betapa Aidil Fitri ditemukan hati insan yang berjiwa besar dan tulus merayakan hari kemenangan dan ingin kembali ke fitrah diri. Memohon maaf dan sifat memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan amat mulia. Ia menundukkan rasa angkuh untuk merasakan seolah-olah kita tidak pernah bersalah dan tidak bersedia memaafkan kesalahan orang lain.
Sifat memaaf dan dimaafi ini adalah suatu tradisi yang patut dijadikan amalan. Ia mesti dilakukan dengan ikhlas, di samping membina keazaman untuk tidak mengulangi perbuatan salah yang boleh menyinggung, menghina dan menjadikan orang lain berkecil hati dengan sikap dan perbuatan kita.
Betapa kebesaran Allah itu dilambangkan dengan kekerdilan diri untuk bersifat ihsan sesama hamba. Betapa kebesaran Allah mengingatkan kita bahawa kita akan kembali seperti orang terdulu yang kita kasihi apabila menziarahi kubur mereka.
Betapa apabila menziarahi orang tua yang uzur, kita menginsafi diri bahawa kita juga akan tua. Bayangkan diri kita bakal menjadi seperti orang tua yang kita ziarahi. Ia memberikan kita keinsafan bahawa tidak ada sesuatu yang kekal di alam ini, melainkan Allah.
Janganlah kita rosakkan hari kemenangan selepas bergelut dengan cabaran hawa nasfu dengan menyerahkan diri dirasuk oleh pengaruh iblis dan syaitan semula.
Kita leburkan seluruh kekuatan yang kita bina, himpun dan kumpul sepanjang Ramadan dengan melakukan perbuatan maksiat. Kita terbabit dengan hal syubahat dan melanggar batas syarak dengan pergaulan yang melampaui batas, menonton filem yang merangsang semula nafsu syahwat dan nafsu haiwani. Hadir di majlis maksiat seolah-olah melepas geram selepas sebulan dikekang dengan amalan puasa.
AidilFitri seharusnya dirayakan dengan membina ukhuwah tinggi, melakukan ziarah berterusan dan harus ada kemampuan untuk menapis sesuatu yang mengukuh jiwa fitrah dan sesuatu yang boleh merosakkannya. Jangan biarkan anak-anak menjadikan ganjaran "ang pau" atau wang ringgit sebagai umpan ziarah sehingga makna Aidilfitri kepada mereka ialah berapa banyak wang yang dikumpul untuk membeli mercun dan bersuka ria tanpa batasan.
Ziarah kita dengan anak-anak harus dapat memperkenalkan kepada mereka kaum keluarga lain.
Tradisi berziarah di Malaysia sepanjang Syawal adalah suatu amalan baik, khususnya bagi masyarakat kota. Sayangnya tradisi ziarah ini bagi sesetengah orang dilambangkan dengan tradisi rumah terbuka. Walaupun tradisi ini agak baik tetapi sesetengah sanak-saudara dan sahabat handai hanya menunggu kalau ada undangan rumah terbuka barulah ziarah akan bermula. Pada hal tradisi lama ialah sepanjang Syawal rumah kita adalah terbuka. Ia harus mendorongkan rasa ikhlas untuk berziarah bukan ziarah kerana diundang.
Semangat beraya di kampung yang dapat menghidupkan suasana Aidilfitri wajar dikembangkan di kota. Ini bagi merapatkan silaturahim dan mahabbah sesama warga kota, sanak saudara dan sahabat kenalan. Merayakan Aidilfitri adalah kemuncak dari suatu perjuangan besar iaitu perjuangan mengawal hawa nafsu, sekali gus mendidik hati.

Hati orang yang bertakwa ialah hati yang tunduk dan taat kepada Allah dan berada dalam fitrah-Nya. Hati yang fitrah ialah hati yang dilembutkan supaya tunduk dan taat kepada menghayati kebesaran Allah.
Kebesaran Allah yang dilafazkan dalam takbir dan tahmid adalah lambang perubahan diri untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan menghindarkan kemungkaran walaupun sedikit. Itulah natijah Ramadan yang kita lalui dan maksud Syawal yang bakal dirayakan.
Disediakan Oleh: Ustaz Haji Mohd. Nawi Bin Haji Ismail


21 May 2013

Jadi le macam ayam tu!

Ini le ayam nye....
Pagi ni tak bersidang sebab tugasan aku pagi ni ialah memastikan semua ayam2 daging di sekolah ni sihat dan kurang kolesterol. Dah tinggal berapa hari je pun sekolah dan hari ni last depa dapat pijak rumput kat sekolah ni...aku bagi chance la kat depa buat acara bebas.
Kat hujung padang tu ade Yeop yang rupa2nye sama dengan aku bagi ayam daging di buat acara bebas jugak. Aku pun ambik kesempatan nak tanya satu benda kat dia...saja nak dapat kepastian kenapa dia bising kat bilik PK1 pagi tadi masa tandatangan untuk dapat kelas relief. Belum sempat tanya rupa2nye dia dah bercerita...ok la tu aku tumpang dengar je...
Yeop cakap " Depa ni kalau cakap bukan main lagi hebat!...Kita kena pastikan anak2 kita disekolah sentiasa belajar...jangan lewat masuk kelas...jangan keluar awal...mesti kreatif masa mengajo...Kalau ade aktiviti tu pastikan tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran...itu la ...ini la...kalau nak buat aktiviti selain dari proses pengajaran dan pembelajaran mesti diluar jadual waktu...."  
"Kenapa nye Yeop?" Aku tanya....
"Ni ha! aku dapat relief kelas 5 Ekonomi  sampai 2 masa...apa aku nak buat ? Dah la budak semua macam setan...(Tak aku nafikan).Tak kan aku nak mengajo KH kat bebudak tu" Yeop mengeluh sambil tunjukkan slip relief..
"Sape yang tak datang tu...mesti dia ade hal penting la tu Yeop...sabo je la" aku buat2 ceredik.
"Tak datang ape bendanye...depa kena pi PPD sebab ade majlis...PPD jemput."....
"Ni serope bapak yang tak semayang suruh anak semayang la ni"...kata Yeop
"Nape Pulak dah ?" Aku buat2 bodoh pulak .
" Ape idak nye! macam aku cakap tadi la..kalau kita nak buat benda je...itu la ini la...jangan kalau PDP la..tapi kalau depa buat sedap je...macam tak kacau PDP sekolah je...ni suruh cikgu hadir...seropa ganggu PDP sekolah la tu..tu le depa ni CAKAP MACAM ULO...suka sangat meludah kelangit...".."Ape salahnye buat je majlis tu masa cuti sekolah ni...kan boleh! tak de kaco PDP sekolah...tu le kalau dah terlebih ceredik...Kalau KITA sanggup depa suruh datang petang...buat hari sabtu..macam2 lagi..tapi tang depa! sedap je langgor
semua...BODOOOOOH ! Aku rase depa ni kena aircond kuat sangat kat pejabat ...sebab tu otak depa beku...terus jadi tengin! Yeop...Yeop...setahu aku ni bukan jenih orang kuat melawan sebab.........baru diumumkan sebagai WORKER OF THE MONTH!' oleh Pengetua minggu lepas...walaupun bulan tu baru 14hb dan Yeop baru buat baguih dalam satu benda...(HEhe ..mangko punye pengetua...kalau nak umum pun ...umum le pada setiap awal bulan...baru le WOKER OF THE MONTH...ni baru 14hb dah umum)...ade betulnye cakap Yeop...otak depa jadi beku sebab kena aircond..otak kita cayo sebab dok berpaneh guna kipas buruk..
Apa2 pun kalau dah keluarkan arahan macam tu kat orang bawahan...kita sebagai pihak atasan tak buleh le ignore je ....Baru le kita akan jadi teladan yang baik....sekian TQ

Great leaders don’t tell you what to do…they show you how its done!




19 May 2013

Kos membunuh....

kalau nak pikkir benda nye memang macam tak penting je...tapi kalau di biarkan ..masyaalah ... sakit mata memandang, serabut kepala otak dibuatnye....RUMPUT! tu je masalah aku...kat luar rumah...dulu masa duduk kat Kuaters Kolej benda bukan masalah...ye la masa tu  team maintenance kolej yang buat, tapi la ni kena maintain sendiri...
Setakat nak potong tu tak de masalah...ramai je yang boleh potongkan...tapi upahnye..Mak aiii mahalnye...sekangkang aku je halaman rumah ni..bukan luas sangat pun macam rumah apak..Yang pasti RM40 setiap bulan aku kena bayar kat bangla ni setiap bulan...kalau 10 bulan dah cecah RM400...Nak bayar kurang...TAK BOLE LA BOSS..itu le ayat nye...tadi datang sorang lagi offer ....sanggup potong dulu...buat promosi ...KALAU BOSS Puas hati ...boss bayar la...Hah! FREE...potong le...aku ..dia pun potong le...perghhh memang cantik...macam padang golf pulak halaman aku...heheheeee....
Tapi kesian le plak dah macam ambik kesempatan...dia dah buat kerja mesti le ade upah..Itu prinsip aku la...Aku pun ambik le RM20..nak kasik upah...rase tak sanggup le plak nak FREE...lagi pun rumah dia dekat sini je...hari2hari jumpa...segan plak aku ....Selamba je dia cakap...BOSS setakat RM20 mana bole boss...sekurang2nye RM40 la boss...HUIKKKK! demand pulak dah...tak pe la macam tu aku buat muka tembok je la...tak pa la kalau tak mau!...nanti lain bulan kalau saya mau awak potong saya panggil la..ok?HUH orang nak kasi demand pulak dah...tapi sekurang2nye masalah aku untuk bulan ni selesai...! AKU NAK BELI MESIN SENDIRI!!!!!!

TAHUKAH ANDA BERKENAAN RUMPUT RUMPAI DIMALAYSIA

Jenis-jenis, nama rumput dan kegunaan juga kepentingannya kepada kehidupan kita semua.Sekurang-kurangnya kita harus mengetahui rumput apakah ? yang sesuai ditanam dihalaman rumah kita, kesesuaiannya, cara penjagaannya, nama rumputnya dan khasiatnya. Jika kita tidak ambil peduli tentang perkara ini maka kebanyakannya itu lah yang kita lihat hampir 90 peratus kawasan perumahan di Malaysia halaman rumahnya tidak sempurna daripada pengendalian rumput halaman.

Untuk itu, amatlah penting sekali pengetahuan ini. umpamanya rumput-rumput halaman yang biasa digunakan dimalaysia seperti cow gras, pearl gras dan carpet gras. ketahui lah habitat jenis-jenis rumput ini untuk memudahkan penjagaan halaman anda supaya suasana halaman rumah anda memberikan kedamaian pandangan disampin bekalan oksigen yang secukupnya kepada keluarga anda, terutamanya pengudaraan yang bersih dan segar diwaktu pagi.

Dengan ini bermakna sekaligus anda telah bertindak untuk memakmurkan alam semula jadi ini kepada tanggongjawab membekalkan udara bersih dipersekitaran



16 May 2013

Aku rase ...Aku Syok Sendiri la....

Satu-satunya perayaan yang penyambutnya syok sendiri.....
  • dia baca ucapan sendiri
  • dia nyanyi sendiri
  • dia beli kek sendiri...pass tu potong sendiri
  • dia buat majlis sendiri
  • dia sukaneka sendiri
  • dia beli hadiah sendiri pass tu tukar sesama sendiri
  • dia buat jamuan sendiri pass tu makan sesama sendiri
  • dia bungkus hamper sendiri pass tu bagi pemenang sukaneka yang disertai sesama sendiri
  • last sekali PENAT sendiri!
Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang GURU adalah seperti berikut:-

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.

Diantara kata-kata Ulamak berkenaan GURU adalah seperti berikut:-

Imam Al-Ghazali berkata;
“Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…”

Imam As-Syafie berkata;
“Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.”

Syu’bah berkata;
“Aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup.”

Syauqi berkata dalam syairnya;
“Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus.”

 

15 May 2013

Kalau pahala boleh dihitung...!

Esok adalah Hari Guru....tapi semalam masa taklimat dari pihak pengurusan ade bagitau benda yang entah hapa-hapa yang akan berlaku pada Majlis Sambuatan Hari Guru 2013....Mula2 depa bacakan surat yang dikirimkan oleh pihak PPD.
 Dalam surat tu cakap:
  • tak boleh diadakan 1 sessi persekolahan....ok lagi la tu
  • sambutan hari guru dibenarkan sehingga tamat sessi persekolahan....ok la tu
Lepas pihak pengurusan umum sambuatan tahun ni cuma sebelah pagi sahaja... selepas tu Peperiksaan Pertengahan tahun akan berjalan seperti biasa...HUH! Pakat nganga semua...aku pun cakap sorang2 je..".sepanjang perkhidmatan aku belum pernah jadi macam ni.... "..Tiba-tiba ade sorang lagi pulak cakap..."Ko baru je kerja...aku yang dah 32 tahun kerja ni pun tak pernah lagi jadik macam ni...ni kali
pertama dalam sejarah perkhidmatan aku...masa hari GURU ade peperiksaan dan kerja macam biasa...". Aku pun mula la nak bengang dengan pengurusan ni...Alasan : "Kalau kita tak buat peperiksaan nanti pelajar tak akan datang ke sekolah...dan nanti takut pelajar keluar awal sebelum tamat waktu persekolahan..." ...Adoi hai! Itu pun depa takut...yang tak datang kesekolah tu tak pe la...100% bukan dah tanggungjawab pihak sekolah ...dan yang hadir tu kita rancang la aktiviti bersama antara pelajar dan guru...Ustaz tiba2 bisik kat aku..." Cuba hang bayangkan kalau hang boleh nampak pahala...Hang baru je niat nak mengajar je dah dapat pahala...kalau hang mengajar lagi bertambah pahala hang...kalau ilmu yang hang ajar hari tu budak2 gunakan untuk kebaikan...lagiiiiii pahala untuk hang...." "Tu kalau hang masuk kelas mengajaq dengan ikhlas...banyak pahala tau dak..."Oooo insap jap aku!...Kesimpulannye...esok aku pi sekolah duduk kejap kat tempat perhimpunan , dengar perutusan...pass tu masuk kelas macam biasa...Alhamdulillah terima kasih Ustaz....sebab sedarkan aku ....SELAMAT HARI GURU....
INFO HARI GURU
16 Mei pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah atau Melayu Federal Legislative Council telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran yang juga dikenali Report of the Education Committee sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sempena peristiwa inilah tarikh 16 Mei dipilih sebagai Tarikh Sambutan Hari Guru secara rasmi di seluruh Malaysia.

12 May 2013

CJP....Jom Layan!

Masa sibuk dengan cerita kat TV penuh dengan cerita pilihanraya dan mandat 2013 boring tak tau nak tengok citer apa kalih punya kalih...terkalih kat TV9...kebetulan pulak episod 1...macam tayangan perdana 2 jam straight....kami sekeluarga layan je la..Eeh! best bangat! boleh kira la...boleh layan la...tapi setakat layan kat rumah je la...kalau citer kat 'persidangan meja kopi' confirm kena ... samada kena kutuk atau aku bercerita sambil syok sendiri...ahli persidangan aku rase depa tak layan citer2 ni...mungkin faktor usia kut....ok jom layan...

Sinopsis Cinta Jangan Pergi (CJP)
Drama bersiri Cinta Jangan Pergi (CJP) mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Khalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.

Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama.

Apa yang terjadi antara mereka ketika dalam penjelajahan? Nantikan variasi drama terbaik Cinta Jangan Pergi, April ini hanya di TV9!

Pelakon Cinta Jangan Pergi (CJP): Remy Ishak, Tiz Zaqyah,Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayob

Pengarah: Kabir Bhatia

10 May 2013

Sebelum pun macam tu...selepas pun macam tu jugak

Sebelum ni pun dok rase tak puas hati....kumpul sana ...kumpul sini...dah buat sampai jadi bersih. Dah selesai pun dok berkumpul lagi...ade je yang tak puas hati. Aku rase la lepas ni jangan dilarang depa2 ni nak berkumpul....bagi je permit...jangan buat roadblock ke hape ke...buat macam hari tu...biar je la...nanti dah letih berenti la dia tu. Kepada yang suka berkumpul tu  Jangan setakat buat malam je...buat pagi sekali...tengahari sekali..petang sekali...malam sekali....tengah malam sekali...lepas subuh sekali...kalau nak best lagi berkumpul kat satu2 tempat tu sampai sebulan ke...setahun ke...sorak kuat2...dia cakap sepatah sorak....dia cakap dua patah sorak lagi....last2 nanti menang sorak, kampung tergadai...
    Pihak lain semakin mengukuh...kita makin terlerai....dah terlerai pun tetap sorak...yang lain tak payah berkumpul pun ...depa semakin mengukuh. Aku cukup hairan la manusia ni...sokongan yang diberi oleh rakyat dah diterjemah...apa lagi? sudah la tu...saje nak buat kacau..saja nak buat huru hara...dah kalau ye pun tak puas hati tak payah la dok berkumpul sana sini...ikut je la saluran yang ade...subhanallah....
   Kepada bro saiful (http://saifulfromslim.blogspot.com/2013/05/cakap-cakap-selepas-pru-13-505.html) aku sokong ko....tapi tak berani nak tulis direct forward.....hahaha...Ahli Persidangan Meja Kopi terbaik pernah aku jumpa...terus tulis bro...
    Firman Allah SWT: “Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) Ayat ini menyarankan kita untuk menyerahkan urusan kepada Allah SWT yang mengetahui akibat segala perkara serta reda dengan apa yang ditakdirkan untuknya dan sentiasa mengharapkan daripada Allah SWT akibat serta kemuncak yang baik.
  
Seorang hamba yang beriman akan berfikiran positif menilai setiap saat dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran, iman, kebijaksanaan dan panduan mata hati sehingga meyakini bahawa Allah SWT adalah penolong yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan.
   Berdoalah supaya kita sentiasa reda dengan sesuatu yang telah disusun untuk alam maya ini. Firman Allah SWT: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 17)

08 May 2013

AKU PERNAH MENYANYI.....

Al-Zahrawi 1987-1989
Hari ni dok fikir-fikir sorang masa jaga peksa teringat lagu lama. lagu ni mula sekali aku diajar dan menyanyikannya ialah pada minggu orientasi di MRSM Pasir Tumboh tahun 1987...masa tu aku tingkatan 1...Mula-mula dengar dah rase semacam je lagu ni...sayu rase hati masa dengar senior dari MRSM Pengkalan Chepa yang pada masa tu adalah pengendali minggu siltulrahim..nyanyi lagu ni...Mungkin ade benarnya apa yang tertulis dalam lirik lagu ni......

WARISAN......

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai  
teruskan usaha

Melayukan gagah di nusantara

Melayukan Gagah di nusantara

MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA......
 
Nyata apa yang dikata....harapan tinggal harapan.......harap lirik dibarisan terakhir akan menjadi kenyataan. sekian.

Sape yang bodoh ni?

FELDA Trolak utara 2013 GE
Semalam masa kat kelas ...ade student perasan yang jari aku masih ade kesan dakwat...dia tanya Cikgu undi apa? ayah saya undi BN....tetiba sorang student lain yang berbangsa bukan melayu dengan selamba cakap"Cikgu sekalang cuma olang bodo saje yang undi BN!"Tergamam aku..dan yang paling membuatkan aku terkejut kawan2 dia turut gelak dan bertepuk tangan.....Aku cuma diam je la dan nasihat ...supaya perkara2 macam tu jangan diulang sebab sangat sensitif.

Masa persidangan meja kopi....
  1. Seorang yang berbangsa india....Apa semua ni ? tetiba je dia mengeluh...selepas tengok tajuk utama sebuah akhbar tempatan yang memaparkan "Tsunami pengundi cina". kemudian dia seolah-olah bertanya...Kalau cina sokong MCA kata tak de Racist tapi kalau cina sokong DAP ..kata Racist...Itu MCA dan DAP dua-dua pun parti cina...apa la ni..mengarut!Aku masih Ternganga....
  2. Seorang yang berbangsa cina pulak sambung...Orang cina mana ade racist...cuma mau tukar parti dan mahukan perubahan  itu saja...Zaman racist2 ni semua dah tak dak dah...Zaman Tunku dulu ada la...tapi sekarang dah lebih 55 tahun merdeka! salah ke kalau kita mau berubah ....Aku masih ternganga.....
  3. Seorang yang berbangsa melayu pulak mencelah... Ramai melayu ni bodoh! orang nak bagi Jalur Lebar FREE...Pendidikan FREE....Minyak murah...semua tak mau..Dok pilih jugak yang lagi satu tu... Kalau dah sayang sangat dengan bangsa sendiri apasal dok beli barang kat kedai depa?...Tuuu lepas dapat gaji ...berpusu2 kat kedai bangsa tu...sayang apa? semuanya bodoh la tu...HAH!...yang ni aku PANAS!...Apa punya orang ni?...bangsa lain tak de pun cakap BODOH...dia cakap lebih2 plak...Aku angkat kaki...malas nak layan...hati aku sakit sangat bila bangsa sendiri menjatuhkan maruah sendiri. Kebetulan dia pun bangun....aku tanya la WOI! Nak pi mana? Nak pergi isi minyak kete la sat kat BHP sana tu...Aikkk....setahu aku tokey stesen minyak tu bukan melayu yang punya....LAAA....terus aku terfikir....HISH...mamat ni yang BODOH rupanya! Sekian.
P/S: Biar buat-buat bodoh...tapi jangan jadi bodoh.

07 May 2013

Apa-apa je la....tapi aku tetap macamni

Selesai jugak akhirnye...semua dah tahu keputusan...ade yang puas hati dan ade yang tak...Itu le manusia memanjang tak puas hati, ade je yang tak kena...Baru umum malam tadi...pagi ni dah timbul cerita..sana tipu, sini tipu...yang pasti aku aku yang nganga...tak tau pa..tidoq je tau...ye la depa maklumat laju kut...semua hujung jari je...aku apa ada...dah kerja pun pencacai je.
   Tapi yang best nye masa persidangan pagi tadi....orang yang mengundi di Kedah la...ahli sidang meja kopi dah tak caya dah ...sebab disyaki cakap lain , pangkah lain....hehehe..kalau tak ..tak kan kalah. Lepas tu ade yang tunjuk jari..."ni dakwat dah hilang ...apa la... kata kekal sampai seminggu!"...Woihhh! hang buat camana sampai hilang ...clear habis ni....! Aku cuci pakai pencuci pinggan je..terus .hilang
woooo...Pengajarannye...."USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN" seorang ahli sidang menjawab" Kerusi yang hang duduk tu kalau diusahakan untuk pecah ...kejap je tahannye...tapi kalau digunakan macam biasa mesti tahan lama".....Aku cuma kata "Ooooo ya tak ye jugak....Sambung lagi..."  tengok jari aku...elok je dakwat dia"....Aku cuma kata "Ooooo aah la...." Tu jari orang tak semayang tu..tu sebab .tak kan tak luntur sikit pun...Hahahaaaa....kantoi !
   Lepas tu timbul plak perkataan 'Racist'.... ok! nampaknye pasai tu semua dok setuju...yang sokong tu pun setuju, yang sokong ni pun setuju....macam2 fakta la dok depa bincang..aku cuma angguk je la ...pass tu semua dok bangun pi jaga peksa...tinggal le aku sipencacai ni...
Masa dok sorang2 terpikir le plak dek kepala aku ni ...Apa sebenar yang membuatkan depa mempunyai haluan yang berbeza?...dan Apa yang aku harap bila dah terdesak nanti kedua-dua pihak dapat bersatu...dan yang sebenarnya dalam perjuangan yang berbeza...depa ni masih sayangkan negara ni...cuma pemimpin yang berlainan pendapat dan berbeza fahaman politik  itulah yang memisahkan depa-depa ni...Sekian.tq

02 May 2013

New Project.....AEV (Amphibious Electric Vehicle Competition)

Sample of the product from 2012 competition
Aduhai...Bala!...bala!...Kena crack kepala pulak dah lagi sekali....kena masuk  AEV (Amphibious Electric Vehicle Competition) pulak dah....nampak best...cuba je la dulu.....


The Amphibious Electric Vehicle Competition 2013 (AEV) offers students an opportunity to learn by means of a friendly competition against their peers where students take responsibility for the design, construction, and performance of a mini electric-powered amphibious vehicle that will complete a race in the shortest possible time. Using any other materials, competitors will design and build a mini electric-powered amphibious vehicle that will race on a 10-meter racecourse. The winner of the competition will be the team whose vehicle is the top finisher in a series of head to head elimination rounds.
Organizer:
Myrobotz Enterprise
Official Venue Provider:
National Science Centre
Supported By:
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)

Objectives:
·         To provide a platform and opportunity for teachers, students and public.
·         To compete in a technical-based competition and to apply what they have learnt in the classrooms.
·         To provide a channel of communication for students from schools and as well as IPTA/IPTS.
National Level Venue:
National Science Centre (PSN)
Competition Level
Category
Process
Junior
National Level
-          A minimum requirement of 32 teams are required.
Senior
State Qualifying Level
Open
National Level
-          A minimum requirement of 32 teams are required.
State Level Qualifying Venue* (For Senior Category Only):
State
Proposed Location
Johor
Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Pulau Pinang
Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Terengganu
SMK Chukai
Melaka
Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Negeri Sembilan
Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Selangor
Pusat Sains Negara
Perak
SMK Sultan Abdul Aziz / SMK Seri Perak
Pahang
SMK Seri Tualang
Top 8 teams from each state will entitle to take part in the National Level Competition
State Qualifying Date:
State
Proposed Date
Johor
To Be Announced
Pulau Pinang
To Be Announced
Terengganu
To Be Announced
Melaka
To Be Announced
Negeri Sembilan
To Be Announced
Selangor
18 May 2013
Perak
To Be Announced
Pahang
6 July 2013
Categories:
Categories
Maximum Voltage Allowable
Junior
3 Volts
Senior
6 Volts
Open
9 Volts
Registration Closing Date:
29 March 2013

Registration Fees:
Categories
Team Status
Fees
Inclusive
Junior
New Team
RM 100.00
1 set of AEV Starter Kit
Breakfast 4 pax
Senior
RM 100.00
Junior
Existing Team
Same team members & team name as in year 2012
RM 50.00
Breakfast 4 pax
Senior
RM 50.00
Open
-
RM 50.00
Breakfast 4 pax
Prizes** for National Level 2013:
Level
Category
1st
2nd
3rd & 4th
5th – 8th
State
Level
Senior
Certificate & Medals
Certificate
National
Level
Junior
RM 500
RM 300
Certificate &
Medals
Certificate
Senior
RM 1,000
RM 500
Certificate &
Medals
Certificate
Open
RM 1,500
RM 1,000
Certificate &
Medals
Certificate
*Subject to be changed.
**All cash prizes will be delivered to the winners within 30 working days after the event.
1Like · ·

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails