Iklan

15 December 2018

Terima Kasih 2018

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allâh membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Terima kasih Ya Allah...kami terima segala-galanya. 2018 dah hampir ke penghujungnya...Rasa macam dunia ni dah terpusing 180 darjah.

Dari peristiwa kemalangan pada 8/06/2018 hingga apa yang berlaku pada apak...kami terima...
Banyak yang ditempuhi bermula dengan:
Januari 2018 - Kak Ya ditawarkan belajar di SMKA Tun Rahah
March 2018 - Kak Na keluar keputusan SPM
Awal tahun memang semua berjalan lancar...gembira dirasai oleh seluruh ahli keluarga TERATAK ANAK.
Jun 2018 - Kak Na dapat tawaran ke Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu KUANTAN....
tapi bermula 8/06/2018 semua berlaku seperti yang ditakdirkan...persiapan Syawal semua hancur lebur...mula bergelut dengan kecederaan...temujanji dihospital  hingga pulih dan bekerja kembali pada Oktober 2018
. Alhamdulillah walaupun tak sempurna seperti dulu...masih diberikan kekuatan untuk mengemis rezeki...namun....

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)

Mulai Oktober Ujian datang lagi....kali ini lagi berat untuk dipikul....apak mula menunjukkan
tanda2 sakit yang serius dan dijangka berpanjangan dan kekal...perlukan perhatian dari semua yang berada disekeliling....Daripada hilang keupayaan untuk bertutur....hingga 15/12/2018....apak dah hilang keupayaan untuk bergerak disebelah kanan badan. Kami usaha selagi daya...selagi ada rezeki...semoga kami dapat menikmati semula suasana seperti sebelumnya. Terima Kasih.



25 June 2018

Kami Terima UjianMu....Part 1

Persiapan Raya tahun 2018 kami atur dengan rapi agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Masa diatur dalam mencari semua keperluan raya sebab nak membolehkan semua ahli keluarga dapat merasakan kehangatan dan kemeriahan hari raya. 
Alhamdulillah secara perancangan dari HambaMu ini secara asasnya lengkaplah sudah, hanya beberapa perkara kecil sahaja yang dirancang disaat-saat akhir kerana menunggu ahli keluarga cukup semuanya.

8/6/2018....Jumaat, hari yang memang aku tunggu dari awal Ramadhan lagi kerana pada hari ini akan cukuplah kami semua berenam dalam satu keluarga. Pastinya suasana meriah akan bertambah apabila dapat bersahur, berbuka dan berterawih bersama-sama........
Tak ada apa yang ganjil dirasai...malah di tempat kerja suasana Hari Raya sangat dirasai kerana majlis bermaafan yang diatur sempena cuti persekolahan yang bakal tiba.

Tepat 12:30 pm, bertolak ke SMKA TUN RAHAH....satu destinasi yang tak asing lagi mulai tahun 2018. Setiap simpang, setiap belok tak kira kekiri atau kekanan semua dah dalam kepala aku...aku yakin dapat mengharungi perjalanan pergi dan balik pada kali ini dengan mudah dengan izinNya.

Tak timbul rasa nak terburu-buru...suasana tenang...semua seperti yang dirancang dan tiba di SMKA TUN RAHAH awal seperti biasa. Disambut dengan lambaian dan senyuman sambil memeluk sebotol balang kuih raya...masuk je dalam kereta terus cakap nak singgah ...rumah kawan nak antar kuih raya ni kat dia! Ok je tak kisah ....

Sebelum memulakan perjalanan pulang...sempat berhenti dulu beli kuih raya yang dijaja dibahu jalan...Ermmm murah jugak. Suasana tak panas dan redup je dan sangat selesa untuk memandu...selesai membayar perjalanan ke TERATAK ANAK diteruskan.

Beberapa kali bekas kuih raya yang dipeluk jatuh kerana mengantuk...aku suruh Kak Ya pergi baring di tempat duduk belakang kereta dan simpan kuih raya yang dipeluk. Dia ikut apa yang aku suruh cuma kuih raya yang disuruh simpan tetap dalam pelukan. Aku teruskan pemanduan ke destinasi...

ALLAHHUAKHBAR!!! itu je yang sempat aku ucap bila dunia yang cerah gelap seketika dan apabila muncul semua cahaya ....semua kaca bersemburan masuk ke kereta.

Kereta terbabas ke bahu jalan...terdengar suara teriakan dan meminta tolong dari belakang tempat duduk belakang. Cuba nak gerak tapi tersepit terutama kat kaki sebelah kanan...bila digerakkan jari...boleh je...Yakin tak ada apa yang patah...tapi nak gerak tetap tersepit...dirasai baju mulai dibasahi cecair ...bila dilihat....Ermmm darah dah mula keluar dengan banyak...masa tu dah dengar suara-suara orang yang cuba membantu. Sekali lagi mata jadi gelap sekejap.

Sekali lagi terbangun kerana dikejutkan oleh kerja-kerja pihak bomba untuk mengeluarkan aku yang tersepit...Bila ditanya..Pihak bomba cakap "anak Encik dah kami selamat keluarkan dan sedang ditenang dan dibantu oleh orang ramai. Alhamdulillah...hati tenang skit...tak kisah pun apa yang bakal aku lalui janji anak dah selamat. GELAP sekali lagi....PASRAH dan TAWAKKAL!


04 June 2018

Pagi 19 Ramadhan 1439H

Teratak Anak 19 Ramadhan 1439H
4.06.2018 Macam biasa hati tu memang malas nak bergerak...demi keluarga...demi anak2 dan tanggungjawab...kete WFE3450 menjadi peneman setia...suasana memang cantik pagi ni...dengan suasana yang menampakkan cahaya matahari yang bakal terbit...Allahuakhbar...memang indah ...Aku berharap pada Mu Ya Allah agar diberi kekuatan dalam mencari Lailatul Qadar pada tahun ini....

Dengan namamu Ya Allah
Kami meminta pada waktu pagi dan petang
bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang
Lembah Beringin...4.06.2018
kurniakan kami dari sisiMu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah
cahaya dan jalan kejayaan
Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.


Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .

Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .

Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.

Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .

Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.

Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .




30 May 2018

SAYA BERSYUKUR NAMUM MASIH MENGHARAP......

14 Ramadhan 1439H Lembah Beringin
14 Ramadhan 1439H atau bersamaan dengan 30.05.2018....Suasana dancuaca tenang...PUASA tahun ni tak panas seperti tahun-tahun sebelum ni....cuaca sepanjang hari Ramadhan 1439H ni mendung je....RAHMAT  buat umat Islam di Malaysia.


Hari jugak diumumkan pemberian bonus untuk kakitangan kerajaan dibawah kerajaan yang baru pimpinan Tun M. 

Amat menghampakan....tapi bila kita bersuara ramai yang kata kita tak pandai nak BERSYUKUR.
   Ya, aku bersyukur...bersyukur dengan banyak lagi kurniaan dan Rahmat Allah...
   Bagi yang merasa pemberian BONUS....seperti pekerja swasta rasanya mereka faham mengapa bonus ni sangat penting. Menurut sejarah pemberian bonus untuk kakitangan awam yang tertinggi hanya 2 bulan gaji sahaja..itu pun dah rasa amat ya amat bersyukur...maklumlah belum pernah merasa penghargaan yang banyak dari majikan..terasa beban yang ditanggung setiap bulan terlerai seketika...

tetapi keadaan mulai SURAM apabila pertukaran Pucuk kepimpinan negara...Bonus jangan harap nak ada..tapi diganti dengan BAYARAN KHAS...Aku masih bersyukur!..Pentingnya bonus....
kerana tanpa bonus PERBELANJAAN untuk perkara-perkara seperti:
WFE3450...adalah bonus terbesar aku ...1996 till now.
  1. Perbelanjaan Awal Persekolahan
  2. Persiapan Hari Raya Aidilfitri
  3. Perbelanjaan Yuran anak untuk masuk ke IPTA
  4. Perbelanjaan Hari Raya Aidil Adha
  5. Cukai Tanah dan Cukai Pintu
  6. Insurans dan Cukai Jalan Bagi Kenderaan
  7. Perbelanjaan Luar Jangka seperti kecemasan

.......semua perlu di korek dan di gagau melalui pendapatan bulanan atau GAJI pada setiap bulan. Kesannya... JUMLAH untuk perbelanjaan atau simpanan bulanan bagi seorang kakitangan awam amat terhad kerana terikat dengan perbelanjaan yang wajib disediakan pada setiap tahun. Jadi tak hairan la kalau aku kata jauh dilubuk hati setiap kakitangan kerajaan akan merasa....
BERSYUKUR NAMUN MASIH MENGHARAP....mengharap sesuatu yang lebih baik akan muncul. Saya rakyat marhaen hanya mampu berdoa...agar apa yang diharapkan akan tiba. tq


20 May 2018

BERILAH MAKAN ORANG YANG BERPUASA


19.05.2018 3 Ramadan 1439H...
Lokasi : Masjid Trolak Utara
Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu
Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik. Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk binatang! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Tuhan! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!


Jemaah ....terdiri daripada peneroka FELDA
amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:


“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Sama-samalah kita renungkan bagaimanakah amalan pemakanan kita ke arah melahirkan insan yang bertaqwa

18 May 2018

Kenapakah KUBUR ini TAK BERTANDA...?

Penolakkan Umno oleh ahlinya bukan bersifat TOTAL tetapi adalah sebagai tanda protes terhadap situasi semasa. Mereka akan kembali menyokong suatu hari nanti atau boleh jadi dari menolak sebagai tanda protes...menjadi penolakkan secara TOTAL.
Ia bergantung kepada corak kepimpinan yang baru. Kepimpinan dengan corak yang dibawa oleh Zahid saya rasa boleh membawa Umno bukan sahaja setakat TUMBANG tetapi akan   terus keliang lahad dan ditanam tanpa nesan. Tq
N

17 May 2018

Ahli Umno tolak Umno semasa GE-14?

Ahli Umno tolak Umno semasa GE-14? 
Ya memang betul Umno ditolak oleh ahlinya sendiri semasa pilihanraya yang 14 pada 9hb,Mei 2018.

Puncanya
Puncanya yang paling ketara ialah ...tidak bertanggungjawab dengan apa yang dinyatakan oleh mereka sendiri....GST dikatakan TIDAK akan menaikkan harga barang...tapi bila dah terbukti SALAH...tidak ambil tanggungjawab...dan banyak lagi perkara yang GAGAL ditangani oleh pemimpin teratas Umno. Banyak...memang banyak isu...sehinggakan yang menjadi pemimpin di peringkat akar umbi tidak terjawab dengan segala isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang...

Adakah penolakkan yang dilakukan oleh ahli Umno didalam Pilihanraya ke 14 ini dilakukan secara TOTAL atau sebagai tanda protes terhadap kepimpinan semasa ketika itu? 
Bagi aku penolakkan umno oleh ahlinya sendiri adalah bersifat sementara...rasa sayang memang ada terhadap Umno...tetapi TERPAKSA menjalankan tanggungjawab untuk memberi isyarat kepada yang memimpin supaya lebih berhati-hati di masa depan.

Adakah mereka akan kembali...ia bergantung kepada kepimpinan terbaru ...yang pastinya bukan ZAHID HAMIDI....

KECUNDANGNYA PARTI KERAMAT....

FELDA TROLAK UTARA
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan penuh bagi kesemua 222 kerusi Parlimen selepas berakhir proses penjumlahan undi pada 4.45 pagi hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh 79 kerusi, PAS (18), PKR (104), DAP (9), Parti Warisan Sabah (8), Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas(3).
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/338293/keputusan-penuh-pru-14-diumum




PADAH menimpa Parti UMNO apabila parti yang memerdekakan Tanah Melayu dan mendominasi setiap kali pilihanraya tersungkur dengan seolah tidak bermaruah pada Pilihanraya Ke 14 dibawah pimpinan anak kepada  Bapa Kemerdekaan iaitu Najib Razak.
   Bagai hilang rasa hormat...hilang rasa malu dan hilang kepercayaan oleh sekelian Rakyat bila hampir keseluruhan yang bertanding dibawah Panji BN tersungkur...dan segelintir sahaja yang terselamat dari menerima nasib yang sama....Dimana ada nama NAJIB disebut....semuanya dikatakan DUSTA dan TIPU!
Dengan rasa marah pengundi MENOLAK terus BN dari senarai undian mereka....KEBENCIAN yang tersemat diseluruh hati dan perasaan pengundi diseluruh negara...PERASAAN ini tidak dapat di semai dalam masa yang singkat!..kerana hampir seluruh rakyat seolah-olah telah menolak dan jijik mendengar nama Parti BN...Perasaan ini eolah-olah telah disemai dan bercambah sehingga menunggu masa untuk diterjemahkan dalam bentuk undi di hari pilihanraya kali ke 14 2018.
APA perasaan golongan yang selama ini menaruh harapan dan seluruh kepercayaan kepada Parti ini? Terutama yang berjuang dan yang pernah merasa perit dijajah...mealui peristiwa Hitam 13 MEI....HANCUR dan luluh hati mereka ini apabila PARTI ini telah ditolak dan hilang kepercayaan dikalangan masyarakat dan rakyat.
KEDEGILAN dan KEBODOHAN PEMIMPIN parti akhirnya menjerut  leher sendiri.SELURUH parti yang diangkat KERAMAT suatu masa dulu tersungkur....TERIMA KASIH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails