SIAPA KATA HANG JEBAT MATI DIBUNUH SAUDARANYA HANG TUAH?
Manakan bisa dua saudara pahlawan satria yang telah mengaku saudara, berbunuhan sesama sendiri? Saudara yang sedari kecil melawan lanun-lanun Siam yang mengganas di utara negeri Kedah. Saudara yang menjadi anak angkat Sultan Kedah yang kemudiannya di utuskan membantu Sultan Melaka yang akhirnya dilantik menjadi Laksamana Melaka. Hang Tuah, Hang Jebat Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, hangpa semua p tolong raja Melaka. Depa ada masalah penyamun. (“hang” ertinya kamu). Sekarang nama Lekir, Lekiu merupakan nama tempat di Kedah.
Seandainya dua manusia yang saling bermusuhan sekalipun, jika di kurung dalam sebuah rumah selama 7 hari 7 malam akan berbaik2 semula. Inikan pula saudara sesumpah.
Manakan boleh diterima akal mereka bertarung 7 hari 7 malam tanpa henti?
Ketika pertelingkahan, para talibarut dan kroni sultan dan Patih Gajahmada asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Tuah dan Jebat selalu berhenti sebentar untuk mencari akal. Perlawanan tersebut lebih kepada berlatih, maklumlah dah lama mereka tidak melakukannya.
Manakan mungkin Jebat melepaskan Taming Sari yang keramat itu hingga tercacak ke lelangit bumbung? Melainkan ianya secara sengaja.
Akhirnya Jebat mencederakan jari kelingkingnya dengan keris sultan yang dibawa Tuah di dalam gulungan langsir dan Tuah berpura menyerang dengan Taming Sari yang telah bertukar tangan. Taming sari amat berbisa dan tidak wajar Jebat menggunakan keris tersebut untuk melukai jarinya, melainkan ia mesti bertukar tangan dengan Tuah. Jebat memekup perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah dan mengikat dan merenjiskan darah tersebut di kain itu.
Dengan itu bolehlah jebat mengamuk 7 hari 7 malam membunuh hanya para kroni dan penderhaka kepada Tuah. Manakan wajar setelah ditikam dengan Tamingsari masih boleh mengamuk selama itu? Melainkan bukan tamingsari yang digunakan sebaliknya keris milik sultan Melaka dan luka hanya jari kelinking sahaja bagi menyimbah darah ke perut Jebat. Setelah habis mengamuk Jebat di katakan mati di rumah Tuah.
Namun tidak seorangpun dibenarkan melihat jenazah Jebat. Tuah memandikan dan menyembahyangkannya sendiri. Tuah dan Jebat ghaib selepas itu tinggal bersama guru mereka Adi Putra dan selepas itu merantau hingga ke Petani membuka persantren di sana. Dengan identiti baru mereka berjaya melahirkan ramai pahlawan-pahlawan Melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajah.
Semua ahli keluarga mereka pulang ke Kedah dan tinggal di Pulau Melaka Langkawi. Dikatakan, Mahsuri adalah dari salur galur Hang Tuah. Mereka membawa bersama resepi makanan tradisi dan menamakannya sempena negeri Melaka. Umpamanya cabai melaka kerana orang melaka suka makan pedas, buah melaka, gula melaka dan lain2 lagi.
Air dicincang tidak akan putus. Sesukar mana pun situasi yang dihadapi, pasti ada muslihat bagi menyelesaikannya. Istana mahukan Jebat dibunuh maka, Tuah membunuh nama Jebat. Perkara ini perlu dilakukan agar titah raja tetap keramat. Yang mati adalah nama Jebat, bukan semangatnya. Tuah terkenal dengan kebijaksanaannya dan dia telah berjaya menghadapi ujian paling hebat dalam hidupnya bila dititah membunuh saudaranya sendiri. Jalan penyelesaian yang dilakukan Hang Tuah mencerminkan kehebatan Melayu dalam persada kematangan ilmuan selain kehebatan persilatan. Silat bukan sahaja mementingkan kecerdasan tubuh fizikal malah mementingkan kebijaksanaan akal dan emosi.
“Tidakkan Melayu Hilang di Dunia”
Wallahualam..

sumber: http://izhamnayan.blog.friendster.com/siapa-kata-hang-jebat-mati-dibunuh-saudaranya-hang-tuah/
No comments:
Post a Comment