Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان)
Ia adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:
Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s.
dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s.
dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan
tulang dan bangkai kerana kelaparan.
Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.
SURAH AD-DUKHAN DAN TERJEMAHANNYA

Datang musibah, ingat Tuhan.
Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.
Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan ‘berdendam’ dengan kita!
Kembalilah!
No comments:
Post a Comment