Iklan

17 June 2008

Kenduri Kahwin Anak Pak Mus

15.06.08 Kami pergi kenduri anak Pak Mustapa....PAR kat sekolah aku. yang kahwin ialah anak perempuan dia. Anak perempuan dia ni kembar...jadi dia buat serentak pada hari yang sama. Kami pergi bukan untuk makan je tapi nak bagi peluang kat adek untuk melaram baju kurung baru yang umie belikan semalam...dari beli sampai malam pakai...esoknya umie basuh...pukul 12.00pm pakai balik sebab nak pergi kenduri Pak Mus.
Kakak pun sama jugak pakai baju kurung tu jugak. Masa nak balik tu kebetulan pengantin lelaki sampai.Kakak pun tengok le pengantin....AIKK KENAPA PENGANTINNYE DUA-DUA LELAKI? Susah betul nak jawab.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails