Iklan

03 May 2011

Kematian Osama....

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengumumkan kematian ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden hasil dari serangan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. Media-media utama di seluruh dunia juga turut menyiarkan berita kematian Osama Bin Laden. Presiden Barrack Obama juga dilaporkan oleh Yahoo News sebagai berkata “Justice has been done” berikutan kematian ketua Al-Qaeda yang dikatakan perancang utama serangan 11 September terhadap World Trade Center di New York pada 2001.
Sumber berita ABC News juga menyiarkan ujian DNA mengesahkan mayat yang di temui selepas serangan berkenaan adalah Osama Bin Laden.
Pencarian Amerika Syarikat sekian lama nampaknya sudah berhasil, namun terfikir juga selepas kematian Osama Bin Laden tersebut, adakah suasana dunia terus bertukar menjadi harmoni dan segala persepsi  negatif dunia barat terhadap masyarakat Islam akan terhapus, atau mungkin juga keadaan menjadi semakin teruk apabila Al-Qaeda pula bertindak balas?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails