Iklan

25 July 2015

Kadang-kadang...

Entah kat mana la silap aku aku...? Kadang-kadang hati ni terasa la jugak...tapi setiap kali benda terjadi aku akan kata aku akan cuba atasi dimasa akan datang.
Ada 2 benda yang selalu aku terlepas tiap tahun.Yang pertama cium tangan mak ngan apak dipagi raya...dan yang kedua ambik gamba keluarga.
Aku tak pernah nak salahkan.sape-sape dalam hal ni...bagi aku kelemahan yang datang kebanyakkan adalah dari aku...sebab itulah APAK...kalau dia kata pukul 8.00 am...maknanya 08.00 am.. Awal..bagus tapi lewat maknanya, minta maaf!..memang itu la yang di amalkan sejak dari kecik dulu, itu sebab aku tak pernah marah atau nak salahkan sesiapa...sebab kalau aku terlepas salah satu dari dua perkara ni adalah kerana aku LEWAT!
Tapi Alhamdullilah tahun ni tercapai jugak hajat nak cium tangan mak ngan apak dipagi raya. Puas rasanye selepas tak berkesempatan dalam beberapa tahun sebelum ni. Cuma yang masih miss ialah gambar keluarga. Masih terlepas lagi...aduh sedih gak rasa. Ye la ajal maut hanya tuhan je yang tahu...
Tapi aku mintak agar dipanjangkan umur mak ngan apak agar berpeluang lagi pada tahun depan. INSYAALLAH.....







17 July 2015

Khuthbah Raya 1436 H

 Raya tiba lagi..! Alhamdulillah.... Allah huakhbar,  Allah huakhbar,  tibanya hari kemenangan setelah sebulan melawan nafsu...
Takbir dilaung beramai-ramai, dengan penuh semangat...Pagi berangkat untuk sembahyang sunat Aidilfitri... Tapi kali ni teks khuthbah mencuri perhatian aku...Ermm aku rasa ini bukan teks yang disediakan, tapi teks dari khatib sendiri...sebab antara yang di sebut oleh khatib ada kaitan dengan sikap pemimpin sekarang....
setahu aku apa yang disebut oleh khatib adalah antara kata-kata dari Khalifah Umar Al-Khatab..yang menekankan ciri-ciri pemimpin yang baik. " Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akankaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya akan sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah,sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah"...
Huh...tepat on the dot..dengan sekarang ni...dengan isu panas sekarang ni...thanks to khatib yang melaungkan nasib sebenar rakyat...
Satu lagi kisah yang diceritakan ialah cerita mengenai persiapan tentera islam dalam menentang tentera Tartar...iaitu sumber kewangan untuk mempersiapkan Mesir menghadapi peperangan. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki benteng, jambatan, membeli senjata dan peralatan perang serta bekalan makanan yang mencukupi untuk tentera dan rakyat jika Mesir dikepung oleh Tatar. Dalam keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi ketika itu, Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu setelah surat ancaman Hulagu sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa serangan Tatar akan datang pada bila-bila masa. Tatar sudah berada di sempadan Mesir.

Qutuz memanggil para pembesar negara lalu melakukan mesyuarat. Pilihan yang ada pada mereka adalah untuk mengutip duit dari rakyat jelata. Ia perlu dilakukan segera...

 Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata, Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:


“Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.”

Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz. Beliau memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa Mesir sebenarnya adalah negara yang kaya tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa itu menjadikan ianya miskin. Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh seluruh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Semua turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.
Lagi sekali..right on the dot...senyummmmmm..... 

Hadiah Ramadhan 1436H

 Urusan pembelian Teratak Anak ni dah mula sejak 2013 lagi. Mula dengan tandatangan Sale and Purchased... Pas tu dengan permohonan bank loan yang tak lepas sebab geran individu yang tak ada...rundingan semula dengan owner rumah mengenai harga... Buat personal loan...dan akhirnya selesai semua pembelian . Alhamdulillah. . Pembayaran bank loan berjalan lancar setiap bulan walaupun peritnya tuhan le yang tahu...ye la sekarang personal loan maksimum hanya boleh buat selama 10 tahun. Dengan amount yang agak besar maka pembayaran monthlynya sudah pasti le besar....cukup la ditampung dengan gaji aku yang ciput ni...banyak perkara yang terpaksa ditangguh. Sabar je la..kayuh pelan-pelan bagi menampung perbelanjaan harian rumah dan segala keperluan.
 15/7/2017 terima panggilan dari lawyer dan katanya geran rumah dah sedia dan dah boleh dituntut. Alhamdulillah ...Itulah impian kami sekeluarga ...Menggenggam sehelai kertas yang bernama 'geran'.
So...turun Tanjung Malim ...Huh pasti perit sebab hari ni hari terakhir untuk orang ramai untuk membeli keperluan Hari Raya yang akan tiba pada Jumaat 17/7/2015.  Demi Teratak Anak diredahkan jugak la...urusan terakhir ialah untuk tandatangan borang 14A..iaitu borang tukar nama dan geran.

Lepas siap tandatangan borang dan sedikit penerangan... Lawyer pun tunjukkan jumlah yang perlu dibayar...Aduhhhhh boleh tahan jugak jumlahnya...ketar jugak kepala lutut.  Ye la dengan persediaan Hari Raya lagi sekarang ni...mana aku nak cari sejumlah duit selonggok macam tu. Gaji ciput cuma cita-cita je yang besar...penatnye aku...tapi nasib baik la lawyer tu cakap bayar masa dapat geran nanti..LEGA la sikit. Tapi maknanya lepas je raya ni mulalah semula menabung dan kayuh pelan-pelan... Lagi sekali dan lagi..dulu kayuh untuk persediaan Raya...lepas ni kayuh untuk Teratak Anak pass ni kayuh untuk yuran sekolah anak...pastu kayuh untuk insurance kete dan cukai tanah dan cukai pintu...kayuh! Dan terus kayuh..masalahnya sampai bila la aku kena kayuh pelan-pelan macam ni? penat dah sebenarnya kayuh ni...tengok kawan-kawan ada je duit yang boleh dibelanjakan untuk.diri sendiri...Aku? masih selesa melayan dan membeli di kedai Bundle.
Semoga lepas ni kami sekeluarga hidup bahagia disamping Teratak Anak.... Senyummmmmm... Tq


 
 

14 July 2015

Makin Mengecil Nilainya...

Ramadhan 1436 dah pun hampir ke penghujung. Bahang hari raya dah pun kuat dirasai. Segala persediaan perlu dilakukan terutama bagi anak-anak. Macam biasa bajet aku sediakan...tapi jumlahnya tak lah banyak memandangkan aku pun bukan ada berduit sangat. Jumlah yang hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya...tapi tahun ni keupayaan untuk membeli rupanya dah semakin mengecil. Kalau dulu lebih banyak barangan dapat di beli dengan jumlah wang yang sama tetapi tidak pada tahun ini. Nak marah pun tak boleh...nak mengeluh tak bagus...so carry on dan terpaksalah potong sikit pembelian barangan. GST dan kenaikan harga petrol memang jelas telah melonjakkan harga barangan dan seterusnya mengecilkan nilai gaji aku yang ciput ni. Dalam satu resit pembelian baru ni apabila disemak nilai GSTnya...Fuhhh RM25...kalau nak kira dah boleh dapat dah baju T sehelai. Putih biji mata aku tengok nilai GST yang perlu aku tanggung...Kalau dulu cuma orang kaya dan mampu je yang wajib bayar culai...tapi bila GST menggantikan SST hampir semua rakyat sekarang adalah pembayar cukai scara langsung.Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada. Pandai dak pemerintah kita ....bunuh dalam diam. Bagi BR1M lepas tu rampas balik...
 
MAKLUMAT Tokok Tambah

Apakah GST
GST is a consumption tax that is based on the value-added concept which will replace the current sales tax and services tax. Put in differently or explained in simple terms, with GST, consumers will only need to pay tax once and the price of the goods should either remain the same or in fact be more affordable.

 
Kenaikan harga petrol

Berikut adalah senarai harga runcit bulanan bagi petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di pasaran Malaysia untuk tahun 2015
Senarai yang disertakan ini dapat membantu pengguna mengikuti harga terkini (bahan api) minyak di pasaran sedia ada.
Fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1MDB banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD.
Jika menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, DSN bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang RM. Di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.
Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Akhir kata...."SENYUMMMMMMM!!!!!!"


Bulan RON95 (Seliter) RON97 (Seliter) Diesel (Seliter)
Januari RM1.91 RM2.11 RM1.93
Februari RM1.70 RM2.00 RM1.70
Mac RM1.95 RM2.25 RM1.95
April RM1.95 RM2.25 RM1.95
Mei RM1.95 RM2.25 RM1.95
Jun RM2.05 RM2.35 RM2.05
JulaiterkiniPetunjuk RM2.15 RM2.55 RM2.05








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails