Iklan

31 May 2011

SEMPENA PAMERAN TAMING SARI....

SIAPA KATA HANG JEBAT MATI DIBUNUH SAUDARANYA HANG TUAH?

Manakan bisa dua saudara pahlawan satria yang telah mengaku saudara, berbunuhan sesama sendiri? Saudara yang sedari kecil melawan lanun-lanun Siam yang mengganas di utara negeri Kedah. Saudara yang menjadi anak angkat Sultan Kedah yang kemudiannya di utuskan membantu Sultan Melaka yang akhirnya dilantik menjadi Laksamana Melaka. Hang Tuah, Hang Jebat Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, hangpa semua p tolong raja Melaka. Depa ada masalah penyamun. (“hang” ertinya kamu). Sekarang nama Lekir, Lekiu merupakan nama tempat di Kedah.

Seandainya dua manusia yang saling bermusuhan sekalipun, jika di kurung dalam sebuah rumah selama 7 hari 7 malam akan berbaik2 semula. Inikan pula saudara sesumpah.

Manakan boleh diterima akal mereka bertarung 7 hari 7 malam tanpa henti?

Ketika pertelingkahan, para talibarut dan kroni sultan dan Patih Gajahmada asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Tuah dan Jebat selalu berhenti sebentar untuk mencari akal. Perlawanan tersebut lebih kepada berlatih, maklumlah dah lama mereka tidak melakukannya.

Manakan mungkin Jebat melepaskan Taming Sari yang keramat itu hingga tercacak ke lelangit bumbung? Melainkan ianya secara sengaja.

Akhirnya Jebat mencederakan jari kelingkingnya dengan keris sultan yang dibawa Tuah di dalam gulungan langsir dan Tuah berpura menyerang dengan Taming Sari yang telah bertukar tangan. Taming sari amat berbisa dan tidak wajar Jebat menggunakan keris tersebut untuk melukai jarinya, melainkan ia mesti bertukar tangan dengan Tuah. Jebat memekup perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah dan mengikat dan merenjiskan darah tersebut di kain itu.

Dengan itu bolehlah jebat mengamuk 7 hari 7 malam membunuh hanya para kroni dan penderhaka kepada Tuah. Manakan wajar setelah ditikam dengan Tamingsari masih boleh mengamuk selama itu? Melainkan bukan tamingsari yang digunakan sebaliknya keris milik sultan Melaka dan luka hanya jari kelinking sahaja bagi menyimbah darah ke perut Jebat. Setelah habis mengamuk Jebat di katakan mati di rumah Tuah.

Namun tidak seorangpun dibenarkan melihat jenazah Jebat. Tuah memandikan dan menyembahyangkannya sendiri. Tuah dan Jebat ghaib selepas itu tinggal bersama guru mereka Adi Putra dan selepas itu merantau hingga ke Petani membuka persantren di sana. Dengan identiti baru mereka berjaya melahirkan ramai pahlawan-pahlawan Melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajah.

Semua ahli keluarga mereka pulang ke Kedah dan tinggal di Pulau Melaka Langkawi. Dikatakan, Mahsuri adalah dari salur galur Hang Tuah. Mereka membawa bersama resepi makanan tradisi dan menamakannya sempena negeri Melaka. Umpamanya cabai melaka kerana orang melaka suka makan pedas, buah melaka, gula melaka dan lain2 lagi.

Air dicincang tidak akan putus. Sesukar mana pun situasi yang dihadapi, pasti ada muslihat bagi menyelesaikannya. Istana mahukan Jebat dibunuh maka, Tuah membunuh nama Jebat. Perkara ini perlu dilakukan agar titah raja tetap keramat. Yang mati adalah nama Jebat, bukan semangatnya. Tuah terkenal dengan kebijaksanaannya dan dia telah berjaya menghadapi ujian paling hebat dalam hidupnya bila dititah membunuh saudaranya sendiri. Jalan penyelesaian yang dilakukan Hang Tuah mencerminkan kehebatan Melayu dalam persada kematangan ilmuan selain kehebatan persilatan. Silat bukan sahaja mementingkan kecerdasan tubuh fizikal malah mementingkan kebijaksanaan akal dan emosi.

“Tidakkan Melayu Hilang di Dunia”

Wallahualam.. 
sumber: http://izhamnayan.blog.friendster.com/siapa-kata-hang-jebat-mati-dibunuh-saudaranya-hang-tuah/

28 May 2011

Gerbang Perkahwinan : Kurniaan, Ibadah & Dakwah

Time
Saturday, May 28 · 12:00pm - 4:00pm

Location
 Kompleks Sukan Proton City, Tanjung Malim (GPS : 3.738768, 101.514165)
Tahniah....Lieza Nazri & Hasril Ismail

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

"Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa."

Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:

Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. 
(Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:

Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:

Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. 
(Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.

Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu  diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

21 May 2011

The paradox of our time in history is that...

The paradox of our time in history is that...

We have taller buildings, but shorter tempers.
Wider freeways, but narrower viewpoints.
We spend more, but  have less.
We buy more, but enjoy it less.

We have bigger houses and smaller families.
More conveniences, but less time.
We have more degrees, but less sense.
More knowledge,  but less judgment.
More experts, but more problems.
More medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly,
laugh too little, drive too fast, get too angry too quickly,
stay up too late, get up too tired, read too little,
watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values.
We talk too much, love too seldom, and hate too often. 
We've learned how to make a living, but not a life;
We've added years to life, not life to years.

We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet the new neighbor.
We've conquered outer space, but not inner space;
We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul.
We've split the atom, but not our prejudice.
We write more, but learn less;
We plan more, but accomplish less;
We've learned to rush, but not to wait;
We have higher incomes, but lower morals;
We have more food, but less appeasement;

We build more computers to hold more information to produce more copies than ever, but have less communication.

We've become long on quantity, but short on quality.

These are the times of fast foods and slow digestion; tall men, and short character; steep profits, and shallow relationships.

These are the times of world peace, but domestic warfare; more leisure,but less fun; more kinds of food, but less nutrition.

These are days of two incomes, but more divorce; of fancier houses, but broken homes.

These are days of quick trips, disposable diapers, throw away morality, one-night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.

It is a time when there is much in the show window and nothing in the stockroom; a time when technology can bring this letter to you,  and a time when you can choose either to make a difference, or to just hit delete...

19 May 2011

Hujan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
“Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : “Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu “bad mood” bila hujan?
“Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?” Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. ” (Al-Mukminun :
18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. ” (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 May 2011

Errrr...tak kena lagi....macam tu le tiap2 tahun!

Utusan Malaysia Online - Terkini
16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Sulbi....


                                               


                                  

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
“Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan”
(Riwayat al-Nasa’i, Abu Daud, Ibn Majah)

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda lagi,
“Ada satu tulang yang pada anak adam yang tidak dimamah tanah” Mereka bertanya, “Apa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Tulang Sulbi”
(Riwayat Muslim, Ahmad)
Tulang sulbi tu apa?
Tulang sulbi ni ialah tulang yang last sekali kat tulang belakang kita. Kira last paling bawah a. Dalam bahasa canggih nya, Coccyx.
                        
Okay dah tau mana letaknya Coccyx ni kan? So apa yang special nya tulang ni sampai Rasulullah sebut2?
Sebenarnya dari hadith2 kat atas tadi pun kita boleh conclude yang tulang sulbi ni sangat kuat dan tak mudah hancur. Dan dari tulang tu kita hidup dan dibangkitkan semula masa hari kiamat.
Ada sorang saintis Jerman, Hans Spemann yang prove sel2 dalam Coccyx ni tak kan hancur. Dia buat eksperimen cani, dia kisar tulang sulbi ni sampai hancur and panaskan dalam suhu yang sangat tinggi and dalam masa yang sangat lama. Pastu dia cek balik sel2 dalam tulang tu masih hidup macam biasa.
Sama jugak dengan Syeikh Abdul Majid a-Zindani, pun buat experiment jugak kat tulang sulbi ni. Ambik tulang ni and panaskan. Dah habis tu cek semula, langsung takde rosak pun sel2 dalam tulang tu, Masya Allah.
Hans Spemann jugak ada buktikan tulang sulbi boleh tumbuh semula macam mana tulang tu tumbuh first time dalam rahim seorang perempuan. Dia masukkan tulang sulbi yang dia dah kisar and bakar tadi dalam embrio-embrio lain. Result dia tulang2 tu dapat tumbuh and jadi paksi kepada janin2 tu.
Jadi, maknanya bila jasad seseorang tu dah mati, tapi sel2 asas dalam Coccyx ni akan hidup walau di mana dia dikebumikan dan walau beribu2 tahun pun.

Peristiwa 15 Mei yang merubah wajah Palestin


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Artikel ini ditulis oleh Najib Afif Arip seperti mana yang tersiar di Utusan Malaysia.

14 May 2011

Hari Guru

PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


logo


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

 
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
   IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

 

 
© 2010 - Kementerian Pelajaran Malaysia.
 

12 May 2011

Sabarlah Cikgu..


Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.

Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

10 May 2011

DIA BUKAN MARYAM


Sinopsis Dia Bukan Maryam,mulai 24 Januari 2011, jam 8.30 malam,setiap Isnin dan Selasa,TV9 Semenjak kerja petang ni...aku pagi-pagi dok layan tv je la...pass tu channel yang ok sikit pagi2 ni TV9...apa gi layan je la ...Tanyalah Ustaz ke ..semanis kurma...mencari menantu..entah macam2 lagi le...tiba 2 aku tertarik plak ngan preview citer ni "DIA BUKAN MARYAM"...setiap Isnin 8.30 pm...so malam tadi layan je la...dan ok la...jOM LayaNNNNN..... 
SINOPSIS:   Dia Bukan Maryam  menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.
 
Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir.
Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum. Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.
 
Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.
Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

09 May 2011

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.
“Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini. Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.
Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
“Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu,” katanya.

06 May 2011

pengorbanan Ibu

Setiap orang pasti memiliki seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita. Kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita. Jasa dan pengorbanan yang dilakukannya sedemikian besar, sehingga mustahil bagi kita untuk membalas jasanya.

Pengorbanan seorang ibu sudah dimulai sejak kita masih berada dalam kandungannya. Kita lihat saja sekarang, apa yang dialami oleh seorang wanita yang sedang mengandung. Denagn hati-hati seorang ibu akan berusaha untuk menjaga kandungannya supaya tetap sehat. Belum lagi kesibukannya yang lain, yang dilakukannya sambil membawa kita dalam rahimnya.

Pengorbanan yang paling besar adalah saat kita mahu dilahirkan Perjuangan yang berat dilaluinya untuk melahirkan kita. Bahkan dia rela mengorbankan nyawanya agar kita dapat lahir dengan selamat.

Saat kita masih bayi, kita dijaganya siang dan malam tanpa kenal lelah. Dua tahun kita disusuinya, hingga kita tumbuh sehat. Kita selalu dibimbingnya dengan sabar, tanpa mengeluh sedikitpun.

Jika kita renungkan lebih jauh, besarnya jasa seorang ibu tidak akan pernah dapat kita balas. Meskipun kita memberinya harta yang melimpah, memberikan perhatian yang banyak, namun jasanya tidak akan terbalas, sampai akhir hayat.

Sayangnya, saat ini tidak sedikit anak-anak yang berani menentang orang tuannya. Jika keinginan tidak dapat dipenuhi, bermacam cara dilakukannya. Dan yang lebih sering menerima perlakuan yang tidak layak dari mereka adalah sang ibu. Bahkan ada yang tega menganiaya sang ibu, yang telah mencurahkan kasih sayangnya kepada mereka.

Fenomena seperti ini sudah banyak terjadi di sekitar kita. Meskipun demikian, seorang ibu tetap menunjukkan kasih sayangnya yang tiada terhingga. Layakkah kita membalas kasih sayang dan kebaikan ibu kita dengan perilaku yang menyakiti hatinya?

Kerana itu dalam Al-Quran, Allah SWT memerintahkan kita untuk berbakti kepada kedua orang tua kita, terutama kepada ibu kita. Hal ini terdapat dalam beberapa ayat, yaitu:


وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
 
Dan Robb-mu telah memerintahkan kepada manusia, janganlah ia beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut di sisimu, maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua-nya. Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasing sayang. Dan katakanlah, ‘Wahai Rabb-ku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil’ (QS Al-Isra’:23-24)


وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا
 
“Dan sembahlah ALLAH dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapak, kepada kaum kerabat, kepada anak-anak yatim, kepada orang-orang miskin, kepada tetangga yang dekat, tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri” (QS An-Nisa:36)


وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebajikan kepada orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”(QS Al-Ankabut:8)

Marilah mulai sekarang kita rubah perilaku kita kepada orang tua kita, terutama kepada ibu kita menjadi lebih baik. Jangan lagi kita menyakiti hatinya, karena kita takkan pernah mampu membalas jasanya.

04 May 2011

Nur Kasih the movie....tunggu ASTRO First je la...kan senang






Kalau suatu ketika dulu drama ni pernah mendapat sambutan hangat kat TV3...maka kemunculan the Movie ni memang le....korang aku tak tau ...tapi aku memang suka citer ni...tapi lambat le skit nak tengok nye kot....tunggu kat ASTRO First je...itu pun kalau ade.
hah...Parah ni...bil ASTRO pun tak macam dulu.....tapi Nur Kasih ni takpe... AYAH BELANJA! tungguuuuuu....

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.
Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.
Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.
Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

03 May 2011

Kematian Osama....

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengumumkan kematian ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden hasil dari serangan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. Media-media utama di seluruh dunia juga turut menyiarkan berita kematian Osama Bin Laden. Presiden Barrack Obama juga dilaporkan oleh Yahoo News sebagai berkata “Justice has been done” berikutan kematian ketua Al-Qaeda yang dikatakan perancang utama serangan 11 September terhadap World Trade Center di New York pada 2001.
Sumber berita ABC News juga menyiarkan ujian DNA mengesahkan mayat yang di temui selepas serangan berkenaan adalah Osama Bin Laden.
Pencarian Amerika Syarikat sekian lama nampaknya sudah berhasil, namun terfikir juga selepas kematian Osama Bin Laden tersebut, adakah suasana dunia terus bertukar menjadi harmoni dan segala persepsi  negatif dunia barat terhadap masyarakat Islam akan terhapus, atau mungkin juga keadaan menjadi semakin teruk apabila Al-Qaeda pula bertindak balas?

02 May 2011

ke Fraser Hill bersama rakan tua...BGA 7709

Nak jadik citer...kami meredah ke Fraser Hill...sebab dekat je ...lebih kurang 36  km dari kuala Kubu Bharu... dekat je kannn kan....mula2 ok je...berenti jap kat empangan tengok view...huuuuu  kagum!...pass tu mula pendakian...Mak aiiii....memang le dekat tapi jalan ..hanya tuhan je yang tahu...BGA perghhh..walaupun tua tapi good response..puas hati gak aku...kat sejam gak naik...tapi turun...huhhhh...laju tak leh kejor yeop keter ni..hehehehe...kesimpulan...fun...bayak aktiviti...tak sejuk sangat....horse ride...tapi yang penat ...tonggang langgang dalam kete....pening siot....
The location is one of Malaysia's few pristine forests, with a high level of biodiversity, first recognised by the botanist H. N. Ridley in 1897. The British army had not explored the Titiwangsa Range, so Fraser recruited guides and coolies for an expedition to the upper ridges, prospecting for gold or other valuable metals. At the top he found an ancient forest of moss-draped trees and ferns with a prehistoric appearance, kept constantly moist in the cloud layer.
He also found rich tin deposits, and recruited Chinese workers to open a mine. A steep track was constructed for mules to transport the tin ore down to The Gap and on to Raub, the nearest town. Fraser operated a gambling and opium den at the workers' camp, through which he profited a second time from the wages paid to his coolies.
Fraser vanished without trace some 25 years later. In 1917 C. J. Ferguson-Davie, Bishop of Singapore, led a trek up from the Gap to look for his site, and did not find him, but reported that the place was perfect for a hill station–a retreat from the heat of the lowlands. In 1919, work started on the access road to the hill station from The Gap and by 1922, the hill station named Fraser's Hill was opened to visitors. The hill station covered 140 hectares of land and had over 50 km of jungle paths. The 1927 Handbook to British Malaya recorded that there were 9 bungalows for the use of government officials, 4 houses built with the help of the Red Cross for ex-servicemen and women, 3 private homes, a country club, a golf course, water supply and a post office.
The 1970s saw another burst of development with buildings and golf courses. Faced with growing evidence of the effects of environmental damage at the Malaysia's largest hill resort, Cameron Highlands, the Pahang state government in 2010 ruled out further development of virgin forest at Fraser's Hill.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails