Iklan
30 May 2008
General Election 2008
Kali ni kalau tak silap aku dah 3 kali aku mengundi...bangganya aku...Aku mengundi kat FELDA Trolak Utara.
Kira aku ni okey gak la....tak macam sesetengah orang tu ...kalau bercakap pasai politik PEH! dahsyat rase macam semua dia cakap tu betoi je...aku ni pun dah rase apa yang dia cakap tu betoi angguk je la....kira okey gak mamat ni ...luas pengetahuan dia pasai politik ni...tak macam aku...elegik le pasai politik ni..entah hapa2...Tapi bila tiba masa mengundi.... tak pi pun mengundi (La tak daftar dengan SPR rupenye mamat ni....) Kalau macam tu buat ape sembang pasai pilihanraya....kalau tak mengundi , MANGKUK HANGIT betoi rase respect pun hilang...ingat kan mamat ni dahsyat la .... rupenye adalah antara orang paling mangkuk bin pinggan dan berdatukkan periuk yang hanya layak tolak kat toke besi buruk je.Hampeh!hamster!hamstring betoi...Jadi kalau korang tak mengundi Jangan cakap pasai politik dengan aku...biar le pengetahuan aku pasai politik hanya setakat sedalam teh tarik dalam gelas tapi aku MENGUNDI......
Keputusan pilihanraya dah keluar...mase keputusan diumumkan meremang bulu hidung aku yang dah sebulan 3/4 tak potong ni...sebab sibuk nak pilihanraya le katakan....BN tumbang kat Kedah,Perak,Selangor, Pulau Pinang dan tentunya Kelantan...Penyokong pembangkang bersorak gembira sebab BN kalah....Hoorey...BN tumbang , BN kalah tanpa berfikir bahawa secara tidak langsung menunjukkan tumbangnya parti dan pecahnya perpaduan dikalangan orang melayu yang mendedahkan kelemahan orang melayu dan menunjukkan perpaduan kaum lain dalam menjatuhkan melayu...
Mungkin ade benarnye semasa pemerintahan BN terdapat penyelewengan dan ketidakadilan berlaku tapi tidak bermakna kita perlu menolak parti UMNO yang menjadi tunjang dalam memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan dan maruah orang melayu. Sepatutnya kita menyangkal dan mengambil tindakan terhadap individu yang mengambil kesempatan dalam UMNO sahaja dengan cara memilih pemimpim baru dikalangan UMNO bagi menggantikan mereka yang khianat...
Natijahnye ....Pulau Pinang tergadai kepada parti DAP yang sememangnya amat angkuh dan menentang keistimewaan orang melayu....perlukah kita di perintah oleh bangsa yang dulunya datang kenegara kita hanya sebagai buruh di lombing bijih timah yang mana kita orang melayu sebagai tuannya...Tak boleh disalahkan jugak DAP...sebab orang melayu jugak yang bodoh. Ade pati yang boleh mewakili mereka dan telah terbukti selama 50 tahun berjaya mempertahankan ketuanan melayu pergi pangkah parti KEADILAN yang dipimpin oleh Anwar Bin Ibrahim. Bagi aku Anwar adelah punca kepada perpecahan orang melayu dan penggadai hak melayu demi kepentingan individu...Kalu kita fikirkan balik semasa anwar menjadi Menteri Kewangan...dan semasa Malysia megalami kegawatan ekonomi....beliau mengesyorkan kita menerima tawaran IMF...nasib menyebelahi kita ....kepimpinan mase tu menolak...kalau tak kita akan jadi macam Indonesia yang telah dijajah secara tidak langsung apabila menerima tawaran IMF. Yang sebenarnye Anwar dah malu....Kalau betoi nak memerintah tunggulah giliran...orang tua yang kat atas tu bukannya lama lagi....
Entah la kadang-kadang mals la nak pikir pasai benda ni apa kata korang pikir la sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment