Iklan

04 November 2011

Apakah keistimewaan itu?

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Bumi Arafah, satu-satunya bumi di dunia ini yang mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di mana-mana pun di tempat lain baik ?planet bumi ini mahu pun di bintang-bintang, di milky way, hatta di seluruh alam semesta ciptaan Allah SWT.  Apakah keistimewaan itu?

1.  Pada tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun, lebih tiga juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di situ dengan satu tekad, satu pakaian seragam, dan satu amalan, untuk menunaikan tuntutan rukun haji yang kedua iaitu berwukuf di Arafah. Tempuh berwukuf ialah dari masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Mereka perlu berada di situ paling singkat sekadar satu lahzah (satu detik), dan yang seafdalnya berada di sana pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan sebahagian malam 10 Zulhijjah. Tanpa berwukuf di Arafah maka tidak sahlah haji seseorang itu dan dia perlu melakukan semula hajinya pada tahun yang akan datang, sebab Nabi s.a.w. bersabda, "Haji itu adalah wukuf di Arafah."


2.  Pada hari wukuf  Allah SWT mengampunkan dosa umat-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "
Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali melakukan wukuf di Arafah." 


Aisyah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api neraka Jahanam daripada hari `Arafah. Pada hari itu Allah “menghampiri” dunia sebagai menunjukkan kebanggaanNya berfirman kepada malaikat-malaikat: “Apakah kehendak-kehendak hambaKu ini?” (HR. Muslim)

3.  Pada hari yang mulia itu Allah SWT memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umat yang sedang berwukuf di hadapan para malaikatNya.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عرفة فإن الله تبارك وتعالى يباهي بهم الملائكة فيقول انظروا إلى عبادي أتوني شعثا غبرا ضاحين من كل فج عميق أشهدكم أني قد غفرت لهم فتقول الملائكة إن فيهم فلانا مرهقا وفلانا قال يقول الله تعالى قد غفرت لهم.


Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Ketika datang hari Arafah maka Allah akan membanggakan kepada malaikat dan berfirman: " Wahai malaikat lihatlah hamba-hambaKu, mereka mendatangiKu dengan  rambut yang kusut masai, dan wajah yang berdebu, yang datang dari daerah yang jauh. Saksikanlah bahwa Aku lelah mengampuni dosa mereka." Kemudian malaikat berkata " disana terdapat orang-orang yang melakukan kesalahan" Rasulullah bersabda : Allah berfirman "Aku telah mengampuni mereka".
4. Pada hari wukuf, langit di bumi Arafah terbuka - bermakna doa orang yang berwukuf dimaqbulkan oleh Allah SWT.
Demi istimewanya hari wukuf di bumi Arafah ini, maka adalah sangat penting kita mengambil kesempatan untuk berdoa dengan mengharapkan keampunan dan maghfirah Allah SWT, serta memohon agar ibadah haji kita adalah haji yang mabrur sebab ketika kita berdoa di situ Allah SWT menyaksikannya dari dekat dan dibangga-banggakan-Nya kita di hadapan para malaikat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails