Tarikh: 14.10.2011
Masa: 7:45 am
Lokasi: SMK Methodist
Perkara: LADAP Kali ke-3
Tajuk: Pengurusan STRESS
Sekali lagi terpaksa mengadap LADAP ni...boring pun ade ...al maklum la hari Sabtu...Banyak benda yang penceramah share dan antara yang berjaya menarik perhatian aku yang mengantuk ni ialah cerita ni
KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DI SAYANGI.........................
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di
antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang
yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih
sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu
buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.
Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar
kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang
PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa
balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang
paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang
paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang
paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh
ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah
berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak
mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang
berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang
lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu
tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik
dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment