"Lakukan sehabis baik pada Ramadan kali ini, kerana mereka yang tidak sempat bertemu Ramadan kali ini pun tidak mengetahui bahawa Ramadan tahun sebelumnya merupakan Ramadan yang terakhir buat mereka semua.Al Fatihah..."
Lembah Beringin ke Tanjung Malim |
Sudah semakin hampir dengan penamatnya..... dan makin hampir Ramadan ini akan melabuhkan tirainya. Memang benar ini bulan rahmat dan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan.
Namun secinta mana sekalipun kepada kita pada sesuatu, hakikat yang tidak dapat kita ubah adalah ianya tidak pernah dan tidak akan kekal.
Dan waktu tidak pernah juga menanti kita.
Sama ada kita telah memanfaatkannya sebaik mungkin atau kita mensia-siakannya. Ia tetap akan pergi dan pasti akan pergi. Dan pasti juga datang kembali dimasa akan datang pada waktu yang sama...
Atau adakah Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir buat kita?
Sedih dan terharu diberi peluang meraikannya bagi tahun ini.
"Ya Allah janganlah dijadikan Ramadan kali yang terakhir buat kami. Moga keberkatan dari bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan rahmat, Pengampuanan dan pembebasan dari api neraka ini memberi peluang untuk kita berjumpa lagi tahun hadapan....In Shaa Allah!!"
Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan diberi waktu hidup oleh Allah SWT untuk kembali merasakan keindahan Ramadan di lain kesempatan.
Selamat Tinggal Ramadan, Selamat datang Syawal...1440H
No comments:
Post a Comment