Iklan

28 January 2011

Kasihanilah Kami Orang Lelaki

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
Kasihanilah kami.hehehe

Ramai ummah alpa keberkatan Jumaat

Posted by: nurjeehan in Motivasi, Tazkirah
Oleh Masmawi Abdullah


Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari

MUTAKHIR ini ramai di kalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan Jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat Islam mendirikan fardu Jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat sudah hampir tiba.

Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf hadapan, membaca al-Quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal.
Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, Jumaat (waktu rehat) selalunya digunakan untuk membeli belah, bukannya mengadakan kuliah atau mengikuti khutbah di televisyen.
Fenomena ini menunjukkan kita sudah semakin lupa dengan kelebihan dan keberkatan yang ada pada Jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya:
  • Pada Jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam (manusia pertama).
  • Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram.
  • Pada Jumaat akan berlakunya kiamat.
  • Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan Baginda berkata: Padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat).” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari Jumaat, di mana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkan itu.

Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.
Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Daripada Abu Al-Asya’ari, ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar, sampai ia salam daripada solat.” – (Hadis riwayat Muslim)
Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada di atas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.

Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah, mentaati titah perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah, memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah.

Khatib pula perlu lebih bersedia sebelum berkhutbah dengan membuat semakan terhadap teks yang disediakan. Khatib juga perlu membuat rujukan dan pembacaan tambahan supaya khutbah yang disampaikan benar-benar menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk di masjid berjam-jam, sehingga kadangkala kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) di biarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

Oleh itu, datanglah seberapa awal ke masjid untuk memenuhi saf hadapan dan segeralah pulang apabila solat atau doa selesai agar segala urusan dapat dibereskan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, apabila kamu diseru untuk mengerjakan fardu Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli.” – (Surah al-Jum’ah, ayat 9)

26 January 2011

SELAMAT BERSARA KEPADA TN. HAJI MOHD ROSLAN BIN JAMIL

Guru O Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, 
guruku Budi yang di apungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


OLEH: USMAN AWANG 1979

Empat jenis lelaki yang akan diheret ke neraka oleh wanita

"Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.




Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam
diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak
silap


Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Wassalam.

21 January 2011

Mimpi Rasulullah


Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

  1. Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh KETAATANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh KESAN WUDUKNYA
  3. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh BERKAT ZIKRULLAH.
  4. Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul SOLATNYA serta melepaskannya dari azab tersebut.
  5. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang PUASANYA serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
  6. Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
  7. Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.
  8. Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA seraya menyeru orang-orang itu, katanya:"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
  9. Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
  10. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
  11. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
  12. Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
  13. Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
  14. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
  15. Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
  16. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
  17. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
  18. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
  19. Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."
  20. Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."

19 January 2011

Stok Ubatan di Gaza Meruncing

Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5077
RAMALLAH, 17 Jan – Jabatan Kesihatan pihak Berkuasa Palestin (PA) mengatakan pada Ahad (16/1) telah menghantar dua buah lori yang sarat dengan muatan ubat-ubatan ke Jalur Gaza.
Ubat ini dihantar dari gudang di Ramallah dan Nablus dan akan diedarkan ke hospital di Gaza pada Isnin, kata kementerian PA.
Jurucakap jabatan berkenaan, Omar An-Nasser mengatakan sejumlah 2,500 kotak mengandungi cecair dialisis dan keperluan ubatan yang lain telah dihantar yang dipantau oleh Palang Merah Antarabangsa bagi memudahkan pemindahan.
Sementara itu, di Ramallah, menteri berkenaan telah mengadakan kordinasi dengan para pegawai Mesir untuk memindahkan peralatan perubatan baru ke hospital Khan Younis, kata Omar An-Nasser.
Medhat Abbas, Ketua Pengarah Kompleks Perubatan As-Shifa di bandar Gaza, mengatakan pada Ahad (16/1) bahawa sektor kesihatan di Gaza berada amat meruncing akibat kekurangan bekalan perubatan. (mna)

16 January 2011

Bercakaplah Mengikut Analisis Bukan Hipotesis


Mengikut sistem pendidikan di Malaysia, setiap pelajar yang mendaftarkan dirinya kesekolah ,maka mereka wajib mengambil atau dengan lebih tepat belajar subjek sains. Dulu waktu aku sekolah , subjek sains diajar oleh cikgu Zamzuri. Waktu itu darjah 6.Kawan sebelah aku masa tu namanya hafizah.Kami berdua duduk di tempat duduk paling belakang dan depan kami pula ialah Halil. Waktu itu cikgu sains aku memang paling suka suruh aku duduk depan sekali. Setiap kali dia masuk,dia nak aku tukar tempat duduk dengan Asri.Jadi aku akan duduk depan sekali. Semuanya gara-gara hafizah yang kuat bercakap,yang jadi mangsanya ialah aku. Mungkin aku tinggi ,jadi matanya hanya mampu menangkap wajahku.oh! Aku masih ingat bilamana,setiap kali dia minta aku buat latihan , antaranya mestilah berkaitan dengan analisis dan hipotesis. 

Dan lagi sekali malapetaka akan berlaku bila aku tak dapat jawab soalan yang cikgu Zam beri. Berdiri atas kerusi sampai kelas habis atau lain-lain denda. BEZANYA MUNGKIN HANYA AWAL DAN AKHIR Bercakap mengenai hipotesis dan analisis ,saya merasakan bahawa pembaca pasti dapat memahami apa yang dimaksudkan .Mudah sahaja , hipotesis biasanya akan dibuat sebelum sesuatu perkara mahupun ujikaji dilakukan.Amat berlainan dengan Hipotesis yang mana setelah sesuatu perkara dijalankan ,maka antara perkara terakhir yang harus dilakukan ialah menganalisis keputusan awal untuk mendapatkan keputusan akhir. Ya,bezanya mungkin sekadar ’AWAL ’dan ’AKHIR’.Tapi sedarkah kita,dengan perbezaan kecil ini akan melahirkan satu impak negatif yang memudaratkan pelbagai pihak. 

Saya sedaya upaya cuba untuk mengaitkan dua kata kunci ini terus kedalam kehidupan seharian kita selaku manusia.Mungkin agak mudah difahami.Apabila sesuatu khabar angin disebarkan , pada kebiasaannya kita akan terus mengambilnya bulat-bulat dan lebih teruk lagi apabila ,kita bukan sahaja mengambil hipotesis2x yang disampaikan,tetapi juga menyebarkannya tanpa melakukan sebarang analisis. APA KATA QURAN DAN HADIS? Berkaitan masalah ini , Allah telah menggariskan titik panduan bagi manusia menyelesaikan masalah ini ,berbunyi... Al hujurat ,ayat 6 Wahai orang-orang yang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita ,maka telitilah kebenarannya ,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan)yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu. 

Jadi disini ,bercakap berdasarkan analisis amat dituntut oleh islam.Ia bukan sahaja melibatkan diri kita sendiri,bahkan berkait rapat dengan pihak kedua.Yang lebih mudah kita sebut sebagai mangsa Dari Abu Muhammad ,iaitu Al Hasan bin Ali bin Abu thalib radiallahu anhuma , katanya : Saya menghafal sabda dari Rasulullah s.a.w iaitu :Tinggalkan apa yang menyangsikan hatimu,yakni jangan terus dilakukan dan berpindahlah kepada apa yang tidak menyangsikan hatimu,yakni yang hatimu tenang melakukannya.Maka sesungguhnya bersikap benar itu adalah ketenangan dan berdusta itu menyebabkan timbulnya kesangsian. Hadis riwayat Tirmidzi dan diklasifikasikan sahih Apabila hal ini berlaku dan membarah kedalam masyarakat,ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita ubati.Menyampaikan sesuatu berita yang palsu bukanlah sifat muslim yang sebenar.Akhlak islamiah ini perlulah kita semai untuk mengelakkan ianya menjadi sebati dengan diri kita.

14 January 2011

PERANAN UMAT ISLAM DAN ULAMA’ DALAM PEMBANGUNAN



PERANAN UMAT ISLAM DALAM PEMBANGUNAN
Apabila kita memperkatakan tentang pembangunan negara, secara automatik kita akan terfikir kepada mayarakat dan juga kepimpinannya. Meskipun kepimpinan merupakan tunjang kepada pembangunan sesebuah negara, namun kita tidak boleh memperkecilkan tanggungjawab dan peranan umat Islam yang bermastautin dalam sesebuah negara Islam itu sendiri. Peranan dan tugas mereka cukup besar. Ini kerana tanpa sumbangan mereka, pembangunan yang ingin dimiliki tidak akan menjadi kenyataan. Umat Islam adalah aset penting dalam membangunkan sesebuah negara Islam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran.
Rasulullah s.a.w dalam usahanya menegakkan negara Islam di Madinah iaitu selepas hijrah, Baginda telah membina tapak yang teguh bagi negara Islam dan mewujudkan tiga bentuk hubungan yang penting iaitu:

    1. Hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    2. Hubungan sesama umat Islam.
    3. Hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam.
Berdasarkan hubungan yang telah direncanakan oleh Rasulullah s.a.w tersebut, jelas bahawa selain dari hubungan dengan Allah, hubungan sesama umat Islam juga menjadi asas utama dalam pembentukan sebuah negara Islam. Hubungan tersebut menjadi satu ikatan yang boleh memperkuatkan lagi benteng yang telah dibina. Ini penting untuk mempertahankan negara dan agama Islam dari di ancam dan dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang sudah pasti tidak senang apabila melihat Islam membangun dan kuat. Allah s.w.t telah berfirman:
"Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah"
(Surah Ali Imran: 103)
Umat Islam adalah merupakan pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara Islam. Tidak kiralah dari golongan dan pangkat apa sekali pun. Setiap individu dalam masyarakat Islam itu mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Di antara tanggungjawab yang dimaksudkan di sini ialah tanggungjawab dalam memberi sumbangan kepada proses pembangunan dalam apa bentuk sekalipun, samada dari segi fizikal, material ataupun intelektual. Sebagai contoh, golongan intelek atau cendekiawan boleh menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk membentuk pembangunan selain dari ilmu untuk tatapan golongan lain bagi memandu ke arah kehidupan yang sempurna di dunia dan juga di akhirat.
Untuk menuju ke arah pembangunan mengikut ajaran Islam, setiap individu muslim dalam masyarakat Islam itu sendiri perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia. Jika diri setiap individu telah dipenuhi dengan akhlak yang baik maka secara totalnya perhubungan sesama manusia akan menjadi baik. Secara automatik setiap umat Islam akan tahu tanggungjawab mereka kepada ibu-bapa, saudara-maranya, jiran tetangganya dan lain-lain lagi. Seterusnya akan membentuk sikap suka menolong orang, cinta kepada Allah, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Seandainya perkembangan akhlak telah baik maka perhubungan persaudaraan juga menjadi baik. Maka keadaan sesebuah negara akan juga menjadi baik dan sempurna. Ini akan membawa ke arah kesejahteraan negara dan kepesatan pembangunan bagi tujuan membina negara maju mengikut acuan Islam yang sempurna.
Dalam pembentukan umat Islam yang berjaya dan sekaligus membantu kearah pembangunan, selain individu seperti mana yang telah dibincangkan tadi, institusi keluarga juga memainkan peranan penting. Keluarga merupakan institusi kecil yang akan menunjangi atau yang akan mencorak sesebuah masyarakat Islam. Di antara ciri-ciri keluarga yang digariskan oleh Islam ialah:
    1. Keluarga yang sihat, dinamik, cergas dan mampu melahirkan insan yang bersih rohani dan jasmaninya.
    2. Keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai agama dalam semua aspek kehidupan.
Di sini dapat kita lihat bahawa setiap umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing bagi membentuk keluarga yang cemerlang tidak kiralah anak, ibu mahupun bapa. Jika mengikut prinsip etika keluarga, tanggungjawab adalah secara menyeluruh diletakkan di atas bahu ketua keluarga iaitu bapa, tetapi lebih baik sekiranya setiap individu dalam keluarga itu memegang dan memahami tanggungjawab masing-masing agar bebanan yang dipikul oleh bapa menjadi ringan sedikit.
Apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam mempunyai peranan tersendiri yang mana Islam lebih menitikberatkan pembangunan rohani sebelum menuju kepada pembangunan material. Pembangunan material akan lebih sempurna dan efektif sekiranya akhlak dan kerohanian setiap umat Islam mampan. Ini termasuklah pemahaman segala aspek yang dipentingkan oleh Islam dalam membentuk negara Islam yang membangun contohnya seperti memahami politik yang berteraskan Islam, perniagaan, perbankan, ekonomi, pentadbiran, sosial, pendidikan, kebudayaan, perlembagaan, undang-undang dan sebagainya.



PERANAN ULAMA’ DALAM PEMBANGUNAN
Di dalam masyarakat Islam, peranan ulama’ adalah luas dan ulama’ merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membawa sesebuah masyarakat Islam dan negara ke destinasi yang diredhai oleh Allah dalam usaha membangunkan tamadun Islam. Jika kita lihat definisi ulama’ itu sendiri dari segi bahasa adalah kata nama jamak (jam’u) bagi alim yang diambil daripada kata kerja (fi’l) bahasa Arab Alima Ya’lamu ertinya tahu atau mengetahui. Jadi alim itu ialah orang tahu dan ulama’ ialah orang-orang yang tahu. Sudah menjadi kebiasaan dan sudah sebati kepada orang Melayu Islam menggunakan perkataan ulama’ dalam bentuk jamak (plural) untuk pengertian alim iaitu seorang yang mengetahui tentang selok-belok agama.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang mengandungi pengertian bahawa ulama’ itu adalah orang-orang yang mengetahui darihal agama. Di antara ayat-ayat yang dimaksudkan itu ialah:
"Maka hendaklah kamu bertanya ahli dhikr (ahli-ahli kitab yang terdahulu) sekiranya kamu tidak tahu"
(Surah an-Nahl: 43)
"Dan contoh-contoh itu Kami (Allah) bawakan kepada manusia dan tidak (ada orang yang) mengetahuinya melainkan orang-orang alim"
(Surah al-Ankabut: 43)
" Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang tahu dan tidak tahu? Demi sesungguhnya orang-orang yang (sentiasa) ingat (kepada Allah) ialah orang yang mempunyai akal (berilmu)"
(Surah az-Sumar: 9)
Islam bukannya agama yang beku tetapi dinamik, cuma pengamalnya saja yang membekukan diri. Kekeliruan ummah dalam perpecahan umat Islam akan terus berlaku dan bertambah tenat sekiranya institusi agama tidak membetulkan diri mereka terlebih dahulu tidak kira institusi itu milik siapa dan di mana. Ulama’ mestilah ikhlas, amanah dan berani berhadapan dengan pendapat dan penemuan baru yang kadangkala begitu mencabar keimanan seseorang Islam. Tugas seorang ulama’ bukanlah terhad untuk berdebat soal halal-haram tetapi yang lebih penting ialah menyebarkan ilmu agama kepada seluruh umat dan memberitahu apakah fungsi sebenar ulama’ mengikut ajaran Islam. Islam bukanlah agama eksklusif untuk sesuatu golongan tetapi milik semua insan.
Bijak pandai agama sedar bahawa bertaqwa kepada Allah s.w.t bukan sekadar sembahyang, membayar zakat dan berwirid. Bagaimanapun dalam majlis-majlis agama hanya soal ini sahaja yang sering dilaung-laungkan. Soal perniagaan, pengurusan dan sebagainya jarang disentuh, seolah-olah umat Islam tidak perlu berlumba-lumba mencari kemajuan dunia langsung.
"Demi sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya adalah orang-orang alim"
(Surah Fatir: 28)
Sesungguhnya fardu kifayah bukanlah sekadar solat orang mati sahaja. Berniaga, menjadi guru, doktor, tentera, ahli sains dan bidang-bidang lain juga adalah fardu kifayah yang termasuk dalam amalan kepada Allah s.w.t. Walaupun iman atau khatib tidak arif tentang perniagaan, tidaklah bermakna mereka tidak boleh menyeru makmumnya bergiat dalam perniagaan.
Ulama’ dan cendekiawan Islam mestilah bangun menyedarkan seluruh umat Islam akan tanggungjawab dan peranan mereka di muka bumi ini. Malangnya kerana kekeliruan dan penekanan agama yang sempit, umat Islam sekadar menjadi pengguna kepada teknologi yang dicipta oleh bangsa yang beragama lain.
Untuk mendapat hidayah dari Allah s.w.t umat Islam mestilah beriman dan berilmu. Oleh yang demikian tanggungjawab para ulama’ Islam dalam untuk perlaksanaan negara Islam yang membangun ialah mengisi dan menyerapkan nilai kejujuran yang menjadi sebahagian daripada perencanaan pembentukan peribadi umat Islam. Pembangunan dalam usaha melahirkan masyarakat perniagaan dan perindustrian akan lebih cepat tercapai sekiranya mereka di institusi agama turut memainkan peranan sebagai pendorong kemajuan. Barangkali perlu juga semua imam, khatib dan tok-tok guru dihantar untuk didedahkan kepada pengetahuan sains dan teknologi agar dapat diserapkan dalam pengajarannya kelak.
Penerapan Islam tidak seharusnya difahami atau digambarkan dalam bentuk yang negatif yang hanya melahirkan simbol-simbol yang tidak bererti bagi pembangunan masyarakat Islam berasaskan sains dan teknologi moden yang membawa kepada pembangunan industri canggih dan dijiwai serta diwarnai oleh nilai-nilai Islam. Kemajuan yang dicita-citakan ialah suatu masyarakat industri moden yang mempunyai jati diri yang murni dan serasi dengan Islam. Para ulama’ perlulah menerapkan nilai-nilai ini ke atas jiwa masyarakat Islam agar tercapai maksud dan tujuan Islam sepenuhnya.

09 January 2011

Kerana Islam, Kita Dikatakan KOLOT!

Kerana Islam, Kita Dikatakan KOLOT!
www.iluvislam.com
Dihantar oleh : Az-Zahratul Hilwa
Editor : Raidah

Bismillahhirrahmanirrahim…
As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.


Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.


Syukran.


Babak 1.

Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la.  Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”

 
******
Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang 

terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir,  dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.


“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman  kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256
 
 
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah  Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
  Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;” 
Al Qashash ayat 16


“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, 
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132   

 
 
Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?

 
Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.


Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!

05 January 2011

Konflik Palestin-Israel, Siapa Sebenarnya Yang Mahukan Keamanan

Posted on IrwanAffendi on December 24, 2010
Sungguhpun terdapat jauhnya perbezaan antara apa yang bakal dilepaskan Israel dan apa yang apa yang bakal diterima pihak berkuasa Palestin sebagai asas perdamaian konflik, pemimpin-pemimpin negara lain terutamanya Washington terus melakukan usaha-usaha untuk membawa proses rundingan kembali ke titik mula.
Tidak cukupkah lagi tanda keengganan Israel mematuhi perjanjian pemberhentian pembinaan kawasan penempatan haram untuk hanya 90 hari sehinggakan mereka dijanjikan tawaran-tawaran menarik oleh pentadbiran Obama (20 jet pejuang F-35 yang boleh digunakan untuk menyerang Iran; jaminan dari Amerika untuk memveto mana-mana usaha Keselamatan untuk memperakui negara Palestin; dan jaminan bahawa Israel tak perlu lagi memberhentikan pembinaan penempatan haramnya).
Ini seolah-olah meminta seorang perompak tegar yang bersenjata untuk berhenti merompak beberapa buah bank selama 3 bulan dengan jaminan akan dibayar sejumlah wang yang besar sebagai ‘ganti’.
Keadilan haruslah dilihat dari sudut memenuhi hak-hak rakyat Palestin yang sekian lama dinafikan, terutamanya hak untuk hidup dengan kesungguhan yang sekian lama cuba dihancurkan.
Pembahagian Palestin Bersejarah yang berterusan
Penerimaan ‘paksa’ Palestin terhadap persempadanan 1967 (disahkan oleh PLO pada 1988) yang sekadar merangkumi 22% daripada tanah bersejarah Palestin – hanya separuh daripada apa yang ditawarkan PBB pada 1947 hakikatnya telah ditentang oleh seluruh rakyat Palestin dan negara-negara jirannya. Proses persempadanan yang tidak pernah dibincangkan ini disifatkan sebagai helah penjajahan yang akan memberi kesan besar kepada populasi asal Palestin.
Jika dikenang kembali, penerimaan Palestin terhadap persempadanan tahun 1967 adalah petanda kejemuan kepada rundingan-rundingan yang hakikatnya tidak pernah dipenuhi oleh Israel dan Amerika, menguatkan lagi keraguan terhadap komitmen mereka untuk menghentikan konflik ini secara diplomatik.
Kejijikan tindakan kedua-dua negara ini tidak terhenti di situ. Bukan sahaja Amerika gagal mengecam Israel atas keengganannya untuk menunjukkan walau secebis kerjasama ke arah pelan keamanan, malah mereka sekadar mengumumkan yang Amerika tidak akan lagi memujuk Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan haram baru, dan akan meneruskan siri rundingan tanpa meletakkan apa-apa syarat. Jelas sekali ini akan menyebabkan peluasan kawasan penempatan haram dan pembersihan etnik akan terus berlaku tanpa tentangan.
EU: Bersuara terhadap isu penempatan haram tetapi membisu tentang pembinaan negara
Tindakan ini juga nampaknya sukar dilakukan oleh EU yang sememangnya pasif dalam isu Palestin. Beberapa hari dulu mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU bertempat di Brussel mengeluarkan kenyataan menegaskan agar semua aktiviti pembinaan penempatan haram Israel dihentikan dan blockade Gaza ditamatkan dengan membuka kesemua sempadan untuk bantuan kemanusiaan dan barangan komersial serta pergerakan keluar dan masuk manusia. Kenyataan EU tersebut adalah sangat bersesuaian : “Pandangan kami tentang pembinaan penempatan, termasuk di kawasan Timur Jerusalem adalah jelas : ia adalah salah di sisi undang-undang dan penghalang untuk keamanan.”
Namun begitu, yang dikesalkan, tiada kenyataan yang dikeluarkan EU berkenaan pengiktirafan negara Palestin sekaligus menyebabkan hilangnya peluang untuk memperkukuh langkah diplomatik Brazil, Argentina dan Uruguay yang menyokong penubuhan negara Palestin yang berdaulat merangkumi sempadan yang ditetapkan pada 1967.
Sungguhpun begitu, EU tetap menjarakkan dirinya dari Washington, meninggalkan Amerika berseorangan dalam menzahirkan sokongan terhadap Israel. Dengan menafikan kerjasama diplomatik dengan Turki setelah melakukan jenayah serangan terhadap Flotilla Keamanan yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza, Israel mengesahkan status samsengnya di mata dunia.
Di sebalik gelapnya muslihat dan penipuan Israel, rakyat Palestin yang terjajah dan jutaan pelarian melalui hidup dengan kepayahan sambil dunia melihat dan menunggu, seolah-olah putus harapan.
Wakil Amerika dalam menangani konflik ini, George Mitchell, mengulangi bahawa objektif rundingan adalah bagi mencapai “wujudnya sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat..wujud beriringan dengan Israel”. Kecelaruan objektif ini dapat dilihat dengan jelas. Bagaimana mungkin tertegaknya sebuah negara Palestin yang berdaulat apabila pentadbiran Amerika terus merestui tindakan Israel untuk melakukan “pembangunan berterusan” (kata muslihat untuk pembinaan penempatan haram, rampasan tanah, tembok kematian, pembersihan kaum, rampasan Jerusalem) dinyatakan sebagai hasil rundingan?
“Keamanan” jenis apakah yang sedang dirancangkan jika kawasan sempadan Palestin masih lagi dikawal oleh pihak berkuasa Israel dan Palestin yang tidak mempunyai pasukan ketenteraan akan hidup bersebelahan dengan Israel yang nyata mempunyai kekuatan ketenteraan yang tinggi? Jelas Amerika sedang bermain dengan nyawa, namun media arus utama sekadar memandang isu ini dengan sebelah mata.
Nilai Retrospeksi
Pertimbangan ini mengabaikan beberapa aspek yang bermasalah dalam kerangka semasa isu ini. Pentadbiran Netanyahu meminta pengiktirafan Israel sebagai “negara Yahudi”, yang jelas tidak mengambil kira hak minoriti sejumlah 1.5 juta orang atau kira-kira 20% daripada populasi keseluruhan rakyat rakyat Palestin di Israel pra-1967 untuk hidup sebagai rakyat yang bermaruah dan tanpa diskriminasi.
Sejarah adakalanya amat berguna. Perlu diketahui bahkan Deklarasi Balfour yang dianjurkan oleh Britain hanya menjanjikan gerakan Zionis sebuah “tanah untuk kembali”, dan bukan sebuah negara yang berdaulat. Hasil daripada peperangan, muslihat geopolitik dan propaganda halus yang dijalankan, kefahaman dunia telah dialihkan kepada membenarkan sebuah tanah untuk kembali dijadikan sebuah negara berdaulat yang mendatangkan kesan yang sangat memudaratkan kepada penduduk asal.
Dalam hal ini, tindakan Hamas yang menolak pengiktirafan terhadap negara Israel dan bersetuju dengan penubuhan negara berdaulat Palestin melalui persempadanan 1967 adalah satu usaha yang amat bersesuaian dalam menidakkan kedaulatan Israel dan mengelak dari terperangkap dalam kacau bilau politik. Mengharap lebih dari itu mungkin akan menambah parah kepada keadaan rakyat Palestin.
Yang pasti, perjuangan rakyat Palestin tidak boleh dilihat dari kaca mata luar yang tidak memahami. Pihak yang mengharapkan Washington untuk menyelesaikan masalah ini, sungguhpun telah nyata sikap berat sebelah yang ditunjukkan, telah dikelirukan dengan parah. Malah, Hillary Clinton sendiri mengesahkan sendiri perkara ini beberapa hari lalu.
Apa yang nyata kini ialah kedua-dua PA dan Hamas nampaknya setuju untuk menerima penubuhan sebuah negara sendiri berdasarkan persempadanan 1967, yang telahpun ditetapkan dalam Resolusi Keselamatan 242, sebuah dokumen yang sepatutnya mengandungi persetujuan antarabangsa yang berterusan. Dari segi pelaksanaannya, percanggahan jelas dapat dilihat dari projek “pembangunan berterusan” yang dijalankan oleh Israel, sebuah usaha rampasan tanah besar-besaran yang terus menidakkan prospek rakyat Palestin memperoleh negara mereka sendiri.
Diplomasi tanpa kewarasan
Ramai Yahudi di luar Palestin yang meragui sama ada penubuhan dua negara boleh dicapai. Sebaliknya,  mereka mengharapkan tertubuhnya sebuah negara demokratik sekular yang dihuni 2 bangsa, memenuhi perjanjian asal Palestin, dan mempunyai kuasa tunggal dalam menentukan idea demokrasi, hak asasi manusia dan memenuhi tuntutan-tuntutan pelarian Palestin yang sekian lama tertangguh.
Perkembangan geopolitik nampaknya perlahan dan tidak ke mana. Kini isu keselamatan telah diselewengkan oleh diplomat Amerika di rantau ini untuk meneruskan siri rundingan antara kedua-dua belah pihak berkenaan “isu-isu penting” (persempadanan, tetapan keselamatan, Jerusalem, penempatan haram, pelarian, hubungan dengan negara jiran).
Sementara ketidakwarasan ini berterusan, beberapa isu terus meningkat dengan mendadak; pertambahan pembinaan penempatan haram dengan kadar yang mengejutkan, pertambahan segmen baru tembok kematian, peningkatan kes pembersihan kaum di Jerusalem Timur, pengukuhan amalan apartheid di Tebing Barat, survival hidup rakyat di Gaza yang semakin meruncing dan terpenjara serta isu pelarian yang tidak berkesudahan.
Netanyahu memberi amaran keras bahawa; Jerusalem adalah ibu negara Israel, tiada seorang pelarian Palestin pun akan diizinkan pulang, Israel adalah sebuah negara Yahudi, dan apa jua yang dilabel Tel Aviv sebagai “isu keselamatan” tak akan dirunding sama sekali. Melihatkan situasi ini yang digabung bersama ketidakseimbangan kuasa kedua-dua belah pihak dan peranan berat sebelah dimainkan Amerika, siapa lagi yang akan percaya keamanan akan muncul dari proses diplomatik geopolitik yang penuh kecacatan ini?
Bukankah lebih baik ketika ini untuk bergantung kepada Gerakan Solidariti Palestin yang kian mantap, keamanan dari akar umbi dan kejayaan dalam mengisytiharkan Perang Ketelusan menentang Israel, yang dilihat para pemimpin dan pemikirnya sebagai ancaman yang lebih berbahaya daripada penentangan bersenjata untuk mencapai cita-cita kotornya?
Richard Falk adalah Professor Emeritus Albert G. Milbank dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa di Universiti Princeton dan Profesor Pelawat Kehormat dalam bidang Kajian Antarabangsa dan Global di Universiti California, Santa Barbara. Beliau telah menulis dan menyunting pelbagai penerbitan selama tempoh 5 dekad dan yang terkini sedang menyunting naskhah International Law and the Third World: Reshaping Justice (Routledge, 2008).
Beliau kini berada dalam tahun ketiga dari perkhidmatan selama 6 tahun sebagai Perekod Khas untuk hak asasi Palestin di PBB.
Diterjemahkan oleh: Saudara Irwan Affendi Md Naim (Tim Editorial HALUANPalestin)

03 January 2011

Muhasabah Diri Melalui AZAN

Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.

Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.

Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?

Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?

Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?

Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya?

Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara?

Mari kita berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.
 
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar 
Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar"ni menunjukkan betapa Agungnya ALLAH SWT, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah. Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.

Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH.

Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?
 
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH"ini memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah saw. Mengingatkan kita betapa Nabi Muhammad saw. itu sebenar-benarnya utusan dan kekasih ALLAH SWT.

Selepas solat sebaiknya berselawatlah kepada Rasul Junjungan kita dan para keluarga mahupun sahabat Baginda saw..

Pengorbanan dan akhlak Nabi saw. menjadi contoh bagi sekalian umat. Betapa sayangnya Nabi pada umat Baginda sehingga nafas terakhirnya diakhiri dengan kalimah "ummati..ummati..".

Syafaatnya antara rahmat yang diberi pada umatnya. Lantas ringankanlah diri berselawat kepadanya. Cinta kita pada Baginda saw. masih tidak setanding cinta Baginda saw. pada kita.

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Marilah mendirikan solat

Sebutan dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Marilah mendirikan solat" adalah mengajak untuk menunaikan solat.

Sebaiknya solat itu adalah solat berjemaah. Solat adalah penghubung seorang hamba dengan Tuhannya.

Sudah ditetapkan ada lima waktu solat fardhu perlu ditunaikan. Seandainya kita mengelak dengan pelbagai alasan  sekalipun ia tetap dikira sebagai 'hutang' di sisi ALLAH.

Kita sebagai hamba perlu melunaskan kewajipan sebelum ALLAH swt. melunaskan untuk kita (Azab Neraka).

Bilakah agaknya kita betul-betul bersedia untuk menunaikan solat dengan sempurna?

Adakah kita mempunyai waktu yang cukup untuk menggantikan segala solat yang telah tertinggal?

Sesungguhnya hari ini tidak akan sama dengan semalam dan jauh berbeza dengan esok. Tidak sama pagi yang ada matahari dan malam yang bertemankan bulan.

Lalu solatlah diawal waktu dan gantikanlah solat yang telah tertinggal.

Marilah menuju kejayaan
Marilah menuju kejayaan


Sebutan dua kali "Marilah menuju kejayaan" yang sama banyak dengan panggilan solat.

Sesungguhnya orang yang menang dan berjaya di sisi ALLAH ialah orang yang tetap mengerjakan solat dengan hati yang khusyuk.

Ini juga menunjukkan Islam menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan yang pasti bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.

Kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sahaja dari berapa banyak harta kita, tetapi betapa kita menjagaNya di hati kita dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sebaik-baiknya tinggalkan dahulu kerja mencari harta untuk dunia untuk mengerjakan solat sebagai bekalan di akhirat sana sejurus sahaja seruan azan dilaungkan.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
Tiada Tuhan selain ALLAH

Kita diingatkan kita sekali lagi betapa besar dan agungnya ALLAH SWT. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH. Manusia itu mudah lupa dan lemah, tetapi ALLAH itulah sumber kekuatan kita.

Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan cela.

Kalaulah diri mudah mengikut ajakan teman-teman walaupun pujukan tanpa sebarang alat pembesar. Kenapa azan yang dilaungkan dengan lantang langsung tidak terendah oleh akal dan fikiran apalagi jasad?

Walhal, Syaitan sekalipun akan berlari bertempiaran tatkala terdengar laungan azan menunjukkan betapa azan ini mampu memberi rasa GENTAR pada syaitan.

Adakah kita ingin menjadi lebih teruk daripada makhluk tersebut, tiadakah rasa gentar dan takut dalam hati kita tatkala nama ALLAH dilaungkan?

Ingatlah, selagi kita terdengar kalimah ALLAH dari azan yang dilaungkan, persiapkan diri untuk solat.

Kerana kita tidak tahu sampai bilakah lagi laungan ini akan kedengaran di cuping telinga.

Andai panggilan menghadapNya sudah tiba, sudah tentu kita tidak mampu menangguhkannya apalagi mengelak.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails