Iklan

25 October 2011

Terlayan la plak citer ni....

Mula-mula tengok citer ni...Tak de apa yang istimewanya...Just another malay story...tapi lepas episod yang kedua...Hmmm menarik gak citer ni... seronok tengok watak Aril yang ganas...Best giler...Agak2 tak puas hati je terus maki! Best betul ,puas hati....kalau la boleh buat macam tu...huhuhuhu...best gak...Eh sape ye mamat ni...jenuh duk pikir punya pikir laaaaaa ni Botak dalam citer JUVANA hari tu...padan la...dengan watak Aril ni...ok jom layannnnn.
Sinopsis Cinta Elysa Slot Lestary tv3
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan Botak Juvana yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama Elysa lakonan Fasha Sandha.
Jasman, yang merupakan bapa saudara kepada Aril ni sebelum dia meninggal dunia, mewasiatkan Aril supaya menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Jasman mahu Aril menjaga anak-anaknya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.
Watak Aril adalah seorang yang samseng dan dianggap pemuda bermasalah serta dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dibenci dia terpaksa menjalankan amanah dan tanggungjawab besar bapa saudaranya itu walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu saudaranya yang sentiasa ingin menjadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dalam diam, Aril menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh kerana cintanya yang kuat kepada Elisa, Aril masih tinggal di rumah tu walaupun dalam kebencian mak saudaranya setiap hari. Elysa pula, yang pada mulanya membenci Aril disebabkan kelakuan Aril yang samseng itu, namun lama kelamaan dia melihat diri sebenar Aril yang baik dan selalu melindunginya dari diganggu oleh lelaki lain. Sejak itu, berputiklah sayang Elysa terhadap Aril. LAYANNNNN.......

16 October 2011

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DI SAYANGI

Tarikh: 14.10.2011
Masa: 7:45 am
Lokasi: SMK Methodist
Perkara: LADAP Kali ke-3
Tajuk: Pengurusan STRESS
Sekali lagi terpaksa mengadap LADAP ni...boring pun ade ...al maklum la hari Sabtu...Banyak benda yang penceramah share dan antara yang berjaya menarik perhatian aku yang mengantuk ni ialah cerita ni


KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DI SAYANGI.........................
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

09 October 2011

Holy Haram's New Look, After Expansion by Year 2010


“Haram Mosque” refers to the mosques in Makkah and Madinah. The Saudi government has embarked on a major project that seeks to expand the area of the Haram Mosque in Makkah to accommodate millions more pilgrims. This project has been in works for the past few years and the design of the new mosque is a few steps closer to being finalized.


07 October 2011

Rezeki anak-anak

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.

59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

04 October 2011

Sekurang-kurangnye sampai juga dia kesana....kita?

 Macam-macam perkara dah berlaku...dan yang hebat adalah tahun lepas....rasenye kalau boleh ditimbang  kutukan dan sindiran yang di terima...aku rase bertan-tan dah ni...tapi itu le ketentuan Allah...yang sentiasa adil dalam semua perkara dan lebih bijaksana. Kurang di sini ...munglin lebihnya disana...
    Tapi itu la manusia....selagi bergelar insan memang tak kan lepas dari sifat pelupanya...Setiap perkara yang berlaku sepatutnya di ambil ikhtibar dan lebih baik kalau boleh di jadikan batu sempadan untuk melahirkan dan mendewasakan kita dalam menuju kearah yang lebih baik. Itu bagi manusia yang pandai menilai! tetapi bagi manusia yang tidak beberapa bijak dalam menjadikan sesuatu perkara sebagai sempadan untuk kebaikan ...maka ia akan terus kekal seperti mana sebelum sesuatu perkara itu berlaku.
Allah maha adil...kalau hati yang keras dan sukar dilentur sesama manusia....mungkin apabila berada hampir dengan-Nya nanti hati yang keras akan menjadi lembut ...Insyaallah...dan semoga hijrah yang dilakukan akaan membuka pintu hati yang keras agar lebih lembut untuk menerima setiap teguran orang dan yang lebih terbaik ialah berubah menjadi insan yang sentiasa di tagih oleh orang lain.
   Tapi kita yang sentiasa berada di sisi dan yang menjadi saksi ke atas segala kejadian ini tidak seharusnya terus menghukum...sebaliknya cubalah pujuk hati yang pernah disakiti....hati yang pernah ditikam dengan semua jenis perbuatan yang kita tak suka ini supaya berfikir ....."sekurang-kurangnye cukup juga hukum islam yang ke-5 untuk nya....." Kita? entah bila akan dijemput oleh Allah sebagai tetamuNya.
   Apa yang berlaku lebih baik kita lupakan dan bersama kita doakan semoga ...hati yang keras dan pemikiran yang gelap dapat berubah kepada sesuatu yang lebih baik....yang akhirnya akan membawa kebahagiaan untuk yang berhampiran dengannya dan juga untuk orang yang berada disekelilingnya nanti. Selamat Menjadi TETAMU ALLAH buat nya...Wallah waalam



01 October 2011

Kalah tapi puas....

National Robotic Competition:
Location: Stadium Titiwangsa, K.Lumpur
Date: 27/09/2011-29/09/2011

Alhamdulillah...berpeluang bersama kotinjen Perak ke Pertandingan ni bagi mewakili negeri. So sepanjang pertandingan ok je la walaupun tempat penginapan setaraf rumah tumpangan Ah Kao..(pinjam kata2 Mat Jan).
    Perjalanan bermula dari RNR Hulu Bernam...naik je bas tu...alamak ...The story begin.....Mak Aiii mana mim lam alif ya wau ni..kira punya kira laaa....3 orang je...aku, pegawai dari JPN En. Ramli Ngah...(Raja Kalut) dengan driver bas je...Haru ni...Apa lagi terpaksa pekak kan telinga je la...buat2 tidur sepanjang perjalanan...tak larat nak dengar depa dok cok ciak cok ciak kat belakang tu...dah dari tanjung malim pi KL tak le jauh sangat...sejam lebih je dah sampai...Habis punggah barang bas pun jalan...kami tanya Encik Ramli "Bas tu tak tunggu ke?" confident gila dia jawab "Nanti kita nak balik bas tu jemput la kita...29/9 ni"...Tengkorak ko...tak tau ke tempat pengninapan dengan tempat pertandingan adalah berbeza...so bas kena ade sepanjang pertandingan untuk angkut peserta dari tempat penginapan ke tempat pertandingan...HAH! Ye ke? dia tanya..Laaa baru tau ke?...Pass tu dia punya kalut dah start dah....kehulu ke hilio denga handset dia...call bas ...driver kata dia kat Rawang dah..tak leh patah balik sebab dah ade job dengan orang lain...HAH melompat orang tua tu...dok garu kepLaaaa....sian pulak aku tengok...Kalut sampai malam...bilik pun tak dak...adohai....aku ajak le dok dengan aku sementara dia dok kalut...akhirnya dapat gak dia bas...baru le maneh muka ...
   Tu bab bas belum lagi T-shirt kotinjen...bukak kotak tengok2...Laaa semua saiz XS....Chit...ni saiz budak sekolah rendah...HEHEHE...Raja Kalut gelak..tu je yang ade....kalau tak muat anggap je la tu souvenir...selamba je Encik Ramli tu cakap...Hampeh betui.. Jadik nye semua kotinjen Perak macam Bodybuilder....body fit dengan baju...Huhhh....
   Memang aku tak harap nak menang...sampai level ni pun dah syukur bebanyak...sebab SMK Methodist bawak 2 team...concentration more on the seniour team....BoooooMMMMM....berkat usaha kumpulan seniour muncul CHAMPION!...huhuhuhuhuhuh berbaloi....tapi nye depa je la pi Abu DHabi....No hal lah...janji puas!Tak Balik dengan tangan kosong....tapi aku aku bengang gak dengan pemenang lain...terutama untuk kelas sekolah rendah...Projek depa Mak Aiii ...langsung tak masuk akai...budak tahun 4 dengan tahun 5 yang buat...very complicated...dan ade yang cerita ...depa bayar orang lain untuk buat projek tu...bukan cikgu , bukan budak yang buat...budak cume present je...yang nak buat sakit hati tu...belum keputusan umum lagi parent depa dah sibuk tempah tiket untuk ikut anak2 depa pi Abu Dhabi...yang menengah  Rendah ...pemenang plak Bapak dia yang buat...mak aiii ni lagi satu projek yang tak masuk akai..tak kan budak ade masa nak buat projek macam ni....Ye la depa ade duit nak buat cane...kami punya sekolah tu projek memang student yang buat..parent support duit beli barang...pasang banner ..logik la...
    Terima kasih kat Mat Jan...bawak aku lepak2....Pejai...dan errrhhhh cokia...yang sanggup turun lepak sekali...so balik le kami pass tu..dan sekali lagi aku buat2 tido dalam bas....sampai Tanjung malim...Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails