"PERCANGGAHAN FAHAMAN SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH" |
Khutbah Jumaat - 23 Ogos 2013
Surau al-Saad minggu ni jadi sunyi sepi seketika apabila khatib bertugas mengalirkan air mata ketika membaca khutbah....tiba-tiba berubah suasana...nampak kebanyakan jemaah tunduk memandang ke lantai...mungkin juga kerana turut sebak dengan apa yang terkandung didalam teks ucapan...antara isi penting yang disampaikan ialah ...Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Penyelewengan akidah dan pengamalan ajaran Syiah jelas
bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara penyelewengan tersebut
adalah seperti berikut :
Pertama :
Mendakwa bahawa al-Quran yang ada di
tangan umat Islam pada hari ini adalah tidak lengkap.
Kedua
:
Mendakwa bahawa Jibril a.s.
tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya
diturunkan kepada Saidina Ali K.R.W
.
Ketiga
:
Menolak sebahagian hadis
atau riwayat para sahabat besar Rasulullah s.a.w. seperti Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar, Abu Hurairah dan lain-lain lagi.
Keempat :
Mengkafirkan
sebahagian sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. antaranya Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar dan Saidatina Aishah R.A.
Kelima :
Menambah
lafaz dalam Kalimah Syahadah seperti berikut;
Keenam :
Mendakwa para imam mereka bermula
daripada Saidina Ali sehinggalah imam-imam yang dilantik selepasnya bersifat
maksum daripada dosa kecil dan besar sepertimana para anbiya' yang bezanya
hanyalah mereka tidak diturunkan wahyu.
Ketujuh :
Mereka mengamalkan nikah Mut'ah yang
seolah-olah menghalalkan perbuatan zina.
Kelapan :
Mencederakan tubuh badan sebagai
memperingati peristiwa Karbala pada 10 Muharrram.
Kesembilan :
Menjadikan
taqiyyah yang maksudnya ialah berdusta dan berpura-pura sebagai salah satu
rukun iman.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Implikasi daripada penyebaran atau penularan fahaman yang
bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh menyebabkan perpecahan di
kalangan umat Islam di negara ini. Peristiwa-peristiwa sejarah masa silam memperlihatkan
kepada kita bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah
sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika fahaman Syiah dibiarkan bertapak di dunia
Islam. Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal
darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh
sesiapapun.
Pada hari ini pendedahan tentang pergolakan di timur
tengah melibatkan golongan Nusayriah iaitu satu cabang pelampau aliran Syiah
telah mengakibatkan pembunuhan ke atas warga Sunni. Kebencian bersangatan
golongan Syiah terhadap umat Islam Sunni dipaparkan dalam bentuk pembunuhan
hatta terhadap kanak-kanak tanpa sebarang belas kasihan di mana sejumlah hampir
110,000 nyawa mereka yang tidak berdosa terkorban dalam konflik berdarah hampir
dua (2) tahun di Syria. Bahkan mereka menembak menara-menara masjid,
memperolok-olokkan solat umat Islam Sunni, membakar al-Qur`an dan mencemarkan
masjid. Berdasarkan hakikat ini jugalah, seorang tokoh cendekiawan Islam
terkenal Prof. Dr. al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam komentar terbarunya
berkaitan Syiah menegaskan bahawa Syiah adalah golongan yang kafir dan
menyesatkan.
Berdasarkan pengalaman lalu mahupun perkembangan semasa, Malaysia amnya
dan Negeri Selangor khasnya tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan ternyata
fahaman Syiah boleh meninggalkan kesan pemikiran negatif, pendustaan
berleluasa, kekeliruan dalam pengajaran Islam, menyebar atau menular amalan
syirik yang akhirnya mewujudkan perpecahan besar di kalangan umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Langkah mengekang fahaman Syiah atau fahaman lain yang
menyeleweng ini digiatkan supaya masyarakat Islam yang belum terkena
jangkitannya mengenali bahaya fahaman-fahaman tersebut dan berusaha
sedaya-upaya untuk menjauhinya. Justeru, amat
diharapkan Muslimin sekalian secara kolektif mendepani isu ini secara serius
antaranya :
Pertama :
Kita hendaklah berpegang teguh dengan ilmu akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah berdasarkan hujjah dan rujukan yang diiktiraf, bukan sekadar
ikut-ikutan;
Kedua
:
Mengukuhkan kefahaman
terhadap al-Qur`an dan al-Sunnah dari semua aspek termasuk bacaan, hafazan dan
pengajaran yang berkaitan; serta mendalami ilmu-ilmu Islam melalui ulama atau
guru-guru bertauliah yang diiktiraf dan diyakini pengajarannya.
Ketiga
:
Meningkatkan kewaspadaan terhadap propaganda atau eksploitasi
dilakukan oleh golongan syiah yang berselindung di sebalik sentimen kasih dan
cintakan ahl al-bayt (keluarga Rasulullah s.a.w), memperjuangkan ahl al-bayt
dan menentang kezaliman yang dilakukan terhadap ahl al-bayt;
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Khatib pada hari ini juga mahu berkongsi
dengan para muslimin sekalian langkah-langkah
drastik oleh pihak berkuasa bagi mengekang fahaman Syiah dari menular ke
peringkat akar umbi. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pekeliling Am Tahun 2013
menyebut bahawa semua pegawai di agensi-agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan
Negeri Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam Badan-Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan:
- Dilarang berpegang kepada ajaran dan fahaman Syiah kerana bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau
- Dilarang sama sekali untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan dan berpegang atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah;
- Dilarang sama sekali menerbitkan atau membantu menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak, elektronik atau selainnya atau melalui media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
- Dilarang untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan fahaman Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan Syiah dengan apa jua cara sekalipun.
Tindakan
tegas secara perundangan juga boleh diambil di bawah Seksyen 12(C) Enakmen
Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 berhubung kesalahan menghina pihak
berkuasa agama (Mufti). Tangkapan melibatkan pengikut Syiah telah dibuat oleh
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor pada 15 Disember 2010
seramai 125 orang dan pada 15 Oktober 2012 seramai 118 orang.
Dalam
usaha membanteras penularan fahaman Syiah ini, Jabatan agama Islam Selangor
mendapat kerjasama sepenuhnya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lembaga Penapisan Filem (LPF)
berkaitan kawalan bahan penerbitan, pengeluaran cakera padat atau cakera padat
digital dan Jabatan Imigresen.
Sebagai
penegasan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku ketua agama negeri ini telah
menitahkan agar tiada rakyat di Negeri Selangor menganut fahaman Syiah yang
telah difatwa dan diwartakan menyeleweng daripada fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh
Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk;
dan
sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka
merekalah
orang-orang yang
rugi".
(Al-A'raf : 178)
No comments:
Post a Comment