1. Menerangkan konsep perkahwinan dalam islam Perkahwinan dalam islam adalah selaras dengan fitrah manusia iaitu ingin hidup berpasangan dan memiliki keluarga Islam menggariskan agar keinginan tersebut dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan syariat yang menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat 2. Menerangkan pengertian perkahwinan i. Bahasa : ¨ Cantum atau himpun ii. Istilah : ¨ Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan permpuan melakukan persetubuhan 3. Menyatakan hukum perkahwinan i. Harus ¨ bagi yang tidak mempunyai sebab untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin ii. Wajib ¨ bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin dikhuatiri mereka akan berzina iii. Sunat ¨ bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin tidak dikhuatiri mereka akan berzina iv. Makruh ¨ bagi yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, tapi berkeinginan untuk berkahwin v. Haram ¨ bagi yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin / berkahwin dengan niat memudaratkan isteri 4. hikmah perkahwinan i. untuk melahirkan zuriat yang bersih ii. memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri iii. mengelakkan perbuatan maksiat iv. melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah v. memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan yang halal |
No comments:
Post a Comment