Iklan

22 March 2015

Banyak betul nak kena bayo...!

Walaupun hanya setahun hanya sekali tapi kalau tak ada simpanan yang cukup memang rasa londeh jugak poket dibuatnya. Tambahan pulak bonus untuk kakitangan awam cuma ½bulan je. Kalau lebih skit tu boleh la buat isi kantung....memang tak pernah enjoy pun kalau dapat bonus ni...ye la kakitangan awam berapa sangat la bonus yang kami dapat. Orang lain memang cakap ..waaa best la kakitangan kerajaan dapat bonus...tapi sebenarnya berapa sangat la kalau nak dikira dengan tanggungan yang perlu diselesaikan terutama yang memerlukan pembayaran yang dalam kuantiti yang agak besar...Cukai Tanah, Cukai Taksiran, Roadtax dan Insuran kete serta  perbelanjaan untuk persekolahan anak...letih Ooooo...kalau tak ada sumber lain yang dapat tolong kantung kecik ni. 
Pejabat Tanah Hulu selangor
Apa boleh buat...kutip pelan2 la tiap2 bulan dari gaji bulanan...Tapi Alahamdulillah...terima kasih Allah ... duit periksa kertad SPM lepas dah masuk....boleh la top up sikit mana yang tak cukup...penat sengkang mata buat kerja...tapi hasilnya tak boleh buat nak berseronok pun...memang tumpu terus kat benda-benda wajib bayar ni...Tahun ni cukai tanah dan cukai taksiran dah settle dah...Insurans WFE3450 pun dah ready ...cuma untuk W5863Y je yang masih samar2 lagi....Ins Sha Allah akan dipermudahkan olehNya.....Yezzaaaaa Tq.
INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI
Cukai Tanah
Ditafsirkan sebagai Cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewaapa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; danapa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Cukai Taksiran/Cukai Pintu
Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
  • KediamanPerniagaan
  • Perindustrian
  • Tanah Kosong
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Peringatan

1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

::Hakcipta©2013 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat::
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah, Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89251992   Emel : hlangat@selangor.gov.my

19 March 2015

Sikit pun tak leh kurang ke?

Nasi Lemak kat kedai ni memang dah tak di nafikan memang ramai penggemarnya. Tak terkecualilah anak2 aku. Memang sedap aku tak nafikan! Tapi bagi aku ada skit la nak mengomel kat sini....Aku mula kenal nasik Lemak kat gerai ni rasanye lama dah...sejak kedai ni masih di kawasan stesen bas Tanjung Malim lagi lebih kurang awal 1990an kalau tak silap. Masa tu empunya kedai ni pun masih ada lagi. Yang ada sekarang ni ialah anak angkat Tuan Haji rasenye. Tapi memang betul seperti yang dikata oleh ramai peminat dan pelanggan setianya...RASA MASIH TETAP SAMA!
Tapi ada beberapa perkara yang buat aku kengkadang terkilan skit...
  • Tisu tak diletakkan diatas meja....hanya digantung kat tepi kaunter. Nipis nye alahai tisu....kalau pelanggan yang tak biasa memang takkan jumpa kat mana tisu....
  • Kipas - memang tak ada...walaupun kehadiran kipas akan menambah keselesaan pelanggan
  • harga tetap....- Walaupun untuk anak-anak yang aku biasa minta ialah nasik lemak tanpa sambal....Harga tetap sama...tak kira la walaupun semua nasik yang diminta adalah tanpa sambal.....
  • Kalau lepas dikira katakan RM12.20...tak pernah digenapkan kepada RM12.00 je. Dia mesti akan kira juga 20 sen tu.
Bukan aku ni nak berkira sangat...anak aku dah la makan nasik tanpa sambal...lepas kira 20 sen pun ko nak kira...apa salah bagi la diskaun skit...lagi pun aku ni bleh dikira akan singgah kat sini hampir setiap bulan...pernah masa anak aku sakit di Hospital Besar Ipoh, bila ditanya nak makan apa??? Dia boleh cakap nasik lemak Haji Din!... Aku turun ke Tanjung Malim pagi2 buta dari Ipoh semata-mata nak beli nasik kegemaran anak. Malah masa dia sakit sebelum keadaan menjadi kritikal pun pernah minta bawa makan kat Gerai Hj. Din...aku bawak je...siap dukung sebab masa tu dia dah tak larat nak jalan...Mungkin semua tu Empunya kedai tak tahu pun...tapi apa le salahnya diambilkan sedikit inisiatif untuk menghargai pelanggan walaupun dengan hanya RM0.20. Tq  Maaf Bebanyak

 Antara blog yang menceritakan .....
Nasi Lemak Haji Din is one of the most famous Nasi Lemak stalls in . Having been around for the past 40 years, I have been their loyal customer since my childhood days. Those days, they were located in a row of shops somewhere near the present bus station which has been demolished now. Today, they are located at Stall No. 18 in the Medan Selera that is right
opposite the Tanjung Malim Police Station
http://venoth.blogspot.com/2014/03/nasi-lemak-haji-din-tanjung-malim-perak.html

Gerai ini dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk menikmati sarapan pagi dan memang menunya hanya nasi lemak set seperti diatas sahaja tanpa pilihan beraneka sambal seperti yang terdapat di lain-lain gerai..sekali lagi ana katakan istimewanya pada sambalnya dan cuma di hidang dengan telur goreng,timun dan kacang panjang...http://anajingga.blogspot.com/2013/04/nasi-lemak-haji-dintanjung-malim-perak.html

18 March 2015

Kasik Masat skit untuk WFE3450

Hari ni 18.3.2015 isi masa lapang dengan kasik masat skit untuk saka aku ni. Aku sendiri pun dah lupa bila kali akhir aku kasik masat kat saka aku ni. Bukan tak mampu...tapi lagi puas kalau masat sendiri. Start dari luar....kasik ketat skit mana yang dah longgo. Karpet tak main ketuk2...aku basuh terus...Jemur cepat je kering karpet tu sebab memandangkan cuaca yang kering kontang sekarang ni...polish boleh kat bahagian bonet je...jadinya kat situ je la yang aku polish....
Alhamdulillah ada pembantu kanan...Ermmm part paling best kasik kilat tayar ... puas rasanya ...dah kasik masat ni WFE3450... Jangan merajuk lagi. Kitakan kawan sampai bila-bila. Tq zaSssss.!!!!!

Overview

The Kancil was Perodua's first car after its founding in 1992.[1] It is a small five-door hatchback vehicle on a monocoque framework that can seat five people. The Kancil, like its predecessors, is a slightly modified Daihatsu Mira L200; badge engineering is prevalent in Malaysia's automotive industry, having begun in 1985 with car maker Proton, which based its cars on retired models of Mitsubishi Motors. Subsequent Kancils were only rejuvenated cosmetically as Perodua maintained the monocoque structure and tweaked its engines.
The Kancil is named after the mouse deer (chevrotain) native to Malaysia. The car was available with two engines, a 660 cc version with 31 PS (23 kW) and an 850 with 37 PS (27 kW). Four- or five-speed manual transmissions were available (four-speed was not available in the 850) or a three-speed automatic.[2]

17 March 2015

Cuba try test tengok....

Masa pergi Kerling tadi nampak ketam....Ermmmm sedap pulak tengok. Nak suruh ummie masak mungkin ummie sibuk kut...Huh ! Apa kata aku try masak ketam hari ni.... Haha...Masak Ketam...Ermmm Nak masak apa..kita tanya Pakcik Google jap.... Dapat resepi dari internet...http://dayangjack.blogspot.com/2011/08/iftar-1-resepi-ketam-masak-merah.html... ok semak bahan yang diperlukan...ok bereh semua ada...boleh on tengok...jadi ke tak

Ketam Masak Merah Berkicap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
Semua bahan dah siap blend....
Tumisan barang yang dikisar
  • 5 ekor ketam (dibersihkan dan direbus sedikit bersama garam dan asam gelugur. Kemudian ditoskan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ketam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan hingga sebati
  4. Setelah masak, hidangkan.
Taaadaaaa......siap gak....

07 March 2015

WFE3450 Nak bermanja-manja.

Hari ni ada Acara Merentas desa kat sekolah...Macam biasa la untuk kesekolah itu kerja mesti WFE3450 yang akan galas. Start je WFE3450 alhamdulillah hidup je....terus je la macam biasa drive kesekolah. Tapi bila nak brake je..tekan punya tekan ...uitttt! kosong je...macam tak ada rasa apa- apa je...kete lambat sangat nak berenti...Hati mula dah tak sedap. Bukak bonet depan tengok minyak brek...Alamak! Dah nak kering...Perghhh!  Jauh lagi ni nak sampai sekolah. Pelahan-pelahan je la kayuh...gayat juga takutnya tiba-tiba ada yang kat depan ni brek secara tiba-tiba..jenuh ni.
   Alhamdulillah...sampai jugak. Buat keje. Kawal lalu lintas jap. Dah selesai bawa pi bengkel...nak bukak bonet depan...tarik punya tarik..puikkkk putuih plak dia punya cable...laaa satu hal lagi kena tambah.
   Ye la setahu aku ...WFE3450 ni pun last aku servis bulan 11 harituh.Sekarang ni dah memang wajib kena servis dah pun. WFE3450 huh dah 2015 kalau tolak dengan 1996 memang dah tua dah pun. Apa boleh buat guna je la...tak mampu lagi nak beli yang baru. Tapi kalau nak kira .... rekod WFE3450 ni dengan aku ...boleh kata cemerlang la jugak. Jarang sangat dia buat masalah. Alhamdulillah siap juga kete. tak la lama sangat aku tunggu...tapi rabak jugak la poket aku yang tak berapa nak berisi ni....Syukran Ya Jazilan...lancar je perjalanan pulang. Tq WFE3450 kerana setia beekhidmat untuk tuanmu. Ins sya Allah kita akan terus bekerjasama tak kira apa kutukan orang....yezzzaaaaa...!

06 March 2015

Kasi repaired skit...

Pas mami ngan kak ilah balik .... hujan perghhh ngan angin punya la nala. Lepas hujan berhenti cuba check sekelililing kawasan....Alamak! bumbung macam ada masalah....
Kawasan perabung dah lari skit...kena repair segera...Nasib baik Pak Whid ada dia tolong repairkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails