Iklan

17 July 2015

Khuthbah Raya 1436 H

 Raya tiba lagi..! Alhamdulillah.... Allah huakhbar,  Allah huakhbar,  tibanya hari kemenangan setelah sebulan melawan nafsu...
Takbir dilaung beramai-ramai, dengan penuh semangat...Pagi berangkat untuk sembahyang sunat Aidilfitri... Tapi kali ni teks khuthbah mencuri perhatian aku...Ermm aku rasa ini bukan teks yang disediakan, tapi teks dari khatib sendiri...sebab antara yang di sebut oleh khatib ada kaitan dengan sikap pemimpin sekarang....
setahu aku apa yang disebut oleh khatib adalah antara kata-kata dari Khalifah Umar Al-Khatab..yang menekankan ciri-ciri pemimpin yang baik. " Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akankaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya akan sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah,sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah"...
Huh...tepat on the dot..dengan sekarang ni...dengan isu panas sekarang ni...thanks to khatib yang melaungkan nasib sebenar rakyat...
Satu lagi kisah yang diceritakan ialah cerita mengenai persiapan tentera islam dalam menentang tentera Tartar...iaitu sumber kewangan untuk mempersiapkan Mesir menghadapi peperangan. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki benteng, jambatan, membeli senjata dan peralatan perang serta bekalan makanan yang mencukupi untuk tentera dan rakyat jika Mesir dikepung oleh Tatar. Dalam keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi ketika itu, Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu setelah surat ancaman Hulagu sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa serangan Tatar akan datang pada bila-bila masa. Tatar sudah berada di sempadan Mesir.

Qutuz memanggil para pembesar negara lalu melakukan mesyuarat. Pilihan yang ada pada mereka adalah untuk mengutip duit dari rakyat jelata. Ia perlu dilakukan segera...

 Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata, Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:


“Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.”

Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz. Beliau memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa Mesir sebenarnya adalah negara yang kaya tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa itu menjadikan ianya miskin. Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh seluruh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Semua turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.
Lagi sekali..right on the dot...senyummmmmm..... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails