Iklan

04 February 2019

Dalam meniti hari tua....anak-anak ambilah peluang keemasan ini


حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير Hasbunallah wani'mal wakil ni'mal maula wa ni'man nashir.


“Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung”

15/1/2019 sepatutnya menjadi suatu tarikh yang dinantikan dengna penuh debaran.Tetapi setelah diambil kira keadaan apak dan situsi semasa penyakit apak yang dikategorikan sebagai dah terlambat dan terlalu serius... Pembedahan yang dirancang telah dibatalkan atas nasihat dan pandangan ketua doktor bahagian Neurosurgeri.

Berdasarkan penerangan yang disampaikan ...tak sampai hati nak menyerahkan apak untuk menjalani pembedahan terutama bila lihat keadaannya yang masih memberikan kami harapan dan membenarkan apak untuk dibedah ibarat menyorong apak kejalan penamatnya.

Pandangan dan nasihat dari kumpulan neurosurgikal kami terima dengan redha dan pasrah. Dalam hati rasa lega pun ada kerana itulah yang apak mahu sebelum ni. "Dia tak mahu dibedah"...jadi tak rasa berat sangat untuk menerima apa yang disampaikan oleh kumpulan neurosurgikal yang dipertanggungjawabkan untuk menilai keadaan apak pada 14/1/2019.

Pasrah... dan mohon Allah berikan kepada kami hati dan fizikal yang kuat untuk mengharungi rintangan yang bakal tiba...15/1/2019 apak discharge dari klinik Neurosurgikal dan diserahkan kepada klinik Palliatif pula. Temujanji adalah pada 11/2/2019.

Ya Allah berikan kepada kami adik beradik hati yang bersatu padu dan iman yang kuat untuk mengharungi setiap detik bersama apak sehingga keakhir hayatnya...

Hari ini 4/2/2019 kalau dulu diarasakan untuk berjumpa dengan klinik Paliatri tu dirasakan amat jauh tapi sekarang diarasakan dekat je...Keadaaan apak secara fizikalnya masih kekal seperti 15/1/2019...Alhamdulillah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)

Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kami pasrah dan Redha disamping berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada apak dan mak...Ya Allah berkatilah kami ....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails