Iklan

30 April 2011

The 2011 greatest Wedding.

Kate's Sarah Burton for Alexander McQueen dress, with Pippa Middleton holding the train and also wearing Alexander McQueen




1. PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1.       Menerangkan konsep perkahwinan dalam islam
 
Perkahwinan dalam islam adalah selaras dengan fitrah manusia iaitu ingin hidup
berpasangan dan memiliki keluarga
Islam menggariskan agar keinginan tersebut dilaksanakan berdasarkan undang-undang
dan syariat yang menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
 
2.       Menerangkan pengertian perkahwinan
                          i.      Bahasa :
¨       Cantum atau himpun
                        ii.      Istilah :
¨       Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan permpuan melakukan persetubuhan
 
3.       Menyatakan hukum perkahwinan
                          i.      Harus
¨       bagi yang tidak mempunyai sebab untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin      
                        ii.      Wajib
¨       bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin dikhuatiri mereka akan berzina
                       iii.      Sunat
¨       bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin tidak dikhuatiri mereka akan berzina
                       iv.      Makruh
¨       bagi yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, tapi berkeinginan untuk berkahwin
                        v.      Haram
¨       bagi yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin / berkahwin dengan niat memudaratkan isteri
 
4.        hikmah perkahwinan
                          i.      untuk melahirkan zuriat yang bersih
                        ii.      memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri
                       iii.      mengelakkan perbuatan maksiat
                       iv.      melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah
                        v.      memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan yang halal
 


21 April 2011

Errr...kali pertama aku cuti sebab Good Friday.

Dataran MES Tanjung Malim
Selama aku kerja tahun ni baru aku cuti sebab Good Friday..... Fuhhh...nasib baik tahu awal kalau tak tentu aku datang hari jumaat ni ketempat kerja...So apa dia Good Friday?


Good Friday (from the now obsolete senses pious, holy of the word "good"),[1][2] also known as Holy Friday, Great Friday, is a religious holiday observed primarily by Christians commemorating the crucifixion of Jesus Christ and his death at Calvary. The holiday is observed during Holy Week as part of the Paschal Triduum on the Friday preceding Easter Sunday, and may coincide with the Jewish observance of Passover.
Based on the details of the Canonical gospels, the Crucifixion of Jesus was most probably on a Friday (John 19:42).[3] The estimated year of Good Friday is AD 33, by two different groups, and originally as AD 34 by Isaac Newton via the differences between the Biblical and Julian calendars and the crescent of the moon.[4][5][6][7][8][9] A third method, using a completely different astronomical approach based on a lunar Crucifixion darkness and eclipse model (consistent with Apostle Peter's reference to a "moon of blood" in Acts 2:20) points to Friday, 3 April AD 33.[10][11]

19 April 2011

My Dr. in the House

Baru sampai tadi...baru sempat dok belek-belek je...ade ke masa nak baca ni...?Total pages 843 huhu tebal tu...Content pulak ade sampai 62 chapter....huhu..cabaran tu..Mula dari Becoming the Prime Minister dalam chapter 1...
   Tadi aku baca gak sikit2...chapter 1 huhu menarik la siot...semangat nak baca sampai habis ...nanti la layan kat sekolah nanti...
Antara benda yang dibincangkan dalam buku ni...The mMalay Dilemma, Ops lalang...Vision 2020 , From the Ideas To Action, Looking East, Putrajaya, 9/11 And The Muslim World, Anwar,s Challenge, Financial Crisis Fallout dan banyak lagi le...Fuhhh semangat ni...Nak Baca buku....!



Kita Sibuk Dengan Apa?

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali


- Artikel iluvislam.com


17 April 2011

Kelembutan Itu Kebaikan

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci    oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

  • Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

  • Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
  • Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)

16 April 2011

Aku tahu tapi.....aku mahu

....................
aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya
aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat
aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan
aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng
aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya
aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga
aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang
aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri
aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah
aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya
aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi
aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa
aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia
aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA
aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk medapatkannya
....................
Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. Kenapa aku jadi begini. Aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi??

13 April 2011

6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar

Utusan Malaysia Online - Politik

KUALA LUMPUR 12 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya.

The Emperors seed

 sumber: http://lutonmuslims.com/index.php?option=com_content&view=article&id=819:emperorseed&catid=32:pearls&Itemid=66
Once there was an emperor in the Far East who was growing old and knew it was coming time to choose his successor. Instead of choosing one of his assistants or one of his own children, he decided to do something different.

He called all the young people in the kingdom together one day. He said, "It has come time for me to step down and to choose the next emperor. I have decided to choose one of you." The kids were shocked! But the emperor continued. "I am going to give each one of you a seed today. One seed. It is a very special seed. I want you to go home, plant the seed, water it and come back here one year from today with what you have grown from this one seed. I will then judge the plants that you bring to me, and the one I choose will be the next emperor of the kingdom!"

There was one boy named Ling who was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly told his mother the whole story. She helped him get a pot and some planting soil, and he planted the seed and watered it carefully. Every day he would water it and watch to see if it had grown.

After about three weeks, some of the other youths began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Ling kept going home and checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by. Still nothing.

By now others were talking about their plants but Ling didn't have a plant, and he felt like a failure. Six months went by, still nothing in Ling's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Ling didn't say anything to his friends, however. He just kept waiting for his seed to grow.

A year finally went by and all the youths of the kingdom brought their plants to the emperor for inspection. Ling told his mother that he wasn't going to take an empty pot. But she encouraged him to go, and to take his pot, and to be honest about what happened. Ling felt sick to his stomach, but he knew his mother was right. He took his empty pot to the palace.

When Ling arrived, he was amazed at the variety of plants grown by all the other youths. They were beautiful, in all shapes and sizes. Ling put his empty pot on the floor and many of the other kinds laughed at him. A few felt sorry for him and just said, "Hey nice try."

When the emperor arrived, he surveyed the room and greeted the young people. Ling just tried to hide in the back. "My, what great plants, trees and flowers you have grown," said the emperor. "Today, one of you will be appointed the next emperor!"

All of a sudden, the emperor spotted Ling at the back of the room with his empty pot. He ordered his guards to bring him to the front. Ling was terrified. "The emperor knows I'm a failure! Maybe he will have me killed!"

When Ling got to the front, the Emperor asked his name. "My name is Ling," he replied. All the kids were laughing and making fun of him. The emperor asked everyone to quiet down. He looked at Ling, and then announced to the crowd, "Behold your new emperor! His name is Ling!" Ling couldn't believe it. Ling couldn't even grow his seed. How could he be the new emperor?

Then the emperor said, "One year ago today, I gave everyone here a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds which would not grow. All of you, except Ling, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grown, you substituted another seed for the one I gave you. Ling was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new emperor!"

12 April 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
 

04 April 2011

Aku pulak yang mereka cerita

Hari ni pass puas kena nak jadik cerita ...aku plak nak buat cerita. Entah le.. dari mula lagi aku memang malas sangat nak pergi kerja....kan ade buat ape pun...melangut kelangit...letih tengkok aku je...
   Yang best tu dah siap pakai baju kerja...dah sarung name tag..."ZULKIFLI" @ Cikgu Zul...tapi makin dekat ngan sekolah je hati ni rase nak marah ...tak puas hati...makin dekat lagi ...makin panas hati aku ni...aduih hai apasal entah...Last2 sampai je klinik kat tepi sekolah berenti jap...pass tu aku ambik keputusan nak cuti je la..Ambik MC...
 Masa tunggu Doktor tu macam2 benda dok masuk dalam kepala aku...mula2 kat Badiuzzaman...aku ingat kalau aku ade masa nanti aku nak pi jumpa dia la ...aku nak mintak izin kat dia nak sekeh kepala dia sampai songkok dia tercabut pass tu aku nak cabut gigi dia pakai angkup vernier (pinjam dari makmal shima) last sekali aku nak koyak telinga dia pakai pisau yang sekupang tu...baru puas hati aku.
   Pass tu aku terbayang plak muka Hajjah Rohani...kesian plak aku rase kalau nak buat macam badiuzzaman..jadik aku ingat aku nak angkat je dia pass tu campak je dari office biar patanh tulang belakang dia...biar dia merangkak..dan tiap kali nak naik office biar dia terpaksa mintak tolong ngan orang lain untuk angkat dia...supaya dia lain kali dia biasa buka mulut untuk bertanya dengan orang...sebelum buat keputusan
   Pass tu aku terbayang plak muka pegawai PPD yang tulih surat arahan perpindahan tu... aku ingat aku nak ikat kaki dan tangan dia pass tu nak bakar je dengan lighter sampai mati...buat sate...baru padan muka dia..sebab dia punya bodoh aku yang susah...Last sekali aku ingat aku nak bakar je bilik guru sekolah baru ni...biar diaorang buat yang baru...paa punya bilik guru 'sempit nak mampus'....macam lagi ni yang datang dalam kepala aku ni...
   Bank pun satu hal...orang nak bawa kuar duit...kantoi...langsung kantoi nelanja bulan ni....AKU PANAS>>>>>>
   Langkah di atur dan strategi dipasang...heheheee...aku tak biasa buat benda ni...nak berlakon pura2 sakit untuk dapat MC. Aikkk menjadik rupanye...hah dapat engkau MC...melompat2 kuar klinik..gi jalan-jalan ngan ummie pass tu balik tidoq....
   Dulu tak rajin aku buat benda ni..sakit2 skit pun tak pe aku pergi gak kerja tapi laaaa ni....memang liat betul la pergi...macam ade batu kat atas bahu aku bila nak pergi kerja tempat baru ni...Esok la plak macamnae aku nak ponteng ni...ingat apply cuti je la.....Mampus la tahun ni...apa2 hal aku jamin petang ni aku bahagia sebab tak perlu lagi aku melangut ke langit....aman damai di Lembah Beringin.
  

03 April 2011

Nak Jadik cerita...

Aku ni dah le poket tak berapa nak berada...dari dulu sampai sekarang dok macam ni selalu tiap-tiap bulan...tapi hamdulillah le cukup makan dan pakai anak bini...
Ni nak jadik cerita petang tadi 2.4.2011 ....dah le penat menadah telinga kat Kursus LADAP...dari kul 8.00 am ke pukul 2.00 pm...entah apa yang depa citer pun aku tak tau...aku dok layan 'khurafat'...dari mula kursus sampai abis...bukan citer je abis dengan bateri h/phone sekali habis....
Sampai je kat Tanjong Malim ...perghhhh...pasar malam...huih best ni...boleh la beli makanan skit...selok poket...alahai tak berapa nak ade la...tapi nasib baik kak Nab dah masukkan duit sewa rumah...fuhh lega! Boleh ambikk skit...tekan punya tekan kat ATM mesin...cantik punya dia tulih...'Permintaan anda sedang diproses....'tunggu punya tunggu...pass tu kuar pulak 'adakah anda ingin meneruskan urusniaga?' Aikkk...aku dah mula pelik...aku tekan la 'Ya'...terus pergi semak baki....lagi sekali Aikkkk! Baki dah kurang? Adehhh...tepuk dahi le aku...transaction ade tapi duit tak kuar...mampus...baki yang tinggal plak aduh sedih gilerrrr... Termenung jap..kantoi...@ terkanje...@ mangkuk. Semua aku rase....
Nak lagi terkanje..telefon khidmat pelanggan....dengan nada yang lembut je dia cakap'Urusan penyemakan akan mengambil masa 14 hari bekerja ye encik!Nahhhh ambik ko. Maknanye sempat le sampa gaji bulan ni....rase nak terjun longkang je...mana nak cekau duit...nak buat belanja bulan ni...hehishhhh tintong bakushimas betoi laaaa....kalau dok kampung boleh la kutip pucuk ubi buat sayo...sini nak daun serai pun kena beli....hishhh...sabo je la bulan ni...muka kelat...poket ketat...la aku bulan ni....dah nak jadik cerita nak macam mana ...terima je laaaa.

02 April 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta


sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2008-pemuda-yang-ikhlas-dengan-cinta.html

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut."Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails