Iklan

27 February 2019

Akhirnya... kutemui NOKTAHnya!

Ahad 24/2/2019...Allah bagi kelapangan untuk pulang ke Trolak pada 23/2/2019 untuk menemani mak dan apak...di Trolak.Apak kelihatan seperti biasa je...tapi asyik tidur...mungkin sebab pengaruh ubat yang menyebabkan apak jadi macam tu. Sempat mandikan apak dan persiapkan seperti rutin harian. Cuma perasan dibahagian belakang terutama dibahagian punggung dah mula melecet kulitnya.....
Apak terpaksa ditinggalkan...sebab nak tengok anak diasrama yang dah lama tak dijengok.
Rasa berat sangat nak tinggalkan apak kali ni...cium apak...asyik teringatkan dia dan mak disepanjang perjalanan ke sg. Besar dan pulang ke Lembah Beringin. Rasa teringat kat apak dan mak bertambah kuat ketika solat Isyak pada malamnya di surau...Hati tiba-tiba berdebar. Nak tenangkan hati...dipujuk hati dengan berjanji nak pergi jengok selepas waktu kerja pada keesokkan hari.
Selesai solat Isyak .Sebaik tiba dirumah diberitahu mak ada buat panggilan menyatakan apak nazak...Allahhuakbar!
Terus capai kunci kereta dan memandu balik ke Trolak...9.50 malam...di Tanjung Malim dapat panggilan menyatakan APAK DAH TIADA ....Disahkan oleh Medical Assistant yang sempat hadir dirumah Trolak. Tarikh kematian disahkan 24/2/2019 jam 9.40 malam....DiTrolak apak terbujur kaku...tahlil hampir selesai oleh jemaah masjid...Malam masih awal...
Selama jenazah ada disisi pada sepanjang malam kesedihan memang hadir tetapi dirasa tidak menebal sebab masih boleh menatap wajahnya....tetapi bila jenazah mula ditutup dan diusung keluar untuk dikebumi....Allahhuakbar...masa ni kesedihan memang memuncak sebab lepas ni dah tak dapat menatap wajah apak....aku ingat aku kuat untuk menahan tapi terlerai semua kekuatan ketika jenazah diusung keluar dari rumah...
Masih terasa-rasa kehangatan terakhir tubuh apak, masih terlihat-lihat saat memandikan dan mengkafankan apak, masih terkenang saat menurunkan apak ke liang lahad dan masih kedengaran saat dibacakan doa di pusaramu, Ketahuilah apak, kami akan kekal merinduimu, kami akan sentiasa menyayangimu, Kini kami meneruskan segala usahamu, memegang utuh wasiat mu agar menjaga bidadari mu (ibu tecinta) . Apak... kami akan rindukan apak.
Allahhuakbar ku TEMUI akhirnya NOKTAH yang selama ini dinamakan sebagai ajal YANG MENJEMPUT... Untuk arwah apak tercinta...Al Fatihah.


25 February 2019

Adakah akan kutemui NOKTAHnya?

16/2/2019 Apak mengalami sesak nafas Dan terpaksa dihantar  ke Hospital Slim River. PASRAH...semua bantuan dihulurkan kepada apak oleh pihak hospital berlandaskan pesakit Paliatif. 
Besarnya Kuasa Allah Yang Maha Esa, dan betapa kerdilnya manusia yang langsung tidak bermaya.
Itu sudah janji Tuhan: ajal itu ialah sesuatu yang pasti dan bila sudah tiba masanya tiada siapa dan tiada apa pun yang dapat menghalangnya. Kehidupan kita ialah anugerah Allah, dan bila Allah menariknya kembali, tamatlah sebuah kehidupan itu dan manusia menemui ajalnya. Apa-apa juga penyakit atau alasan hanyalah buat dijadikan penyebabnya saja.
Alhamdulillah apak kuat semangat dan atas kehendakNya...Apak kelihatan kembali stabil...Apak discharge dari wad 9 pada Isnin 18/2/2019...

Mengapa Rasulullah menyuruh kita mengingati mati?

Kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, tidak kira di gua mana sekalipun kita bersembunyi.

“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”

Usaha ku teruskan lagi sehingga kutemui Noktahnya......Terima Kasih

11 February 2019

Klinik Paliatif ......usaha hingga kutemui titik NOKTAH


11/2/2019 Apak ada temujanji di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh. Temujanji yang telah lama diaturkan untuk apak semenjak 15/1/2019 iaitu selepas pembedahan di batalkan atas sebab keadaan pesakit dan penyakit yang dihidapi.Apak di serahkan rawatan selanjutnya ke Klinik Paliatif.  Pada mulanya memang ternganga dengar perkataan ' Paliatif' ....Memang tak pernah dengar...nak sebut pun tak reti...Rupa-rupanya  klinik ni adalah untuk rawatan sokongan yang diberikan kepada pesakit yang mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Ia merangkumi rawatan holistik kepada pesakit  serta keluarganya bukan sahaja memfokus pada masalah perubatan, tetapi psikologi, sosial, emosi dan spiritual.
Fungsi utama rawatan paliatif adalah untuk memberi keselesaan serta kualiti kehidupan yang terbaik semasa rawatan diljalankan, bukan hanya semasa hari-hari terakhirnya sahaja. Rawatan paliatif boleh dimulakan pada bila- bila masa  atau semasa penyakit di diagnosis (dibuat semasa rawatan dimulakan kepada pesakit).

Itulah ....memang tak pernah tahu ....

Melalui klinik paliatif hari ni apak dibekalkan dengan ubat tahan sakit - morfin 1ml yang diharapkan dapat membantu apak mengurangkan rasa sakit...menurut Doktor apabila apak demam atau tidak mahu makan barangkali otaknya sedang membengkak. Oleh itu untuk mengurangkan rasa sakit dan memberi rasa selesa untuk apak ...hospital bekalkan ubat tahan sakit....

Nak apak bangun macam dulu....memang tak kan mungkin...tapi.....Rindu nak dengar suara apak....rindu nak sembang dengan apak...rindu nak apak senyum...rindu zaman apak sihat dan ambil berat tentang kita....

Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”

“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Surah Al Isra 17:24

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku.       Surah Nuh 71:28

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku.    Surah Ibrahim 14:41


08 February 2019

1999-2019 Cabaran Lembah Beringin

Lembah Beringin
Bermula 20 tahun dulu...Memang nama 'Lembah Beringin' begitu gah dan dapat didengari dipalu di merata tempat....sampai diiklankan di TV. Tapi tidak serupa yang diharapkan ....Projek lembah beringin semakin suram dan akhirnya tenggelam kerana pemaju yang telah meninggalkan projek ini dan meninggalkan kesan-kesan kerja tangan mereka keatas penduduk dan pemilik rumah yang telah seolah-olah hilang punca kemana harus diadukan setiap dan segala permasaalahan yang timbul selepas itu....
Lembah
Jalan Kenari 22
Rumah yang disiapkan terbiar begitu sahaja...Semak samun mula menjalar dan menyelaputi bangunan yang ditinggalkan...memang mustahil kalau sekali imbas di fikiran untuk tinggal dan menetap disini...
Itulah nasib yang menimpa Lembah Beringin....
laman
Tapi kini dah 20 tahun berlalu...secara luarannya kalau dilihat dan dibandingkan pembangunan yang wujud disini...memang tak banyak yang berubah...Antara yang sangat ketara perubahan pada Lembah Beringin ialah kehadiran sebuah sekolah Kebangsaan, Gelanggang Futsal dan sebuah surau untuk kegunaan penduduk disini...itu sahaja..
Lembah Beringin
SK Lembah Beringin
kalau nak dibandingkan dengan kawasan lain tempoh 20 tahun mungkin banyak yang dapat diceritakan kalau dari segi pembangunan...
Tetapi dari segi pertambahan penduduk....memang ketara...
Pelbagai khabar angin yang didengari mengenai pembangunan yang bakal muncul dikawasan ni tapi hingga kini masih belum terkota apa yang dikhabarkan....
Apa-apa pun kami tenang di sini tambahan pula setwlah tertubuhnya SK Lembah Beringin dan KAFA untuk anak-anak yang meningkat dewasa...
Bekalan air bersih juga telah disediakan oleh pihak SYABAS...
Sistem pembentungan oleh Indah Water dan sebagainya menjadikan keadaan di sini boleh dikatakan kondusif untuk di diami...
MDHS juga menyediakan pungutan sampah berjadual dan rumput dipotong sentiasa...
Kehadiran Sekolah Tahfiz juga memberikan nur  kepada Lembah Beringin
Moga Lembah Beringin kekal seperti ini dan mungkin akan lebih dikenali sebagai sebuah kawasan perumahan yang aman dan menarik untuk didiami dan bukannya dikenali sebagai Bandar tinggal...bandar hantu atau kawasan Kemalangan ngeri semata-mata




04 February 2019

Dalam meniti hari tua....anak-anak ambilah peluang keemasan ini


حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير Hasbunallah wani'mal wakil ni'mal maula wa ni'man nashir.


“Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung”

15/1/2019 sepatutnya menjadi suatu tarikh yang dinantikan dengna penuh debaran.Tetapi setelah diambil kira keadaan apak dan situsi semasa penyakit apak yang dikategorikan sebagai dah terlambat dan terlalu serius... Pembedahan yang dirancang telah dibatalkan atas nasihat dan pandangan ketua doktor bahagian Neurosurgeri.

Berdasarkan penerangan yang disampaikan ...tak sampai hati nak menyerahkan apak untuk menjalani pembedahan terutama bila lihat keadaannya yang masih memberikan kami harapan dan membenarkan apak untuk dibedah ibarat menyorong apak kejalan penamatnya.

Pandangan dan nasihat dari kumpulan neurosurgikal kami terima dengan redha dan pasrah. Dalam hati rasa lega pun ada kerana itulah yang apak mahu sebelum ni. "Dia tak mahu dibedah"...jadi tak rasa berat sangat untuk menerima apa yang disampaikan oleh kumpulan neurosurgikal yang dipertanggungjawabkan untuk menilai keadaan apak pada 14/1/2019.

Pasrah... dan mohon Allah berikan kepada kami hati dan fizikal yang kuat untuk mengharungi rintangan yang bakal tiba...15/1/2019 apak discharge dari klinik Neurosurgikal dan diserahkan kepada klinik Palliatif pula. Temujanji adalah pada 11/2/2019.

Ya Allah berikan kepada kami adik beradik hati yang bersatu padu dan iman yang kuat untuk mengharungi setiap detik bersama apak sehingga keakhir hayatnya...

Hari ini 4/2/2019 kalau dulu diarasakan untuk berjumpa dengan klinik Paliatri tu dirasakan amat jauh tapi sekarang diarasakan dekat je...Keadaaan apak secara fizikalnya masih kekal seperti 15/1/2019...Alhamdulillah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)

Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kami pasrah dan Redha disamping berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada apak dan mak...Ya Allah berkatilah kami ....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails