Iklan

19 February 2015

Dari Lembah Beringin ke Kerling

Mencari breakfast...19hb Februari 2015... Chinese New Yew. Sepanjang jalan dari 'Teratak Anak' sampai la kat Kerling ni radio Era dok pusing lagu chinese new Year yang dah ditranslate ke beberapa bahasa.
Ramai yang tak tau Lembah Beringin boleh tembus sampai ke Pekan Kerling dan seterusnya ke Tanjung Malim, Perak atau K.Lumpur.
Kalau dari Pekan Kerling nak ke Lembah Beringin antara yang perlu dilalui ialah Ladang Kerling (Kerling Estate), jumpa lembu dulu...jalan lubang2 dan rumah hantu....
Kerling.....
Kerling is a small town located in the state of Selangor in Malaysia. The town of Kuala Kubu Bharu is situated nearby Kerling.
Kerling Estate
Kerling Estate
Kerling was originally known as Keling, which was believed to be the capital of a small Hindu empire founded by Kalinga descendants, hence the name "Keling". Descendants of the Keling Indian monarchy can still be found in Kuala Kubu Bharu, but the last surviving descendant was operating Kedai Kopi Muthu next to the police station, and had died in 2001. Dato' Seri Samy Vellu is a descendant of the rival Paraiyar empire that vanquished the Keling empire in 1917. The Keling Empire stretched from Kuala Kubu Bharu to Batang Kali, while the Paraiyar Empire covered a much larger area, from Tanjong Malim to Slim River. Both these empires were wiped out by the Malay Sultanates due to their indiscriminate construction of massive Hindu temples which were perceived to be a challenge to the Malay hegemony and an insult to Islam.
Lembah Beringin....
Kona kanan pi Lembah Beringin
Lembah Beringin is a township in Hulu Selangor district in the northern part of Selangor.It is accessible from the PLUS Highway -50 minutes drive from Kuala Lumpur,15 minutes from Tanjung Malim,10 minutes from Kerling town and 25 minutes from Bukit Beruntung. The district capital of Kuala Kubu Bharu,the gateway to Fraser Hill,is 20 minutes away.
This township of 6,800 acres, was developed by Land & General through a subsidiary company, Lembah Beringin Sdn. Bhd. The Company faced financial difficulties and Lembah Beringin Sdn. Bhd.was finally liquidated in 2006.Over the years,more and more people have moved in attracted by the cheap rent and property prices.
sexy lady........
Lembah Beringin is home to SSG Beringin Golf Club, an 18-holes, 5,897m, par 72 course designed by Ted Parslow.Kolej Yayasan UEM,a fully residential college, is also located in this township. KYUEM established in 1998 offers A-Levels courses to prepare students for University education.
Safety First.....before entering LB from Kerling
To cater to the increasing population, a primary school,Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin, was built.In 2012, a surau and a futsal court was added on adjacent to the school. A new 15 km water pipeline from Kerling to Lembah Beringin in Hulu Selangor is being constructed and is expected to be completed in 2014.

Golfers dari Tanjung Malim suka lepak sini
Pengawal bertugas.....
Jalan Kenari 22
TERATAK ANAK- Jalan Kenari 22F

18 February 2015

Dah Clear.....

Semalam punye citer dah settled dah hari ni. Majlis Daerah dah datang kasik clear itu barang. Tapi sampah dari pokok tu depa biar je...alahai aku juga la yang kena clearkan.

17 February 2015

Angin tak ada ...Ribut tak ada...tiba-tiba!

Tetiba je...bunyi PRaaaaakkkkk. Huih! Apa tu? tengok2 je laaa pokok kat tepi umah roboh!. Cuaca ok je..panas berdentang lagi. Apa mau buat nih...? Pak de suruh call Majlis Daerah...dah called. Depa kata akan ambik tindakan segera sebab pokok ni block jalan dan mengganggu lalulintas.
Tu cerita pukui 3 tadi...tapi sampai la ni dok macam tu je la. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan sebab pokok tuh tumbang tak kena 'Teratak Anak'.
Spesis pokok ni...kalau nama kampung dia aku tau la ' pokok Bebaru atau baru-baru'
Pokok Bebaru atau Pokok Baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asliDunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa[1]

Pra sekolah SKLB

Hari ni berkesempatan untuk ambik abang balik sekolah....dah masuk bulan 2 baru kali ni diberi ruang dan kesempatan.

09 February 2015

Birthday Abang...Mohamad Harith Zafran

3 Januari 2015
Hari ni sepatutnya hari pertama abang pergi sekolah...tapi tempoh cuti persekolahan di tambah kerana musibah banjir yang melanda negara. Jadinya kami terpaksa le bercuti...
   Yang paling penting ialah hari ni hari lahir abang yang ke - 5.... Tak ada apa yang istimewa. Cuma beli kek dan celebrate kat Trolak je bersama opah dengan Tok wan.
   Ok abang selamat hari jadi semoga terang hati dan selamat menempuh alam persekolahan. Tq

08 February 2015

Ramainye Orang...

Tarikh : 8hb Feb. 2015
Masa : 1.00 pm
Lokasi: Tepi Jalan kat rumah Pak samad
Pak Samad ni asalnya bukan warganegara Malaysia. Dia ni orang pendatang dari seberang, tapi dah lama menetap di Lembah Beringin hinggakan dia dapat taraf Penduduk Tetap. Anak2 semua membesar kat sini. Malah dah pergi Haji dah pun.
   Itu biasa je...yang heran nye ramai betul orang datang masa kenduri kahwin anak dia. Macam tu le kenduri...orang kat sini dijemput semua. Bukan macam setengah orang tu buat kenduri tapi jemput sebahagian je penduduk sini. Sebabnya bukan nye ramai sangat penduduk kat lembah beringin ni. Dia siap boleh buat gotong royong untuk masak lagi. Tu le ...orang kat lembah ni ringan je tulang kalau kena gayanye.  Selamat ......ok tq

02 February 2015

Ziarah...ke Institut Perubatan Respiratori

31 Januari 2015 berkesempatan untuk menziarah saudara di Institut Respiratori Negara. Tempat memang aku tak tau akan kewujudannya sampai la semalam.
Lokasi tempat ni...depan hospital Tawakkal KL..Jalan Pahang. Walau pun lokasi kat tengah2 KL tapi bila masuk perkarangan hospital ni ....rasa macam klinik ni kampung je...tenang..
Maklumat
INTRODUCTION
INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI or better known as IPR was established in 1958 as a small clinic called Clinic Jalan Pahang. New structures were built in 1960 to house the country National Tuberculosis Program and Tuberculosis Hospital. The new establishment then was named National Tuberculosis centre. It served as the nerve centre for TB control activity and its laboratory served as National Referral Laboratory for Tuberculosis. With the decline Tuberculosis and expansion of new respiratory disease services, in 1996 the new name was introduced. Institut Perubatan Respiratori or Institute of Respiratory Medicine now function as the hospital providing specialized care in all area of respiratory medicine and not only managing tuberculosis. the bed strength of this hospital is 104 with 4 high dependency beds and 4 newly built negative pressure isolation rooms
IPR offers diagnostic respiratory services namely bronchoscopy, sleep laboratory, full lung function laboratory and tuberculosis laboratory. Another recent achievement of IPR was the collaboration with Institut Jantung Negara to initiate the Lung Transplant Program. Other supporting services include physiotherapy, occupational therapy, and pulmonary rehabilitation, TB medical social and contact clinic. IPR is also a post graduate training centre for respiratory medicine, regularly organizing courses on Tuberculosis and Respiratory Disease Update. To complete the Respiratory Medicine service IPR recently reintroduce the Lung Cancer Management with its own chemotherapy drug Reconstitution Room and Ambulatory Care Centre that shall housed all the diagnostic services. 

26 August 2014

Sajak A. Samad Said...HAI MELAYU

SAJAK NURKILAN A. SAMAD SAID

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU!

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!


Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

03 August 2014

Adab Ziarah Kematian

3 Ogos 2014..Khabar diterima mengatakan Ayah Ngah dah meninggal dunia di Kg. Air Kuning. Setelah hampir setahun sakit akhirnya dijemput juga. Alhamdulillah berkesempatan untuk menziarah dan membantu dalam mengurus jenazah. Kali terakhir ziarah adalah pada 1 syawal 1435. Al Fatihah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“…setiap jiwa itu akan merasai mati..”(Surah ali-Imran, ayat 185).
 
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud,

“Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."(Riwayat Bukhari)  

 
Ziarah Kematian    
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
  "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                  
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

15 July 2014

Macamana le pulak kita nanti.

Ahad 13/7 dapat menziarah Ayah Ngah yang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan...keadaan kesihatan yang amat jauh berbeza daripada dulu..hanya tinggal kulit dan tulang je.
Subhanallah. Macam ni kuasa tuhan ....dari pada sihat hingga sakit macamni..
Itu rezeki kita masing2....macam pulak dengan kita nanti.  ...hanya Allah yang tahu.

20 April 2014

Begitu Le Kalau Dah TUA....

WFE3450
Aku rase dah bertahun aku ambik insurans kete kat tempat ni....tak de masalah pun...tapi tahun ni...lain macam pulak ..."Encik..WFE ni dah 18 tahun ni...saya rase baik encik ambik tempat lain je la...kat pejabat pos ke ...atau mana2 la...."Aikkkk....aku malas nak tanya dah...terus blah!....mentang2 le kete aku dah lama macam tu ko cakap....Pergi le aku kat Pejabat Pos...nasib baik tak de masalah. settled! 18 tahun...ok lagi apa...boleh jalan lagi...huih...terasa tua sangat dah kete tu bila orang cakap macam...

Ade satu lagi benda tua yang aku bela....agak berumur le jugak...tahun 2000 ..kalau nak kira dah 14 tahun...ye la klau dah agak berumur ni tentu ada je bende yang dah longgar...lenguh2...nak tanak ...terpaksa jugak le aku antar untuk rawatan....adoyai...yang ni...kalau sekali rawatan...terketaqqqq kepala lutut aku...Hmmmmm...layan je la...selagi aku tak mampu nak cari yang lain...layan je la..dah nak terlondeh seluaq aku..londeh2 pun aku bayar je la...masa test dengan tokey cina tu...dia tanya "Lu mau jual ka ini kereta?"....
"Apasal ? lu mau beli ka?. "Boleh...nanti saya test dulu!" so  ...Lepas balik test..."Pick up ok lagi...gear box cantik lagi...cuma sikit lagi maintenance kat enjin...ini kereta mesti ok...Ini kereta baik lagi maaaa..., juai sama saya la kalau lu mau jual...7K....nanti tunggu 2 bulan confirm saya angkat!"....Alamak macamana ni...nak terus maintain kete ni ke atau carik yang lain...? kalau nak kira sayang...memang aku sayang kete ni...sebab kalau setakat nak ganti dengan perodua (yang aku ampu setakat ni..kalau nak yang baru..) memang jauh beza...sedap banyak kalau aku bawa kete tua ni...
 Tak tau la....aku cuba fikir dulu la....cuma sekarang aku memang enjoy bawa kete2 aku ....walaupun tua...tapi tak dak hutang....huhuhuhu...old skooollllllll lover. tq


25 March 2014

Berkorban sebelum menerima yang lebih baik

Masuk hari ni dah 4 hari kawasan Lembah Beringin putus 100% bekalan air. Teratak Anak pun turut terlibat dengan krisis air ni. Kami diberitahu dan dimaklumkan ini adalah kerana pemasangan paip air bagi membolehkan Lembah Beringin menerima bekalan air bersih daripada pihak SYABAS.
Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong
Terima kasih yang sudi datang menjenguk...bukan nak sokong tapi dia punye komitmen as a YB memang tip top...walaupun daripada brand cap ROKET..                                              Hampir 17 tahun lembah beringin ditinggalkan oleh pemaju Lembah beringin Sdn. Bhd yang juga merupakan anak syarikat L&G.(tanpa menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemaju), penduduk hanya bergantung kepada bekalan air mentah yang tidak dirawat dengan sempurna....memang celakalah kepada pemaju itu...
Tapi sebelum bekalan air bersih dapat dibekalkan ..kerja pemasangan paip serba sedikit mengganggu keperluan                                                                                      
Semalam masa aku terhegeh-hegeh ambik air ade pegawai dari SYABAS datang...."Ambik air bang?"....Apa punya soalan la mamat ni tanya aku...kalau dah dok usung tong air , duduk tepi paip air...tak kan seludup diesel plak...Nasib baik dia datang dengan senyuman dan menghulurkan tangan....walaupun soalan tadi boleh aku kategorikan sebagai bangang tapi senyum je la...dia cakap kat aku "Terima kasih bang...sanggup berkorban demi menerima yang lebih baik dimasa akan datang!".HUH berfalsafah pulak mamat ni... apa-apa pun cepat skit buat kerja tu...


Dialah Allah yang menciptakan, yang menjadikan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada dilangit dan ada di bumi. dan Dialah Yang Maha Bijaksana.” (Qs. Al- Hasyr, 59:24)


 
Seperti kata Harun Yahya dalam salah satu bukunya, “Sebagian besar planet kita diselimuti air. Samudra dan laut menempati ¾ bagian permukaan bumi, sementara pada daratan sendiri terdapat sungai dan danau yang tak terhitung jumlahnya.” Kenyataan itu tercipta bukan secara kebetulan, tetapi kerana  Allah memiliki maksud dan tujuan penting bagi kehidupan. Terima Kasih.

14 March 2014

Jerebu : Bencana Dukhan

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان

Ia adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.




Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut: 

Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.
Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

SURAH  AD-DUKHAN  DAN  TERJEMAHANNYA

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.(9) Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”. (12) Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (13) Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!” (14)Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (15) (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (16) 
 
Datang musibah, ingat Tuhan.
Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.
Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan ‘berdendam’ dengan kita!
Kembalilah!
 

04 December 2013

Alhamdulillah...TERATAK ANAK sah kemas dalam genggaman!

TERATAK ANAK
Macam-macam hal yang berlaku sebelum ni sebelum kami ditemukan jodoh dengan "Teratak Anak". Bermula dengan peristiwa pahit...kami ditakdirkan untuk menyewa disini. Pada mula keadaan rumah ni punye le teruk...semak-samun dan dipenuhi dengan pokok belukar. 
Selepas dibersihkan keadaan semakin baik dan ditambah dengan sewa yang amat berpatutan. Banyak perkara yang perlu dibaiki...wiring, plumbing dan sebagainye...
selepas keadaan bertambah baik...rezeki Allah bagi pun ade sikit ...kami mula bertanya kepada tuan rumah untuk mengambil alih TERATAK ANAK ni. Rupa-rupanya untuk membeli rumah 2nd ni lagi susah prosedurnya...Bila kata ok je dah kena bayar 10%. pass buat sale and Purchase...kena lagi bayar...semua settled...tungkus lumus kami kumpul duit untuk deposit...alhamdulillah cukup juga akhirnya.
TERATAK ANAK....BGA7709 DAN WFE3450...
    Langkah kedua adalah untuk membuat pinjaman Bank. Aku layak hanya 80% je...sebab ini adalah rumah ke-2. Aduh! kena lagi .... baru tersedar...tak boleh buat loan 90% sebab rumah ke-2...termenung mana nak cari lagi 10%...Kami teruskan dengan bank loan walau hanya 80% je...lagi masalah timbul....rumah ni masih menggunakan 'master title'...tak layak untuk buat pinjaman selagi tak ditukar kepada individual ...Nah...terkanje kami dibuatnye....hampir nak berputus asa. Bincang dengan lawyer...duit 10%yang dah dibayar tak boleh diambil balik...terserah kepada budibicara penjual...Aduh! pinjaman bank tak boleh....deposit tak boleh ambik balik....ni dah nak kira checkmate ni...
   Nak tanak kami bincang semula dengan owner...bagi tau yang rumah tak layak untuk pinjaman bank...dan kami mintak jasa baik agar harga dikurangkan sikit supaya kami boleh ikhtiar cari jalan lain untuk selesaikan baki 90% tu...."Nanti Kami bincang..." tu le jawapan owner...lama kami tunggu jawapan...akhirnya dia bagi respond ....kurangkan harga rumah...(yang sebenarnye kami masih agak tak mampu kalau tak melalui pinjaman perumahan...walaupun harga telah dikurangkan sebab komitmen lain).....kami kata "terima Kasih...kami akan cuba usahakan...." tu je la yang dapat kami katakan.
BGA7709
Kami pikir lagi.....last sekali..nampaknye terpaksa tutup satu lubang....mangsa ialah BGA7709 sebab dah tinggal sikit je lagi bakinye kat bank. Last choice...ialah personal loan...ambik lebih skit settle kan BGA7709. So boleh le bernafas sikit selepas bayar untuk ansuran bulanan. (monthly tinggi sebab maksimum 10 tahun je la ni untuk personal loan...adoyai...). Harap2 BGA7709 gagah bertahan untuk sekurang-kurangye 5 tahun lagi...Ins sya Allah.
Tapi bila kami pikir balik....sekurang-kurangnye kami dah ade sebuah rumah yang dah habis bayar....dan sebuah kereta yang juga dah habis bayar....dan hidup kami boleh diteruskan dan tetap bahagia dalam kesederhanaan. TQ semoga usaha kami diberkati-Nya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails