
Ia merangkumi rawatan holistik kepada pesakit serta keluarganya bukan sahaja memfokus pada masalah perubatan, tetapi psikologi, sosial, emosi dan spiritual.
Fungsi utama rawatan paliatif adalah untuk memberi keselesaan serta kualiti kehidupan yang terbaik semasa rawatan diljalankan, bukan hanya semasa hari-hari terakhirnya sahaja. Rawatan paliatif boleh dimulakan pada bila- bila masa atau semasa penyakit di diagnosis (dibuat semasa rawatan dimulakan kepada pesakit).
Itulah ....memang tak pernah tahu ....
Nak apak bangun macam dulu....memang tak kan mungkin...tapi.....Rindu nak dengar suara apak....rindu nak sembang dengan apak...rindu nak apak senyum...rindu zaman apak sihat dan ambil berat tentang kita....
Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”
“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Surah Al Isra 17:24
Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku. Surah Nuh 71:28
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku. Surah Ibrahim 14:41
No comments:
Post a Comment