Iklan

06 October 2016

Pergimu Tiada Pengganti.....

1/10/2016 digerakkan hati untuk pergi menziarah ke Sg. Besar, Selangor. dengan takdir Ilahi itu adalah antara detik terakhir dapat membelai opah. Keadaan menjadi seperti dah tak terkawal...keadaan kesihatan opah semakin merosot....hati memang berat melihat keadaan opah yang macam tu...dalam hati tak berhenti-henti berdoa agar dipermudahkan semua ketentuan yang telah ditakdirkan olehNya untuk opah.

2/10/2016 pagi...dapat panggilan dari Sg.Besar...Opah dah tak sedarkan diri...hanya tuhan yang tahu masa tu...hati ni...baru mula terasa debaran bagaimana nak menghadapi situasi yang melibatkan orang yang tersayang. Allah mempermudahkan perjalanan kami semua yang bergegas ke Hospital Sabak Bernam. Bila melangkah menuju kebilik rawatan...hati, kaki dan perasaan memang rasa berat sangat...tak tau macamana nak menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal akan berlaku dan kemungkinan yang akan ditempuhi oleh setiap insan iaitu" kematian" dan pemergian orang yang tersayang...tapi hati kecil ini masih ada juga menaruh harapan agar di limpahkan rezeki kepada opah agar dipanjangkan umur....Allahuakhbar....hanya terdiam...sebak menahan tangisan...bila setiap kali melafazkan zikrullah dihadapan Opah....
Mak tenang dan redha dengan keadaan semasa. Mak memang tabah....menghadapi kesemuanya...masih boleh membaca Surah Yassin dengan tenang sekali...Alhamdulillah...kuat sungguh hati mak menghadapi suasana macam ni...kagum aku. Tapi aku hanya dapat mengeluarkan beberapa ayat je dari surah Yassin...tak dapat melawan sebak yang datang...aku tak sekuat dan setenang Mak...
3/10/2016 hari Isnin bersamaan 2 Muharram 1438H...pada pukul 11.08 am dihospital Sg. Besar...seperti yang telah ditetapkan olenNya...ajal datng menjemput. Perginya opah dari kami semua menghadap ilahi...Tapi kami bersyukur pemergian opah di permudahkan dari segi untuk menziarah dari kalangan saudara mara kerana ia merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Semoga opah tenang disana...Ins Sha Allah kami anak cucu dan cicit akan sentiasa diberi kemudahan dan diberi kekuatan olehNya untuk menyempurnakan tanggungjawab kami kepada opah sebagai waris untuk menghadiahkan opah cahaya dan pahala....disana...Al-Fatihah...KAMI SAYANG OPAH.....






17 September 2016

LEMBAH BERINGIN ....Biarkan saja ia begini

Mula masuk ke Lembah Beringin pada tahun 1999.... Masa tu Allah berikan kami rezeki untuk tinggal di kediaman Kakitangan yang disediakan untuk pekerja KYUEM. Terkejut juga melihat keadaan persekitaran di sini. Pada mulanya memang gah dipromosikan dimerata media masa...siap ada iklan di TV yang
menunjukkan kehebatan Lembah Beringin berupa sebuah bandar baru dengan berlatarbelakangkan kehijauan dan penonton juga dibuai lagu yang menarik....
Tetapi semenjak 1999 Lembah Beringin terus terbiar dan  terbiar hingga kini (2016). Tiada apa2 perubahan yang berlaku di sini.....terus kaku dan bangunan batu yang terbiar terus memakan diri dan tenggelam dengan sendirinya disebalik semak samun yang telah pun bertukar menjadi belantara.
Terfikir juga bila melihat kemusnahan bangunan-bangunan yang separuh siap..."Siapa la pemiliknya..." "Macamana la nasib mereka?" tapi satu je yang pasti....LEMBAH BERINGIN DEVELOPER  dah pun disenarai hitamkan...dan projek ini telah dikelaskan sebagai projek terbengkalai....Habis cerita....tutup buku...Alasan: Kegawatan Ekonomi. SENANG je kan. Agak2 tak boleh buat....stop kerja...tunggu disenarai hitamkan....pas tu lepas tangan dan cuci tangan...yang menangggung beban adalah pembeli....kejam betul....
LEMBAH BERINGIN DEVELOPER ni hanyalah anak Syarikat daripada LAND AND GENERAL (LNG)... yang gulung tikar cuma anak syarikat je...Bapak syarikatnya masih utuh meniaga dan masih beroperasi sebagai salah satu pemaju yang mempunyai nama yang besar diantara pemain hartanah di Malaysia. LNG tak terjejas teruk pun semasa kegawatan ekonomi...tapi untuk menyelamatkan ekonomi dan poket ... Mereka ambil langkah mudah...berhentikan projek LEMBAH BERINGIN.....
Yang teruk menanggung kudis dan tokak ialah PEMBELI....bila pemaju di senarai hitamkan dan projek dihentikan dan dibiarkan terbengkalai.
Undang-undang langsung tak usik pun bapak syarikat yang telah diisytiharkan miflis dan disenarai hitam.... Mereka terus bebas menjalankan aktiviti perniagaan mereka walaupun ternyata salah satu anak syarikat telah pun gagal dan disenarai hitamkan.
Langsung tidak menyebelahi pengguna...sepatutnya bila salah satu anak syarikat disenarai hitamkan Bapak syarikat harus menerima kesan dan menerima hukuman yang sama. Jangan dibiarkan sewenang-wenangnya bersenang lenang dengan menoropong peluang lain yang akan membawa keuntungan semata-mata.  Bapak sepatutnya harus dipertanggungjawabkan sekiranya anaknya membuat tahi. .... Itulah undang-undang disini....masa nak beli sibuk peguam ...sur7h tandatangan sana...tandatangan sini...bila dah kantoi...pakat senyap...bila aduan dibuat ternyata syarat perjanjian kebanyakan tidak melindungi pembeli ...tetapi sebaliknya lebih cenderung melindungi Pemaju...memang JILAKE!

TAPI disebalik kejadian ada hikmahnya....bila pemaju di senarai hitam dan di umum sebagai projek terbengkalai harga rumah merudum dengan teruk....maka secara tak langsung ia memberi peluang kepada golongan yang pada mulanya tak mampu memiliki rumah untuk membeli rumah kerana Kebanyakan daripada pemilik rumah yang telah disiapkan oleh pemaju mula melepaskan hak milik mereka dengan harga yang murah kerana tidak mahu menanggung beban.
Alhamdulillah....dari situlah kami berjaya memiliki sebuah kediaman yang agak selesa kerana kami merupakan dari golongan sederhana yang mempunyai kemampuan yang agak terhad jika dibandingkan dengan harga hartanah yang melambung tinggi pada waktu sekarang.

Asalnya hanya menyewa...akhirnya dimurahkan rezeki olehNya...kami membeli rumah yang disewa dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai asal.
Bukan kami sahaja ... Malah ramai lagi yang mengambil peluang ini. Maka secara tak langsung bermastautinlah kami disebuah kawasan perumahan terbengkalai yang kalau namanya disebut memang ramai  yang tidak mengetahui akan kewujudannya.
Dari situ wujudlah sebuah komuniti yang kecil dan tinggal didalam suasana yang saling bergantung antara satu sama lain dan hasilnya ialah sebuah hubungan yang erat dikalangan ahli. Suasana yang sunyi dan jauh dari kesibukan menjadi suatu faktor yang kuat untuk kami terus berada disini.KAMI AMAN DAN TENANG DISINI....biarkanlah kami menikmati semuanya disini....Biarlah LEMBAH BERINGIN terus menyepi dan biarlah ia terus begini....kerana ia merupakan satu anugerah yang tak terhingga dan kami bahagia disini.TQ senyummmmm






25 August 2016

Teguran terhadap Rasullullah SAW

24.08.2016 Dapat dengar separuh je sebab datang pun dah agak lewat ke Surau. Penceramah : Ustaz Maliki dari Kolej Yayasan UEM. Memang slot hari Rabu adalah khusus bersama Ustaz Maliki yang membincangkan buku FIQH AL-SIRAH.
    Banyak perkara yang telah dibincangkan selama beliau mengajar di surau ni dan antara yang dibincangkan semalam ialah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Rasullullah semasa menyebarkan Islam. 
   Cuma dapat dengar 1 je....iaitu antara halangan yang ditempuh oleh baginda Rasullullah ialah TAWARAN YANG DI TAWARKAN OLEH PIHAK QURAISY kepada Baginda Rasullullah. Suatu tawaran yang hebat dan lumayan agar Baginda Rasullullah meninggalkan apa yang beliau lakukan pada masa itu. 
Semasa membincangnkan mengenai tawaran yang ditawarkan oleh pihak quraisy, suatu peristiwa yang agak menarik perhatian aku ialah mengenai diceritakan ialah berlaku semasa perundingan Rasullullah denagn Quraisy ialaitu kisah mengenai :
Kisah Abdullah bin Ummi Maktum ketika minta diajari oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Islam juga diabdikan dalam ayat Al qur’an iaitu surah Abasa ayat 1-16. Di ayat tersebut Allah memberikan teguran kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana lebih mementingkan pembesar Quraisy dari pada Abdullah yang datang kepadanya minta diajari tentang Islam.

 

Abdullah bin Ummi Maktum

Di zaman permulaan tersebut, Rasulullah ﷺ kerap mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy kerana mengharapkan mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah,’ Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid). Rasulullah ﷺ berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat teringin agar mereka semua menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Ketika Rasulullah ﷺ sedang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah, tiba-tiba Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Abdullah bukan tidak tahu dan melihat bahawa adanya tetamu besar bersama baginda Nabi tetapi jiwanya yang setiap hari merindui ayat-ayat al-Quran menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
Rasulullah ﷺ mengelak dan tidak mempedulikan permintaan Abdullah kerana sangat sibuk bercakap malah berpaling lalu meneruskan pebicaraannya bersama para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, kedudukan Islam bertambah kuat dan syiar dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah ﷺ cuba hendak berlalu pulang, tetapi secara tiba-tiba penglihatan baginda gelap dan kepala baginda terasa sakit seperti terkena pukulan.
Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:
Peristiwa ini juga membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan dari Baginda Rasullullah. TQ
 
surah abasa; 1-2 SQ

 

 

24 August 2016

MUS'AB BIN UMAIR


Alhamdulillah, 23/08/2016 telah diberi keizinan dari Allah untuk diri ini untuk menghadiri majlis ilmu yang diadakan di Surau Annur Lembah Beringin.

Penceramahnya ialah Ustaz Annahari yang juga merupakan penvceramah tetap di surau ini pada setiap hari selasa. Anatara topik yang dibincangkan ialah PUNCA KELEMAHAN UMAT-UMAT TERDAHULU. Antara perkara yang menarik dan yang dapat dikongsikan ialah kisah Mus'ab bin Umair r.a. yang berkaitan dengan kemewahan. Cerita Mus'ab bin Umair r.a. ini dikisahkan oleh beliau ialah kerana KEMEWAHAN itu MELEMAHKAN dan kemewahan adalah antara punca lemahnya umat-umat sebelum ini


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".


H.R. Termizi 


Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. 

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". 

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap ketamakan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


Siapakah Mus'ab bin Umair?


Tak ada satu gadis pun di Makkah yang tidak mengenal Mus’ab bin Umair. Wajahnya yang tampan, pakaiannya yang mahal dan badannya yang wangi membuat Mus’ab selalu menjadi perbincangan. Banyak gadis yang bermimpi menjadi isterinya. Terlahir dari keluarga yang kaya, Mus’ab sudah biasa hidup dalam kemewahan. Segala kehidupan dalam kemewahan ini dilaluinya sebelum Mus’ab mengenal Islam. 


Berita tentang Nabi Muhammad dan Islam di Makkah sampai juga di telinga Mus’ab.Mus’ab menemui nabi Muhammad di rumah seorang lelaki bernama Arqam. Disana, Mus’ab banyak bertanya tentang Islam. Ia mulai tersentuh dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad ini. Akhirnya beliau telah memeluk islam tetapi keislaman Mus’ab mendapatkan pertentangan dari keluarganya, terutama dari ibunya. 

Ibunya mengurung Mus’ab dan menyiksanya. Mus’ab tidak takut. Ia bahkan selalu memujuk ibunya untuk ikut masuk Islam. Suatu hari, Mus’ab melihat ibunya sakit. Ternyata, sang ibu melakukan mogok makan. Hal itu dilakukannya agar Mus’ab meninggalkan Islam. Tapi, Mus’ab tidak gentar. “Saya tidak akan meninggalkan Islam sama sekali,” kata Mus’ab. Mendengar jawaban Mus’ab, sang ibu akhirnya mengusir Mus’ab. Sejak saat itu, tak ada lagi Mus’ab yang memakai baju mahal dan wangi. 

Untuk tetap hidup, Mus’ab menjual kayu bakar. Ia menjadi pengikut Rasullullah. Suatu hari, di masa perang Uhud (perang antara umat Islam dan kaum kafir), Mus’ab berdiri dengan gagah sebagai salah seorang perajurit. Mus’ab bertugas memegang bendera Islam. Pasukan musuh berulang kali menyerangnya. Mus’ab tetap berjuang dan dengan keras mempertahankan bendera Islam. Pertarungan berlangsung sengit. Seorang perajurit kafir Quraisy menikamnya dengan tombak. Mus’ab syahid dalam peperangan Uhud. 

Beberapa kali mengikuti perang, Mus’ab merupakan seorang perajurit yang tak pernah mendapatkan harta rampasan perang. Saat terbunuh di perang Uhud, ia hanya mempunyai sehelai baju lusuh. kain itu tidak begitu lebar. Apabila kain itu ditutupkan ke kepalanya, maka terlihatlah kedua kakinya. Jika kedua kakinya ditutup, maka nampaklah sebagian kepalanya. Akhirnya, Rasulullah menyarankan agar kain lusuh itu digunakan untuk menutup kepala Mus’ab. Di bahagian kaki yang masih terbuka, Rasullah meminta agar ditutupi dengan tumbuh-tumbuhan idzkhir, iaitu tumbuh-tumbuhan yang berbau wangi. 

Kisah tentang Mus’ab bin Umair begitu menyentuh hati para sahabat. Suatu hari sahabat Abdur Rahman bin 'Auf r.a. diberi hidangan makanan. Nabi Muhammad bercerita tentang Mus’ab. "Mus'ab bin Umair itu terbunuh - fi-sabilillah. Jikalau kepalanya ditutup, maka tampaklah kedua kakinya dan jikalau kedua kakinya ditutup. Maka tampaklah kepalanya.” Mendengar cerita ini, Abdur Rahman bin 'Auf menangis lalu meninggalkan hidangannya. 

18 August 2016

Lembu mu Qurban ku


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

AMALAN QURBAN

Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.

PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut: 

(a)     Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: 
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya. 

(b)   Pembahagian daging qurban sunat: 
Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: 

(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban      dan ahli keluarganya; 
(ii)1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan               miskin; 
(iii)1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai        termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban. 

Dari aku Pencacai yang hina.....
Harap yang diberikan amanah dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, jujur dan amanah. 
Pembahagian harus kena tepat dan betul....kalau daging ada 90kg...30kg diberikan kepada tuan punya daging qurban...kalau ada 10 orang fakir dan miskin pastikan setiap mereka menerima 3kg...dan sekiranya ada 20 orang lain yang tidak dari golongan fakir dan miskin maka pastikan 1.5kg kuantiti daging qurbannya. Kualiti daging juga mesti utamakan yang golongan fakir dan miskin. Pastikan golongan ini menerima hak mereka dengan betul. Ins sha Allah qurban kita akan menjadi IBADAH. Kenaikan harga lembu setiap tahun seharusnya menarik perhatian pihak pengurusan masjid dan surau yang mempunyai kemampuan dari segi keewangan. Janganlah semua perbelanjaan untuk ibadah qurban ini ditanggung sepenuhnya oleh pembuat qurban. Boleh le payungkan mungkin dari segi kos pengangkutan membawa lembu...upah pengurusan dan pembahagian daging qurban. dengan itu mungkin lebih ramai ahli qariah masjid yang mampu dan boleh melakukan ibadah korban ini. Maksudnye....kos-kos selain dari nilai lembu ditanggung oleh pihak masjid atau surau yang mempunyai tabung keewangan yang mencukupi dengan cara itu saya pencacai yang hina ini rasa harga bagi setiap bahagian lembu yang nak di qurbankan mungkin akan dapat kurangkan lagi. SENYUMMMMMM......


14 August 2016

RASE DI HATI....

Berikut adalah petikan dari Berita Harian 13 Ogos 2016
ALOR GAJAH: Kementerian Pendidikan memberi jaminan beban tugas guru di negara ini akan berkurangan susulan usaha kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan isu itu menjelang Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini kerana sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat kementerian sedang mengkaji masalah yang ditanggung guru pada masa ini dan keputusan mengenainya dijangka diperoleh pada Oktober ini.
Beliau berkata, jawatankuasa yang diterajui Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, itu juga sedang mencari penanda aras yang boleh diguna pakai.
"Beban tugas guru antara kebajikan yang perlu diberi perhatian, mana tugas hakiki (mengajar) dan beban tugas yang mungkin kadangkala mengganggu perasaan guru.
  "Kita akan lihat semula mana satu yang perlu dikekalkan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN) atau di kementerian. Semua ini diambil perhatian serius, termasuk tugas pengisian data dalam talian yang sedang dilaksanakan guru pada ketika ini," katanya.
Ulasan aku....
Benda yang dah lapuk ....asyik diperingkat perbincangan je...harap dapat diaplikasikan seperti yang dijanjikan....Nampak ada usaha di peringkat Kementerian....tapi aku masih tak nampak usaha untuk mengurangkan beban tugas guru ini diperingkat JPN....atau diperingkat PPD malah diperingkat pengurusan sekolah sekali pun...seolah2 mereka tergolong dalam pihak yang tidak terlibat dalam menambah beban kerja guru....sebagai contoh...perlaksanaan PBS...arahan yang diturunkan daripada pihak yang paling atas adalah sangat mudah dan dijamin tidak membebankan guru...tetapi apabila diperturunkan ke peringkat yang seterusnya...."pemurnian" dijalankan dengan tujuan menjadi yang terbaik dikalangan yang lain....tambah itu...tambah ini...dan secara tidak langsung semua "Pemurnian" yang dirancang...jatuh bebannya kepada si Pelaksana iaitu GURU....aduhai....kesian GURU......TQ
    

25 June 2016

RAHSIA MASAKAN IBU.....

Kadang-kadang hidangan yang di hidangkan tu simple sangat. Tapi bila makan ...Allahuakhbar...sampai bertambah nasi. Kenapa ye...? Memang betul orang kata masakan mak memang tak ada tandingnya....walaupun hidangan yang sama dihidangkan ditempat lain...tetap tak kan sama...kenapa ye?. Kalau anak kita yang duduk kat asrama balik ke rumah... Benda yang sama jugak akan dialami oleh si anak...kenapa ye? Kenapa kita tak seselera anak tersebut?
Orang kata ... Itu le air tangan ibu...memang tiada tandingnya....tapi kalau difikirkan lagi dengan teliti....aku rasa la kan....setiap masakan yang dimasak oleh mak kita adalah mengikut selera kita...tu sebab sedap...kalau di rumah sendiri...tentu isteri dan kita akan menentukan masakan yang menepati selera anak2 kita...tu le sebabnya anak yang balik dari asrama boleh tambah sampai 2 3 pinggan dan benda yang sama jugak kalau kita makan masakan mak kat kampung.....
Nak pastikan teori aku ni betul ke tak....masa korang tambah nasi kat rumah mak korang ...cuba perhatikan bapak korang....kalau dia makan biasa2 je tu...maknanya betul le apa yang aku storykan kat sini. Ok bye....SENYUMMMMMMMM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails