Iklan

07 March 2015

WFE3450 Nak bermanja-manja.

Hari ni ada Acara Merentas desa kat sekolah...Macam biasa la untuk kesekolah itu kerja mesti WFE3450 yang akan galas. Start je WFE3450 alhamdulillah hidup je....terus je la macam biasa drive kesekolah. Tapi bila nak brake je..tekan punya tekan ...uitttt! kosong je...macam tak ada rasa apa- apa je...kete lambat sangat nak berenti...Hati mula dah tak sedap. Bukak bonet depan tengok minyak brek...Alamak! Dah nak kering...Perghhh!  Jauh lagi ni nak sampai sekolah. Pelahan-pelahan je la kayuh...gayat juga takutnya tiba-tiba ada yang kat depan ni brek secara tiba-tiba..jenuh ni.
   Alhamdulillah...sampai jugak. Buat keje. Kawal lalu lintas jap. Dah selesai bawa pi bengkel...nak bukak bonet depan...tarik punya tarik..puikkkk putuih plak dia punya cable...laaa satu hal lagi kena tambah.
   Ye la setahu aku ...WFE3450 ni pun last aku servis bulan 11 harituh.Sekarang ni dah memang wajib kena servis dah pun. WFE3450 huh dah 2015 kalau tolak dengan 1996 memang dah tua dah pun. Apa boleh buat guna je la...tak mampu lagi nak beli yang baru. Tapi kalau nak kira .... rekod WFE3450 ni dengan aku ...boleh kata cemerlang la jugak. Jarang sangat dia buat masalah. Alhamdulillah siap juga kete. tak la lama sangat aku tunggu...tapi rabak jugak la poket aku yang tak berapa nak berisi ni....Syukran Ya Jazilan...lancar je perjalanan pulang. Tq WFE3450 kerana setia beekhidmat untuk tuanmu. Ins sya Allah kita akan terus bekerjasama tak kira apa kutukan orang....yezzzaaaaa...!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails