Iklan

25 October 2011

Terlayan la plak citer ni....

Mula-mula tengok citer ni...Tak de apa yang istimewanya...Just another malay story...tapi lepas episod yang kedua...Hmmm menarik gak citer ni... seronok tengok watak Aril yang ganas...Best giler...Agak2 tak puas hati je terus maki! Best betul ,puas hati....kalau la boleh buat macam tu...huhuhuhu...best gak...Eh sape ye mamat ni...jenuh duk pikir punya pikir laaaaaa ni Botak dalam citer JUVANA hari tu...padan la...dengan watak Aril ni...ok jom layannnnn.
Sinopsis Cinta Elysa Slot Lestary tv3
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan Botak Juvana yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama Elysa lakonan Fasha Sandha.
Jasman, yang merupakan bapa saudara kepada Aril ni sebelum dia meninggal dunia, mewasiatkan Aril supaya menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Jasman mahu Aril menjaga anak-anaknya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.
Watak Aril adalah seorang yang samseng dan dianggap pemuda bermasalah serta dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dibenci dia terpaksa menjalankan amanah dan tanggungjawab besar bapa saudaranya itu walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu saudaranya yang sentiasa ingin menjadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dalam diam, Aril menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh kerana cintanya yang kuat kepada Elisa, Aril masih tinggal di rumah tu walaupun dalam kebencian mak saudaranya setiap hari. Elysa pula, yang pada mulanya membenci Aril disebabkan kelakuan Aril yang samseng itu, namun lama kelamaan dia melihat diri sebenar Aril yang baik dan selalu melindunginya dari diganggu oleh lelaki lain. Sejak itu, berputiklah sayang Elysa terhadap Aril. LAYANNNNN.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails