Iklan

24 April 2010

Pesanan Untuk Pentadbir

Kajian Ohio State University

Tiga kajian utama patut disebut di bawah teori perilaku kepimpinan. Pertama, kajian di Ohio State University pada tahun 1940. Pengkaji di universiti itu ingin mengenal pasti dimensi perilaku pemimpin. Mereka mendapati dua dimensi utama yang memberi kesan kepada subordinat. Dimensi itu ialah struktur pemula (initiating structure) dan pertimbangan rasa (consideration).
Struktur pemula merujuk bagaimana pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan subordinat untuk mencapai objektif. Pemimpin dikatakan menggunakan perilaku struktur pemula apabila dia mengagihkan tugas kepada ahli, mengharapkan pekerja mencapai piawai prestasi dan menekankan tarikh siap tugas.
Pertimbangan rasa pula merujuk perhubungan di tempat kerja yang bersifat saling percaya mempercayai, hormat menghormati, dan pertimbangan perasaan pekerja. Keselesaan, kesejahteraan, status dan kepuasan pekerja atau pengikut diberi perhatian oleh pemimpin.
Penyelidikan telah mendapati bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur pemula yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut (Stogdill et al. 1974).


Pesanan untuk Pentadbir....JANGAN HANYA TAHU MENGARAH DAN MENEKAN PELAKSANA ARAHAN YANG BERADA DIBAWAH KAMU...Harus diingat tanpa kamu sesebuah organisasi masih boleh berjalan dan tanpa pelaksana.....mampus la korang nak buat semua benda....maka kalau ade masa ...jangan dok membebel je...kadang2 tu tolong pakai otak skit..jangan tau nak komplen sana komplen sini...letih tau nak penuhi semua kehendak korang...bila dah berjaya ....Ayat standart korang " Terima kasih la banyak kerana memberikan kerjasama....bla...bla....!"...tu je la ..sekurang2 nya guna la sikit otak korang yang jarang2 digunakan untuk berfikir tu...sebab aku aku tahu otak korang tu hanya berfungsi untuk menerima arahan dari orang yang lebih atas dari korang je....pikir la macammana nak berterima kasih dalam bentuk lain ..selain dari ayat standard korang tu...dah menanah dah nak dengar..berilah ruang untuk pelaksana ini merasa dan rasa di hargai...Terima kasih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails