Iklan

20 November 2022

Kami perati , kami kira , kami BERSYUKUR

19.11.2022 PRU15

Entah le tetiba tergerak hati nak cuba! Bila ada peluang hahhaaa. 

Terlibat secara langsung dengan SPR. Pengalaman yang akan aku abadikan dalam diari idup.

Keputusan telah diumumkan dan tiada satu pakatan pun yang berjaya membentuk kerajaan. 

Sekiranya berlaku salah percaturan satu parti selama ini yang dianggap keramat akan berkubur. 

Ini berlaku kerana pembohongan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan terhadap ahli parti. 

 Di Perak telah tertubuhnya kerajaan yang jauh tersasar dari apa yang diharapkan oleh sebahagian besar akar umbi. 

Pada pendapat aku Parti Keramat yang di pertahankan dan dipertjuangkan oleh ramai pemimpin dan generasi dahulu yang sanggup berkorban jiwa dan raga  ini telah pun berkubur pada 21/11/2022. Sekian Terima Kasih.

09 November 2020

Penghabisan Yang Tak seperti Yang di Jangka....PKPB 9/11/2020 - 6/12/2020

 

Sebaik  je bermula semula sesi persekolahan selepas tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan PKP tu hari kami menjalani sesi persekolahan mengikut norma baru dan SOP yang telah ditetapkan. 

Namun...tanpa dijangka Covic 19 bermula sekali lagi dengan gelombang yang lebih hebat. Habis Negeri SABAH....keseluruhan diwartakan sebagai kawasan yang berisiko tinggi utk Jangkiatan Covic. Turut terjejas juga ialah Semenanjung....

Namun di Daerah Muallim...kekal tenang dengan kadar jangkitan yang amat rendah berbanding kawasan dan daerah di Selangor. 

Sesi persekolahan diteruskan dengan tenang dan mengikut apa yang dirancang selepas PKP....Persediaan utk. calin SPM : ..Alhamdulillah boleh dikatakan selesai. Cuma dihati ni terkilan tak dapat bersama pelajar utk sesi ulangkaji sehingga selesai sesi persekolahan.

6/11/2020 MKN mengumumkan yang PKPB akan dikenakan do semua negeri di semenanjung kecuali PERLIS, PAHANG dan KELANTAN. DooooMMMM.....Hancur berkecai semua harapan...harapan nak persiapkan pelajar utk. menghadapi SPM....

8/11/2020 semasa Perutusan Menteri Pendidikan...SEMUA SEKOLAH DI MALAYSIA DI TUTUP sehingga ke cuti akhir tahun (17/12/2020)....Maknanya That is THE END utk tahun 2020. Tak akan dapat berjumpa dah student sehingga mereka datang semula utk. memnduduki SPM nanti yang tarikhnya telah diubah dari Januari ke Februari 2021.

Kita manusia terlalu kecil untuk melawan takdir ALLAH. Cuma aku percaya yang bahawasanya PERANCANGAN dari Allah itu adalah  sebaik-sebaik PERANCANGAN.. 

TQ

05 April 2020

Covid-19 PKP 18/3-14/4....Apa guna Menipu?


Apa guna mereka menipu?
Bayangkan apa perasaan doktor dan jururawat yang terpaksa menanggung kemudaratan daripada sikap kita yang mementingkan diri ini?
Pasukan hadapan perubatan yang saban hari bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit, akhirnya menjadi mangsa virus itu sendiri dan terpaksa dikuarantinkan.
Apa perasaan mereka? Tidakkah kita fikir?
PATUHI PKP DEMI KESELAMATAN BERSAMA....PLEASE STAY AT HOME
hR

Terima Kasih DR ADHAM BABA kerana sudi post lagu yg tak seberapa dari apak..dan semoga lagu ini menjadi 1 Doa yg baik buat kita semua...aminnn.. https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2817325031648949/
Posted by HARRY KHALIFAH " page " on Wednesday, April 1, 2020

15 July 2019

Detik ini akan berlalu dan kita akan merinduinya…

Aku ingat 4 tu dah ramai...Pantas sangat rasa masa dah berlalu...Dulu masa semua ada kat rumah...Keadaan rumah memang huru hara, hiruk pikuk...tapi bila dah semua meningkat dewasa...dari 4 dah tinggal dua je yang masih ada dirumah....
tertunggu-tunggu musim cuti sekolah untuk merasai suasana dulu yang pada suatu ketika dulu dirasai sangat merimaskan terutama dengan soalan-soalan yang tiada penghujungnya....bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh anak-anak sampai pening kepala nak memikirkan jawapan... 
Bila semua dah meningkat dewasa suasana tu lah yang dirindui...sunyi sangat rasa bila balik kerja...
Begitulah anak-anak yang ada disamping aku....Depa adalah ujian bagi aku, amanah yang Allah berikan kepada aku...bagaimana seharusnya aku kena banyak bersabar dengan kerenah-kerenah depa yang macam-macam sejak dari kecik hinggalah meningkat dewasa , berusaha mentarbiyah dan membimbing diri depa, tidak membiarkan mereka hanyut dalam arus keduniaan yang melekakan......!! Sebagaimana kita dapat bersabar melayan kerenah depa dari dahulu hingga sekarang, begitu juga diharapkan depa juga dapat bersabar melayan kerenah aku apabila sudah tua dan tidak berdaya nanti.......itupun jika Allah panjangkan usia aku hingga ke tahap aku memerlukan mereka menjaga kita, insyaaAllah! 

31 May 2019

Tetamu yang Bakal Pergi dan sentiasa di Rindui....1440H


"Lakukan sehabis baik pada Ramadan kali ini, kerana mereka yang tidak sempat bertemu Ramadan kali ini pun tidak mengetahui bahawa Ramadan tahun sebelumnya merupakan Ramadan yang terakhir buat mereka semua.Al Fatihah..."

Lembah Beringin ke Tanjung Malim 
Sudah semakin hampir dengan penamatnya..... dan makin hampir Ramadan ini akan melabuhkan tirainya. Memang benar ini bulan rahmat dan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan

Namun secinta mana sekalipun kepada kita pada sesuatu, hakikat yang tidak dapat kita ubah adalah ianya tidak pernah dan tidak akan kekal. 
Dan waktu tidak pernah juga menanti kita.  

Sama ada kita telah memanfaatkannya sebaik mungkin atau kita mensia-siakannya. Ia tetap akan pergi dan pasti akan pergi. Dan pasti juga datang kembali dimasa akan datang pada waktu yang sama... 
Lembah Beringin ke Tanjung Malim


Namun persoalannya, adakah kita masih disini menanti kehadirannya? 

Atau adakah Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir buat kita?

Ramadan yang diibaratkan sebagai tetamu yang kita raikan sudah semakin mengundurkan diri nya. 

Sedih dan terharu diberi peluang meraikannya bagi tahun ini. 

"Ya Allah janganlah dijadikan Ramadan kali yang terakhir buat kami. Moga keberkatan dari bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan rahmat, Pengampuanan dan pembebasan dari api neraka  ini memberi peluang untuk kita berjumpa lagi tahun hadapan....In Shaa Allah!!"

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan diberi waktu hidup oleh Allah SWT untuk kembali merasakan keindahan Ramadan di lain kesempatan.
Selamat Tinggal Ramadan, Selamat datang Syawal...1440H

16 May 2019

Sekali lagi ku terdengar
Suara takbir
Rasa menyelubungi
Bila ku sendiri
Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya
Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang maha esa
Di pagi raya
Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu
Andai ku meniti sebuah
Cinta sejati
Aidilfitri jadi saksi
Tulus hati ini
Rindu yang telah pergi
Membawa satu memori
Menjadi satu coretan cinta
Di pagi syawal ini
Tertitis airmataku
Memandang potret wajah dirimu
Di pagi raya

14 May 2019

Ku mohon Kasih ....

Tetap tak kan sama seperti biasa!....Itulah yang bakal dihadapi tahun demi tahun yang mendatang...Kehilangan dan kerinduan yang semakin dirasai dan semakin bertambah kuat di setiap hari meniti bulan Ramadan ke Syawal...Menjelang Isnin setiap minggu pasti terkenang semula perkara yang sama pada 25/2/2019...Hrmmmm
Kalau dulu ada 2 pasang tangan yang dikejar untuk dicium dipagi 1Syawal .tapi sekarang hanya tinggal sepasang.....kalau dulu ada sepasang doa yang sentiasa mengiringi kehidupan...tapi kini hanya 1 ....
Rindu....sangat!


Pesan Untuk Apak....
Langit sepi bila kehilangan bintang
Seperti hatiku yang sepi
Angin bertiup kencang di telinga
Seperti bisikan kata semangat dari apak...

Aku berdoa dalam sebak mengingat apak
Aku teringat cerita dan nasihat dari apak
Aku teringat kenangan-kenangan bersama apak
Dalam doa kutitip pesan khusus untuk apak

Rinduku, cintaku, dan kasihku untuk apak
Kusebut dalam doa agar segera malaikat menyampaikannya

kisah hari-hariku selama ini
Seolah tak lengkap bila tiada apak yang setia mendengar....


Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)








23 March 2019

Indahnya Pelangi

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Ada sebab kenapa pelangi itu hadirnya hanya seketika. Kenapa ia pergi dan menghilang dengan sekelip mata....

Kerana jika ia selalu mempersembahkan dirinya selepas hujan, keindahannya akan hilang. Ia akan kurang dihargai. Ia tidak akan menjadi suatu yang dinanti-nantikan. Sekiranya ia kekal, maka akan luput keistimewaannya. Akan lenyaplah keunikannya.

Ramadhan 1440H..pasti tak akan sama...😢

Di sebalik hujan ada kecantikan pelangi.

Di sebalik musibah akan ada hikmah.

Di sebalik celaan akan ada pujian.

Di sebalik cacian akan ada peningkatan penghormatan.

Di sebalik dugaan akan ada kenikmatan.

Di sebalik segala sesuatu ada DIA & hanya DIA.


Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya. “Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.…

Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…

 An-Najm: 42-44

Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.









16 March 2019

REDHAlah wahai HATI....

Dah hampir sebulan apak meninggalkan kami...Ujian yang ditempuhi bermula daripada bulan Ogos 2018 telah pun menemui titk nokhtahnya...Namun masih segar sangat setiap detik yang dilalui...Setiap kali mengaji ...masih terasa kehangatan tubuh arwah apak yang berada disebelah ketika itu...daripada tubuh arwah yang panas hingga tubuhnya berasa sejuk dan diuruskan sehingga selesai...Allahhuakbar....Setiap kali menempuh hari ahad mesti terlintas dikepala detik akhir ketika memandikan arwah pada paginya...😪 

Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    

(Al-Baqarah: 286)


ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


BAE6614
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.


Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 
Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails