Iklan

04 May 2011

Nur Kasih the movie....tunggu ASTRO First je la...kan senang






Kalau suatu ketika dulu drama ni pernah mendapat sambutan hangat kat TV3...maka kemunculan the Movie ni memang le....korang aku tak tau ...tapi aku memang suka citer ni...tapi lambat le skit nak tengok nye kot....tunggu kat ASTRO First je...itu pun kalau ade.
hah...Parah ni...bil ASTRO pun tak macam dulu.....tapi Nur Kasih ni takpe... AYAH BELANJA! tungguuuuuu....

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.
Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.
Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.
Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails