FELDA Trolak utara 2013 GE |
Masa persidangan meja kopi....
- Seorang yang berbangsa india....Apa semua ni ? tetiba je dia mengeluh...selepas tengok tajuk utama sebuah akhbar tempatan yang memaparkan "Tsunami pengundi cina". kemudian dia seolah-olah bertanya...Kalau cina sokong MCA kata tak de Racist tapi kalau cina sokong DAP ..kata Racist...Itu MCA dan DAP dua-dua pun parti cina...apa la ni..mengarut!Aku masih Ternganga....
- Seorang yang berbangsa cina pulak sambung...Orang cina mana ade racist...cuma mau tukar parti dan mahukan perubahan itu saja...Zaman racist2 ni semua dah tak dak dah...Zaman Tunku dulu ada la...tapi sekarang dah lebih 55 tahun merdeka! salah ke kalau kita mau berubah ....Aku masih ternganga.....
- Seorang yang berbangsa melayu pulak mencelah... Ramai melayu ni bodoh! orang nak bagi Jalur Lebar FREE...Pendidikan FREE....Minyak murah...semua tak mau..Dok pilih jugak yang lagi satu tu... Kalau dah sayang sangat dengan bangsa sendiri apasal dok beli barang kat kedai depa?...Tuuu lepas dapat gaji ...berpusu2 kat kedai bangsa tu...sayang apa? semuanya bodoh la tu...HAH!...yang ni aku PANAS!...Apa punya orang ni?...bangsa lain tak de pun cakap BODOH...dia cakap lebih2 plak...Aku angkat kaki...malas nak layan...hati aku sakit sangat bila bangsa sendiri menjatuhkan maruah sendiri. Kebetulan dia pun bangun....aku tanya la WOI! Nak pi mana? Nak pergi isi minyak kete la sat kat BHP sana tu...Aikkk....setahu aku tokey stesen minyak tu bukan melayu yang punya....LAAA....terus aku terfikir....HISH...mamat ni yang BODOH rupanya! Sekian.
No comments:
Post a Comment